Ini berbeza dalam majlis bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan berhubung dakwaan liwat oleh Anwar Ibrahim dan juga sumpah oleh Shazryl Eskay Abdullah berhubung penayangan video seks yang juga dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu di mana rata-rata kelompok dalam UMNO dan mereka yang pro parti itu menyanjung tinggi keberanian bersumpah itu.
Tindakan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said mengadakan majlis sumpah dengan Al-Quran untuk pemain dan jurulatih pasukan bolasepak T-Team behubung kebenaran insiden dalam terowong yang melibatkan pasukan itu dengan pasukan Johor Darul Takzim atau JDT, rupa-rupanya mengundang rasa kurang senang banyak pihak.
Ahmad Said yang baru pulang dari lawatan ke Antarika dituduh dengan bermacam-macam dakwaan seperti merendah-rendahkan kedudukan Al-Quran kerana sebiji bola, mengadakan sesuatu yang tidak diajar oleh Islam, membelakangkan undang-undang serta pelbagai lagi kata-kata kurang manis dilemparkan terhadapnya.
{baca lagi klik butang papar ... }
5 artikel pilihan pembaca hari ini
Bahkan beliau juga disindir oleh banyak pihak bahawa sekiranya amalan bersumpan sudah menjadi amalan untuk menentukan kebenaran, maka tidak perlu lagilah mahkamah digunakan untuk mencari keadilan.
Yang menariknya, pihak yang mengecam Ahmad Said ini bukan saja golongan pro pembangkang, malahan ramai kalangan dalam UMNO sendiri memperlekeh tindakan Ahmad Said itu dengan mengatakan tindakan itu seolah-olah beliau tidak mempercayai lagi sistem keadilan di negara ini.
Exco Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Zulkurnain Kamisan pula berkata, tiada keperluan bagi pemain JDT untuk mengangkat sumpah dengan Al-Quran bagi mencari kebenaran insiden yang berlaku dalam terowong di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus di Larkin kerana pihaknya mempunyai keyakinan terhadap pihak berkuasa untuk bersikap adil dan tidak berat sebelah.
Tindakan pihak pro pembangkang tidak setuju dengan majlis angkat sumpah seperti yang dilakukan oleh Ahmad Said itu tidaklah menghairankan tetapi agak mengejutkan apabila golongan dalam UMNO atau pro UMNO juga tidak setuju dengan majlis bersumpah untuk para pemain dan jurulatih T-Team itu.
Ini berbeza dalam majlis bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan berhubung dakwaan liwat oleh Anwar Ibrahim dan juga sumpah oleh Shazryl Eskay Abdullah berhubung penayangan video seks yang juga dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu di mana rata-rata kelompok dalam UMNO dan mereka yang pro parti itu menyanjung tinggi keberanian bersumpah itu.
Dalam masa yang sama, selain mengecam Anwar yang menolak untuk turut sama bersumpah, mereka juga tidak henti-henti mencabarnya agar turut berani bersumpah jika benar tidak bersalah sepertimana yang didakwa oleh Saiful dan Eskay.
Dalam dakwaan yang ditujukan kepadanya, Anwar dengan sokongan beberapa ulama dalam dan luar negara, tetap berkeyakinan bahawa bersumpah dengan Al-Quran atau sambil memegang kitab suci itu bukanlah ajaran sebenar yang diajar oleh Islam, sebaliknya pihak yang menuduhnya perlulah mengemukakan bukti dan saksi.
Sementara sumpah politik yang melibatkan Anwar menyebabkan sokongan umat berpecah-pecah kerana lebih didorong oleh kelompok dan kepentingan tertentu sehingga isu itu menjadi perdebatan yang panjang, sumpah bola nampaknya membuatkan lebih ramai yang rasional dan menerima hakikat bahawa sumpah tidak menentukan kebenaran dan keadilan secara mutlak. Bagi menentukan keadilan dalam bolasepak juga terlihat lebih ramai yang mahu menyerahkan kepada pihak polis dan mahkamah untuk menentukan keadilan berbanding dalam politik, terdapat kecenderungan yang kuat untuk hanya bersandarkan kepada sumpah sebagai asas kebenaran.
Anwar telah dikaitkan sebagai bersalah bukan kerana adanya bukti dan empat saksi sepertimana yang dikehendaki oleh Islam tetapi lebih kerana keengganannya untuk turut sama bersumpah. Tetapi Ahmad Said yang mahu mencari kebenaran dengan bersumpah pula nyata telah menerima lebih banyak kecaman berbanding Saiful dan Eskay yang disanjung atas tindakan yang sama.
Penerimaan orang Melayu dan Islam terhadap sumpah berkaitan politik dengan bola jelas ada perbezaan walaupun semua mereka beramal dengan Al-Quran yang satu dan menyembah juga dengan Tuhan yang satu.
Sumpah politik dan sumpah bola telah melahirkan sesumpah di kalangan manusia. sumber
Benarkah semua Melayu beramal dengan Alqur'an? Kalau mereka beramal dengan Alqur'an pastinya mereka tidak menolak apa-apa perintah Allah melalui Alqur'an!
Itulah kalau import pemain dan pengadil. Budaya bergaduh mereka telah mula menjalar dinegara kita. Kalau betul hendak beradu bola pun mainlah sesame kita. Barulah Nampak kebenaran pasukan mana sebenarnya yg hebat. Ini yg tunjuk hebat semuanya pemain import. Ketua pasukan bola pun import. Last2 bergaduhpun import budaya mereka. sedangkan kalau kita lihat pemain2 bola sepak kita bermain dgn beradap. sebab apapun orang kita memang baik hati dan beradap.
Yg buat onar tu awalnya orangputeh yg mulakan berbalas kata. Tak tau apa yg mereka dok kata. Mungkin perkataan yg tidak sedap didengar biasalah orangputeh maki hamun apa agaknya perkataan yg digunakan, maka orang kita jadi tak tahan nak dengar ye..Oleh itu wahai orang2 kita janganlah kerana bola, hanya main bola je kita sampai nak panjang2kan cerita. Banyak lagi perkara yg menjatuhkan maruah tak dibela, hanya satu perlawanan bola sepak saja kita nak bergaduh sesame sendiri. Aduhai kasihannya bangsaku yg ku kasihi ini. Bagiku biar apa orang kata tentang bangsaku, tetapi aku tetap menentangnya kerana yg aku tahu bangsaku sangat baik hati, murah hati dan beradap sopan yg sangat2 tinggi walau dibumi mana mereka berada.
4 respon:
Benarkah semua Melayu beramal dengan Alqur'an? Kalau mereka beramal dengan Alqur'an pastinya mereka tidak menolak apa-apa perintah Allah melalui Alqur'an!
TMJ tak nak sumpah ker?

Catat Ulasan