“Dia menuduh kononnya saya mengambil komisen RM2 juta untuk projek jalan dari cabang empat Kok Lanas ke Kolej Komuniti yang terputus akibat banjir.
“Fitnah itu menyebabkan masyarakat memandang serong kepada saya, masyarakat menganggap saya mendapat komisen begitu lumayan sedangkan saya tidak tahu menahu mengenai projek tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Katanya, laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu jam 1 petang kelmarin bagi membuktikan bahawa dia tidak ada kena mengena dengan projek jalan tersebut dan berharap kes itu disiasat seberapa segera.
Mohd Soberi berkata, pihak tersebut menuduh dia yang mengambil wang komisen dengan menggunakan ringkasan namanya iaitu MSS.
“Saya menganggap ini satu fitnah, ugutan dan berniat untuk mengaibkan saya dan saya menyedarinya ketika meneliti komen-komen di Facebook pada jam 3 pagi 25 November lalu,” katanya.
Katanya, individu terbabit yang merupakan pensyarah sebuah kolej di Kota Bharu berjaya dikesan walaupun difahamkan lelaki itu sudah menutup akaun di Facebook.
Lelaki itu katanya, diberi tempoh 24 jam untuk memohon maaf secara terbuka sebanyak 100 kali di ‘wall’ Parlimen Ketereh, 100 kali di UMNO tumPAS, 100 kali di Mohd Soberi Shafii di Facebook dan di mana-mana akhbar berbahasa Melayu.
“Sekiranya KJMM gagal mematuhi tuntutan tersebut, tindakan undang-undang akan diambil dan saya akan menyerahkannya kepada peguam saya untuk tindakan seberapa segera,” katanya.
Jalan di Kok Lanas itu menjadi ‘perbualan’ hangat di Facebook kerana dikatakan tidak memenuhi spesifikasi dengan lapisan tar nipis dan longkang tidak sempurna. (SH)
0 respon:
Catat Ulasan