Selasa, 5 November 2013

Ini dia suspek kes tumbuk AJK Wanita Umno Bahagian Batu ditahan polis

Seorang lelaki yang terlibat dalam kes tumbuk seorang Anggota Jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Batu di hadapan Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka di Yan pagi ini, ditahan polis kira-kira enam jam selepas kejadian itu.

Suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan di sekitar kawasan Ulu Sedaka pada pukul 3.30 petang dan telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangannya diambil.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata pihak polis menggiatkan usaha menjejaki lelaki tersebut setelah menerima laporan mangsa kira-kira pukul 11 pagi.

{baca lagi klik butang papar ... }




"Setelah siasatan dijalankan, polis berpuas hati dan membebaskan (suspek) dengan jaminan polis. Namun kita ada hak memanggil semula suspek pada bila-bila masa sahaja jika perlu bagi meneruskan siasatan," katanya dalam sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Daerah Yan hari ini.

Pagi tadi, Norsidah Abu Bakar yang juga Ketua Wanita Cawangan Bandar Baru Sentul (1C) mendakwa ditumbuk penyokong PAS ketika merayu undi di hadapan sekolah itu.

Menyentuh mengenai jumlah laporan polis dari tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 23 Oktober lepas hingga pengundian ditutup 5 petang tadi, katanya sebanyak 155 laporan polis telah dibuat.

"Pelbagai kes dilaporkan namun semua bukanlah melibatkan kes yang berat," katanya.

Ketika ditanya mengenai sama ada isteri bekas Menteri Besar Kedah allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah tampil membuat laporan polis mengenai adanya pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan namanya, Ahmad berkata tiada sebarang laporan diterima setakat ini.

Katanya hari ini polis hanya menerima dua laporan iaitu kejadian tumbuk dan kes mencabut bendera parti. – Bernama, 4 November, 2013.



penburukonline:

teringat semasa kempen PRU dan jelajah Anwar dulu. bas diserang, dibaling batu dan macam-macam, polis senyap sepi. apapun polis kena dedah dan dakwa pemuda tersebut. baru ada akai...!
sumber sini




# sila like "kami undi pakatan rakyat"







RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

6 respon:

Tanpa Nama berkata...

wayang kulit asun je ni

Tanpa Nama berkata...

Kenapa tak sinsing lengan baju atau sondol dengan tanduk je pemuda itu? Tak kan ketua tak ajar kot....

Tanpa Nama berkata...

Pemuda PAS selalunya akan tenang. Mesti mulut Wanita UMNO tu macam longkang sebab tu kena debik.

Tanpa Nama berkata...

Polis memang giat usaha cari suspek pompuan Umporno kena "tenyeh" tapi usaha terkentut pula cari pembunuh Altantuya,kes yang burukkan nama baik Malaysia diseluruh dunia!

XUMNO berkata...

Setuju. Siapa yang tak kenal dengan mulut celupar dan perangai biadap dan jijik ahli2 umno baik jantan atau betina. Siapa yang boleh tahan kalau betian tua ni kalau kata2 kesat keluar dari mulut longkangnya.

Unknown berkata...

lelaki tmbuk pompuan?..... pompuan adalah punca.....