Jumaat, 5 Februari 2016

Skandal Scorpene: Saya terima €30 juta

Financial Times (FT) melaporkan Abdul Razak Baginda berkata beliau menerima €30 juta (RM137 juta) sebagai yuran konsultasi dalam pembelian 2 kapal selam Scorpene dari Perancis .

Abdul Razak Baginda, penganalisis politik yang dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, berkata beliau menerima €30 juta (RM137 juta) sebagai yuran konsultasi dalam pembelian 2 kapal selam Scorpene dari Perancis, lapor Financial Times (FT).

"Ia perjanjian yang sah. Saya buat kerja saya dan saya dibayar untuk itu. Dan saya tidak pernah bayar mana-mana pegawai," bekas pembantu Datuk Seri Najib Razak itu dipetik berkata oleh FT, sambil menambah pelaksanaan perjanjian itu berjalan selama 8 tahun.

Najib merupakan menteri pertahanan semasa perjanjian bernilai AS$1.2 bilion itu dimeterai, perjanjian yang penuh dengan dakwaan rasuah dan sogokan.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: