Sumber berkata, sebab utama Bumburing bertindak demikian kerana kecewa dengan cara pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengendalikan pelbagai perkara melibatkan parti di Sabah.
Ogos lalu Anwar mengumumkan ADUN Klias Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Ketua PKR Sabah dan perkara tersebut tidak disenangi oleh beberapa anggota lain khususnya empat ADUN PKR Sabah yang menyokong Bumburing.
Sebelum ini, ADUN Kadamaian, Jeremy Malajad disebut-sebut bakal menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Jeremy Malajad dilaporkan telah bertemu dengan Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini.
Sebelum ini ADUN DAP Luyang Hiew King Cheu keluar parti dan menjadi wakil bebas.
Bekas ketua DAP negeri itu dilaporkan berkata beliau membuat keputusan itu selepas mendapatkan maklum balas daripada penyokong dan rakan-rakannya.
Hiew menyerahkan surat perletakan jawatannya pada 27 September lalu.
“Beberapa teman cuba ‘membunuh’ saya dari dalam, tetapi tidak mengapa kerana dengan pengalaman dan ilmu yang lama terbabit dalam politik, saya pasti saya dapat melakukan yang lebih baik untuk pengundi sekiranya saya benar-benar memutuskan untuk menjadi wakil bebas.
“Jika saya boleh menerima tekanan daripada rakan-rakan saya sendiri, jadi tak kan apa-apa sekiranya saya mungkin berhadapan daripada parti,” katanya.
Hiew turut menyifatkan sesetengah anggota DAP tidak hormat dan tidak bersyukur kerana melayannya seperti apa yang dirasainya sekarang.
Masalah dalaman DAP Sabah mulai timbul apabila beberapa ADUN membuat aduan kepada lembaga disiplin DAP supaya mengambil tindakan terhadap Hiew kerana menyokong Lajim Ukin – calon atas tiket PKR, sedangkan DAP dilaporkan menyokong ADUN Tamparuli, Wilfred Bumburing untuk jawatan ketua pembangkang pada Jun lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lepas, Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa di Sabah dengan majoriti dua pertiga selepas memenangi 48 daripada 60 kerusi DUN.
PKR menang di tujuh kawasan Dun iaitu Api-Api, Moyog, Kadamaian, Matunggong, Tamparulli, Klias dan Inanam manakala DAP, yang sebelum ini memiliki satu kerusi DUN, menambah empat kerusi iaitu Luyang, Kapayan, Sri Tanjong dan Likas.
Parti Reformasi Sabah (STAR) pula menang kerusi tunggal di Bingkor.
sumber
2 respon:
pergi mampuslah semua adun2 tu..mcmana rakyat nk bg mandat utk ambilalih kerajaan negeri dan persekutuan...
orang yang boleh berfikir... pkr akan ditinggalkan.....kerana pkr parti mangkuk.
Catat Ulasan