Rabu, 30 April 2014

(terburai) Penyelewengan dalam pemilihan PKR didedahkan orang kuat PKR!



PETALING JAYA: Bekas ketua cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisham Shaharin, lebih dikenali sebagai CheguBard, hari ini berkata terdapat penyelewengan, manipulasi dan penipuan dalam pemilihan PKR 2014.

Katanya, penipuan berleluasa dalam pemilihan tersebut akan membunuh demokrasi dalam PKR selain membinasakan masa depan dan harapan bersama.

Beliau berkata tuduhan penyelewengan pemilihan itu seharusnya dijawab timbalan presiden PKR Azmin Ali dan bukannya ketua propaganda pasukan Keadilan Raya, Ekmal Ahmud, yang “tidak mempunyai maklumat yang benar.”

Badrul Hisham berkata Ekmal tidak menafikan penglibatan pasukan Keadilan Raya dengan penipuan tersebut sebaliknya cuba menuding kepada ketua jawatankuasa pemilihan parti (JPP), Johari Abdul dan setiausaha agung, Saifuddin Nasution yang juga salah seorang calon Timbalan Presiden.

“Ekmal Ahmud menyatakan tidak perlu desak. Selaku anggota parti apa masalahnya mendesak?

“Adakah parti ini sudah tidak boleh ditegur, SPR contohnya pengendali pemilihan di peringkat nasional maka apabila terdapat kepincangan bukankah rakyat perlu bangkit mendesak dikembalikan ketelusan dalam demokrasi negara,” soalnya.
{baca lagi klik butang papar ... }



Selain itu Ekmal Ahmud turut mempertikaikan Saifuddin, yang bertanding jawatan pada pemilihan tersebut namun masih memainkan peranan sebagai setiausaha agung.

“Dia (Ekmal) mempertikaikan bagaimana Saifuddin, yang bertanding, akan membentangkan laporan pemilihan dalam Kongres Nasional nanti.

“Dengan kenyataan yang disiarkan oleh Awani, sahih dia tidak punya maklumat lengkap atau tidak diberi maklumat lengkap oleh pasukan Keadilanraya atau dia sendiri keliru,” katanya.

Tambah Badrul lagi, setelah dicari maklumat sahih nyata Ekmal tidak tahu bahawa sejak 10 April lagi, Saifuddin telah menulis surat kepada Presiden untuk ‘bercuti’ dari semua tugasan selaku Setiausaha Agung.

“Semenjak mengumumkan pengesahan bertanding Saifuddin sudah tidak lagi membuat apa-apa peranan setiausaha agung malah tidak hadir sebarang mesyuarat termasuk Biro Politik.

“Ekmal juga keliru atau tidak faham kerana Mesyuarat Agong Tahunan Cabang (MATC) atau Kongres dan pemilihan adalah dua perkara berbeza. MATC atau Kongres dibawah kelolaan Ibu Pejabat PKR dan itu yang akan dibentangkan oleh setiausaha agung, bukannya proses pemilihan (pencalonan dan pengundian),” ujarnya.

Tambahnya lagi, semua urusan senarai pemilih, pencalonan, pengawas, tempat mengundi, pengundian sehingga mengira undi dan rayuan adalah dibawah JPP maka dari aspek pemilihan dalam Kongres akan dibentangkan oleh Pengerusi JPP bukannya Setiausaha Agung.

“Harap Ekmal fahami dengan elok perkara ini dan difahamkan juga Ekmal anak muda yang rajin membaca tetapi jangan hanya membaca saja tetapi tidak cerdik,” tempelaknya.
Beliau turut mempersoalkan mengapa semua calon bertanding perlu meletakkan jawatan.

“Jika yang dipertikaikan jawatan lantikan, tahu atau tidak Ekmal bahawa Dr. Xavier Jayakumar merupakan ahli biro politik lantikan dan bertanding selaku Naib Presiden dan kenapa Ekmal tidak mempertikaikannya?

“Adakah kerana ia dari pasukan Keadilan Raya yang mana Ekmal ketua propagandanya maka ia menjadi halal tidak meletak jawatan dan masih menghadiri mesyuarat Biro Politik dan memainkan peranan,” soalnya.

Menurutnya lagi, Keadilan Raya langsung tidak menafikan apa-apa yang berlaku.

“Menang ada beberapa ciri penambahbaikan dalam proses pemilihan tetapi masalahnya ialah Datuk Johari Abdul lemah dan masih bergantung dengan jentera yang terpalit penipuan Pemilihan 2010,” katanya.

Jelasnya, penipuan bukannya berlaku di cabang Batang Sadong sahaja tetapi turut berlaku di banyak kawasan lagi khususnya kawasan pendalaman yang tidak berlaku pertandingan.

“Semua ini disusun oleh watak yang sama iaitu pengurus penempatan pengawas dan tempat mengundi iaitu Sabarudin Yasin.

“Watak inilah juga yang berjaya menjadikan pemilihan 2010 begitu kontroversi,” jelasnya.

Tambahnya, di kawasan yang tidak diberikan tumpuan ini jumlah kehadiran rendah tetapi dengan penempatan pengawas yang boleh mengikut arahan maka kertas undi akan ditanda sendiri dan dimasukkan di dalam tong untuk menujukkan peningkatan pengundi.

“Sabarudin yang dikenali penyokong kuat Azmin inilah yang menyusun menghantar orang seperti Azrai yang mampu mengikut arahan ke kawasan seperti Batang Sadong untuk membuat operasi gelap mereka dan itu belum lagi menyebut bagaimana Lawas yang mengundi awal sehari dari notis,” jelas Badrul Hisham.

Tambah beliau lagi, pihaknya mempunyai data lengkap mengenai bagaimana modus operasi pasukan Keadilanraya menjalankan penipuan.

“Pegawai JPP memberikan taklimat memburukkan calon lawan Azmin dan banyak lagi cara penipuan, jika ada pengawas yang jujur akan diugut untuk digugurkan dari senarai pengawas,” katanya.

Ujarnya, dalam JPP pula semua aduan dan rayuan akan diproses oleh satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Kamarul Bahrain seorang penyokong kuat Azmin yang sebelum ini pernah menyerang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Kamarul menyatakan menteri besar Selangor lemah tetapi tidak sedar Negeri Sembilan dibawah dia selaku Pengerusi MPN hancur pencapaian PRU kerana dia menukar calon yang berpotensi menang hanya kerana kemaruk sokongan untuk menjadi MB Negeri Sembilan.

“Selepas PRU dia gagal membuat mensyuarat MPN pun dan akhirnya meletakkan jawatan kerana merajuk dengan Ketua Umum bayangkan orang seperti ini diberi tanggungjawab proses aduan dan rayuan.

Dalam pada masa yang sama, Badrul turut mempersoalkan adakah adakah PKR sudah kekurangan watak yang lebih berkredibiliti.

“Saya selaku anggota parti dengan ini mendesak agar JPP dirombak segera.

“ Watak seperti Kamarul dan Sabaruddin harus ditukar dan diganti dengan lebih bebas sebelum bermula proses pengundian Sabtu ini,” jelasnya.

Chegubard turut memohon agar Datuk Johari Abdul bangun dari ‘lena’.

“ Nama baik kamu sedang dipermainkan dan orang dalam JPP sedang bergembira melakukan perbagai tipuan dan manipulasi yang kamu tidak sedar maka akhirnya nanti nama baik kamu yang akan tercemar dan diingat dalam sejarah PKR setaraf dengan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang penipu.

“Saya dengan ini menyatakan dokongan terhadap inisiatif kumpulan anggota biasa PKR yang akan berhimpun pada 30 April 3.30 petang di depan Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya dan saya mohon JPP bersedia menerima deligasi dan deklarasi dari himpunan tersebut selain Johari dan Tan Yee Kew sendiri hadir untuk menyambut,” katanya.

Chegubard turut menjelaskan bahawa tindakan menghukum pengawas pemilihan di Batang Sadong tidak akan menyelesaikan masalah.

“Penipuan berlaku di banyak tempat cuma yang tertangkap ketika melakukan kesalahan adalah di Batang Sadong dan penipuan ini berlaku semenjak 2010 lagi.

“Ingat, kita sering pertikaikan kenapa hanya membicarakan dan menghukum pembunuh Altantuya tetapi melepaskan siapa yang arah bunuh Altantuya, kita perlu menghukum siapa yang memberi arahan penipuan pemilihan yang mencemarkan parti,” jelasnya.
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: