Rabu, 8 Januari 2014

Harusani, si mufti yang keliru!

Saya membaca penjelasan Mufti Perak tentang isu Bughah seperti yang tersiar di dalam Harakahdaily semalam. Di antara yang menarik (dan keliru) tentang penjelasannya ialah:

"Dalam kes Abu Bakar al-Siddiq memerangi orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat juga memberi gambaran kepada kita bahawa tindakan memerangi mereka juga diambil walaupun golongan ini tidak mempunyai senjata namun ia didukung oleh sekumpulan manusia yang mempunyai bilangan ramai dan munasabah mencetuskan suasana tidak aman kepada pemerintahan.."

Di sini saya kira Mufti Perak agak keliru di dalam usahanya untuk mewajarkan tindakan memerangi golongan yang disifatkan bughah sekalipun tidak mempunyai kekuatan senjata (syaukah).


{baca lagi klik butang papar ... }






Wajar diingatkan bahawa Saidina Abu Bakar al-Siddiq memerangi golongan yang tidak mengeluarkan zakat ialah kerana mereka menganggap zakat itu tidak wajib. Justeru, mereka telah dianggap sebagai murtad kerana menafikan salah satu daripada kewajipan Rukun Islam. Inilah yang dinyatakan oleh Saidina Abu Bakr As-Siddiq RA di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

لَأُقَاتِلَنَّ مَنْ فَرَّقَ بَيْنَ الصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ فَإِنَّ الزَّكَاةَ حَقُّ الْمَالِ وَاللَّهِ لَوْ مَنَعُونِي عَنَاقًا كَانُوا يُؤَدُّونَهَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقَاتَلْتُهُمْ عَلَى مَنْعِهَا

yang bermaksud: “Sesungguhnya aku akan (tetap) memerangi orang yang membezakan antara (kewajipan) Solat dan Zakat, kerana sesungguhnya Zakat itu adalah hak harta. Demi Allah! Sekiranya mereka menegah aku (mengambil zakat) sekadar ‘inaq (seekor anak kambing betina) yang pernah mereka tunaikannya pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, nescaya aku akan memerangi mereka disebabkan tegahan itu.” - Al-Bukhari, Muhammad Ibn Isma’il, Sahih Al-Bukhari, Dar Ibn Kathir, Al-Yamamah, Beirut, 1987, 2: 507, No: 1335 dan 6: 2538, 2657, No: 6526 dan 6855.

Dalam hal ini, Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:

ولا بد مع هذا من الإيمان بجميع ما جاء به الرسول صلى الله عليه وسلم كما جاء في الرواية الأخرى لأبي هريرة.

Maksudnya: “Tidak dapat tidak, bersama (ucapan syahadah) ini mesti beriman dengan semua perkara yang dibawa oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana ia datang dalam riwayat yang lain oleh Abu Hurairah” - An-Nawawi, Yahya Ibn Syaraf, Al-Minhaj Fi Syarh Sahih Muslim Ibn Al-Hajjaj, Dar Ihya' At-Turath Al-Arabi, Beirut, Lubnan, 1991, 1: 203.

Ertinya menyatakan zakat tidak wajib ialah murtad. Inilah asas yang diambil oleh Abu Bakar RA sebelum membuat keputusan untuk memerangi golongan yang tidak mengeluarkan zakat yang kemudiannya menjadi ijma para sahabat. Ia tidak ada kaitan dengan persoalan 'syaukah' ataupun 'tidak'. Adakah Harussani ingin menyamakan golongan yang menyertai himpunan TURUN sebagai murtad sehingga wajib diperangi sebagaimana zaman Abu Bakar RA?

Saya harap Harussani lebih banyak melakukan siasatan sebelum membuat pelbagai dakwaan. Dalam hal ini pengalaman Harussani sebagai anggota polis cawangan khas Bukit Aman mungkin boleh membantu.
Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan.
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: