Selasa, 28 Mei 2013

Adakah minyak RON95 mudah terbakar?

kemaskini oleh:
pen buruk online ™ : RON95 mudah terbakar?

Kajian terperinci perlu dilakukan adakah RON95 begitu mudah terbakar apabila berlaku lintar pintas, kemalangan kecil, enjin panas dan sebagainya memandang banyak kes kereta terbakar dilaporkan akhir-akhir ini.

Kereta rombongan kahwin rentung
27 Mei 2013

Padang Besar: Seorang wanita yang menunggu hari untuk bersalin terkejut apabila kereta Perodua Myvi miliknya yang diletakkan di tepi jalan terbakar ketika dia menikmati hidangan di majlis kenduri kahwin di Batu 8, Jalan Kaki Bukit, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, kereta milik Rusmazailina Othman, 25, terbakar bersama dua kereta lain milik saudaranya yang diletakkan berhampiran ketika mengikuti rombongan pengantin lelaki.

Difahamkan, ketiga-tiga kereta berkenaan disambar api akibat tumpahan minyak dari sebuah kereta Toyota KE20 yang cuba dihidupkan enjin selepas terbabit kemalangan dengan sebuah Proton Saga sebelum itu.

Menurut ibu mentua Rusmazailina, Salwa Ibrahim, 50, ketika kejadian, dia bersama anaknya, Mohd Fikri Mokhtar, 25, dan menantunya makan di majlis perkahwinan pihak pengantin perempuan.

"Ketika hampir selesai makan, kami dikejutkan dengan bunyi letupan sebelum terdengar suara riuh-rendah orang ramai di depan jalan rumah pengantin perempuan menyebabkan kami bergegas pergi untuk melihat apa yang berlaku.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Alahai bang Muhyiddin

kemaskini oleh:
pen buruk online ™ : Kedudukan Muhyiddin kritikal selepas kenyataan Mahathir

Jika anda ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, anda pasti tidak dapat bersenyum mulai semalam. Itulah kata-kata sumber Umno kepada Harakahdaily tengah malam semalam.

Sumber Umno menghubungi Harakahdaily ekoran kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Umno-BN akan mengekalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai ketuanya kerana tiada calon lain yang lebih berwibawa.

Mahathir dipetik berkata di satu forum di Jepun semalam dengan nada sebegini: “Saya berasa parti akan menyokong beliau (Najib) kerana kurang alternatif.”

“Ini memberi tamparan kepada Muhyiddin yang merasakan selama ini beliau adalah 'Prime Minister material' di mata Mahathir. Kini, Muhyiddin bakal terasa bahang kerana nyawa politiknya telah dipotong separuh oleh Mahathir,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily.

Sumber Umno yang menelefon dari Jepun berkata beliau juga agak terkejut dengan kenyataan Mahathir.

“Sepatutnya Mahathir apabila melihat Khairy Jamaluddin dalam kabinet akan terus timbul rasa nak cantas Najib. Tapi kenyataan yang merugikan Muhyiddin itu cukup pelik. Secara tidak langsung, ini menghantar mesej kepada keseluruhan Umno bahawa Muhyiddin tidak sesuai jadi timbalan kerana tidak layak mengganti Najib, sekiranya berlaku apa-apa pada Najib,” kata beliau lagi.

Minggu lepas, sumber Umno itu berkata Muhyiddin tiada cara untuk menyelamatkan diri selain mencabar Najib sebagai Presiden Umno dalam pemilihan parti akan datang.

Ini kerana katanya, jika Muhyiddin memilih untuk mempertahankan jawatan, sudah pasti ada orang yang mencabarnya seperti bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan juga Pengerusi Felda Datuk Seri Isa Samad.

“Muhyiddin kini keseorangan di atas. Mahathir pula seolah-olah sudah menikamnya. Seperti yang saya kata, Muhyiddin terpaksa cabar Najib untuk menyelamatkan diri,” kata sumber Umno itu.

Harakahdaily sempat bertanya kepada sumber Umno apakah mungkin Najib dan Muhyiddin bersama-sama mengisytiharkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

“Boleh kalau mereka boleh puaskan hati semua warlord dan kini saya percaya antara Najib dan Muhyiddin pun tak dapat satukan semua warlord.

"Najib sudah pasti akan cuba umum jawatan Presiden tidak perlu dipertandingkan, tapi timbalan, susah nak halang orang mencabar Muhyiddin sebab ramai calon yang layak mencabarnya, tidak seperti Najib,” kata beliau sebelum menamatkan perbualan.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Isnin, 27 Mei 2013

RM1.7b tak cukup beb, kena cekau RM5b baru berbaloi kah kah kah

kemaskini oleh:
pen buruk online ™ : KOS KLIA2 MENINGKAT


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein digesa menubuhkan satu jawatankuasa audit bebas bagi menyiasat perkembangan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Gesaan ini dibuat oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam satu sidang media hari ini.

Menurut Tony, penjelasan berhubung kelewatan dan peningkatan kos dalam menyiapkan projek ini perlu dimaklumkan kepada umum selain menjawab segala persoalan berbangkit sebelum ini.

Pada 14 Mei Pengurus Besar Eraman, Fawzy Ahmad mengadakan satu mesyuarat tertutup berhubung kelewatan penyiapan KLIA2, kata Tony. Eraman adalah anak syarikat Malaysian Airports Holdings Berhad, yang mengendalikan semua lapangan terbang di Malaysia.

Menurut Tony, kelewatan penyiapan projek ini akan mengakibatkan pertambahan kos daripada RM 1.7 bilion sehingga RM 5 bilion.

Katanya lagi, perkara ini dibangkitkan kerana projek ini bukan melibatkan kelewatan hampir dua minggu atau dua bulan sebaliknya enam bulan.

Mengikut laporan sebelum ini, KLIA2 sepatutnya siap pada September 2011 seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri.

Namun mengikut kenyataan yang dibuat pada 14 Mei lalu oleh Fawzy Ahmad, projek ini dijangka siap pada suku keempat tahun 2013.

Dari segi kos projek KLIA2, jumlah awal yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat pada 22 Julai 2007 adalah RM 1.7 bilion.

Namun dalam kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri pada 10 Oktober, kos projek berkenaan telah meningkat kepada RM 4 billion.

Secara peribadi Tony menyatakan, beliau tidak terkejut sekiranya projek ini disiapkan pada Jun 2014.

Katanya, pihak menteri perlu mengumumkan tarikh baru projek ini bakal disiapkan.

“Saya tidak terkejut projek ini disiapkan pada 28 Jun 2014 bersempena dengan ulangtahun ke-16 KLIA,” katanya lagi.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Bukan berpuluh, malah ribuan laporan polis ke atas SPR.. saksikan

kemaskini oleh:
pen buruk online ™ : LAPOR POLIS DAKWAT SPR TIDAK KEKAL


Ribuan orang ramai membanjiri balai polis seluruh negara untuk membuat laporan terhadap kegagalan dakwat kekal, ia bukti orang ramai menyahut gesaan Pakatan Rakyat (PR) bagi membuktikan penipuan pada Pilihan Raya 2013, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, .

Ketua Umum PKR tersebut bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) yang juga membuat laporan sama di balai polis Tropicana berkata laporan tersebut adalah bukti wujudnya manipulasi oleh pihak berkuasa ke atas keputusan pilihan raya 5 Mei lalu.

“Kami mempunyai ribuan laporan setakat ini... Saya tidak mempunyai angka rasmi, tapi hari ini saya dimaklumkan seluruh negara telah membuat laporan rasmi,” kata Anwar dalam sidang media disini.




Dalam perhimpunan besar-besaran Sabtu lalu yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Anwar telah telah menggesa orang awam untuk membuat laporan polis jika mereka berhadapan dengan insiden dakwat kekal tanggal daripada jari mereka sebaik mengundi pada 5 Mei lalu.

Beliau berkata orang ramai boleh melakukannya bermula Ahad hingga Isnin ini dan menghantar salinan kepada PR.

“Ini bagi menunjukkan kuasa dan tekad orang ramai. Kami cabar kamu menerusi proses yang ditetapkan. Kami juga menghormati undang-undang negara,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Beliau berkata PR mahu membentangkan sejumlah besar laporan polis oleh orang ramai ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya menipu di dalam kamar mahkamah.

PR akan melakukan petisyen untuk mencabar pelaksanaan pilihan raya dan keputusan di lebih daripada 25 kerusi Parlimen, langkah yang perlu dilakukan dalam 21 hari selepas keputusan pilihan raya digazetkan pada 22 Mei.

Anwar juga menggesa rakyat menyokong langkah Bersih untuk mengadakan “Tribunal Rakyat”, inisiatif yang akan digunakan bagi menyiasat dakwaan orang ramai terdapat penipuan pilihan raya.

Walaupun SPR mengatakan Tribunal Rakyat tidak sah disisi undang-undang, Anwar mengatakan ianya mempunyai legitimasi.

Barisan Nasional (BN) mempertahankan kuasa dalam pilihan raya 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen, lebih 21 daripada syarat 112 kerusi Parlimen untuk menang majoriti mudah.

Walaubagaimanapun, kemenangan BN kali ini lebih kecil di Parlimen sejak negara Merdeka pada 1957.

Pembangkang PR enggan menerima kekalahan tersebut, sebaliknya mempertahankannya dengan kemenangan undi popular sebanyak 51 peratus berbanding BN 48 peratus — keputusan sama yang diperoleh pemerintah pada 1969 selepas kehilangan undi popular.

PR juga akan memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan di dalam 27 kerusi Parlimen di mana BN menang dengan majoriti kecil, yang didakwa mereka hasil penipuan semasa pilihan raya.

Walaupun tedapat bantahan besar ke atas pengendalian PRU13, SPR menegaskan mereka telah menjalankan pilihan raya secara adil dan berjaya, serta memberikan jumlah tinggi yang keluar mengundi sebanyak 84.84 peratus sebagai bukti keyakinan terhadap sistem pilihan raya di Malaysia.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Panas! Ada usaha ingin jatuhkan kepimpinan ulama PAS!

kemaskini oleh:
pen buruk online ™ : MENJELANG MUKTAMAR PAS


Antara fitnah yang melanda institusi syura dan ulama di dalam PAS hari ini ialah tuduhan mengatakan ulama ingin membawa PAS masuk ke dalam Umno kerana inginkan jawatan.

Ia langsung tidak berasas kerana kalau mahukan kuasa dan jawatan, sudah lama mereka menyertai Umno kerana Umno sentiasa mengumpan wang ringgit dan jawatan kerajaan jika para ulama PAS menyertai Umno.

Sejarah politik negara sudah menyaksikan ulama-ulama yang memberi sokongan kepada Umno menerima habuan dunia. Ada yang boleh dibeli dengan hanya RM 2 juta dan ada juga yg mendapat jawatan selesa bergaji besar di dalam kerajaan.

Tergamak segelintir macai ular daun yang kononnya menyokong PAS sanggup menyebarkan fitnah kononnya alim ulama PAS ingin bersama Umno hanya kerana ingin merebut jawatan dgn menjatuhkan ulama.

Fitnah ini disebarkan menjelang pemilihan PAS tidak lain tidak bukan dengan tujuan untuk menjatuhkan kepimpinan ulama PAS.

Farhan Mohd Suhut,
NYDP PAS Gombak.
-BPP-



# sila like "kami undi pakatan rakyat"