"Kerana berpecah belah kita menjadi lemah. Kita mungkin lupa 55 tahun dulu, semua orang Islam dan Melayu di negara ini berjuang untuk kemerdekaan dan(menentang) Malayan Union.
"Masa itu umat Islam memang lemah tetapi kita dapat tumpaskan Malayan Union kerana kita bersatu padu. Walaupun tiada wang ringgit dan kekuatan lain tetapikerana bersatu kita boleh mengalah Malayan Union," katanya pada majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ehsan, Batu 3, Kodiang, dekat sini malam Khamis.
Turut hadir isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya Datuk Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Anggota Parlimen Jerlun.
Dr Mahathir berkata banyak negara Islam kini bermasalah seperti berperang sesama sendiri, berperang mempertahankan negara daripada orang asing danberhadapan dengan masalah kebuluran.
"Inilah yang berlaku di kebanyakan negara Islam. Di negara-negara mereka, perpecahan berlaku di kalangan rakyat. Akhirnya umat Islam menjadi lemah danorang asing ambil kesempatan kuasai orang Islam.
"Bila umat Islam berpecah mereka sebenarnya tidak dapat mempertahankan negara kerana tentera dan senjata tidak mencukupi, kewangan tak kukuh. Orangasing campur tangan dan cuba jatuhkan kerajaan-kerajaan itu," katanya.
Dr Mahathir berkata hanya perpaduan yang boleh menjadi benteng untuk mempertahankan negara ini daripada campur tangan kuasa asing.
"Kalau tak bersatu, kita akan jadi seperti orang Islam di negara-negara lain. Kita kena berusaha untuk menentukan nasib orang Islam tidak jadi burukkerana perpecahan kita," katanya. - BERNAMA
sumber klik sini
4 respon:
Bukan berpecah tiga, dah pecah berkecai sebab angkara Mamak ni memporak-peranda negara ini ikut kepala otak dia. Setan punya x PM.
Dia bimbang , nanti UMNO dan BN kurang dapat undi
macamana nak gurma puak puak tu lagi. Minta nyama tuan penasihat 25%.
Insyaallah selagi dok jadi pengikut nabi Muhammad saw dan patuh pada suruhan Allah (Al-Quran)..orang Islam akan tetap kuat walaupun menyertai berbagai2 kumpulan dan party.........Yg penting ISLAM itu telah sempurna dan akan terus kuat.
ai ... bila pulak 'mamak tongkang' ni risau sangat tentang islam nak berpecah ni ..?
Catat Ulasan