Jumaat, 28 Februari 2014

Alahai ..kenapa 'anu' abang tak naik ni??

EDISI MALAM JUMAAT. BUKAN FANTASI TAPI REALITI ...

Lawak memang lawak. Tapi itulah kuasa Allah. Teringat satu kuliah agama, buat jahat pun Allah izin, apa lagi buat baik. CUMANYA Buat jahat Allah izin tapi ALLAH TAK REDHA!!

Apa nak dikato, mungkin selama ini si bangsat ni ingat 'anu' dia power kot. Nak test wanita ini. Aku rasa sama ada doktor muda ataupun jururawat. Sebab apa .. korang baca selanjutnya ..

Kuala Lumpur: Seorang wanita yang juga kakitangan kerajaan berusia 24 tahun terselamat daripada dirogol pemandunya sendiri apabila alat sulit lelaki itu tiba-tiba tidak berfungsi, di sebuah klinik kesihatan di sini.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 6.45 pagi di sebuah sebuah klinik kesihatan di Kajang, Ahad lalu, lelaki berusia 34 tahun yang berang selepas empat kali cubaannya itu gagal memperkosa mangsa kemudian bertindak mencabul mangsa.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini








Menurut sumber, lelaki yang bekerja sebagai pemandu itu dikatakan menanggalkan pakaian mangsa walaupun wanita itu melawan hingga berlaku pergelutan.

“Selepas gagal merogol mangsa kerana alat sulitnya tidak berfungsi, lelaki terbabit kemudian mencabul wanita terbabit lebih 10 minit sebelum meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, dan kurang 24 jam kemudian pemandu terbabit ditahan di rumahnya di kawasan berhampiran.

kuang kuang kuang ... amik ko. Tu baru balasan dunia, belum lagi balasan kat sana nanti bang oi. Tapi apapun lain kali sedar diri la bang woi. kalau dah tak naik buat cara tak naik hahahahha.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Ahmad Maslan kena bantai kaw-kaw kerana terlebih cerdik!!!

Agak-Agak lah Ahmad Maslan kalau ya pun lu nak MENGAMPU untuk mendapat Jawatan MENTERI Penuh, MENTANG-MENTANG lah Ulul Amri lu akan membuat ROMBAKAN KABINET
waaaahhhh lu punya AMPU betul-betul tahap Orang GILA NAK MAMPOS beb.

Lu tahu tak Ahmad Maslan hanya Orang Gila Nak Mampos aje yang sanggup PUJI DIRI dengan AYAT Tiada Kerajaan Di Dunia Ini Yang Sebaik BN (BARANG NAIK @ BINI
NAJIB)... kah kah kah!.

Memang BETUL Tiada Kerajaan Di Dunia Ini Yang Sebaik BN dalam MEROMPAK DAN MENYAMUN HARTA RAKYAT dari DULU KINI dan SELAMANYA, disamping mempunyai Pemimpin
yang BERTARAF DUNIA BOROS BERBELANJA. Sebab itu NILAI MATA WANG Malaysia yang KAYA dengan HASIL BUMI tetapi KALAH dengan Negara yang AIR untuk MINUM pun
terpaksa DIBELI dari Kita, kerana apa kerana Pandai nya Umno And The Gang Memerintah... kah kah kah!.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini









Berkenaan GST yang dikatakan akan MENURUNKAN HARGA BARANG selepas satu Tahun ianya berjalan, tak sudah-sudah lu cuba MENIPU RAKYAT ya Ahmad Maslan, Lu
kalau dengan Kebanyakkan Ahli Umno boleh lah lu TEMBERANG beb. Sebab dia orang Kebanyakkan nya sudah GELAP HATI untuk menerima Kebenaran hingga untuk membezakan
Harga Barang Naik dengan Harga Barang Turun pun dia orang sudah TAK MAMPU, apa lagi kalau lu Temberang pasal GST beb.. kah kah kah!.

Nama nya saja sudah GST iaitu yang T tersebut dalam BAHASA BAPAK UMNO adalah TAX yang bermakna CUKAI, lu FAHAM tak apa makna nya Cukai tu Ahmad Maslan.
Seperti yang selalu dikatakan Cukai Pintu, Cukai Tanah, Cukai Import, Cukai Export atau pun Cukai Pendapatan. Jangan pulak lu ingat Cukai tersebut adalah
seperti CHUKAI yang ada di Negeri Menteri Besar nya baru balik dari LAWATAN SAMBIL BELAJAR di Benua Antartika tu pulak beb... kah kah kah!.

Kalau dah nama nya Cukai mana ada ianya MENGURANGKAN HARGA sesuatu yang dikenakan Cukai Ahmad Masalan oiii... kecuali lah PENGHAPUSAN CUKAI itu baru dikatakan
boleh MENURUNKAN Harga sesuatu Barangan. Tapi kalau lu bercakap dengan sesama Umno And The Gang mungkin lah boleh dia Percaya cakap lu tu atas sebab antara
ialah seperti kata Tun Mahathir iaitu "Sudah Berpuluh Tahun Yang Cerdik Pandai Tak Masuk Umno" mungkin lu salah seorang dari nya... kah kah kah!.

Lagi satu Ahmad Maslan rasa nya TAK SESUAI lah beb bila dikatakan yang Kerajaan BN (BARANG NAIK @ BINI NAJIB) akan menjadi Kerajaan BARANG TURUN (BT) dari
segi namanya, kecuali ditukar nama BN tersebut kepada BT. Tapi kalau ditukar pulak nama BN kepada BT terpaksa tukar nama BN (Barisan Nasional) kepada apa
ya Ahmad Masalan, ok lah biar gua Fikir-Fikirkan nama apa yang sesuai dengan BT tu... kejap ya Ahmad Maslan gua FIKIRKAN DULU ok... kah kah kah!.

Setelah gua Fikir-Fikirkan dan untuk BERLAKU ADIL kepada BN yang dulu singkatan daripada Barang Naik @ Bini Najib, dengan rasa RENDAH DIRI, TANPA PREJUDIS,
TANPA BIAS dan TANPA WAS-WAS maka gua dapat IDEA untuk TUKAR nama BN tersebut yang lu katakan sebagai Kerajaan BARANG TURUN (BT). Rasa-rasa nya lu akan
terima tak apa yang gua CADANGKAN ini Ahmad Maslan, gua tak kenakan apa-apa Bayaran atau pun WANG EHSAN BAWAH MEJA beb... kah kah kah!.

Gua IKHLAS lah Ahmad Maslan, lu tengok aje Blog gua pun sudah cukup beb, mana ada satu IKLAN yang gua TARUK. Jadi jangan Risau tentang Bayaran kerana ianya
PERCUMA atau dalam Bahasa Bapak Umno dikatakan sebagai FREE OT CHARGE (F.O.C). Cerita banyak pun tak guna SEMPENA untuk MEREALISASIKAN perkataan Kerajaan
BARANG TURUN (BT) selepas satu Tahun apabila GST dijalankan seperti kata lu, apa kata Tukar nama Barisan Nasional (BN) kepada Barisan TOTOL (BT)... kah
kah kah!.
sumber klik sini

hemmmmm..... orang jawa dikatakan seperti orang cina gak beb iaitu kebanyakkan nya cerdik... tapi jawa seorang ni adalah antara jawa bodoh berlagak pandai
sama seperti herman tino tu... kah kah kah... A B U."



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Khamis, 27 Februari 2014

Kopi perangsang seks kantoi

UALA LUMPUR - Sebuah syarikat dikesan mengaut keuntungan tanpa memikirkan nyawa orang awam apabila mengeluarkan serbuk kopi yang mengandungi racun di
dalamnya.

Namun, ia berakhir apabila anggota penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) dan Jakim  membuat serbuan ke atas
premis syarikat terbabit, semalam.

Ketua Cawangan Penguat Kuasa Farmasi JKWPKL Adnan Salimin berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat orang awam serta risikan pihaknya selama sebulan.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini









Menurutnya, premis itu dipercayai dijadikan tempat memproses dan membungkus serbuk kopi untuk merangsang seks dan melangsingkan badan.

“Pemeriksaan mendapati serbuk kopi ini dipercayai mengandungi racun Sildenafil bagi kopi rangsang seks manakala Sibupralile dalam kopi pelangsing badan.

“Pengambilan racun ini sangat berbahaya, jika diambil secara berterusan dalam jangka masa panjang, ia boleh merosakkan hati,” katanya.

Adnan berkata, sekotak kecil serbuk kopi ini yang mengandungi di antara enam hingga 10 paket kecil dijual dengan harga sekitar RM11 sekotak.

Menurutnya, kopi ini dipaketkan untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

Katanya, pihaknya merampas kira-kira 100 kotak besar serbuk kopi dan lima buah mesin memproses dan membungkus kopi berkenaan.

Kes disiasat di bawah Akta Racun 1952 iaitu sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli sembarangan kopi yang dijual pasaran tempatan.

PBO:

*kenapa pihak sinar harian tidak mendedahkan nama kopi tersebut ..? Bikin orang tertanya-tanya.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Terkini: Jawapan Mahathir selepas lama membisu isu anti hadis!



1. Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran.

2. Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah.

3. Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya dilarang oleh agama Islam.

4. Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti-hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang telah diberi gelaran yang sama.
{baca lagi klik butang papar ... }


5 artikel pilihan pembaca hari ini







5. Saya juga diberitahu bahawa sebagai seorang yang tidak tahu bahasa Arab maka saya tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam.

6. Hari ini kita lihat ummat Islam berpecah, bermusuh sesama mereka, berperang dan membuat kerja orang Yahudi dan Nasrani. Siapakah yang membawa malapetaka ini kepada orang Islam dan Negara-negara mereka. Bukankah mereka fasih dalam bahasa Arab bahkan penasihat dan pemimpin mereka terpelajar dengan dalamnya ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis Nabi. Saya sendiri sering mendengar mereka dari kedua-dua belah, mengeluarkan ayat Quran dan hadis bagi menghalalkan perbuatan mereka.

7. Ya, saya tak tahu bahasa Arab. Justeru itu saya terpaksa terima apa sahaja yang diajar kepada saya dalam bahasa Melayu sebagai ajaran Islam. Apakah kerana saya menerima Islam dalam bahasa Melayu maka ia bukan Islam. Apakah saya tidak Islam. Apakah lafaz dua kalimah syahadat oleh saya tidak boleh diterima.

8. Selain dari khatam Quran semasa umur belasan tahun, saya baca terjemahan Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ya, memang terjemahan Quran bukan Quran. Tetapi bolehkah kita kata terjemahan ajaran Islam yang diajar kepada kita dalam bahasa Melayu bukan Islam? Jika apa yang disampaikan dlam bahasa Melayu berkenaan agama Islam bukan Islam, majoriti orang Melayu bukanlah Islam.

9. Saya dan rakan-rakan saya pernah dihukum kafir kerana sebagai ahli parti tertentu telah bekerjasama dengan orang kafir. Tidak ada siapa yang fasih berbahasa Arab dan mendalami ajaran Islam yang mempertahankan saya apabila dituduh kafir. Mungkin sebabnya ialah mereka bersetuju saya kafir.

10. Kemudian orang yang mengkafirkan saya bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir. Tetapi tidak ada orang yang mendalami agama Islam yang fasih berbahasa Arab mendakwa mereka ini kafir. Saya tertanya-tanya apakah kelebihan mereka? Apakah mereka maksum?

11. Orang yang fasih berbahasa Arab dan mengenal diri sendiri sebagai ulama Islam dan mursyid telah berkata ia sanggup bekerjasama dengan syaitan jika syaitan menyokongnya. Orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu larangan dalam Al-Quran terhadap bekerjasama dengan syaitan, tidak membuat tuduhan apa-apa, jauh sekali dari memberi apa-apa label kepadanya. Kenapa?

12. Bukan sahaja orang Arab yang fasih bahasa Arab yang berpecah dan bermusuh sesama Islam, tetapi di Malaysia juga perpecahan berlaku apabila orang yang digelar ulama dan fasih dalam bahasa Arab memisahkan diri dan memecahkan perpaduan orang Islam kerana tidak dapat tempat di dunia, tidak dipilih jadi Yang Berhormat. Sehingga sekarang perpecahan ini berlaku. Maka lemahlah orang Islam dan terpaksalah mereka mengemis untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. Maka berpeluk-peluklah mereka. Tidak ada ulama yang berkecuali yang mendesak supaya semua orang Islam bersatupadu dan bersaudara semula.

13. Orang yang sama juga mendakwa bahawa Allah s.w.t. mencarut. Tiada siapa dari orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu secara mendalam ajaran Islam yang menyangkal dakwaan ini. Mungkin ada hadis yang berkata demikian. Saya belum jumpa. Sila tunjuk kepada saya hadis yang berkata Tuhan mencarut.

14. Dalam ajaran Islam, ada yang wajib dan ada yang sunnat. Kita diberitahu yang sunnat boleh kita terima dan tunaikan tetapi tidaklah kita bersalah jika kita tidak tunaikan. Tetapi ada gesaan bahawa yang sunnat itu wajib dan mesti diterima dan diamalkan walaupun bercanggah dengan firman Tuhan dalam Al-Quran.
15. Hadis adalah sunnah Nabi. Saya ingin tahu samada hadis wajib dan mesti diterima. Betulkan saya.

16. Apa pula dengan orang yang utamakan hadis dari firman Allah s.w.t. yang terdapat dalam Al-Quran yang kita terima sebagai wahyu dari Allah s.w.t. Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam Al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis. Yang manakah lebih utama, wahyu dan firman Allah s.w.t. atau hadis yang diriwayatkan oleh beberapa keturunan manusia biasa, yang dikaji, disah atau ditolak oleh pakar hadis yang juga manusia biasa 200 tahun kemudian. Salahkah jika kita pilih Al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan mesingun perempuan yang dituduh berzina.

17. Bukankah Allah s.w.t. telah berpesan berpuluh kali bahawa “apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Allah s.w.t. juga sebut sebagai tidak suka akan kezaliman.

18. Apakah melabel iaitu menghukum seseorang selepas membaca akhbar atau mendengar lapuran T.V. mencerminkan keadilan yang dituntut dalam Islam. Apakah tanpa memberi peluang kepada yang tertuduh untuk mempertahankan diri, adil di sisi agama Islam. Apakah tanpa membincang dan membahas oleh badan yang dipertanggungjawabkan seperti mahkamah, yang terdiri dari orang yang tidak berkepentingan, adalah cara Islam mengadil.

19. Kita lihat akan betapa buruknya keadaan umat Islam sekarang. Apakah ini kerana sudah ditakdirkan bahawa orang Islam akan ditindas dan agama Islam dihina.

20. Tidakkah Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesiapa jika ia tidak berusaha menukar nasibnya sendiri.

21. Jika kita ingin menukar nasib dan kita berusaha sehingga terselamat diri kita, bolehkah kita kata ini bukan takdir, atau ini bertentangan dengan kehendak Allah s.w.t.

22. Kita tahu adanya hadis yang sahih dan yang lemah Apabila hadis berbeza atau bertentangan dengan firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran, yang mana satukah yang kita harus terima? Jika kita pegang kepada Al-Quran, apakah ini salah.

23. Apakah kita wajib terima apa saja yang disampaikan oleh orang yang berbahasa Arab yang mempelajari agama walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis. Apakah kita mesti iktiraf siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Apakah semua ahli persatuan ulama benar-benar ulama.

24. Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama.

25. Perpecahan umat Islam kepada berbagai mazhab adalah disebabkan oleh orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan Al-Quran tidak suruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita. Kepada mereka agama mereka. Lemahnya umat Islam dan terhinanya agama Islam ialah kerana ajaran mereka yang tidak boleh ditegur, yang tuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi hanya kepada mereka.

26. Saya tahu bahawa jawapan kepada tulisan saya ini ialah saya anti-hadis, anti Al-Quran bahkan kafir.

27. Saya tidak lama lagi akan pergi menemui Tuhan saya, Allah s.w.t. Saya akan diadili oleh Kadzi Rabbul Jalil. Saya tidak tahu apakah akan disahkan segala tuduhan terhadap saya atau tidak. Tetapi yang saya tahu dan yakin ialah pengadilan oleh Allah s.w.t. tetap adil. Dan saya terima apa sahaja hukum yang dijatuhkan ke atas saya.

ulasan PBO:

aku pening dengan Mahathir.

sumber





# sila like "kami undi pakatan rakyat"






Dia dinoda majikan sendiri

“Mangsa yang enggan berbuat demikian diugut tidak akan dibayar tunggakan gaji sekiranya permintaan itu tidak dipenuhi. Bimbang dengan ugutan itu, mangsa
akur dan mula khayal selepas mengambil pil berkenaan.


Kuala Lumpur: Tindakan seorang wanita berusia 32 tahun menuntut tunggakan gaji RM250 daripada bekas majikannya mengundang padah apabila mangsa bukan saja
dirogol sebaliknya turut diliwat dalam kejadian di sebuah rumah di Tasik Tambahan, Ampang, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa dilapor dipaksa memakan pil dipercayai dadah sebelum diperkosa suspek berusia lewat 30-an itu. Difahamkan,
suspek mengugut untuk tidak membayar tunggakan gaji sekiranya mangsa tidak memakan pil berkenaan.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa bersendirian pergi ke restoran bekas majikannya di Tasik Tambahan, Ampang untuk menuntut tunggakan gaji.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini







“Suspek bagaimanapun, mengarahkan mangsa pergi ke rumahnya berhampiran kawasan berkenaan untuk menyelesaikan perkara itu,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian memaksa mangsa menelan sebiji pil dipercayai dadah.

“Mangsa yang enggan berbuat demikian diugut tidak akan dibayar tunggakan gaji sekiranya permintaan itu tidak dipenuhi. Bimbang dengan ugutan itu, mangsa
akur dan mula khayal selepas mengambil pil berkenaan.

“Kesempatan itu diambil untuk merogol mangsa. Tidak cukup dengan itu, mangsa turut diliwat,” katanya.

Katanya, selepas selesai melempiaskan nafsunya, suspek mengarahkan mangsa pulang ke rumah selain tidak menjelaskan tunggakan gaji berkenaan.

“Mangsa yang dibantu seorang pemandu teksi kemudian membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah,” katanya.

Susulan laporan itu, sepasukan polis bergegas ke rumah suspek dan berjaya menahannya yang bersendirian di rumah berkenaan.

Katanya, suspek akan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan manakala mangsa juga sudah dirujuk ke hospital berhampiran.

PBO: soalan cepu emas, kalau majikan tu bayar tunggakan gaji RM250 apakah ada report polis? Pelik sungguh dunia sekarang.
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Memalukan!! Air Asia buat hal lagi ..!

“You want your momma, because
you are in the hospital with lousy nurses.”


KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia berasa amat kecewa dan membantah penyiaran iklan berbaur sensitif yang dipaparkan di tempat duduk dalam pesawat
milik AirAsia.

Iklan tersebut yang dikatakan untuk mengiklan produk anak syarikat AirAsia iaitu Tune Insurance Malaysia tertulis perkataan “You want your momma, because
you are in the hospital with lousy nurses.”

Persatuan Perubatan Malaysia turut mendesak agar pihak Air Asia untuk menarik balik iklan tersebut dengan segera dan memohon maaf kepada jururawat di seluruh
Malaysia.

Menurut Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Dato’ Dr. N.K.S. Tharmaseelan, iklan tersebut telah* memperkecilkan kerjaya sebagai jururawat dan dianggap
agak melampau.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini







Tambah Presiden Persatuan Perubatan Malaysia itu lagi, iklan itu jelas menunjukkan ketidakfahaman pengiklan akan peranan jururawat* yang mana asasnya adalah
untuk menjaga pesakit dengan cara terbaik tanpa mengira siang atau pun malam.

“AirAsia merupakan syarikat penerbangan terkemuka di negara ini. Iklan tersebut akan dapat dilihat di semua laluan perkhidmatan mereka termasuk pelancong
warga asing. Ia secara tidak langsung telah memberi gambaran yang buruk mengenai jururawat di Malaysia. Perbuatan menggambarkan kerjaya jururawat sebagai
sesuatu yang buruk adalah sangat tidak adil. AirAsia sepatutnya menyemak iklan yang ingin digunakan sebelum menerima secara bulat-bulat daripada agensi
yang menghasilkannya.” jelas Dato’ Dr. N.K.S. Tharmaseelan, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia. - ASTROAWANI
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Pemandu teksi terlampau .. wanita KL jadi mangsa

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan siasatan kes serangan seksual didakwa membabitkan seorang pemandu teksi.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal dalam kenyataan pada Selasa berkata, SPAD berjaya mengesan pemandu teksi itu, dipercayai berumur 70-an dan telah dipanggil untuk siasatan.
{baca lagi klik butang papar ... }


5 artikel pilihan pembaca hari ini







"Kami (SPAD) akan bekerjasama rapat dengan polis dalam penyiasatan ini. SPAD mengutuk semua bentuk gangguan dan jika didapati bersalah, pemandu teksi itu berdepan risiko lesen dibatalkan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010," katanya.

Beliau mengulas laporan The Star bertajuk 'Nightmare ride with pervert cabbie' mengenai seorang wanita berumur 20 tahun yang dipaksa meletakkantangannya pada kemaluan pemandu teksi itu sepanjang perjalanan.

Pekerja pusat panggilan itu menaiki teksi berkenaan selepas membeli barangan dapur dekat Jalan Metro Prima di Kepong pada kira-kira 7 malam, 28 Januari lepas.

Wanita itu duduk di tempat duduk penumpang sebelah pemandu teksi itu yang kemudian mula memberi komen lucah dan seksual terhadapnya.

Pemandu itu, dipercayai berumur 70-an, didakwa meraba pahanya dan meletakkansebilah pisau di atas papan pemuka dan pada masa sama mengeluarkan kata-kata lucah terhadap wanita yang ketakutan itu.

Mohd Nur Ismal berkata, sesiapa didapati bersalah terhadap perbuatan seperti didakwa itu tidak layak menjadi pemandu teksi dan mengaibkan profesion itu. - BERNAMA
sumber





# sila like "kami undi pakatan rakyat"






Anak Mahathir mula bertindak menyaman ..

Aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir hari ini menyaman Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan 15 ahli jawatankuasa pertubuhan itu berhubug
pernyataan berunsur fitnah.

marina mahathir
KUALA LUMPUR: Aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir menyaman Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan 15 anggota jawatankuasa (AJK) pertubuhan
itu berhubung pernyataan berunsur fitnah mengaitkannya dengan aktiviti Gabungan Badan Bukan Kerajaan (Ngo) Hak Asasi Manusia (Comango).

Dalam saman itu, Marina, yang juga anggota Lembaga Pengarah Sisters in Islam (SiS) menamakan presiden pertubuhan itu Abdullah Zaik Abd Rahman, timbalan
presidennya Aminuddin Yahaya dan naib presiden Abdul Rahman Mat Dali serta 13 AJK pertubuhan itu sebagai defendan.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini







Marina, yang diwakili peguam Muhammad Faizal Faiz Mohd Hasani memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Lee Hishammuddin
Allen & Gledhill pada 16 Jan lepas. Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini ketika kes disebut di dalam kamar di hadapan Pesuruhjaya
Kehakiman Rosilah Yop.

Peguam Azad Bashir, yang mewakili kesemua defendan, memberitahu pemberita bahawa Rosilah menetapkan 10 Mac ini untuk kesemua defendan memfailkan pernyataan
pembelaan mereka.

Dalam pernyataan tuntutannya, Marina mendakwa ISMA mengedarkan 70,000 risalah bertajuk “Antara 54 NGO dalam Comango” di masjid-masjid sekitar Lembah Klang,
Kuala Lumpur, Shah Alam, Putrajaya, Seremban, Samarahan (Sarawak), Melaka, Kuantan dan Kuala Terengganu pada 8 Nov tahun lepas.

Bekas Pengerusi Yayasan Aids Malaysia (MAF) itu mendakwa ISMA juga menerbitkan artikel lain bertajuk “ISMA edar 70,000 risalah dedah dalang Comango” di
dalam laman web ISMA di http://www.ismaweb.net dengan pautan laman web ISMA facebook di https://wwww.facebook.com/isma.malaysia pada tarikh yang sama (8
Nov).

Beliau mendakwa pernyataan-pernyataan fitnah itu membawa maksud bahawa beliau dikaitkan dalam aktiviti Comango, terlibat secara peribadi di dalam laporan
yang diterbitkan Comango dan menjadi dalang di sebalik Comango serta tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Marina mendakwa pada 11 Nov tahun lepas beliau mengeluarkan satu kenyataan akhbar dengan menjelaskan bahawa tuduhan itu adalah palsu dan beliau langsung
tidak terlibat dalam proses mengeluarkan laporan Comango serta memberi peluang kepada kesemua defendan untuk menarik balik tuduhan terbabit.

Namun, Marina mendakwa pada tarikh yang sama, ISMA melalui Aminuddin selaku defendan kedua membuat kenyataan akhbar dan turut mengulangi tuduhan palsu
terhadapnya dan Marina mendakwa beliau sekali lagi mengeluarkan kenyataan akhbar dua hari selepas itu untuk membalas tuduhan itu.

Marina mendakwa kesemua defendan gagal untuk menarik balik pernyataan-pernyataan fitnah itu walaupun tiga surat bertarikh 19 Nov, 27 Nov dan 12 Dis 2013
dihantar kepada mereka.

Akibat pernyataan fitnah itu, Marina mendakwa reputasinya tercemar dan beliau menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, satu injunksi untuk menghalang
kesemua defendan daripada menerbitkan semula pernyataan fitnah itu dan permohonan maaf daripada kesemua defendan berserta faedah, kos dan relif lain yang
difikirkan sesuai oleh mahkamah.

- Bernama
Aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir hari ini menyaman Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan 15 ahli jawatankuasa pertubuhan itu berhubug
pernyataan berunsur fitnah.

marina mahathir
KUALA LUMPUR: Aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir menyaman Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan 15 anggota jawatankuasa (AJK) pertubuhan
itu berhubung pernyataan berunsur fitnah mengaitkannya dengan aktiviti Gabungan Badan Bukan Kerajaan (Ngo) Hak Asasi Manusia (Comango).

Dalam saman itu, Marina, yang juga anggota Lembaga Pengarah Sisters in Islam (SiS) menamakan presiden pertubuhan itu Abdullah Zaik Abd Rahman, timbalan
presidennya Aminuddin Yahaya dan naib presiden Abdul Rahman Mat Dali serta 13 AJK pertubuhan itu sebagai defendan.

Marina, yang diwakili peguam Muhammad Faizal Faiz Mohd Hasani memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Lee Hishammuddin
Allen & Gledhill pada 16 Jan lepas. Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini ketika kes disebut di dalam kamar di hadapan Pesuruhjaya
Kehakiman Rosilah Yop.

Peguam Azad Bashir, yang mewakili kesemua defendan, memberitahu pemberita bahawa Rosilah menetapkan 10 Mac ini untuk kesemua defendan memfailkan pernyataan
pembelaan mereka.

Dalam pernyataan tuntutannya, Marina mendakwa ISMA mengedarkan 70,000 risalah bertajuk “Antara 54 NGO dalam Comango” di masjid-masjid sekitar Lembah Klang,
Kuala Lumpur, Shah Alam, Putrajaya, Seremban, Samarahan (Sarawak), Melaka, Kuantan dan Kuala Terengganu pada 8 Nov tahun lepas.

Bekas Pengerusi Yayasan Aids Malaysia (MAF) itu mendakwa ISMA juga menerbitkan artikel lain bertajuk “ISMA edar 70,000 risalah dedah dalang Comango” di
dalam laman web ISMA di http://www.ismaweb.net dengan pautan laman web ISMA facebook di https://wwww.facebook.com/isma.malaysia pada tarikh yang sama (8
Nov).

Beliau mendakwa pernyataan-pernyataan fitnah itu membawa maksud bahawa beliau dikaitkan dalam aktiviti Comango, terlibat secara peribadi di dalam laporan
yang diterbitkan Comango dan menjadi dalang di sebalik Comango serta tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Marina mendakwa pada 11 Nov tahun lepas beliau mengeluarkan satu kenyataan akhbar dengan menjelaskan bahawa tuduhan itu adalah palsu dan beliau langsung
tidak terlibat dalam proses mengeluarkan laporan Comango serta memberi peluang kepada kesemua defendan untuk menarik balik tuduhan terbabit.

Namun, Marina mendakwa pada tarikh yang sama, ISMA melalui Aminuddin selaku defendan kedua membuat kenyataan akhbar dan turut mengulangi tuduhan palsu
terhadapnya dan Marina mendakwa beliau sekali lagi mengeluarkan kenyataan akhbar dua hari selepas itu untuk membalas tuduhan itu.

Marina mendakwa kesemua defendan gagal untuk menarik balik pernyataan-pernyataan fitnah itu walaupun tiga surat bertarikh 19 Nov, 27 Nov dan 12 Dis 2013
dihantar kepada mereka.

Akibat pernyataan fitnah itu, Marina mendakwa reputasinya tercemar dan beliau menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, satu injunksi untuk menghalang
kesemua defendan daripada menerbitkan semula pernyataan fitnah itu dan permohonan maaf daripada kesemua defendan berserta faedah, kos dan relif lain yang
difikirkan sesuai oleh mahkamah.

- Bernama

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Isu pil kuda berpunca dari menantu Hadi Awang?

“Ada pihak sedang cuba kaitkan saya sebagai pemberi maklumat kpd Tuan Guru Presiden (TGHH) tentang isu pil kuda.

Berita ini adalah fitnah yg sangat jahat dan cuba memburukkan saya dan meletakkan imej sebagai penghasut seterusnya memburukkan TGHH sebagai tidak matang sehingga mudah dihasut,” katanya dalam laman sosial, Zaharudin-Muhammad.


Menantu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan beliau menjadi dalang dalam isu ‘pil kuda’ yang disebut oleh Presiden PAS semasa Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).

Menantunya, Zaharuddin Mohamad berkata tuduhan yang mendakwa beliau sebagai pembekal maklumat kepada Abdul Hadi adalah fitnah dan bersifat jahat yang mahu memberi persepsi bahawa Presiden PAS mudah dihasut.
{baca lagi klik butang papar ... }



“Ada pihak sedang cuba kaitkan saya sebagai pemberi maklumat kpd Tuan Guru Presiden (TGHH) tentang isu pil kuda. Berita ini adalah fitnah yg sangat jahat dan cuba memburukkan saya dan meletakkan imej sebagai penghasut seterusnya memburukkan TGHH sebagai tidak matang sehingga mudah dihasut,” katanya dalam laman sosial, Zaharudin-Muhammad.

Kenyataan penuh beliau :

ISU SAMAN: AWASI FITNAH YANG SEDANG BERLEGAR.

Ada pihak sedang cuba kaitkan saya sebagai pemberi maklumat kpd Tuan Guru Presiden (TGHH) tentang isu pil kuda. Berita ini adalah fitnah yg sangat jahat dan cuba memburukkan saya dan meletakkan imej sebagai penghasut seterusnya memburukkan TGHH sebagai tidak matang sehingga mudah dihasut.

Ada berita lain pula menyebarkan bahawa pejabat PAS Marang yang cuai kerana surat-surat mahkamah dialamatkan ke situ walhal ianya tidak berpenghuni. Ada pula pihak yg cuba memalitkan perkara ini kepada setpol tg presiden seolah-oleh cuai dalam bertindak.

Semua berita sebaran ini memburukkan semua yg ada disekeliling presiden bg menggambarkan kelemahan presiden.

Apabila isu ini dibangkitkan, semua akan lupa siapakah yg menguruskan sehingga TGHH seolah-oleh berlaku kegagalan bagi pihak TGHH memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini. Semua akan lupa bertanya siapa yg letakkan alamat pejabat marang yang sepatutnya ialah alamat firma guaman terbabit? Apa lawyer yang telah diberikan amanah lakukan selepas mendapat mandat menguruskan kes? Bukankah surat pertama kes ini diserahkan tidak lama selepas ianya diterima?

Pokok utama isu saman ini yang berbangkit hanya satu sahaja, iaitu TGHH seolah2 tidak menghantar peguam mewakili beliau dalam kes ini. Akhirnya selepas procedure tertentu, keluar surat Perintah mahkamah tersebut. Jadi pokok utama ialah siapa yg uruskan kes ini daripada awal?

Adapun isu2 lain::

1. Pengumuman tghh: ia tidak salah dan saya yakin telah dibuat dengan teliti demi menyelamatkan parti drpd wakil rakyat lompat slps menang spt di perak sehingga jatuh kerajaan negeri.

Isu ini hanya berbangkit jika berlaku perbicaraan dan TGHH di dapati bersalah dan fitnah. Realitinya, ia belum berlaku dan agak mustahil akan berlaku darisegi fakta dan realiti kes, khsusnya TGHH tidak pernah menamakan Syasul dalam mana-mana kenyataan mahupun ceramah.

2. Pemberi maklumat kepada Tuan Guru: adalah menjadi tanggugjawab dan lewajipan jika itu benar2 berlaku. Mereka tidak perlu dipersalahkan jika maklumat itu betul dan tepat khususnya apabila mereka berani dan sedia tampil. Ia adalah isu dimahkamah kalau berbangkit. Saya yakin, isu ini tidak akan timbul kerana tghh x sebut wakil rakyat mana.

Isu ini hanya berbangkit apabila mereka enggan tampil di mahkamah sebagai saksi TGHH, atau hanya selepas terbukti maklumat itu adalah rekaan mereka. Sehingga kini, tiada satu perbicaraan pun berlaku. Jadi masih terlalu awal untuk salahkan mereka.

3. Setpol cuba dikaitkan sebagai cuai. Walhal setpol telah jalankan tugasnya dengan menyerahkan surat pertama dahulu kepada lawyer berkenaan.

Isu ini hanya berbangkit jika Setpol TGHH ada firman guaman dan dilantik oleh TGHH menguruskan isu ini. Tapi ini langsung tak berlaku.

Jadi isu utama yg timbul dan berbangkit ialah, apa yang telah dilakukan oleh lawyer yg diamanahkan menguruskan isu ini sedari awal surat pertama sampai? Siapa yang letakkan alamat surat menyurat kes ke Pejabat Marang? Jawapan ini perlu diberikan oleh pihak yg bertanggungjawab bukan divert kepada orang lain yang tidak berkenaan sehingga menimbulkan fitnah yang bukan-bukan.

Dalam masa yang sama, saya rasa agak kesal apabila ada pihak mengkategorikan isu ini dengan isu peribadi TGHH.

- Ustaz Zaharudin Muhammad.
wallahualam.







sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Rabu, 26 Februari 2014

Anda sudah terlewat wahai DS Abdul Hadi Awang!

"Kalau betul nak berbaik, sepatutnya boleh buat dari dahulu lagi (sebelum kes difailkan di mahkamah). Jumpa saya, kita bincang elok-elok. Saya dah beritahu dulu. Tapi, bila jadi macam ini (perintah saman dikeluarkan), dah tak gunalah sebab dah jadi kes mahkamah.

KUALA TERENGGANU 25 Feb. - Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin menegaskan soal menarik balik saman sebanyak RM2 juta terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah terlewat.

Menurut Mohd. Shamsul, dia tetap dengan pendirian itu kerana baginya, dakwaan pemimpin Pas itu berkait 'calon pil kuda' dalam Pilihan Raya Umum lalu cukup serius kerana secara tidak langsung melibatkan maruah, nama baiknya dan keluarga.
{baca lagi klik butang papar ... }


5 artikel pilihan pembaca hari ini







sumber


Beliau tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk menyulitkan keadaan pemimpin Pas itu atau menjejaskan hubungan antara parti tetapi didorong untuk membersihkan maruah yang tercemar.

"Kalau betul nak berbaik, sepatutnya boleh buat dari dahulu lagi (sebelum kes difailkan di mahkamah). Jumpa saya, kita bincang elok-elok. Saya dah beritahu dulu. Tapi, bila jadi macam ini (perintah saman dikeluarkan), dah tak gunalah sebab dah jadi kes mahkamah.

"Saya pun tak nak cakap banyak. Biarlah mahkamah yang uruskan. Apa-apa hal selepas ini, saya kena rujuk peguam dahulu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim dalam satu kenyataannya semalam mempersoalkan sikap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdiam diri dan tidak mengarahkan Mohd. Shamsul menarik balik saman terhadap Abdul Hadi.

Dakwa Zaid, jika kes ini diteruskan dan Anwar tetap mengambil pendekatan berdiam diri, ia hanya menunjukkan keangkuhan PKR dalam menyelesaikan kemelut yang melanda parti pembangkang ketika ini.

Dalam pada itu, Mohd. Shamsul menyifatkan, saman yang difailkannya ke atas pemimpin Pas itu tidak akan mengeruhkan hubungan yang sedia terjalin di antara PKR dan Pas.

Tindakan saman itu dibuat Mohd. Shamsul selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lalu sebagai alasan untuk Pas meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya, dia mendakwa, ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

Mohd. Shamsul yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.

Sementara itu, peguam Mohd. Shamsul, A. Vasudevan ketika dihubungi memberitahu, saman malu itu tidak boleh ditarik balik, namun peguam defendan boleh memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar tersebut.

"Hakim kemudian akan buat keputusan sama ada membenarkan permohonan itu atau tidak," katanya.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"






Gambar Bung Mokhtar main judi tersebar


gua tak berapa percaya .. apapun kita tunggu dan lihat apa sudahnya.

Berlegar2 di media sosial. Gambar Bung Moktar atas meja seperti meja kasino. Kalau tak silap aku seperti ada botol seakan2 botol arak. Kalau aku salah
minta betulkan yer. Ia mula tersebar dari awal pagi lagi. Neh salah satu gambar yang telah tersebar di twitter dan facebook.

Masa neh dipercayai Bung celebrate new year kat luar negara. Lokasi Pilipin..

Betul ke itu Bung Muktar yang sedang berjudi? Aku yakin itu bukan. Sebab setahu aku Bung Muktar pejuang Islam. Di parlimen pun dia sebut dah. Tak baik
menipu. Tuhan marah. Berdosa. Jadi takan lah dia berjudi sakan kot.
{baca lagi klik butang papar ... }



No no no.

Aku yakin nooo

Mesti Bung akan jawab begini sambil terjerit2 koyak gambar di atas dan berkata ;

TIPOOOOOO

TIPOOOOOOOOO

TIPOOOOOOOOOOO

HARAM HARAM HARAM HARAM HARAM HARAM!

KAH KAH KAH

Apa pun kita serahkan pada tuan punya badan untuk menjawab perkara ini. Benar atau sebaliknya.

Tak pula diketahui bagaimana si tukang sebar boleh perolehi gambar ini. Adakah dia pun berjudi sama? Non muslim kot.

Hihi.

Apa pun jangan kita lupa. Kita perlu perjuangkan kalimah Allah ke titisan darah yang terakhir yer kawan2.

Hidup pejuang Islam!!!
kredit: amenowrold



5 artikel pilihan pembaca hari ini







sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Gambar bogel tersebar

eMiri – Kerana dendam dan tidak dapat menerima hakikat ubungan cinta terputus di tengah jalan, seorang lelaki bertindak menyebarkan gambar bogel dan video
bekas teman wanitanya dalam keadaan mengaibkan sejak seminggu lalu.

Difahamkan, mangsa berusia 29 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta di sini, memutuskan hubungan dengan bekas teman lelakinya sejak awal bulan ini
kerana tidak tahan sikap panas barannya.
{baca lagi klik butang papar ... }




Tindakan wanita terbabit menolak permintaan kembali menjalinkan hubungan menyebabkan lelaki berusia 35 tahun itu berang dan menyebarkan gambar bogel mangsa
di laman sosial.

Sumber berkata, mulanya mangsa tidak mengendahkan ugutan lelaki terbabit sehingga pada Rabu lalu dia menerima pesanan melalui WeChat dari seorang rakan
yang ternampak gambar bogelnya dimuatkan dalam Facebook.

Lebih teruk, katanya, lelaki terbabit turut membuka sebuah lagi akaun Facebook untuk menyebarkan gambar bogel dan video lucahnya selain turut dimuatkan
ke YouTube.

“Mangsa menghubungi lelaki itu, namun dia menafikan bertanggungjawab mengenai penyebaran gambar dan video lucah berkenaan.

“Temberang lelaki itu terbongkar apabila dia memarahi mangsa dan memaklumkan penyebaran gambar bogel dan video lucah sebagai balasan tindakannya memutuskan
hubungan mereka,” katanya.

Berikutan itu mangsa ditemani seorang rakan membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut, kelmarin. – myMetro Online

5 artikel pilihan pembaca hari ini










# sila like "kami undi pakatan rakyat"





pembantu rumah dipaksa seks sesama sendiri

Isteri seorang pesara pegawai kanan polis Indonesia akan disoal siasat hari ini atas tuduhan menyeksa dan mendera 16 pembantu rumahnya.

Ketua Polis Jawa Barat Inspektor Jeneral Muhamad Iriawan berkata, pihaknya sudah mengumpul kenyataan saksi untuk membolehkan soal siasat dijalankan selepas
membawa semua 16 pembantu rumah itu ke ibu pejabat polis Bogor.

Siasatan bermula selepas seorang pembantu rumah Brigadier Jeneral (B) Mangisi Situmorang, Yuliana Leiwer melarikan diri dari kediaman majikannya dan membuat
laporan polis mengenai penderaan yang dilakukan isteri Mangisi, Mutiara.


{baca lagi klik butang papar ... }




Monang ialah bekas Ketua Pusat Penyelidikan dan Pembangunan polis Indonesia.
Pembantu rumah itu berkata, selain penderaan fizikal dan tidak dibayar gaji, mereka juga pernah disuruh bersetubuh sesama sendiri dan diancam tidak diberi
makan selama tiga hari jika enggan melakukannya.

Seorang pembantu rumah terbabit, Hesti, 26, berkata, dia dipukul, dicakar dan disimbah minyak panas sepanjang bekerja di rumah Mangisi sejak 8 bulan lalu.

Lebih buruk lagi katanya, dia pernah dipaksa bersetubuh dengan pembantu rumah lelaki, lapor Agensi.

5 artikel pilihan pembaca hari ini









# sila like "kami undi pakatan rakyat"





JDT diperkuat dengan muka baru lagi ...

"Pengalaman luas Bojan dalam arena bola sepak Malaysia terutama ketika mengendalikan pasukan tempatan sehingga berjaya menjuarai beberapa piala sebelum
ini pasti dapat membantu Jimenez dari segi informasi.


TEKA teki mengenai kehadiran bekas jurulatih Kelantan, Bojan Hodak di Padang Seri Gelam Johor Bharu semalam akhirnya terjawab apabila beliau sah menyertai
pasukan Harimau Selatan itu sebagai pengurus.

Dalam satu kenyataan kepada media hari ini, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengesahkan pelantikan Bojan sebagai Pengurus Pasukan Johor Darul
Ta’zim (JDT) manakala Cesar Ferrando Jimenez pula dikekalkan sebagai Ketua Jurulatih.

Menurut kenyataan itu, kehadiran Bojan bagi membantu Jimenez memberikan informasi  pasukan dan pemain-pemain pihak lawan di mana Cesar Jimenez akan terus
menggalas tanggungjawab menyusun taktikal pasukan, falsafah permainan, pembangunan bola sepak dan lain-lain buat pasukan JDT.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini







"Pengalaman luas Bojan dalam arena bola sepak Malaysia terutama ketika mengendalikan pasukan tempatan sehingga berjaya menjuarai beberapa piala sebelum
ini pasti dapat membantu Jimenez dari segi informasi.

"Dan pemahaman beliau mengenai bola sepak Malaysia lantas membolehkan beliau mengaplikasikan kemahiran dan pengalaman di Eropah ke dalam kancah bola sepak
Malaysia.

"Kami percaya gabungan kedua-dua jurulatih berpengalaman ini pasti akan memberi persaingan lebih sengit di dalam arena bola sepak Malaysia dan semestinya
Harimau Selatan akan kembali dengan taring yang lebih terasah," katanya.

Sementara itu, Bojan mahupun Jimenez masing-masing melahirkan perasaan teruja dengan keputusan yang dibuat oleh pengurusan persatuan itu.

"Kami berdua sangat teruja dengan perkembangan terbaru ini dan seterusnya akan bekerja keras bagi meletakkan PBNJ ke satu tahap yang lebih tinggi.

sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Selasa, 25 Februari 2014

Kes saman fitnah RM2 juta Hadi Awang bakal selesai dengan cara ini?

Selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang disaman RM2 juta oleh bekas calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Mohd Shamsul
Mat Amin, PKR hari ini memberi jaminan kes saman tersebut akan dapat diselesaikan dengan baik.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, Shamsul berdegil meneruskan saman terhadap Hadi walaupun beliau dinasihati untuk tidak berbuat demikian.

"Pimpinan PKR mengambil pendirian sebelum ini bahawa kes saman berkenaan tidak perlu diteruskan.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini







"Namun Shamsul bertegas beliau perlu membersihkan nama dan maruahnya akibat dakwaan yang dibuat sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," katanya dalam
satu kenyataan hari ini di Kuala Lumpur.

Abdul Hadi diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperoleh Shamsul.
Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.
Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu
di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Abdul Hadi disaman Shamsul ekoran dakwaannya bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang PRU13 lalu.

Ekoran dakwaan itu, PAS meletakkan calonnya di tiga kerusi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi PKR.
Ia menyebabkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan PKR ditiga DUN di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi Shamsul.

Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul meminta Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan
raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.

“Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor
Limbat, ketika kempen PRU lalu,” kata Shamsul dalam sidang media itu.

Ekoran kegagalan Abdul Hadi berbuat demikian, beliau memfailkan saman itu.

Pimpinan PKR berkata Fahmi bagaimanapun akan mengambil langkah perlu untuk membolehkan kes ini dapat diselesaikan dengan baik dan penuh hikmah, demi kebaikan serta kesepakatan Pakatan Rakyat. – 25 Februari, 2014.


Pendapat aku, selesai caara baik ke, tak baik ke, nama dah busuk bro. Masa dulu tak mau ingat .. aku cuma geleng kepala saja.
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Khalid Ibrahim tak puas hati dengan ...

"Saya ingat, tidak boleh guna maklumat itu (hasil kajian UMCEDEL) untuk putar belit keinginan rakyat.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempersoal kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) berhubung kajian mereka bahawa
Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih dikehendaki sebagai ke jawatan tersebut.

Khalid berkata hasil kajian tersebut tidak menggambarkan keinginan rakyat Selangor secara keseluruhannya dan bersifat akademik Universiti Malaysia (UM)
semata-mata, lapor Berita Harian hari ini.

"Saya ingat, tidak boleh guna maklumat itu (hasil kajian UMCEDEL) untuk putar belit keinginan rakyat.

"Apabila ditanya, ada rakyat beri jawapan dan ada yang tidak beri jawapan, itu hanya status akademik UM," katanya seperti dilapor akhbar itu.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini







Pada 20 Februari lalu, Pengarah Umcedel Prof Datuk Mohammad Redzuan mengulas kajian pusat itu yang menunjukkan pengundi DUN Kajang menyambut baik pencalonan
Anwar sekali gus memberi laluan kepada ketua pembangkang menjadi menteri besar Selangor.

Dalam laporan itu juga, Khalid berkata isu penggundurannya tidak perlu dibangkitkan lagi, kerana memberi fokus kepada pilihan raya kecil DUN Kajang terlebih
dahulu.

"Dalam Pakatan dan PKR, kita mesti selesai pilihan raya Kajang dulu. Lepas itu kalau adda apa-apa hendak dibincangkan, kita akan bincang. Survey atau tidak
itu adalah kajian yang dibuat.

"Dari segi perbincangan Pakatan (mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor) yang baru, ia akan dibincangkan (kalau perlu) lepas PRK Kajang,"katanya.

Malaysiakini

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Bukti Najib Razak, Perdana Menteri kedua paling boros di dunia!

Tahniah Najib tahniah.

Najib is looking for puji pujian kan?

Now inila masanya kami akan memuji mu dengan ikhlas dan berbesar ahti sekali. Takde paksa paksaan dalam pujian ini Najib. Tak payah la kau nak bagi BRIM ke tunggu harga kangkung turun ke untuk kami memuji2 kau. Kerana kali ini kami ikhlas melakukan nya.
{baca lagi klik butang papar ... }


5 artikel pilihan pembaca hari ini







KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Walaubagaimanapun Najib, ko aduhai.. no 2 la. Lainkali usaha lagi untuk mendapatkan no 1 okay. No 2 okay la juga tapi masih lagi tak cukup bagus jika dibandingkan dengan PM dari Zimbabwe si pencuri harta rakyat tue.

Ko perlu usaha lebih dalam melakukan pemborosan pada tahun neh okay Najib. Untung2 dapat no 1 plak untuk tahun depan. Terima kasih Najib sebab membawa bencana kepada rakyat di negara ini.

KAH KAH KAH

Baca ;
SHAH ALAM 25 FEB: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak digambarkan sebagai antara lima pemimpin dunia yang berbelanja boros menurut satu laporan portal Indonesia, www.merdeka.com.

Menurut portal Merdeka.com itu menyatakan Majalah The Heat di Malaysia pada November tahun lalu menerbitkan laporan tentang pembiayaan boros perjalanan ke luar negeri Najib Razak dan bayaran lembaga konsultannya dengan menghabiskan dana sebesar Rp 2,5 triliun.

Merdeka.com meletakkan Najib Razak sebaris dengan Presiden Zimbabwe Robert Mugabe yang dilaporkan akan merayakan ulang tahun ke-90 tahun ini dengan biaya Rp 11,8 miliar.

Seterusnya adalah Mantan Perdana Menteri, Italia Silvio Berlusconi yang pernah menghabiskan Rp 48,5 miliar untuk memberi hadiah kepada para artis perempuan dan acara television yang disukai beliau pada 2011.

Berlusconi juga dicatat membeli perhiasan senilai Rp 5,8 miliar untuk memberikan hadiah.

Sementara itu turut tersenarai adalah pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang hobinya belanja barang-barang mewah, termasuk piano, kereta, dan teater peribadi.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setebal 374 halaman menemukan pengeluaran Kim Jong-un untuk belanja barang mewah mencapai Rp 8,4 triliun hanya dalam setahun yang lebih dua kali ganda daripada pengeluaran terakhir dilakukan ayahnya, iaitu Rp 3,9 triliun dalam satu tahun.

Turut dilaporkan berbelanja boros adalah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dilaporkan berbelanja memborong lilin wangi dan bunga seharga sepenuhnya Rp 294,2 miliar untuk perhiasan pejabatnya. -selangorku

Ini artikel berkaitan ==> http://www.merdeka.com/dunia/lima-pemimpin-dunia-paling-boros.html
~Amenoworld
sumber





# sila like "kami undi pakatan rakyat"






Saksikanlah .. Kenyataan PM jenaka paling hebat abad ini

"...bagi saya kenyataan dan ingatan PM itu sepatutnya menjadi amaran rakyat kepada beliau agar melaksanakan janji beliau buat, sebelum PRU lalu. Kini rakyat
terus memberi mandat kepada BN untuk melihat sejauh mana janji ditepati, kini rakyat terbeban dengan pelbagai bebanan hidup.

SHAH ALAM - " Inilah jenaka hebat abad ini. Rakyat boleh menilai siapa yang menipu rakyat.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jangan anggap rakyat
kini tidak bermaklumat," demikan menurut Naib Presiden Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man apabila diminta untuk mengulas mengenai kenyataan PM semalam yang
meminta rakyat elak ditipu janji-janji pembangkang.

Menurutnya, kerajaan BN sebelum ini pernah menjanjikan pelbagai 'bulan dan bintang' kepada rakyat namun sehingga kini janji-janji tersebut belum dapat
dilaksanakan oleh kerajaan. Oleh itu tambahnya, PRK Dun Kajang bakal menyaksikan penolakan rakyat terhadap BN dek kerana sikap memungkiri janji BN itu.

"...siapa yang menjanjikan BR1M RM1,200 kepada rakyat?.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini







"...PM pernah berjanji untuk menurunkan harga barangan keperluan, minyak dan pelbagai janji menjelang PRU yang lalu... mana pergi janji tersebut?

"...bagi saya kenyataan dan ingatan PM itu sepatutnya menjadi amaran rakyat kepada beliau agar melaksanakan janji beliau buat, sebelum PRU lalu. Kini rakyat
terus memberi mandat kepada BN untuk melihat sejauh mana janji ditepati, kini rakyat terbeban dengan pelbagai bebanan hidup.

"...oleh itu PM sepatutnya tidak menggesa rakyat sebaliknya menunaikan amanah yang diberi oleh rakyat, sebab itu, kita yakin pengundi di Kajang akan menterjemahkan
kemarahan mereka kepada BN dan janji yang dikhianati dengan memberikan kemenangan selesa kepada calon PKR yang mewakili PR dalam PRK Kajang nanti," katanya
kepada Sinar Harian Online.

Semalam menerusi satu kenyataan PM meminta rakyat agar tidak lagi tertipu dengan janji-janji pembangkang yang sekadar lunak didengar tetapi hakikatnya
boleh menghancurkan negara jika kepimpinan negara beralih ke tangan mereka.

Oleh itu PM meminta rakyat wajar menolak segala dasar tidak bertanggungjawab yang dikemukakan pembangkang termasuk manifesto ekonomi mereka dalam PRU13
lalu.

"Dah kena tipu 16 September, betul? Dah kena tipu fasal 40,000 Bangladesh menjadi pengundi hantu betul? Padahal cuma 12 orang Bangladesh menjadi warganegara
dalam masa 10 tahun. Kalau nak jadi pengundi kena jadi warganegara, betul?

"...kalau tidak percaya saya, tanya Jabatan Pendaftaran..kena tipu lagi, pasal 'blackout' pula dia kata kita tipu peti undi.

"...lepas itu bila kalah pilihan raya hendak jadi pensyarah. Tak jadi pensyarah lagi, masih hendak bertanding di Kajang," katanya.

Najib berkata, berbeza dengan BN, apabila diberi kepercayaan rakyat, parti itu akan membalas segala keyakinan rakyat itu dengan sebaik-baiknya.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"