- Kau orang sedar ke tidak, usaha tidak pernah jemu oleh gerombolan walaun untuk menjahanamkan kerajaan perpaduan DS Anwar tidak pernah luntur
- Perjalanan masih panjang dan berliku. Masih banyak strategi yang akan diguna pakai pemimpin-pemimpin walaun.
- Cuba tendang Zahid dari menjadi presiden UMNO melalui proxy mesra walaun masih diteruskan.
- Walaupun PAU2022 telah memutuskan tiada pertandingan jawatan no 1 dan no 2, namun usaha dari dalam untuk membatalkan usul tersebut masih diteruskan.
- Dahulu, 22 bulan kerajaan PH bertahan. Kini usia kerajaan DS Anwar baru masuk 2 bulan. Masih banyak lagi 'peluru' yang akan digunakan sehinggalah kerajaan yang sah ini tumbang. Kau orang ingat pemimpin walaun terus diam diri?
- Dengan penuh bongkak, pemimpin walaun terus berusaha menebuk atap. Bukan lagi sembunyi-sembunyi. Dulu pun pemimpin walaun mengaku menjadi dalang kejatuhan kerajaan PH.
- Dalam pertarungan, sama ada kamu menyerang atau kamu mati diserang. Tak kan nak biar perkara sama berlaku kepada kerajaan sekarang?
- Cuma nak tanya, apa yang team PH buat untuk menyelamatkan kerajaan sedia ada?
- Mana perginya counter attack, tak kan dah dekat nak mampus baru nak bertindak? Mau kena heart attack.
- 22 bulan atau habis penggal?
Jumaat, 27 Januari 2023
Jumaat, 6 Januari 2023
Dari krisis Sabah, kerajaan Anwar juga akan "terbakar"
- Kes covid-19 yang berlaku sehingga ada PKP, bermula dari PRN Sabah
- Masa itu, TS Muhyiddin jadi PM.
- Itu dulu, dan kemelut itu kini berulang.
- Apabila UMNO dan BN menarik sokongan pada Hajiji, kerajaan Sabah tumbang. Aku berpanangan, game sudah bermula.
- Kebetulan isu langkah London juga kedengaran.
- Apakah ini "trial" untuk tumbangkan kerajaan Anwar?
- Jaga-jaga! pembangkang tak akan puas hati selagi kerajaan yang sudah mendapat keabsahan di parlimen ditumbangkan.
- PAS, Bersatu dan beberapa kelompok lagi akan berusaha habis-habisan untuk menebuk atap sekali lagi.
- Kalau tak bijak, percikan api akan menyambar rumah dan hangus.
Jumaat, 16 Disember 2022
Tanah runtuh: 69 orang dikhuatiri tertimbus di tapak perkhemahan Batang Kali
- KUALA LUMPUR: Kira-kira 69 orang dikhuatiri terperangkap dan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, pada awal pagi Jumaat.
- Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian.
- "Menurut laporan awal komander operasi, kejadian tanah runtuh berlaku di tepi jalan berhampiran 'Father Organic Farm' dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan.
- "Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan satu ekar.
- "Maklumat awal daripada pihak polis mendapati, terdapat 100 orang berada di tapak perkhemahan tersebut yang mungkin menjadi mangsa runtuhan," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
- Bagaimanapun, Norazam berkata, setakat jam 5.30 pagi, seramai 31 mangsa telah ditemukan dalam keadaan selamat.
- "Pasukan unit K9 dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, BBP Kota Anggerik, BBP Kajang, BBP Andalas turut digerakkan ke lokasi kejadian.
- "Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) turun telah diaktifkan untuk penyelamatan mangsa yang masih terperangkap," ujarnya. -astro awani.
Khamis, 15 Disember 2022
SOSMA: Bermula krisis dan prinsip dalam kerajaan perpaduan
- Berbeza pandangan itu biasa, malah meraikan perbezaan itu perlu.
- Namun apakah keikhlasan untuk menerima perbezaan itu bakal mengadai prinsip perjuangan?
- SOSMA, UUEC, dan beribu-ribu lagi bom jangka menanti untuk meletus.
- Jika tidak ditangani dengan baik, banyak kemungkinan boleh berlaku.
- Aku telusuri tik tok sekali sekali.
- Tengok ulasan pemimpin UMNO.
- Masalah 1MDB tak selesai lagi. Menuntut keadilan.
- Itu satu masalah antara BN dan PH.
- Bolehkah terus bertahan.
- Atau mereka membuka ruang untuk PN menyerang?
Selasa, 13 Disember 2022
Enam ujian getir menanti Anwar, jika tidak .. tumbang!
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melepasi enam ‘ujian’ untuk memastikan kerajaan campuran yang dipimpinnya dapat dipertahankan.
- Ujian pertama Anwar adalah memilih Yang Dipertuan Dewan Rakyat baharu pada 19 Disember ini.
- Anwar kemudian akan berhadapan dengan undi percaya yang akan dibuat ke atas beliau pada 20 Disember.
- Perhimpunan Agung UMNO pada 11 hingga 14 Januari depan juga akan menjadi satu ujian terhadap Anwar apabila pemilihan parti itu berlangsung.
- Anwar juga berhadapan dengan ujian terhadap undi Usul Terima Kasih di Parlimen atas Titah Ucapan Diraja pada Pembukaan Parlimen.
- Undi kelulusan Bajet 2023 juga akan menjadi ujian terhadap Anwar sama ada beliau diterima sebagai perdana menteri atau tidak.
- Ujian terakhir pilihan raya umum di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
- Perikatan Nasional (PN) akan melakukan apa sahaja untuk meraih keuntungan di enam pilihan raya itu bagi menggulingkan kerajaan yang diterajui Anwar.
Langgan:
Catatan (Atom)