Ahad, 5 Jun 2011

10 ribu ahli PAS Kelantan masuk UMNO

Siapa kata PAS Kelantan kuat. Menurut Malaysiakini, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin mendakwa kira-kira 10,000 anggota PAS, golongan atas pagar dan kaum belia yang mencapai umur mengundi di Kelantan menyertai Umno selepas pilihan raya umum 2008.





ulasan akhbar rujuk sini

Sama ada angka tersebut hanyalah mainan perang saraf UMNO Kelantan yang kempunan untuk menawan kembali Kelantan setelah berputih mata 20 tahun atau ianya benar-benar satu realiti, ianya akan terjawab semasa PRU 13 nanti.

Macam biasa isu pembangunan akan menjadi tajuk utama dalam kempen UMNO. PBO rasa patut juga Kelantan diberikan kepada UMNO. PBO nak tengok wang ehsan bertukar kaler jadi royalti atau tidak.

Royalti minyak juga akan menjawab apa yang dibangkitkan oleh pemimpin UMNO ini mengenai isu pembangunan.

TGNA dan pemimpin PAS Kelantan kena ambil serius dakwaan pemimpin UMNO tersebut.

Semua rakyat Kelantan percaya separuh mati dengan kenyataan tersebut. Hangpa percaya?

Percaya atau tidak, pemimpin PAS tidak boleh berpeluk tubuh dengan kemenangan lampau.


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: