Jumaat, 23 November 2018

ICERD tangguh, PAS tetap degil

Akhirnya kabinet Mahathir sebulat suara buat keputusan untuk menangguhkan ICERD dalam mesyuarat kabinet mingguan.

Bagi aku sudah cukup baik untuk menutup mulut UMNO dan PAS semantara waktu. Kalau tidak sekalipun ia sudah cukup baik untuk meringankan keresahan rakyat yang dimanupulasi oleh pembangkang.

Tapi selepas pengumuman dibuat, UMNO dan PAS, akan terus mencari jalan untuk memancing sokongan orang melayu melalui sentimen agama dan bangsa melayu.

Terbaru PAS dalam media rasmi menyatakan akan terus mengadakan himpunan tolak ICERD, tetapi akan mengubah formatnya.

Kan aku dah cakap. Ia lebih kepada keuntungan politik PAS. Bukan perjuangan sangat.

  • Muktamad! Himpunan tolak ICERD diteruskan
KUALA LUMPUR: PAS mengalu-alukan keputusan Kerajaan PH untuk tidak meratifikasi ICERD sebagaimana kenyataan akhbar oleh Pejabat Perdana Menteri yang telah dimaklumkan menerusi siaran media sebentar tadi.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, namun rancangan asal Himpunan Perdana Rakyat Tolak ICERD yang dijadualkan pada 8 Disember depan di Dataran Merdeka akan tetap diteruskan.

Pun begitu jelas beliau, rancangan tersebut akan bertukar format kepada himpunan kejayaan dan kesyukuran rakyat menolak ICERD yang akan diisi dengan solat hajat dan ucapan daripada para pimpinan.


Boleh agak tak apa isi dalam ceramah himpunan itu nanti?

Lepas mengadap Allah dalam solat sunat hajat. Apa seterusnya?

Mungkinkah ada lagi doa laknat versi PAS?

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

Begitu lah niat dan matlamat perjuangan PAS yang kerap berubah-ubah demi mencapai cita-cita politik semata-mata.

DUN Pahang menolak ICERD. Tak dengar pulak DUN Kelantan dan Terengganu bersidang khas untuk menolak ICERD.

Parti PAS sebuah parti yang suka berdemo untuk membuat huru-hara.

Mengenai 1MDB tahu pulak PAS duduk dan dengar taklimat Arul Kanda.

dNAN SAhARA berkata...

... dah mati angin. Apa kira membujur lalu, melintang patah. Baru anak jante

Tanpa Nama berkata...

Org yg naik sasau bila nak sahkan icerd, jika dia tinggal di luar negara dan jd kumpulan minoriti, dia org pertama yg akan mendesak icerd disahkan. Termasuklah hadi dan zahid. Hipokrit

Tanpa Nama berkata...

Org yg naik sasau bila nak sahkan icerd, jika dia tinggal di luar negara dan jd kumpulan minoriti, dia org pertama yg akan mendesak icerd disahkan. Termasuklah hadi dan zahid. Hipokrit

Tanpa Nama berkata...

bagi kitorang alasan yang paling kukuh ialah kitorang tak mudah percaya dengan lakonan laknat puak-puak dalam PH yang terdiri daripada golongan munafik. sepatah diorang berjanji sepuluh kali kitorang tak percaya dan dalam isu ni kitorang setuju dengan PAS. Mana -mana golongan haramjadah yang nak percayakan sangat dengan golongan munafik PH tu itu korang punya pasal. tapi bila korang terbelit nanti jangan jadi anjing tersepit minta tolong orang lain