Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Seri Paduka telah menitahkan perkara itu mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.
"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV menyeru semua rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan Peguam Negara Malaysia tidak patut menimbulkan konflik ke atas kaum atau agama, kerana semua rakyat Malaysia harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama," katanya.
Dalam kenyataan bertarikh 4 Jun yang dihantar Istana Negara kepada BERNAMA awal pagi ini, Wan Ahmad Dahlan berkata Seri Paduka bertitah bahawa pelantikan tersebut tetap memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
"Setelah mengambil kira pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja tentang pelantikan (i) Peguam Negara Malaysia, (ii) hak Bumiputera serta (iii) peranan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku juga memperkenan penamatan perkhidmatan Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebagai Peguam Negara oleh kerajaan Malaysia, " katanya.
Wan Ahmad Dahlan berkata Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa dukacita dan bimbang terhadap laporan media yang tidak tepat dan bersifat negatif kebelakangan ini, yang dilihat boleh mengancam keamanan dan keharmonian Malaysia.
"Seri Paduka Baginda menitahkan bahawa Baginda mempunyai kewajipan untuk menegakkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan memelihara hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta melindungi agama Islam, " katanya.
Baru-baru ini, Dr Mahathir telah mencadangkan peguam terkemuka Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara bagi menggantikan Mohamad Apandi, kepada Yang di-Pertuan Agong. - BERNAMA
Kepada pembangkang tidak kira UMNO atau PAS, terutama dari parti suci PAS, nak tengok juga apa komen kalian. Apakah nak menjadi penderhaka kepada Agong dan Majlis Raja-Raja?
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
6 respon:
Alhamdulillah, polemik cadangan pelantikan Peguam Negara yang baharu telah selesai. Akhirnya terlantik sudah individu ke jawatan berkenbaan. Kami mahu penjawat jawatan itu menjadi lebih baik daripada penjawat sebelum ini. Amin. Kami rakyat Malaysia menjunjung tinggi keputusan Yang Dipertuan Agong.
Kedua-dua penyokong tersebut memberi komen se olah-olah mereka begitu handal dari YDP Agong.
Macam YDP Agong dan Majlis Raja-Raja tak reti apa benda langsung..
Mungkin kedua-dua penyokong tersebut merasakan alasan dan hujah mereka saja yang paling baik atau kerana semata-mata ingin menghentam PH.
Jika YDP Agong menolak nama tersebut, pasti nya mereka akan berterusan mengguna isu tersebut untuk menyulitkan pentadbiran PH.
Alhamdulillah.
Hanya di Malaysia kafir BOLEH nasihat AGONG hal perundangan ISLAM .
Hidup -- PH. Hidup -- PH .. !
p.s. dengar khabar sembayang raya di MESJID NEGARA pun kafir jadi IMAM...
bnyk penyokong PH akan hadir....! !
Astaghfirullah. Nak fitnah pun berpada2 la. Akhir ramadan pula tu
Nak le klu camtu..Pas pn sokong anda bila lg..xpun suoh bapa ko je jd imam
Nak le klu camtu..Pas pn sokong anda bila lg..xpun suoh bapa ko je jd imam
Catat Ulasan