Ahad, 26 Mei 2013

Shamsul Akin atau Ketua Pemuda PAS Perak yang "kurang cerdik"?

kemaskini oleh:
pen buruk online ™ : kekecohan pembahagian kerusi PRU 13 pakatan

Ini pandangan aku. Bukan nak tambah keruh keadaan ..

Aku tak Nampak apa yang salahnya Shamsul katakan. Dia hanya mempersoal mengapa PAS meletakkan calon di kerusi yang telah dipersetujui bersama dalam pakatan. Kalau Shamsul buat silap pun mungkin sebab teguran secara terbuka. Bukan isu teguran yang kita personal, tapi pokoknya adalah isi cerita.

Tapi kenapa pula ustaz Zawawi menjawab macam ni pulak..
Kenyataan Balas Dewan Pemuda PAS Negeri Perak terhadap kenyataan Ketua A.M.K

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

1- Saya merujuk kepada ucapan Ketua A.M.K Sdr Shamsul Iskandar Md Akin di Kongres Nasional Keadilan seperti yang disiarkan oleh The Malaysian Insider bertarikh 24 Mei 2013. Berikut adalah kenyataan balas Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

2- Apa ingin saya tegaskan, PAS ialah sebuah gerakan Islam yang tidak akan mengkhianati janji kerana itu adalah akhlak Islam. Sekalipun berlaku salah faham, maka sewajarnya guna saluran yang baik dalam menegur demi menjaga keharmonian dan tidak memberi ruang pada pihak lawan.

3 - PRU -12 adalah sejarah hitam bagi Perak apabila ada di kalangan YB P.K.R sendiri telah lompat parti. Ianya merupakan pengajaran untuk PR di Perak secara umum dan PAS di Perak secara khusus untuk lebih berhati hati dan berwaspada dalam soal pemilihan calon.

4 - PAS bergerak di atas dasar kepentingan Islam tanpa mengkhianati prinsip dan perjuangannya maka tindakan yang dilakukan adalah diteliti dan dikaji. Tindakan oleh AMK ini mencerminkan nilai pemikiran politik AMK masih tidak matang dan mudah untuk pihak lawan memperkotak katikkannya.

6 - Seandainya DAP boleh menghormati segala permuafakatan dalam PR maka selayaknya PKR juga mencontohi nilai budaya politik mereka agar tidak tersasar daripada landasan matlamat sebenar.

7- Apabila Ketua AMK berani memburukkan dan menuding jari kepada Presiden PAS tanpa penjelasan secara rundingan bersama maka ia boleh diertikan sebagai tuduhan melulu. Sikap dan tindakan ini amat sukar diterima oleh para ahli PAS.

Salam persaudaraan dari saya
YB. Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan
ADUN Gunong Semanggol
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

kita lihat apa sebenarnya yang diperkatakan oleh Shamsul..

Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini menyuarakan kekecewaannya terhadap PAS yang mengeluarkan watikah pelantikan calonnya bertanding kawasan yang ditandingi PKR pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Shamsul menegaskan sayap parti itu tidak mahu tindakan itu kembali berulang di mana terdapat persetujuan untuk ditandingi rakan sekutu parti lain.

Beliau yang juga ahli parlimen Bukit Katil turut mengecam tindakan mengecam calon parti gabungan tanpa mengemukakan bukti kukuh.

Shamsul yang juga seorang peguam berkata pertikaian seperti itu sepatutnya diselesaikan secara dalaman parti dan bukan menerusi media.

Pemimpin muda PKR itu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam Kongres AMK petang ini.

Kalau korang perhati betul-betul. aku rasa ustaz Zawawi tak langsung menjawab solan yang dibangkitakan. So apa citer ni ustaz?

Aku bukan penyokong tegar PKR, PAS ataupun DAP. Aku cuma mahu yang terbaik untuk rakyat!


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kata dia memang kedekut.. ish ish ish

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menerima teguran beliau seorang ketua kerajaan yang ‘kedekut’ dalam menggunakan dana negeri kerana wang itu adalah kepunyaan rakyat.

“Tuan-Puan ada mengatakan bahawa saya sangat kedekut,itu saya terima sebab bukan duit saya,” kata beliau dalam ucapannya di Kongres Ke-9 Parti Keadilan Rakyat di sini.

Abdul Khalid, yang selama lima tahun berjaya meningkatkan rizab Selangor dari RM 400 juta ke RM 2.6 bilion, berkata sikap menguruskan wang rakyat dipelajari dari ibunya.

“Sebab saya hendak ceritakan bahawa saya di didik oleh ibu saya ketika menjadi pengurus PNB berkenaan pengurusan wang yang besar sehingga beratus juta.

“Maka ibu saya menanyakan saya berkenaan pelaburan beratus juta, sudahkan mengira wang tersebut?

“Dan memberitahu kepada saya maka perlu mengira wang itu jika hilang keluarga kita tidak dapat membayarnya.

“Jadi awak tidak boleh hilangkan duit itu, itu tanggungjawab kita dan keluarga menjaganya,” kata Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang.

“Sebab jika sudah RM 2.6 billion wang rizab negeri dan tidak menjaga wang itu maka rakyat akan menyumpahnya.

“Saya kena gunakan duit itu dengan lebih baik lagi dan kini saya akan belanjakan dengan baik.”


# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Saiful Bukhari gentar "kali pertama"

Saiful Bukhari Azlan mengakui agak gementar ketika 'disoal siasat' oleh 10 anggota keluarga isterinya ketika pertama kali bersua muka.

"Ketika itu, macam-macam soalan yang ada dan saya dengan tenang menjawab

soalan mereka sebelum mereka menerima saya," katanya kepada pemberita sebaik selamat diijabkabulkan dengan isterinya, personaliti TV3 Nik Suryani Megat Deraman, hari ini.

Mohd Saiful, 28, sah menjadi suami kepada Nik Suryani dengan sekali lafaz di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, tepat jam 3.30 petang dan dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Megat Deraman Megat Stan.

Pihak perempuan menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihak lelaki dan mas kahwin bernilai RM41,101 dan disaksikan kira-kira 100 orang terdiri dari ahli keluarga terdekat serta rakan mempelai termasuk ibu bapa kedua-dua pengantin.

Mohd Saiful yang mengenakan baju Melayu berwarna putih sedondon dengan persalinan Nik Suryani, ilham daripada pereka fesyen terkemuka, Zang Toi, dilihat tenang sepanjang majlis pernikahan itu berlangsung.

Ketika ditemui pemberita, Mohd Saiful berkata, perhubungan mereka bukan satu perjalanan yang mudah namun tekad untuk mengharungi segala dugaan dan saling

menyokong antara satu sama lain menjadi pegangan mereka hingga selamat bergelar suami-isteri.

Biarpun terpalit sejarah hitam berhubung kes liwatnya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful, berkata beliau mahu meneruskan kehidupan seperti orang lain dan berharap perkahwinan dengan isterinya itu akan berkekalan sehingga hujung nyawa.

"Saya bersyukur doa saya dimakbulkan untuk mendirikan rumahtangga dengan Nik Suryani dan saya berharap kami dapat menempuh segala ujian pada masa depan.

“Saya yakin perkahwinan ini memberi kekuatan kepada saya dalam apa jua perkara yang saya akan lalui pada masa depan," katanya.

Sementara itu, Nik Suryani, 33, pula berkata, beliau bersyukur perhubungan mereka berakhir dengan ikatan yang sah dan mengakui keputusan untuk memilih Mohd Saiful sebagai suami adalah tepat kerana sikap jujur dan semangat kental lelaki itu.

Jelasnya, beliau amat kagum dan jatuh hati dengan keperibadian suaminya kerana berani mengakui perkara buruk yang berlaku kepadanya dirinya walaupun ia dianggap bukan satu tindakan mudah ataupun mampu dibuat orang lain.

"Saya kenal Mohd Saiful ketika membuat liputan tentang kes (perbicaraan) dan selepas itu kami menjadi rapat.

“Sepanjang perhubungan ini, saya langsung tidak terfikir tentang soal kes itu dan saya mengikut apa yang telah ditetapkan olehNya (ALLAH SWT)," katanya.

Majlis persandingan pasangan itu berlangsung malam ini di sebelah pengantin perempuan bertemakan tradisional songket di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man.

Manakala majlis resepsi pengantin lelaki di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 2 Jun depan.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"







Kerajaan BN Perak akan tumbang dalam masa 6 bulan.. nak tahu kenapa?

kemaskini oleh:
pen buruk online ™ : petisyen pru 13 di Perak


KEMENANGAN BN di Perak dengan 31 kerusi Dun daripada 56 bukanlah kejayaan yang boleh dibanggakan, malah kemenangan itu cukup tidak selesa bagi Menteri Besar Perak, Dato’ Zambry Abdul Kadir.BN cuma menang dengan kelebihan 3 kerusi Dun sahaja, sama seperti Pakatan Rakyat menang pada PRU12 lalu. Pakatan Rakyat memperolehi 31 kerusi manakala BN 28.

Sekarang terbalik, BN 31, Pakatan Rakyat 28. Hakikatnya cukup tidak menyenangkan bagi BN walaupun mustahil Adun BN “melompat” ke Pakatan Rakyat.
Pada 2008, walaupun kemenangan berpihak kepada Pakatan, tetapi ia terlepas kuasa apabila apabila wakil rakyatnya di Jelapang, Changkat Jering dan Behrang “melompat” parti menjadi Adun bebas.

Pada PRU13, Pakatan Rakyat berjaya menawan Dun Changkat Jering, dan Jelapang tetapi gagal mengambil Dun Behrang.

Pilihan raya umum kali ini BN menang tipis di beberapa Dun, seperti Lubok Merbau (majoriti 53 undi), Manjoi (132), Pasir Panjang (304) dan Selama (619). Apa yang menjadi kebimbangan kerajaan BN Perak apabila baru-baru ini Pakatan Rakyat Perak bertekat untuk mengemukakan petisyen di mahkamah terhadap keputusan di enam kawasan pilihan raya di negeri itu.

Kawasan-kawasan tersebut adalah Dewan Undangan Negeri (Dun) Manjoi, Manong, Lubuk Merbau, Kamunting, Pasir Panjang dan Selama.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, petisyen tersebut akan dibuat berikutan terdapat bukti berlakunya penipuan pilihan raya.

Antara penipuan yang dikesan termasuk warga asing boleh mengundi, orang lain sudah mengundi untuk pengundi yang sah, dan keraguan peratus undi rosak yang lebih tinggi berbanding undi majoriti.

Sekiranya kesemua petisyen tersebut, atau tiga daripada pitesyen itu berjaya, pastilah pilihan raya akan diadakan semula di kawasan berkenaan. Memandangkan “mood” rakyat yang kian bergelora dengan slogan Pakatan Rakyat “Ini kali lah” pastinya BN cukup sengsara untuk memenangi semula Dun tersebut, sekali gus membolehkan Pakatan Rakyat menerajui semula negeri ini.

Inilah yang dinantinantikan oleh Pakatan Rakyat.

Mungkinkah kerajaan BN Perak kali ini cuma bertahan enam bulan sahaja? Segalanya ditentukan oleh Allah.

Jika diteliti pada pilihan raya umum kali ini terdapat perubahan pola pengundian serta pertambahan pengundi di beberapa buah kawasan yang dimenangi BN berbanding 2008, lebih-lebih lagi di kerusi yang mempunyai 70 peratus pengundi Melayu.

Perkembangan yang berlaku menyaksikan berlakuknya pertambahan pengundi yang mendadak di Dun Manjoi dan Pasir Panjang dalam masa lima tahun ini.

Di Manjoi, pertambahan pengundinya naik sehingga 36 peratus. Begitu juga Pasir Panjang, hampir 35 peratus pengundi baru bertambah - purata luar biasa bagi sebuah kawasan kampung. Ini yang menjadi tanda-tanda bagaimana boleh peningkatan pengundi baru yang naik mendadak.

Pada pilihan raya 2008, di Manjoi pertambahan pengundi hanya tujuh peratus sahaja, begitu juga di Pasir Panjang hanya lapan peratus. Purata biasa pertambahan pengundi baru bagi sesebuah negeri ialah sebanyak 19.6 peratus.

Oleh demikian dengan pertambahan pengundi baru yang mendadak menimbulkan satu persoalan dan inilah yang menjadi punca dua kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti tipis.

Pada pilihan raya umum sebelum ini Dun Changkat Jong dimiliki oleh PAS, tetapi kali ini PAS tidak mampu mempertahankan kemenangan di kawasan itu, Jika dianalisis faktor kekalahan PAS di Dun berkenaan, antara punca kekalahan PAS di kerusi itu pertambahan pengundi baru sebanyak 5,463.

Calon PAS Anuar Sudin memperolehi 10,947, sementara calon BN Mohd Azhar Jamaludin mendapat 12,065. Calon PAS tewas dengan majoriti 1,718, berbanding 2008 lalu Anuar Sudin menang dengan majoriti 899.

Pada pilihan raya umum kali ini menyaksikan hampir separuh daripada jumlah undi pengundi baru itu memberi undi kepada calon BN iaitu Mohd Azhar Jamaluddin. Inilah yang perlu dimuhasabah oleh PAS sekiranya mahu kembali menawan kerusi Dun ini pada PRU14 nanti. ~WARTA UTARA ONLINE


# sila like "kami undi pakatan rakyat"






Sabtu, 25 Mei 2013

Kronologi Himpunan Blackout 505 di Dataran PJ (Live update)

Berikut ialah perkembangan langsung Himpunan Rakyat 505:

8.15 malam : Ketika ini sekitar Petaling Jaya mulai hujan namun peserta dan penyokong himpunan tetap tidak berganjak.

8.30 malam : Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin sedang berucap selepas solat maghrib.

8:45 malam : Jumlah peserta ke perhimpunan semakin bertambah. Turut kelihatan golongan orang kurang upaya (OKU) juga mengambil bahagian tanpa menghiraukan keselamatan mereka dan tiada kemudahan disediakan penganjur untuk golongan ini.

8.50 malam : Polis trafik dan pasukan FRU tidak lagi kelihatan berlegar ataupun mengawal lalu lintas di sekitar Amcorp Mall.

8.55 malam : Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sedang berucap.

9.00 malam : Pemimpin DAP, Ronie Liu memberi ucapan.

9.15 malam : Giliran Dayang Ku Intan memberi ucapan.

9.16 malam - Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh memberi ucapan aluannya.

9.20 malam : Ketika ini, hujan lebat di lokasi himpunan namun peserta tetap tidak berganjak.

9.40 malam : Ucapan daripada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli

10.15 malam : Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga mengambil tempat untuk memberi ucapan.

10.42 malam : Ucapan daripada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

======

8.50 malam: Himpunan bersambung dengan peserta berkabung selama seminit sebagai tanda 'kematian demokrasi'.

Mereka yang hadir turut menyalakan lampu di telefon bimbit dan pemetik api masing-masing.


Peserta Himpunan Rakyat 505 mula berkumpul seawal pukul 4.25 petang sebelum himpunan bermula.


7.20 petang: Himpunan dihentikan seketika bagi memberi ruang kepada Azan Maghrib.

7.15 petang: Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegubard menyampaikan ucapannya yang menggesa SPR digantikan.

7.00 petang: Peserta himpunan masih berada dalam keadaan terkawal setakat ini. Mereka masih lagi duduk untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh pemimpin pro-pembangkang.

Aktres Abby Abadi turut hadir menyampaikan ucapan


Peniaga turut mengambil kesempatan meraih untung dengan menjual makanan ringan dan minuman kepada hadirin.

Timbalan Pengerusi Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Rashid Mansor memberitahu hadirin agar terus menyokong Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

6.30 petang: Polis trafik turut dilihat mengawal keadaan trafik di persimpangan menghala ke padang tersebut.

6.00 petang: Kira-kira tiga per empat daripada padang dipenuhi dengan peserta himpunan dan pihak pengajur meminta orang ramai memberikan derma ikhlas mereka.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memberikan sumbangan mereka bagi membantu jentera parti.

5.52 petang: Trafik masih lagi berjalan lancar bagi semua laluan menghala ke Padang Timur. Polis trafik turut dilihat mengawal keadaan lalu lintas.

5.40 petang: Ramai peserta membawa bendera parti komponen Pakatan Rakyat di padang. Pihak penganjur dan peserta melaungkan slogan: "Kami rakyat Malaysia menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab kepada Parlimen."

Bekas Imam Masjid Kg Pandan, yang dipenjara kerana membaling kasut kepada hakim, turut menyampaikan ucapannya. Beliau menggesa orang ramai 'tidak perlu takut' menyatakan pendirian mereka.

5.30 petang: Penceramah pertama yang tampil di pentas ialah Safwan Anang daripada Solidariti Anak Muda Malaysia.

5.24 petang: Ribuan peserta, kebanyakannya memakai baju berwarna hitam, mereka berkumpul di Padang Timur dan berarak menuju ke tempat himpunan Suara Rakyat 505.

Pihak penganjur mula menyambut ketibaan para peserta dan lagu Negaraku turut dimainkan.

5.15 petang: Acara bermula dengan pengacara majlis memaklumkan himpunan berkenaan diadakan bagi membaik pulih Suruhanjaya Pilihan Raya, mengadakan pilihan raya baru di kawasan yang mereka dakwa berlakunya manipulasi undi.

Penyokong himpunan Suara Rakyat 505 mula berkumpul hingga menyebabkan sepanjang jalan masuk ke Padang Timur sesak sejak pukul 4.45 petang. 4.25 petang: Peserta himpunan yang memakai baju serba hitam mula berpusu-pusu turun di stesen LRT Taman Jaya dan beberapa kawasan sekitarnya untuk bergerak ke tempat Himpunan Rakyat 505.

Penjual barangan dan cendera hati mula membuka gerai untuk menjual kemeja-T, Himpunan 5050 berhampiran dengan stesen LRT.

TONTON SECARA LIVE
di sini



# sila like "kami undi pakatan rakyat"