Isnin, 27 Mei 2013

(Respon pembaca) Shamsul Iskandar tak tahu hormati kawan .. pendapat kalian macam mana?

Assalamualaikum,,...

Ketika kita mahu melupakan apa yang telah dibuat oleh Azmin dan Zuraida, tiba tiba Ketua AMK yang juga MP bukit ketil, Shamsul Iskandar Akin secara terbuka menyalahkan THHG, Persiden PAS atas isu pertindihan kerusi yang menyebabkan partinya PKR gagal meraih kerusi terbanyak di Selangor.

Orang Teganu kata mulut lembik sehingga tergamak beliau mengutuk TGHH tanpa ada sedikitpun rasa hormat.

Shamsul sepatutnya malu dengan pemuda PAS, yang ketua DPPM samada yang sekarang atau yang dulu, tidak pernah menyalahkan pemimpin utama PKR dalam apa jua isu yang terjadi.

Shamsul yang pernah bertanding di Dungun pada PRU 12 dan bersama UAI ketika berkempen seharusnya sudah belajar bagaimana layanan ahli PAS terhadapnya dan sudah pasti akan merasa malu untuk menyalahkan TGHH sedemikian rupa, apa kena Shamsul Iskandar sebenarnya?

Pada ketika seluruh jentera PR bersama NGO sedang tumpukan penuh perhatian untuk menekan SPR dan BN, kata kata Shamsul Iskandar adalah tidak diperlukan, lebih baik Shamsul memberi tumpuan kepada blackout 505 demi kepentingan bersama.

Kenapalah sebenarnya tujuan Shamsul, nak kata beliau menjadi proxy kepada Azmin, Azmin sendiri sudah mengaku kesilapannya dalam isu pertindihan kerusi di Selangor sehingga PKR dikatakan hilang dua kerusi, malah pengakuan Azmin boleh dikatakan menyebabkan Shamsul terpaksa menjilat ludahnya kembali.

Shamsul harus segera meminta maaf............ ~ TKO

Sekarang aku nak Tanya pula pendapat korang. aku dah bagi pendapatsekupang aku.
rujuk sini



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Ustaz Azhar Idrus nikah kali ketiga

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI hari ini selamat melangsungkan perkahwinannya buat kali ketiga.

Menurut sumber yang enggan dikenali berkata, mengakui bahawa penyebaran mengenai berita perkahwinan UIA seperti di laman-laman sosial Facebook (FB) dan blog itu adalah benar.

“Ikut apa yang tersebar itu memang benarlah..,” jawabnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Ustaz Idrus, dilahirkan di Ladang, Kuala Terengganu, pada 1964, popular dalam kalangan semua peringkat usia. Belia juga digelar 'Ustaz Youtube' kerana banyak program ceramah dan soal jawab dengan beliau dimuat naik ke laman tersebut.

Beliau bukan sahaja berjaya menarik generasi muda, malah turut menarik orang ramai untuk datang mendengar ceramah yang sering beliau adakan di seluruh negara.

Sementara itu, penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun memberitahu Sinar Harian Online majlis tersebut telah berlangsung hari ini.

“Ya... Betul. Maaf saya sedang dalam majlis, tidak boleh bercakap.

“Isteri beliau berasal dari Pagoh dan kini menetap di Keramat,” jawabnya melalui pesanan khidmat ringkas (SMS), sebentar tadi.

Pemimpin PERKASA meroyan bila Ibrahim Ali dan Zul Nordin kalah .. saksikan

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan penyokong Pakatan Rakyat (PR) melakukan penipuan dalam Pilihan Raya 2013 dengan mengundi dua kali dan menggesa agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan siasatan.

Menurut Perkasa, mereka curiga dengan kemenangan besar parti PR DAP, PKR dan PAS di beberapa kerusi Parlimen.

"SPR perlu siasat penyokong PR yang mendakwa dapat dua kali kertas undi," kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

"Ini dakwaan serius. Jika benar, bermakna ramailah penyokong PR mengundi dua kali dan sebab itulah PR menambah kerusi Parlimen dari PRU 2008," tambah beliau lagi.

Menurut Syed Hassan lagi, gesaan Perkasa berdasarkan kepada kenyataan penyokong PR sendiri.

"Gesaan Perkasa ini adalah merujuk kepada kenyataan penyokong PR yang mendakwa dia berjaya masuk ke Pusat mengundi dan mendapat kerja undi kedua setelah berjaya menghilangkan dakwat dijarinya setelah selesai mengundi ditempat yang sama.

"Terutamanya di Parlimen Batu Pahat, Bukit Katil, Pasir Mas, Shah Alam, Sepang, Pokok Sena dan lebih 70 kerusi parlimen lain yg dimenangi calon Pakatan Rakyat," katanya.

Dalam Pilihan Raya 2013, dua calon Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas dan Shah Alam.

Walau bagaimanapun, kedua-duanya kalah di kawasan masing-masing.
PR menyalahkan penipuan pilihan raya menyebabkan mereka tidak menjadi kerajaan walaupun menang undi popular dalam Pilihan Raya 2013. Mereka menang 89 kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional (BN) yang mendapat 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perhimpunan sama semalam turut menegaskan beliau menolak idea untuk bekerjasama dengan SPR dan menyokong desakan untuk pesuruhjaya SPR meletakkan jawatan serta merta.

"Kita tidak akan bekerjasama atau bekerja atau melibatkan diri dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang menipu," kata ketua umum PKR dan menambah "kata dua" akan dikeluarkan jika mereka tidak meletak jawatan.

Dalam perhimpunan semalam, rakyat membanjiri perhimpunan itu bermula 5.00 petang dan sampai ke kemuncaknya pada 9.00 malam dengan jalan sesak dilaporkan berhampiran Lebuhraya Persekutuan. NGO menganjurkan perhimpunan itu sebagai kesinambungan kempen PR yang bermula dua minggu lalu.

Disebalik amaran polis, mengatakan perhimpunan digelar "Himpunan SuaraRakyat505" adalah perhimpunan haram, rakyat membanjiri dengan pakaian hitam sebagai simbolik penentangan mereka dan pulang secara aman.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Ahad, 26 Mei 2013

Azmin akhirnya mengaku salah

kemaskini oleh:
pen buruk online ™ : Azmin mengaku salah

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akhirnya mengakui kesilapan isu kelewatan pembahagian kerusi dan penentuan calon sehingga menyebabkan ia bertindih dengan calon-calon daripada parti sekutunya, PAS.

"Saya ambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap isu kelewatan pembahagian kerusi yang telah berlaku," katanya.

"Dalam proses agihan kerusi semasa PRU 13 lalu, saya merupakan pimpinan yang terlibat, dan saya menyatakan bahawa saya faham perasaan setiap anggota cabang atau pimpinan parti yang tak terpilih, akibat pembahagian tak dapat disempurnakan lebih awal," jelas beliau.

Isu kelewatan tersebut dikatakan tindakan Ahli Parlimen Bukit Antarabangsa itu beserta Naib Presidennya, R. Sivarasa cuba 'menghantar' calon luar untuk bertanding di beberapa kerusi, selain mengubah senarai nama calon pilihan cabang masing-masing sehingga menimbulkan kemarahan ahli di peringkat akar umbi.

Berucap dalam sesi pergulungan bahas Kongres Nasional Keadilan ke-9 di Dewan Sivik MBPJ, Azmin juga menegaskan proses rundingan Pakatan Rakyat terutamanya dalam menentukan senarai calon di kerusi yang ditandingi perlu diteruskan agar permuafakatan dapat dicapai.

"Dengan adanya proses permuafakatan yang perlu dijalankan, kita boleh runding dan bincang sebelum sebarang keputusan dibuat."

"Saya berharap perkara ini diteruskan sebab parti tidak boleh mengkhianati amanah rakyat," jelas Azmin.

Menurut Azmin lagi, beliau mengakui silap dalam meletakkan calon PKR di Kota Damansara selain membiarkan calon PSM bertanding di kerusi Semenyih.

"PKR, kita ada 16 kerusi di Selangor. Berkenaan kerusi di Kota Damansara dan Semenyih, PKR kita tak kalah kepada BN, tetapi kita kalah sesama parti (PR)."

RAMAI BLOGGER PR TERUTAMA DARIPADA KALANGAN BLOGGER PAS SENDIRI TAPI PEMIKIRAN SAHAJA MASIH BELUM "PASs" TELAH MENYALAHKAN PAS DALAM BANYAK ISU PERTINDIHAN KERUSI.

YANG MENJADI MANGSA IALAH PRESIDENNYA SENDIRI SEDANGKAN BANYAK KALI PRESIDEN MENYEBUT BAHAWA ITU ADALAH UNTUK MENYELAMATKAN PR.


MEREKA TAK MAHU DENGAR APA KATA PRESIDEN SENDIRI.

MEREKA SEBENARNYA TIDAK MENYIASAT PERKARA SEBENAR DISEBALIK SEMUA ISU HANYA MEMBUAT PERSEPSI BURUK SEMATA-MATA??

KENAPA-KENAPA-KENAPA? ~TKO


Bagaimana pula dengan amaran ini:
Azmin, Zuraidah .. tahulah nasib kalian nanti

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Fakta PRU 13: 3.5 juta melayu tidak mengundi UMNO

kemaskini oleh:
pen buruk online ™

Umno bukan lagi suara untuk majoriti Melayu kerana 3.57 juta orang Melayu tidak mengundi parti itu dalam pilihan raya umum yang lalu, kata Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Beliau berkata, di Semenanjung, lebih ramai pengundi Melayu yang menolak BN berbanding pengundi Cina.

"Berapa ramai orang Cina tidak menyokong Umno? 80 peratus dari 2.84 juta? Itu hanya 2.27 juta. 2.84 juta adalah 30 peratus dari pengundi di Semenanjung seramai 9.45 juta.

"Orang Melayu yang menolak Umno dalam PRU13 ini lagi ramai. Di Semenanjung jumlah pengundi ialah 9.45 juta. 70 peratus darinya Melayu yakni sekitar 6.62juta.

"Umno dan BN memperolehi 4.35 juta undi. Jika 70 peratus dari nya Melayu, pengundi Melayu berjumlah 3.05 juta. Ini bermakna di Semenanjung sahaja, 3.57 juta orang Melayu tidak menyokong Umno!" tulis beliau dalam blognya, sakmongkol.blogspot.com.

Beliau yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Pekan seterusnya mempersoalkan, mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pemimpin Umno marahkan Cina?

"Kerana mahu menutup pekong sendiri?" soal beliau lagi.

Mohd Ariff menyelar Najib yang menyalahkan "tsunami Cina" kerana kegagalannya mendapat undi popular.

Dalam pilihan raya lalu, ketika Pakatan Rakyat mendapat 5.489 juta undi atau 50.3 peratus sokongan, BN hanya mendapat 5.220 undi sahaja atau 46.8 peratus sokongan.

Beliau mempersoalkan, adakah tindakan menyalahkan "tsunami Cina" itu merupakan langkah pertama Najib mahu menonjolkan dirinya lebih Melayu dari Melayu lain?

"(Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyidin (Yassin) sudah nampak Melayunya dari awal lagi dengan menyatakan bahawa dia Melayu dahulu baru Malaysia. Najib yang kian terdesak nampaknya mesti menonjolkan dirinya lebih Melayu dari Melayu yang lain.

"Sebab itu dia membisu seribu bahasa sementara dikeliling nya, satu persatu munculnya kenyataan-kenyataan perkauman dari penyokong-penmyokong Umno", katanya.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"