Kalau Mukhriz kritik Najib dan akhirnya diturunkan pangkat dari menjadi MB, Husam pula dalam PAS boleh menerima nasib yang sama. Malah Husam boleh dipecat..!!
Kalau ada penyokong UMNO marah dan mminta Najib undur, ada juga penyokong PAS yang minta Hj Hadi undur!
PAS boleh pecat Husam, kata Takiyuddin
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa boleh dikenakan hukuman tatatertib sama ada dilucutkan jawatan atau dipecat daripada PAS.
Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata demikian bagi mengulas tindakan Husam yang kebelakangan ini dilihat banyak menghentam parti itu.
Memetik laporan Bernama, Takiyuddin berkata perkara itu kini dalam perhatian pihaknya.
"Husam boleh dikenakan hukuman tatatertib sama ada dilucutkan jawatan dalam parti, digantung keanggotaan mahupun dipecat daripada parti," katanya.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan