Sewaktu DSAI dituduh melakukan liwat pada gelombang pertama oleh Tun Mahathir dulu, terlalu banyak bukti-bukti pelik yang akhirnya ada yang dibakar atas arahan hakim. DSAI di bogelkan dengan cara yang sangat hina.
DSAI diaibkan walaupun bukti tidak mengatakan beliau bersalah. Sewaktu kejadian itu, saya telah bertemu dengan bodyguard DSAI yang merupakan kenalan rapat.
Beliau merupakan rakan raja komando yang sewaktu itu telah melarikan diri ke luar negara. Menurutnya perkhidmatan beliau di dalam BIRO TATA NEGARA telah dihentikan serta merta walaupun merekalah yang menggubal kewujudan BIRO TATA NEGARA.
2 minggu sebelum kejadian, mereka telah didatangi oleh ketua konspirasi dan tanpa berselindung memberitahu mahu menjatuhkan DSAI dengan cara menfitnah
menerusi isu yang sangat hina ini. Akibat dari tindakan ini, menyebabkan kumpulan bodyguard DSAI ini melarikan diri dan ada yang dirampas dan disita harta mereka. Mereka sama sekali menolak teori liwat tersebut.
Akhirnya DSAI disumbatkan dalam penjara. Kemudian setelah pemerintahan kuku besi Tun Mahathir dijatuhkan, naik pula Pak Lah yang membawa konsep Islam KLON.
Beliau agak bijak pada mulanya dengan menunjukkan konsep Islam yang "seakan-akan" konsep Islam yang dibawa PAS. Tidak cukup dengan slogan Islam Hadhari,
Pak Lah mengeluarkan DSAI dari penjara. rakyat mula bercakap tentang keadilan yang dibawa oleh Pak Lah. Tun Mahathir kemudiannya mengeluarkan kata-kata sinis yang menggambarkan tindakan Pak Lah satu tindakan yang bodoh. Apabila DSAI masuk penjara, kita lihat parti PKR hampir terkubur dan layu. Ianya satu
formula yang sangat baik bagi menghapuskan kekuatan Pembangkang. BN menang besar selepas itu. Hanya Kelantan yang dapat dipertahankan oleh kerajaan PAS. Yang lain kebanyakannya KO.
Akhirnya DSAI melakukan satu bentuk perubahan baru dalam politik Malaysia. Semua penyelewengan di dedahkan. PAS dan DAP dijadikan bersahabat dengan DSAI menjadi jambatannya. Sehinggalah tertubuhnya PAKATAN RAKYAT. Melalui formula ini kerajaan BN hampir tumbang. 4 negeri jatuh di tangan Pembangkang dan 1 wilayah persekutuan berjaya ditawan. Kelam kabut UMNO dan BN minta Pak Lah turun takhta. Naik pula Najib Razak. Najib memulakan dengan menawan kembali Perak dengan cara "Haram dan tak Bertamadun". Perak di rampas dengan penuh kehinaan. Rakyat Perak hilang kuasa melalui pilihanraya dengan cara paling zalim.
Kemudian pilihanraya kecil pun diadakan selepas kematian demi kematian wakil rakyat. Menyaksikan BN tumbang dengan pukulan KO di semenanjung. Hanya menang di Sarawak. Kegugupan ini menyebabkan Najib memanggil semua "think Tank" nya. Berkat brainstorming mereka, satu pelan dalaman diadakan. Satu skrip dibuat.
Formula untuk mereka kembali popular terutama di kalangan Melayu ialah dengan memburuk-burukkan DSAI. Perkara paling mudah ialah dengan mensabitkan kesalahan liwat dan seterusnya seks
bebas.
Terkini dengan video seks yang belum tentu kesahihannya, menyebabkan ramai orang Melayu yang mula mempercayainya. Akibat perpecahan di kalangan Melayu
menjadikan UMNO dan BN menang di kebanyakan kerusi yang Pakatan Rakyat tandingi. fitnah demi fitnah mula keluar. Tuan Guru Nik Aziz juga difitnah sewaktu pilihanraya di Galas. Ada orang UMNO yang menuduh Tuan Guru memiliki harta sehingga RM 10 juta. Yang peliknya selepas pilihanraya, tiada langsung siasatan dilakukan oleh SPRM. Inilah bukti besar bagaimana fitnah UMNO dilakukan.
Sekarang terpulang kepada rakyat untuk menilai dengan bijak. Kita ketika ini seperti menonton babak filem Hollywood. Yang mana kerajaan yang ada ketika ini mempunyai cara serta taktik yang sangat kotor menerusi sebuah skrip. Dengan bukti yang sering berubah-ubah, dan ada yang sangat tak logik dari sudut akal, adakah kita masih lagi ingin percaya dengan semua berita ini? Tepuk dada tanya Iman. Ingatlah akan janji Allah bagi yang membuat dan menyokong fitnah.
1 respon:
Politik fitnah yang jijik..
Ais Artik kian cair
Catat Ulasan