Khamis, 18 Disember 2014

Najib harus contohi BN Kelantan .. baru ada akai

Barisan Nasional (BN) Kelantan menyambut baik cadangan kerajaan PAS Kelantan melaksanakan hukum hudud di negeri berkenaan walaupun perlaksanaan tersebut
sebelum ini di bantah oleh Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.

Setiausaha BN Kelantan, Datuk Hanapi Mamat menegaskan pihaknya tidak masalah untuk menerima pelaksanaan hudud di Kelantan dan berharap ia dapat dilaksanakan
mengikut perancangan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri PAS Kelantan sebelum ini.

Belaiu berkata, pihaknya sedang mengkaji tentang perlaksanaan hudud di sana dan menyokong penuh usaha PAS Kelantan merealiasasikan matlamat kerajaan negeri
dalam memperkenalkan hudud di negeri berkenaan.

“Malah, dalam masa sama kami di peringkat negeri cuba menyesuaikan diri dengan kehendak pelaksanaan undang-undang Islam ini.

“Realitinya BN Kelantan benar-benar ingin melihat hudud dilaksanakan sebagaimana dirancang,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketika mengulas tindakan DAP menentang perlaksanaan hudud di sana, Hanapi melihat situasi tersebut akan membantu rakyat menilai kesungguhan PAS dalam memperjuangkan
Islam sepertimana yang di sebut dalam manifesto mereka ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

“Rakyat kena lihat siapa yang ikhlas dan sebaliknya, malah siapa cuba mempolitikkan isu ini dan yang betul-betul ingin melihat hudud ini dilaksanakan sebagaimana
dirancang,” katanya lagi.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: