Sabtu, 1 Jun 2013

Turun harga kereta, rakyat terperangkap lagi

Janji BN untuk menurunkan harga kereta hanya sekadar ‘perangkap’ sahaja apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hanya mengumumkan ianya dibuat secara berperingkat menjelang tahun 2017.M enjelang tahun 2017, pelbagai perkara boleh berlaku dan dijadikan alasan oleh BN untuk ianya dihentikan atau dikaji semula.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar berkata, kerajaan harus menjelaskan kepada rakyat tarikh sebenar harga kereta akan diturunkan bukan hanya menyebut ianya diturunkan secara berperingkat sehingga tahun 2017.

Mahfuz Omar berkata demikian ketika mengulas kenyataan JF Apex Securities yang disiarkan dalam akhbar.

JF Apex dalam kenyataannya memberitahu kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, BN telah berjanji sebelum pilihan raya umum yang lepas, namun ianya belum pun ditunaikan.

“Kita tidak mahu janji tersebut hanya janji pilihan raya, rakyat menanti penurunan harga kereta bagi menampung keperluan hari mereka,” kata Mahfuz ketika ditemui di Jalan Pahang 28 Mei lalu.

Tambah beliau, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, BN perlu memastikan segala janji manifesto dapat ditunaikan dengan segera.

“Sepertimana yang dilaungkan oleh BN iaitu janji ditepati, maka seeloknya kerajaan menyatakan bila mereka akan menurunkan harga kereta,” katanya lagi.

“Kita tidak mahu apabila BN menang pilihan raya maka banyak dolak dalih dalam soal penurunan harga kereta apa yang pasti janji tetap janji dan jangan sampai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru ingin dilaksanakan,” tegasnya.

Menurut Mahfuz, apa yang dijanjikan BN itu sebenarnya telah termaktub dalam tawaran manifesto Pakatan Rakyat.

Beliau juga berharap BN turut mempunyai langkah- langkah yang telah dikenalpasti sebelum janji penurunan harga kereta dilakukan dan bukannya menciplak idea daripada Pakatan Rakyat untuk mendapat sokongan pengundi.

BN di dalam manifesto PRU13 telah berjanji menurunkan harga kereta antara 20 peratus hingga 30 peratus.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Sakit mata lihat pelajar berpelukan

PENDANG – Air Terjun Bukit Perak atau turut dikenali sebagai Sungai Rambai dikatakan sering menjadi tumpuan pelajar ponteng sekolah berikutan dikatakan merupakan port pilihan terutamanya yang mempunyai pasangan kekasih. Tinjauan pagi kelmarin mendapati beberapa pelajar perempuan berpakaian sekolah bersama teman lelaki masing-masing keluar dari bahagian tingkat atas air terjun kira-kira jam 1 petang.

Seorang pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Rusli berkata, dia sakit mata dan kecewa melihat tingkah laku pelajar-pelajar perempuan berpeluk-pelukan bersama pasangan masing-masing.

Gejala berkenaan semakin menjadi-jadi terutamanya di bahagian tingkat atas air terjun memandangkan ia dikelilingi hutan dan jauh dari pandangan orang ramai.

“Mereka akan masuk di tingkat atas dan akan turun pada waktu sekolah tamat.

“Pada waktu cuti sekolah sekarang kebanyakan pelajar perempuan berpakaian sekolah akan datang ke sini, mungkin mereka ponteng kelas tambahan atau tuisyen yang dianjurkan pihak sekolah. Dan seperti biasa pasangan mereka awal-awal lagi sudah menanti di sini,” katanya.

Menurutnya, dia pernah menegur perlakuan pelajar-pelajar berkenaan, namun respons negatif yang diterimanya.

"Mereka marah saya, marah sebab saya campur urusan mereka.

"Saya sedih melihat perangai anak-anak muda sekarang. Terlalu leka dengan cinta hingga lupa semuanya," katanya.

Rusli berkata, pekerja di situ tidak mampu berbuat apa-apa, dan dia berharap pihak bertanggungjawab mengambil tindakan serius menangani gejala berkenaan.

Seorang lagi pekerja yang dikenali sebagai Bibah berkata, semua pekerja jarang naik ke air terjun bahagian atas kerana malu dengan perlakuan pelajar-pelajar berkenaan.

“Saya berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan serius kerana gejala ini saya lihat boleh merosakkan imej tempat ini,” katanya.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Masak ler bekas suami yang ingkar kali ini.. saksikan!

kemaskini oleh:
pen buruk online ™ : bekas suami ingkar beri nafkah


Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mungkin mengambil langkah menyita harta lelaki yang ingkar membayar nafkah kepada anak dan bekas isteri, seperti yang diperintahkan oleh mahkamah syariah.

Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Persekutuan Datuk Seri Md Yusup Che Teh berkata ini kerana tindakan memenjara bekas suami yang gagal melunaskan nafkah anak dan bekas isterinya didapati tidak berkesan.

Beliau memberi contoh satu kes di Selangor membabitkan seorang lelaki yang terus ingkar perintah mahkamah, sekalipun telah dipenjarakan selama 10 hari atas kesalahan enggan membayar nafkah anak dan bekas isteri.

Md Yusup ditemui pemberita selepas mewakili Ketua Hakim Syarie JKSM Tan Sri Ibrahim Lembut menyampaikan pendahuluan nafkah berjumlah RM800,000 kepada 21 penerima yang sedang menunggu bekas suami membayar nafkah seperti yang diperintahkan mahkamah syariah dalam kes penceraian atau tuntutan nafkah masing-masing.

Wang pendahuluan bagi menampung kehidupan wanita dan anak mereka untuk tempoh enam bulan itu adalah daripada Dana Akaun Amanah BKS Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan akan dikutip semula oleh BKS daripada bekas suami terbabit.

Mengulas lanjut, Md Yusup berkata bekas suami terbabit juga berdepan tindakan undang-undang jika enggan membayar balik wang pendahuluan BSK itu.

Terdahulu, Ibrahim dalam teks ucapan yang dibaca Md Yusup, berkata pendahuluan nafkah itu diberi bagi meringankan beban ibu tunggal terutama ketika proses penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah oleh mahkamah syariah.

"Bantuan pendahuluan ini hanya untuk penerima yang layak dan bagi tempoh enam bulan atau sehingga satu tempoh lanjutan yang diluluskan oleh satu jawatankuasa yang dilantik khas," katanya.

Menurut Ibrahim BSK JKSM yang ditubuhkan pada 2009 itu menerima peruntukan RM15 juta secara 'one-off' daripada kerajaan persekutuan dan JAKESS pula menerima RM300,000 bagi tujuan itu pada 2011 selain sumbangan RM200,000 daripada Lembaga Zakat Selangor.

Katanya setakat April tahun ini, BSK JKSM telah mengeluarkan RM550,879 kepada penerima di seluruh negara dan berjaya mengutip semula RM47,800.

Di Selangor, sejumlah RM153,050 telah disalurkan kepada 43 penerima setakat ini, katanya. - Bernama



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Siapa yang berani cabar Najib presiden UMNO semasa pemilihan parti?

kemaskini oleh:
pen buruk online ™ : ada yang berani lawan Najib?


Najib merupakan presiden UMNO paling lemah setakat ini dengan hanya menang 133 kerusi parlimen dan ketinggalan 7 kerusi di belakang Pak Lah.

Kelemahan itu, diintai oleh tokoh-tokoh politik dalam parti UMNO. Muhyiddin adalah insan yang disebut-sebut dari dulu akan mencabar Najib. Benar atau tidak itu cerita kedua. Isunya beranikah Muhyiddin mencabar Najib dalam pemilihan parti kali ini?

Muhyiddin tidak perlu gusar kerana Najib telah berkata bahawa sesiapa pun boleh menandingi jawatan presiden kerana UMNO adalah parti demokratik!

Menjawab soalan wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibunegara petang ini, Najib berkata:

"Anda semua tahu Umno adalah parti yang demokratik.

"Jadi saya tidak tahu (sama ada akan dicabar).

"Kita perlu terima Umno adalah parti yang terbuka - tidak seperti parti-parti lain," kata Najib sambil ketawa kecil dalam sidang media selepas mesyuarat

Ya, sebuah parti demokratik tidak seperti parti-parti lain. PAS, PKR, DAP?

Oleh kerana demokratik sudah hamper 25 tahun jawatan presiden UMNO tidak dicabar. Terakhir pada tahun 1987 ketika menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan presiden Umno.

Mahathir berjaya menewaskan Tengku Razaleigh dengan 40 undi, tetapi pertandingan itu telah memecahkan Umno dan parti itu diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988.

Pengharaman itu berpunca daripada tindakan sekumpulan ahli Umno mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan pemilihan parti itu yang berlangsung pada 24 April, 1987.

BENCANA


Apakah jika berlaku cabar mencabar dalam jawatan presiden UMNO akan berulang episode 1987?

Apakah bencana yang bakal menimpa pencabar jawtan presiden UMNO jika dia tumbang?

Bagaimana pula dengan rasuah semasa pemilihan parti?

KUOTA PENCALONAN


jumlah kuota pencalonan diperlukan untuk layak bertanding bagi jawatan tinggi parti, iaitu:
  1. Presiden: 30 peratus pencalonan (57 daripada 191 bahagian);
  2. Timbalan presiden (20 peratus/38 bahagian);J
  3. Naib Presiden (10 peratus/19 bahagian);
  4. Ahli Majlis Tertinggi (5 peratus/10 bahagian);
  5. Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri (20 peratus/38 bahagian);J
  6. Naib Ketua Wanita, Pemuda, Puteri (15 peratus/28 bahagian)



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Perempuan ini cari makan dengan separuh bogel dalam semak

Seorang wanita berusia awal 30-an bersama pasangannya ditemui dalam keadaan separuh bogel ketika serbuan dilakukan anggota penguatkuasa dari Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam kawasan semak berhampiran Pekan Lama, Sungai Petani baru-baru ini.

Wanita tersebut, dikenali sebagai Rina (bukan nama sebenar) dipercayai telah lama dan berpengalaman sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) selain aktif terjebak dengan perbuatan itu.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, hasil maklumat orang awam, sepasukan tujuh anggota bersiap sedia melakukan serbuan kira-kira jam 7 malam melalui lorong tikus sehinggalah sampai ke lokasi kejadian.

Menurutnya, wanita itu bersama pasangannya leka berseronok sehingga tidak menyedari kehadiran anggota penguatkuasa yang datang ke lokasi kejadian sebelum serbuan dilakukan.

“Semasa serbuan kami dapati, di kawasan berkenaan (dalam semak) berlaku kegiatan maksiat dan tidak bermoral antara seorang wanita bersama pasangannya.

“Antara alasan yang diberikan wanita itu ialah dia terpaksa melakukan perbuatan terkutuk tersebut bagi menyara tiga orang anak yang masih kecil,” katanya.

Menurutnya, selepas disoal siasat, wanita itu mengaku turut melayan nafsu pelanggan yang terdiri dari pelbagai bangsa serta warga asing yang ingin mendapatkan perkhidmatannya.

“Turut ditemui semasa serbuan dalam semak berkenaanialah tilam dan kondom yang dipercayai digunakan oleh GRO untuk melayani pelanggan,”katanya.

Menurut Zaiferi, lokasi berkenaan juga merupakan lokasi panas yang kerap dijadikan ‘port’ maksiat serta diketahui umum bagi mereka yang menjalankan perkhidmatan tersebut.

Katanya, pihaknya menasihati mana-mana individu yang beragama Islam supaya tidak melakukan perbuatan terkutuk mahupun melanggar syariat Islam selain balik ke pangkal jalan sekiranya tersilap langkah.

Individu yang dipercayai bersalah boleh didakwa di bawah Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan sekiranya didapati bersalah boleh didenda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali atau ditahan di rumah kebajikan selama tiga tahun.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"