Isnin, 28 Mei 2012

Wardina diserang panggilan lucah

KUALA LUMPUR: “Saya rasa nak cari dia, kalau boleh nak kenal dan tahu dia anak siapa,” kata Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, mengulas mengenai panggilan berunsur lucah dan mengaibkan yang diterimanya daripada seorang lelaki tidak dikenali, pagi semalam.








Personaliti televisyen itu yang masih trauma dengan panggilan berunsur lucah itu mendakwa terkilan dengan sikap lelaki terbabit yang dipercayai dilakukan seorang lelaki tempatan dan beragama Islam.


“Saya ada anak. Saya pernah rasa melahirkan anak dan pasti sangat sedih apabila anak sudah besar jadi seperti itu (melakukan gangguan seksual).

“Malah, saya simpati dengan dia kerana bersikap sedemikian. Saya pasti dia seorang Muslim, kenapa perlu melakukan perbuatan mengaibkan dan sukar untuk saya luahkan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.




Menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku, Wardina memberitahu beliau menerima dua panggilan daripada nombor sama ketika dia berada di rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini. (harian metro)





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Mak ooi! apa sebab bangsat itu berlucah dgn Wardina? Politik ke? Aku rasa si bangsat tu mesti dilahirkan sewaktu MAHASHIT jd PM dan membesar dan terdidik di era MAHASHIT. Itu adalah salah satu legasi yang ditinggalkan MAHASHIT.

Tanpa Nama berkata...

Usah layan. Makin layan makin suka dia. Pertuturan seseorang menggambarkan kecelaruan jiwa seseorang itu. Lagi tinggi tahap kelucahannya, petanda semakin buruk peribadi dan perangainya. Lama kelamaan dia akan dihinggapi sakit jiwa dan tekanan emosi yg berkemungkinan menyebabkan dia gila. Latar belakang keluarga manusia jenis ini penuh dengan kemaksiatan, kemungkaran, dan berdosa. Hati jadi gelap dan dapat menyebabkan nur cahaya Ilahi tidak lagi menembusi hati nuraininya. Jiwa terus berkecamuk, hidup porak peranda, rumah tangga berantakan, resah gelisah, dan selalu diselubungi keresahan.