Ia dilulus dengan undi suara ketika ketiadaan anggota Pakatan Rakyat yang keluar dewan sebelumnya. Rang undang-undang itu dibahaskan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor).
Tanpa disedari perbentangan akta ini oleh kerajaan UMNO-BN adalah sebagai langkah persedian awal lagi rapi bagi menghadapi sebarang kemungkinan protes besar-besaran oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat apabila Dato Seri Anwar Ibrahim dihumban ke penjara untuk menyabitkan kesalahan kes fitnah liwat 2 terhadap beliau.
Ia adalah satu taktik licik bagi UMNO-BN dalam membendung kemarahan rakyat terhadap keputusan makamah yang bakal diumumkan tidak lama lagi.
Yang pastinya akan berlaku satu gelombang besar dari rakyat terbanyak yang cintakan keadilan dan kebenaran kerana sudah tidak mampu bersabar dengan kerenah UMNO-BN yang semakin rakus dalam mempertahankan kuasa. Ketakutan dan kekalutan UMNO-BN terhadap kebangkitan pihak pembangkang yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim membuatkan mereka terus menghalalkan kezaliman bagi menyekat kemaraan Anwar Ibrahim dan juga PR dalam usaha besar melakukan perubahan menyeluruh bagi menumbangkan kerajaan UMNO-BN yang telah lebih 50 tahun berkuasa.
Apa yang pasti seluruh rakyat Malaysia mahupun dunia luar ternanti-nanti akan keputusan makamah tinggi terhadap Kes Liwat 2 yang dihadapi Anwar Ibrahim.
Apakah impak yang akan berlaku sama-sama juga kita nantikan."
sumber klik sini
0 respon:
Catat Ulasan