Rabu, 10 Julai 2013

Alahai SPR .. dulu calit dakwat sekarang celup pulak dah ..

Pengundi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut perlu mencelup jari telunjuk kiri ke dalam dakwat kekal yang disediakan pada hari mengundi dan tidak lagi sekadar dicalit oleh pegawai bertugas seperti yang dilakukan pada pilihan raya umum lepas.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan mengulangi bahawa penggunaan dakwat kekal merupakan prosedur tambahan pengundian bagi mengelak sebarang percubaan mengundi dua kali oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kali ini dakwat kekal akan digunakan pada hari pengundian awal 20 Julai dan pengundian biasa PRK Kuala Besut pada 24 Julai

baca lagi ..






Selain itu, Abdul Aziz turut menasihati pengundi supaya menyemak senarai pengundi dan memastikan saluran serta tempat mengundi yang betul kerana jika nama pengundi tidak terdapat dalam senarai pengundi di tempat dan saluran yang ditetapkan, mereka tidak akan dibenarkan mengundi.

Abdul Aziz berkata SPR menetapkan Kompleks Rakan Muda Kg Raja Besut, Kuala Besut sebagai tempat penamaan calon, dan proses penamaan calon bermula pukul 9 pagi hingga 10 pagi pada 12 Julai.

Beliau menasihatkan para penyokong parti supaya tidak melakukan perkara yang tidak diingini dan melanggar undang-undang untuk memastikan proses penamaan berjalan lancar.

Abdul Aziz turut mengingatkan mereka supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Seksyen 24A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang tidak membenarkan para penyokong atau sesiapa yang mengiringi calon membawa alat-alat muzik, pembesar suara dan membuat ceramah politik pada hari berkenaan.

Ketika proses penamaan calon itu juga hanya calon, pencadang dan penyokong yang dibenarkan masuk ke dalam dewan, katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa tempoh rasmi berkempen hanya bermula selepas pegawai pengurus mengisytiharkan bahawa ada pertandingan yang akan dijalankan dan kempen akan berakhir pada tengah malam 23 Julai.

Sebuah pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya akan ditubuhkan bagi memantau aktiviti sepanjang tempoh rasmi berkempen selaras dengan peruntukan akta berkenaan.

- Bernama




# sila like "kami undi pakatan rakyat"






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Besar jugak isu dakwat kekal nie...hanya negara yg rakyatnya tak ada ic jer guna dakwat kekal....
Pandai otak mrk yg cadangkan dakwat tak kekal nie...mansuh jerlah...
Sistem yg ada skrg msh relevan...klu blm revelan kenapa yg nak boikot tak jadi boikot.

Tanpa Nama berkata...

celup je tak jadi. kalu tangan masuk dalam poket kite tak pasti dia dah ngundi ke blum...

bagus kasi siram terus. nanti kluar dari pusat ngundi seme kaler cam mat bangla. baru ok