Khamis, 25 April 2013

Jangan menang sorak, kalah di medan sebenar .. amaran buat pemimpin pakatan!

Semua dah menarik nafas lega kerana isu pertindihan pencalonan boleh dikatakan selesai. Sekaligus menunjukkan pucuk pimpinan PR lebih matang berbanding dengan BN yang terpaksa memecat sebahagian besar (61 orang) ahli semata-mata bertanding bebas dan enggan menarik diri. Buat masa sekarang momentum masih memihak kepada PR jika dilihat pada isu-isu yang dibawa dan barisan calon-calon terbaik yang ditonjolkan dalam PRU13 kali ini.





# sila like "kami undi pakatan rakyat"


Namun dalam masa sehari dua ini pemimpin pemimpin PR sepatutnya mengelak dari mengheret dasar dasar yang berada diluar dari kepentingan merampas Putrajaya atau yang disepakati bersama sebelum ini menjadi medan jawab menjawab di media.

Selepas mengharungi begitu lama bersama mengembeling tenaga sehingga sekarang mengapa masih melayan 'jerangkap-jerangkap' samar yang boleh membimbangkan peluang memenangi pru13 ini.

Adakah kita masih belum belajar dari apa yang bertali-arus berlaku selama ini.. difitnah.. diadudomba.. diperangkap dengan isu-isu sensitif terutamanya dalam isu agama!? Kenapa cepat sangat melatah bila di'geletek' oleh wartawan atau massa? Jangan sesekali disaat ini dilihat kita bertempur sesama sendiri yang menjejaskan semangat setiakawan yang ada.

Tunggulah selepas Putrajaya dalam tangan.. duduk bincang dan cari kata sepakat. Tidak ada apa yang susah jika Putrajaya dapat dikuasai. Banyak pilihan2 penyelesaian yang dapat dicari bagi memenuhi hasrat dan matlamat parti masing-masing.

Kita menyeru supaya pemimpin2 PR tidak terjerat dengan isu2 dalaman yang memberi implikasi pada pengundian 5 Mei nanti. Fokus pada mencari kemenangan dipeti undi bukan kemenangan mendapat publisiti di muka2 akhbar harian perdana yang dari dulu menjadi lukah dan bubu bagi menghentam dan memunahkan PR.

Jangan jadi bangang sangat

Hairan dan ajaib... kenapalah pemimpin2 PR masih susah belajar dari sejarah yang berlaku sejak pakatan ini dirakyatkan. Masa dah suntuk.. Peluang terbuka luas... jangan nanti jadi 'Menang sorak berhimpun, Tapi tewas di gelanggang sebenar'.

Nekadkan kali ni dengan laungan Putrajaya Kami Datang!!~TKO

Saksikan juga video Ustaz Azhar Idrus kata kalau bodo duduk diam klik sini






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

C++ berkata...

Bhai PBO...

Diorang memang selesa jadi pembangkang selamanya.... itu jer...

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat..kita yang penyokong niletih.setiap kali pilihanraya macam ni la..suka bagi bola tanggung kat bn..