WOW. "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Begitulah indahnya "madah berhelah" yang dituturkan tidak lama dulu. Kini rakyat didahulukan dalam serba serbi kenaikan harga barangan.
Slogan kerajaan tidak mampu menampung subsidi tidak boleh dijadikan alasan untuk meletakkan rakyat didahulukan dalam menanggung kenaikan harga barangan.
Rakyat diminta bersedia, bersedia menghadapi kenaikan harga minyak dalam pasaran. PBO setuju, kita wajib bersedia. Bersedia untuk mengubah kerajaan. Betul tak????
Berita berkaitan sila klik papar.
PUTRAJAYA 15 Mei – Rakyat diminta bersedia untuk menerima kenaikan harga petrol dan minyak yang dijangka berlaku dalam tempoh terdekat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut terpaksa dilakukan memandangkan kerajaan
menanggung beban subsidi yang tinggi ekoran kenaikan harga minyak mentah di pasaran.
Katanya, jika langkah itu tidak diambil, kerajaan akan mengalami defisit yang lebih tinggi pada masa akan datang.
"Hingga sekarang trend dunia tidak nampak langsung tanda-tanda minyak mentah akan turun tetapi ia terus kekal dan terus naik,” katanya. - Utusan
0 respon:
Catat Ulasan