Khamis, 22 Ogos 2013

Ini punca nahas bas Genting Highlands rupa-rupanya

bahawa pemandu bas tersebut mula menjerit dengan kata-kata sesat kepada seorang pemandu teksi yang bertindak memotong bas berkenaan dalam keadaan yang merbahaya.

“Pemandu bas itu kemudian memotong teksi itu semula dan terus memandu laju sebelum melanggar tembok penghalang dan terhumban.



Salah seorang mangsa yang terselamat dalam nahas bas ulang-alik di Genting Highlands petang ini mendakwa bas itu berada dalam keadaan kurang memuaskan untuk membawa penumpang.

Zaid Ismail, 25, teman lelaki kepada salah seorang mangsa yang terselamat memberitahu, teman wanitanya ada memaklumkan bas berkenaan dalam keadaan usang dan kurang disenangi untuk dinaiki dia dan adiknya.

Katanya, teman wanitanya itu, Nur Syamimi Ja'afar, 25, yang terselamat bersama adiknya, Nur Fathiah, 21, juga memberitahu, dia menyedari tayar bas itu telah haus dan berasa kurang senang sepanjang perjalanan turun ke ibu negara.

"Nur Syamimi dan adiknya, Nur Fathiah sepatutnya menaiki bas pada pukul 1.30 petang tetapi ketinggalan dan terpaksa menaiki bas itu pada pukul 2 petang.

baca lanjut ..





"Menurutnya, dia memang berasa kurang senang dan tidak sedap hati menaiki bas berkenaan kerana ternampak tayar bas itu botak selain keadaannya kurang memuaskan.

"Malah Syamimi sendiri memberitahu, dia berharap perjalanannya cepat sampai ke destinasi apabila bas itu berhenti secara tiba-tiba sebelum kemalangan itu berlaku.

"Tidak sangka, perasaannya yang kurang senang sebelum bas itu bergerak itu rupa-rupanya petanda bas itu akan terlibat dalam kemalangan," katanya.

Nur Syamimi dan Nur Fathiah antara lapan penumpang bas itu yang dirawat di Hospital Selayang dan mereka kini dalam keadaan stabil.

Sementara itu, salah seorang mangsa nahas bas Genting Highlands yang terselamat dalam tragedi semalam sempat menceritakan detik-detik cemas dilalui kepada majikannya.

Shyed Ali Haider Shyed Haider, 46, pekerja warga Bangladesh yang mendapat status penduduk tetap menceritakan detik cemas kepada majikannya, Siti Rahamutun Yusof yang sempat melawatnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang ini.

Melalui cerita mangsa yang disampaikan oleh Siti Rahamutun, mangsa membawa empat saudaranya untuk bercuti di Genting Highlands dan merasai pengalaman menaiki kereta kabel.

Menurutnya, mangsa mendakwa bas tersebut gagal dikawal kerana dipandu melebihi had laju dan brek gagal berfungsi dengan baik.

Punca Bas Genting Jatuh Gaung, Berlumba Dengan Pemandu

Teksi

KUALA LUMPUR – Pertengkaran antara pemandu bas dengan pemandu teksi dipercayai menjadi punca kemalangan yang belaku di Genting Highlands semalam lapor New Straits Times.

Mussammat Sirajum, 35, sepupu kepada mangsa yang maut, Rafiq Ali, 55, berkata bahawa Rafiq telah pergi ke Genting Highlands untuk bercuti.

“Walaupun sepupu saya adalah dari Bangladesh, beliau merupakan rakyat Kanada dan telah datang ke Malaysia bersama isteri dan dua anak lelaki beliau untuk bercuti pada awal bulan ini.

“Beliau maut ketika kejadian manakala isteri beliau, Rashidah Buia, 50, dan kedua-dua anak lelaki mereka, Ronok Arefin,14, dan Reduan Buia, 22, mengalami kecederaan,” kata Mussammat.

Tambah Mussammat, Rashidah menceritakan kepada beliau bahawa pemandu bas tersebut mula menjerit dengan kata-kata sesat kepada seorang pemandu teksi yang bertindak memotong bas berkenaan dalam keadaan yang merbahaya.

“Pemandu bas itu kemudian memotong teksi itu semula dan terus memandu laju sebelum melanggar tembok penghalang dan terhumban.

“Kakak ipar saya dan anak-anaknya berada dalam keadaan sedar ketika kemalangan tersebut belaku dan apabila beliau sedar bahawa suami beliau sudah meninggal, beliau meminta Reduan supaya menjaga mayat suami beliau sementara beliau mencari pertolongan,” tambah Mussammat.

Kedutaan Bangladesh dan Kanada telah dimaklumkan tentang perkara ini dan mayat Rafiq akan diterbangkan ke Bangladesh untuk dikebumikan.

Sebuah bas yang membawa 53 orang penumpang telah terhumban ke dalam gaung sejauh 200 kaki semalam, menyebabkan 37 maut.
Semua mayat telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur sementara yang cedera dihantar ke Hospital Selayang, Sungai Buloh dan Hospital Bentong.




# sila like "kami undi pakatan rakyat"







RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Ada dakwaan mengatakan gaji CEO TH Real Estate yang diuruskan oleh Azeez Rahim naik dari RM30ribu kepada RM70 sedangkan syarikat TH Real Estate tu zero revenue !!! Apa Azeez Rahim buat ni ?? Macam ni ka Pengerusi Tabung Hajai , patut wang yang dibazirkan tu boleh disalurkan pada tempat lain yang lebih memerlukan . Tolak Azeez Rahim sebagai pengerusi Tabung Haji. http://no2azeezrahim.blogspot.com/2013/08/azeez-rahim-tak-layak-jadi-pengerusi_22.html

Tanpa Nama berkata...

Memang salah pemandu bas pun. Tengok keadaan tempat kejadian dah boleh jangka dia bawa laju melampau.