“Dua, tiga bulan ni, boleh dikatakan lebih 10 buah rumah penduduk sudah dimasuki beruk, monyet dan kera sehingga menyebabkan penduduk bimbang dan takut haiwan berkenaan akan semakin mengganas,” kata bekas ketua kampung, Hashim Abdul Wahab, 75, ketika ditemui di kediamannya di Kampung Pondoi, di sini, petang kelmarin.
Hashim berkata, kejadian terbaru ialah pada pagi Rabu lalu sebaik dia dan isteri, Sapiah Bahrom, 70, pulang dari menoreh getah dan dikejutkan dengan keadaan dalam rumah terutamanya bahagian dapur yang bersepah.
baca lanjut ..
Dia yang sudah menetap di kampung ini hampir 30 tahun lalu percaya haiwan berkenaan masuk melalui bahagian papan dan atap yang mempunyai aliran angin serta mencari makanan di dalam rumah mereka.
“Dalam kampung ini kawasan hutan sudah dibersihkan bagi kerja-kerja tanaman kontan dan habitat haiwan berkenaan sudah tiada sehingga menyebabkan haiwan ini keluar mencari makanan di rumah penduduk.
“Malah, di rumah saya ini sahaja habis kuih raya maruku dan bahulu dibuka serta dimakan haiwan ini, belum lagi dapur gas saya jatuh ke bawah serta 20 biji telur dipecahkan di atas lantai dapur,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pondoi, Razak Sulaiman berkata, sebelum ini pihaknya melalui bantuan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) ada membuat pemantauan dari semasa ke semasa.
“Kali terakhir anggota Rela membanteras musuh tanaman adalah pada tahun lalu sebelum kesemua pemegang lesen senjata api Rela daerah Tampin terpaksa diambil balik atas sebab-sebab tertentu.
“Bagaimanapun, Julai lalu, anggota Rela diberikan kembali lesen senjata api, namun masih terdapat beberapa urusan bagi memastikan ia dapat digunakan semula dan membantu mengatasi masalah ini, " katanya.
0 respon:
Catat Ulasan