Selasa, 4 Jun 2013

Mana ada SPR tipu..!! Ini semua mengarut.. tengok tak percaya!

Seorang pengundi, Mohd Azlan Mohd Sharif membuat enam laporan polis menuntut siasatan berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 yang digazetkan 22 Mei lalu berbeza dengan yang diumum pegawai pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui borang 16.

Beliau mendapati sebanyak 53,045 kertas undi ‘hilang’ melibatkan semua kerusi Parlimen dan DUN seluruh negara kecuali DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang, DUN Banggi dan DUN Labuk, Sabah.

Borang 16 ialah Borang Pengisytiharan Keputusan pilihan raya daripada 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.

“Ia satu kesalahan jenayah mengikut seksyen 3(1)(h) dan seksyen 6 (2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Maka jelas polis dan SPR yang bertugas pada hari, masa dan tempat mengundi bersubahat, membenarkan dan melakukan jenayah ini,” katanya dipetik dalam laporan polisnya yang pertama.

Mohd Azlan, pengundi DUN Sungai Balang dan parlimen Muar, Johor membuat semua laporan itu di balai polis Klang pada 30 Mei.

Enam laporan melibatkan kehilangan kertas undi, salah kira undi, maklumat yang sudah berubah, perbezaan kertas undi yang dikeluar di parlimen dan DUN, maklumat kerusi parlimen dan DUN berbeza sebelum dan selepas diwartakan dan kecuaian anggota polis.

Saya tidak nampak, tidak tahu, tidak terdengar, tidak terbaca apa-apa berita mengatakan ada tangkapan oleh SPR atau polis terhadap mana-mana pihak yang membawa keluar atau menghilangkan kertas undi yang telah dikeluarkan,” kata Azlan.

Katanya. kemenangan semua calon bagi setiap kerusi itu pada PRU lalu adalah tidak sah dan terbatal sehinggalah kertas undi itu disemak dan disahkan semula.

“Tujuan enam laporan dibuat agar pihak berkuasa termasuk polis menyiasatnya. Sebagai rakyat Malaysia, saya menjunjung semangat Perlembagaan dan Rukun Negara khususnya Keluhuran dan Kedaulatan Undang-undang.

Dalam laporan polisnya yang keenam, beliau mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan tegas terhadap pegawainya yang cuai menjalankan tugas pada PRU lalu.

“Saya minta KPN menyiasat, menangkap dan mengambil tindakan terhadap pegawai polis yang bertugas pada masa itu disebabkan terbukti cuai, tidak amanah, tidak melaksanakan tanggungjawabnya dan membenarkan jenayah berlaku didepan matanya,” katanya lagi.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Episod Altantuya belum berakhir.. lihatlah!

pen buruk online ™

Bekas anggota Unit Tindakan Khas Polis Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kesalahan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan bagi memohon pembebasannya, mendakwa wujud perbicaraan silap oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Notis usul itu difailkan firma guaman The Chambers of Kamarul Hisham and Hasnal Rezua di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya dalam usaha untuk memasukkan alasan rayuan tambahan.

Dalam permohonan itu, bekas Koperal Sirul Azhar mendakwa beliau terdedah kepada "publisiti buruk" secara meluas semasa perbicaraan itu yang jelas mengelirukan dan prejudis terhadap dirinya, dengan itu menafikan dirinya perbicaraan adil.

Beliau memohon Mahkamah Rayuan mengisytiharkan perbicaraan itu sebagai perbicaraan silap, sabitannya diketepikan dan beliau dibebaskan.

Sirul Azhar, 39, mendakwa publisiti buruk yang diterimanya telah mewujudkan kebarangkalian bahawa hakim mahkamah tinggi bersikap berat sebelah, menyebabkan sabitannya boleh dipertikaikan.

Sirul Azhar mendakwa beliau terdedah kepada publisiti buruk menerusi tiga akuan bersumpah, dua dibuat oleh penyiasat persendirian mendiang P Balasubramaniam dan satu lagi oleh Raja Petra Kamarudin.

Beliau berkata akuan bersumpah yang pertama oleh Balasubramaniam, dibuat selepas pihak pendakwaan menutup kesnya pada 23 Jun, 2008, mengandungi perkara-perkara yang prejudis terhadap dirinya kerana perkara itu tidak didedahkan dalam keterangannya (Balasubramaniam) pada perbicaraan.

Katanya Balasubramaniam telah, pada 4 Julai 2008, membuat satu lagi akuan bersumpah menyatakan beliau menarik balik akuan bersumpah yang pertama.

Sirul Azhar berkata akuan bersumpah itu telah dimuat naik di pelbagai laman web dan telah menjadi punca pelbagai spekulasi, perdebatan dan ulasan daripada orang awam, pengamal undang-undang dan pemimpin yang telah ditafsirkan sebagai mempersoalkan kesahihan dan ketulenan akuan bersumpah itu.

Katanya persoalan penting yang bermain di fikiran para pembaca yang mendapat akses kepada bahan itu mungkin ialah, "Apa yang mendorong perayu-perayu untuk membunuh mangsa" dan "Siapa yang memberi arahan supaya pembunuhan dilakukan oleh perayu-perayu".

Sirul Azhar berkata Raja Petra telah, pada 21 Jun, 2008, memuat naik akuan bersumpahnya di laman web Internet menyatakan tiga individu lain turut hadir semasa mangsa dibunuh, yang boleh ditafsirkan untuk membawa maksud bahawa beliau (Sirul Azhar) adalah pembunuhnya.

Beliau mendakwa Raja Petra juga telah memuat naik satu salinan kenyataan beramaran dipercayai olehnya (Sirul Azhar) menyatakan beliau (Sirul Azhar) telah mengaku membunuh wanita Mongolia itu.

Sirul Azhar dan bekas Cif Inspektor Azilah Hadri didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 bagi kesalahan membunuh Altantuya, ketika itu berusia 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam, Selangor antara 10 malam pada 19 Oktober 2006 dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

Rayuan mereka terhadap sabitan dan hukuman mati dijadual didengar Mahkamah Rayuan pada 10 Jun.

Peguam yang mewakili Sirul Azhar, Kamarul Hisham Kamarudin berkata salinan notis usul itu akan diserahkan kepada pihak pendakwaan.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Kan dah kata.. berdua-duaan di tempat sunyi dan gelap akhirnya..

Demi mempertahankan adik angkatnya daripada dirogol, seorang lelaki berusia 42 tahun maut selepas dibelasah tiga lelaki dalam kejadian di Sri Rampai, Setapak, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi Selasa lalu itu, lelaki berkenaan bersama adik angkatnya yang berusia 21 tahun berada di dalam kereta di kawasan tempat letak kereta di kawasan kejadian sebelum dihampiri tiga lelaki berusia 20-an.

Tindakan ketiga-tiga lelaki itu menyebabkan mangsa cuba meninggalkan kawasan berkenaan namun keretanya ditahan lelaki terbabit sebelum dia dan adik angkatnya diarah keluar.

Sumber berkata, dua daripada lelaki berkenaan menarik keluar wanita itu daripada kereta sebaik dia enggan berbuat seperti diarahkan.

“Sebaik diheret keluar, ketiga-tiga lelaki terbabit cuba memperkosa wanita itu,” katanya.

Katanya, melihat kejadian berkenaan, mangsa cuba menghalang hingga berlaku pergaduhan.

“Tiga lelaki terbabit kemudian bertindak membelasah mangsa hingga terjatuh dan tidak sedarkan diri.

“Wanita terbabit menjerit meminta tolong, namun tiada yang membantu berikutan kawasan kejadian sunyi dan gelap,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, melihat mangsa tidak sedarkan diri, tiga lelaki itu melarikan diri.

Katanya, adik angkat mangsa kemudian menghubungi rakannya untuk meminta bantuan dan menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

“Doktor yang merawat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala,” katanya.

Berikutan itu, wanita berkenaan membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi dan kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Katanya, ketiga-tiga lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian itu sudah ditahan sehari selepas kejadian.

“Semua mereka kini direman. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Waw!! Senator Ezam dedah 3 rahsia besar

kemaskini oleh:
pen buruk online ™ : Ezam dedah 3 rahsia besar Anwar


Ezam Mohd Noor, Senator Ezam masih ada rupanya, ingatkan dah menyepi terus. Sepanjang kempen pilihanraya baru-baru ini Ezam senyap-sunyi, mungkin kerana tak dapat jadi calon. Entah kenapa kini dia nak bersuara semula.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Senator ini berkata 3 perkara yang paling ditakuti Anwar. Kerana itulah Anwar menganjurkan siri perhimpunandi seluruh negara kerana mahu mengalih tumpuan rakyat daripada tiga perkara tersebut.

Anwar nak pastikan ketiga-tiga perkara tersebut ‘dilenyapkan’ daripada minda rakyat walaupun tindakannya itu akan mengundang kemudaratan terhadap agama, bangsa dan negara, kata Ezam.

Tiga perkara tersebut ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berkaitan seks.

Itulah modal Ezam untuk bersuara kali ini setelah kebas punggungnya hilang setelah tak dicalonkan baru-baru ini. Ini modal Ezam setiap kali bersuara. Zahid Hamidi belum mendedahkan sesiapa terlibat dengan pencerobohan Lahad Datu tetapi Ezam mampu mendedahkan Anwar terlibat. - Lagi.MY



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Isnin, 3 Jun 2013

Azmin buat hal lagi .. lu apa hal?!

Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali berkata kalangan anggota parti kurang senang dengan pelantikan setiausaha agung parti Saifuddin Nasution Ismail ke jawatan pegawai perhubungan politik di pejabat menteri besar.

Laporan Sinar Harian memetik kenyataan Azmin yang menyebut bahawa anggota parti berkenaan juga merasakan bahawa keputusan tersebut seolah-olah melupakan pemimpin Selangor yang lain.

“Kalangan ahli melahirkan rasa kurang senang dengan keputusan tanpa perbincangan parti malah seolah-olah melupakan pemimpin Selangor yang berjaya memenangi hati rakyat serta menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu,” kata Azmin seperti dilaporkan akhbar tersebut.

Dalam satu lagi laporan, akhbar berkenaan memetik kenyataan ketua penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shaifei yang menuntut agar menteri besar menjelaskan peranan Saifuddin di jawatan tersebut.

“MPN (majlis pimpinan negeri PKR) Selangor akan meminta penjelasan lanjut dari Tan Sri Abdul Khalid (Ibrahim) kerana timbul pertanyaan mengapa pula setiausaha agung PKR selaku ahli politik boleh dilantik ke dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin sendiri dalam satu lagi laporan di halaman sama berkata beliau hanya akan mengetahui bidang tugas berkenaan apabila bertemu Khalid pada hari Jumaat.

Bagaimanapun, beliau berkata tugas berkenaan antara lainnya melibatkan usaha memperkukuh kerajaan negeri dan membina kekuatan pengaruh lebih luas di kawasan yang tidak dikuasai Pakatan Rakyat.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"