Mufti apa kalau kemungkaran yang dilakukan kerajaan duduk diam, tapi bila perlaksanaan sesuatu yang dibuat oleh kerajaan dan dibantah oleh rakyat mufti keluarlah pandangan hadis-hadis bagi menyokong tindakan kerajaan.
Mufti pun diperbodohkan oleh kerajaan. Memanglah GST dilaksanakan dikebanyakan negara maju tapi cara mana perlaksanaan dan pendapatan rakyatnya jauh beza dengan Malaysia. Kesian ada mufti yang terpaksa atau dipaksa mengampu kerajaan.
{baca lagi klik butang papar ... }
Lihat contoh diatas sudahlah, Singapore masa permulaan perlaksanaan GST hanya dikenakan 3% kepada rakyat pada 1994. Dalam masa 13 tahun barulah % dinaikkan kepada 7% iaitu pada tahun 2007. Kita Malaysia permulaan dah 6% fikir sendirilah wahai para-para mufti.
KUANTAN - Umat Islam sepatutnya tidak menyalahkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), sebaliknya perlu ada sikap membina dan membantu kerajaan dalam menyokong usaha tersebut.
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, Islam tidak melarang sistem percukaian dilaksanakan asalkan ia mengikut syarak dan tidak menzalimi rakyat.
"Kita meminta umat Islam tidak hanya menyalahkan tentang cara kerajaan mengutip cukai yang merupakan satu sistem dilakukan beberapa negara di dunia termasuk Malaysia.
"Kalau sistem (GST) itu baik dan tidak menzalimi rakyat, maka perkara tersebut dibenarkan oleh syarak," katanya kepada pemberita selepas perasmian Karnival Muamalat dan Cinta Rasul yang disempurnakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.
Beliau berkata, sistem mengutip cukai bukan perkara baharu, malah ia telah dilaksanakan sejak zaman Saidina Omar lagi dengan segala hasil cukai dimasukkan ke dalam Baitulmal untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan. http://www.sinarharian.com.my
Sebelum PRU pada Dec 2009 Menteri Kewangan GST hanya sekitar 4% tetapi selepas menang PRU GST 6%. Menipu tak habis-habis.
Rakyat lebih tahu menilai perbuatan yang dilakukan oleh kerajaan. Mufti kamu baik jaga hal ehwal agama di Malaysia yang semakin membimbangkan. Perkara-perkara maksiat, konsert liar, judi , arak, pelacuran mana suara Mufti.
0 respon:
Catat Ulasan