Khamis, 27 Jun 2013

Zahid Hamidi semakin gusar? kenapa .. anda perlu tahu!!

Mahkamah tolak rayuan Zahid Hamidi


Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengenepikan sama seorang ahli perniagaan ke atasnya.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif yang mengetuai panel lima orang hakim, mengenepikan permohonan Ahmad Zahid sebelum mendengar hujah dari peguam Zahid, Shamsul Bahrin.

Hakim berkenaan mendapati alasan perundangan yang perlu dikemukakan ke mahkamah tidak dijalankan dengan sebaiknya kerana dibuat melalui hujahan dan bukannya dengan notis usul.

baca lagi ..





Katanya, pemohon tersebut tidak kehilangan peluang untuk melalui proses rayuan memandangkan kes tersebut masih belum dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

“Biarlah perbicaraan dijalankan di Mahkamah Tinggi,” kata Hakim Md Raus.

Tambahnya, kes lain yang sepatutnya berjalan akan terhalang sekiranya mahkamah membenarkan permohonan tersebut.

Dengan keputusan tersebut, perbicaraan kes saman sivil oleh ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah ke atas menteri tersebut akan bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Ogos.

Saman itu difailkan oleh Amir Bazli terhadap Ahmad Zahid yang dituduh menumbuk mukanya pada 16 Januari 2006 di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang, Selangor.

Beliau mendakwa mengalami patah hidung (kecederaan kekal) dan rosak kekal di bahagian sebelah kiri mata akibat insiden


Karpal cabar Peguam Negara dakwa Zahid Hamidi kerana cubaan membunuh


Peguam Karpal Singh (gambar) mencabar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mendakwa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana menyerang dan melakukan cubaan membunuh.

Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor mengatakan terdapat kes jelas serangan oleh menteri terhadap bekas ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah.

baca lagi ..




Bercakap kepada pemberita di Putrajaya hari ini, Karpal mengatakan Ahmad Zahid secara jelas tidak layak untuk menjadi menteri.




“Ini adalah perkara serius, yang perlukan perhatian. Saya telah menulis surat kepada Peguam Negara pada peringkat awal kes ini tetapi beliau tidak melakukan pendakwaan,” katanya.

“Masih belum terlambat. Peguam Negara masih boleh memulakan prosiding terhadap menteri dalam negeri. "

Karpal mendakwa laporan polis yang dibuat oleh Ahmad Bazli terhadap Ahmad Zahid tidak pernah disiasat.

Dalam samannya, Amir Bazli mendakwa Ahmad Zahid telah menyerang dan mengugutnya selepas mendakwa Amir Bazli berminat kepada anak perempuannya dan menculiknya. - 27 Jun 2013.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/karpal-cabar-peguam-negara-dakwa-zahid-hamidi-kerana-cubaan-membunuh/

# sila like "kami undi pakatan rakyat"






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI