Sabtu, 25 Mei 2013

Prresiden PAS tak rasa bersalah ke?

pen buruk online ™

Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini menyuarakan kekecewaannya terhadap PAS yang mengeluarkan watikah pelantikan calonnya bertanding kawasan yang ditandingi PKR pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Shamsul menegaskan sayap parti itu tidak mahu tindakan itu kembali berulang di mana terdapat persetujuan untuk ditandingi rakan sekutu parti lain.

Beliau yang juga ahli parlimen Bukit Katil turut mengecam tindakan mengecam calon parti gabungan tanpa mengemukakan bukti kukuh.

Shamsul yang juga seorang peguam berkata pertikaian seperti itu sepatutnya diselesaikan secara dalaman parti dan bukan menerusi media.

Pemimpin muda PKR itu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam Kongres AMK petang ini.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




SPR jangan jadi barua!

kemaskini oleh:
pen buruk online ™ : penipuan SPR menangkan Barisan Nasional

Kenyataan dari timbalan pengerusi SPR dengan terang dan jelas mengutuk pembangkang (PR).

Wajarkah SPR mengutuk begitu? Siapakah SPR? Parti komponan BN?

Kalau pembangkang mengambil keputusan untuk turun ke jalan raya pun, SPR tiada hak mengutuk sebegitu rupa.

Yang peliknya SPR hadir dimajlis penerangan PRU yang dianjurkan oleh BN tetapi menolak untuk berdebat dengan pembangkang dengan alasan pembangkang boleh menghantar petisyen di mahkamah.

Pelik sungguh perangai pengadil pilihanraya di negara kita.

Nampak jelas SPR bercakap bagi pihak BN walaupun sepatutnya tiada kenyataan yang dibuat untuk mengutuk pihak yang bertanding. Pembangkang ada hak membantah dengan cara apapun asalkan bukan kekerasan dan SPR sebagai pengadil tiada hak mempersoalkannya.

SPR tidak menyebelahi BN?


Sepatutnya SPR tampil dengan bukti jelas bahawa mereka tidak menyebelahi BN dan menjawab semua pertikaian pembangkang mengenai pendaftaran warga asing yang diberi IC, penggunaan dakwat kekal dan lain lain rasa tidak puas hati pembangkang.

Bukan sekadar mengatakan SPR tiada kuasa kerana sebagai pengadil, SPR mesti adil dalam semua segi.

Lagipun kalau SPR ada kuasa yang tidak terhad untuk mengubah peraturan piliharaya, kenapa SPR tiada hak untuk memastikan semua pengundi adalah warga negara yang sah.

Lebih pelik lagi apabila timbalan pengerusi SPR boleh menyatakan tindakan pemuda dari kuantan adalah salah di sisi undang undang dan boleh didakwa tanpa menyatakan kelalaian SPR mendaftar namanya dua kali yang membolehkan dia mengundi dua kali.Kenapa pemuda itu yang salah, SPR tidak salah?

Pelik


Satu lagi hal yang pelik, ialah apabila timbalan pengerusi menyatakan kehairannya kepada tindakan pemuda itu membawa keluar kertas undi kerana menurutnya banyak mata yang menyaksikannya jadi mana mungkin dia boleh menyeludup kertas undi tersebut.

Timbalan pengerusi SPR agaknya lupa bahawa dalam hampir kesemua keputusan PRU yang diwartakan, ada jumlah kertas undi TIDAK DIKEMBALIKAN dicacatkan. Ke mana perginya kertas undi ini.

Perkara ini melondehkan kelemahan SPR mengendalikan pilihanraya Malaysia bukan mempersoalkan tindakan pemuda itu membawa keluar kertas undi.

Tidak mengaku salah


Sudahlah tidak mahu mengaku salah, disalahkan pula orang lain dengan angkuhnya.

Inikah sikap SPR di negara kita? SPR bukan pengadil tetapi bertindak mempertahankan parti yang memerintah! Seperti dalam perlawanan bola sepak, SPR menjadi pemain kedua belas bagi team BN.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"







Jumaat, 24 Mei 2013

Teka-teki nombor pendaftaran baru Wilayah Persekutuan terjawab

PUTRAJAYA, 23 Mei — Nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bermula dengan siri nombor baharu iaitu W (nombor 1 sehingga 9999) dan berakhir A, dijangka pada Julai depan, kata Pemangku

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) hari ini. Beliau berkata nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kini mencapai nombor siri WYK 6xxx dan ia akan berakhir dengan siri nombor WYY 9999 dalam tempoh terdekat, berkemungkinan Julai ini.

Katanya, terdapat 13 siri lagi sebelum mencapai siri nombor pendaftaran WYY.

“Sehubungan itu, adalah diputuskan bahawa siri nombor pendaftaran baharu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bermula dengan W 1 A dan berakhir dengan W 9999 A.

“Siri berikutnya adalah W 1 B Sehingga W 9999 B, diikuti dengan W 1 C dan seterusnya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat di Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Setelah berakhir dengan siri nombor W 9999 Y, ia akan bersambung dengan WA 1-9999 A sehingga WY 1-9999 Y dan WAA 1-9999 A sehingga WAY 1-9999 Y.

Siri baharu ini akan berakhir dengan WYY 1-9999 Y.

Sementara itu, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berikrar untuk mempertingkatkan pengangkutan awam bandar dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Sementara itu, Hishammuddin memberi jaminan Kementerian Pengangkutan yang terdapat sembilan bahagian, lima unit dan 12 agensi akan sentiasa mendahului kepentingan rakyat.

“Isu seperti AES tidak boleh ditentukan dalam tempoh sehari sahaja...Saya adalah Menteri Pengangkutan untuk negara ini dan bukan hanya untuk AES,” katanya.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Panas! Pengarah Tabung Haji ditangkap khalwat

kemaskini oleh:
pen buruk online ™ : pengarah Tabung Haji ditangkap khalwat

23 Mei — Pengarah Tabung Haji Pulau Pinang Rozimin Ahamed Kamil dan seorang staf wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan berkhalwat.

Rozimin, 46, dan Nor Hamiza Ahmad, 35, dituduh melakukan kesalahan itu di bilik bernombor 328C di sebuah hotel di Kompleks Tabung Haji di Bayan Lepas pada kira-kira 6.10 petang, 20 Mei lepas.

Rozimin dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nor Hamiza mengikut Seksyen 27 (b) enakmen sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

baca lanjut:



Hakim Syarie Mohamed Zaidi Abdullah membenarkan kedua-duanya, masing-masing diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Jun untuk sebutan semula kes.

Kedua-dua mereka diwakili peguam Wan Faridulhadi Mohd Yusoff manakala pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Mohd Zulkhairi Aziz.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Khamis, 23 Mei 2013

Patologis sahkan Dharmendran meninggal akibat pukulan. jeng.. jeng..jeng.. bakal terburai!

kemaskini oleh:
pen buruk online ™ : kes tahanan mati dalam lokap

Perunding patologi daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam mengesahkan bahawa tahanan polis N Dharmendran meninggal dunia akibat "kegagalan fungsi kecederaan tisu lembut akibat pukulan ke badan".

Perkara itu dinyatakan oleh Dr Siew Sheue Feng kepada keluarga Dharmendran, peguam N Surendran dan Latheefa Koya serta pegawai penyiasat polis di bilik mayat HKL malam tadi.

Menurut Surendran, ahli patologi itu juga menjumpai luka yang masih baru yang didakwanya membuktikan Dharmendran dipukul dan didera dengan teruk sehingga mati ketika dalam tahanan.

Surendran juga berkata, berdasarkan kesan di badan, doktor itu juga mendapati terdapat penggunaan rotan di bahagian belakang si mati.

Laporan penuh akan diselesaikan dalam tempoh beberapa hari, katanya yang juga naib presiden PKR dan anggota Parlimen Padang Serai.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"