Jumaat, 22 Februari 2013

Najib dan Pak Lah akan dipanggil menjadi saksi

KUALA LUMPUR, 20 Feb — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dipanggil bagi menjadi saksi kes Tun Dr Ling Liong Sik dalam pembelian tanah projek Zon Perdagangan Pelabuhan Kelang (PKFZ).
Bekas menteri pengangkutan Dr Ling didakwa menipu Kabinet kerana menandatangani pembelian tanah yang mengakibatkan kerugian kepada kerajaan.





# sila like "pakatan rakyat supporters"




Peguam Dr Ling, Wong Kian Kheong memberitahu mahkamah hari ini Najib dan Abdullah adalah sebahagian dari senarai saksi pembela yang akan dipanggil.

Turut akan dipanggil ialah Tan Sri Fong Chan Onn, menteri Kabinet Datuk Seri Rais Yatim, timbalan ketua pegawai eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd Datuk Faizal Abdullah dan pakar Sajjad Akhtar dari firma perakaunan.

Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri yang memimpin selama 22 tahun, menghabiskan pengakuannya sebagai saksi pembela keempat.

Hakim, Datuk Ahmadi Asnawi menangguhkan perbicaraan sehingga 12 Mac dengan memanggil Tan Sri Fong Chan Onn sebagai saksi seterusnya.

Dr Ling, yang berkhidmat sebagai menteri pengangkutan selama 17 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2003, didakwa menipu Kabinet untuk meluluskan pembelian tanah bernilai 999.5 ekar tanah untuk projek PKFZ, yang menyebabkan kerugian kepada kerajaan.

Projek yang pada mulanya bernilai RM1.1 billion apabila dicadangkan Dr Ling pada 1997, meningkat kepada RM4.6 billion pada 2007.

Kajian dari firma perakaunan PricewaterhouseCoopers (PwC) mendedahkan pada 2009 jumlah kerugian termasuk kadar faedah dari pembayaran hutang mungkin mencecah RM12.5 billion.

Sejak Disember 2009, enam individu didakwa di mahkamah termasuk presiden MCA, Dr Ling, seorang lagi bekas menteri pengangkutan, bekas timbalan presiden MCA Tan Sri Chan Kong Choy. Kedua-duanya dituduh menipu Kabinet.

Dr Ling juga menghadapi dua tuduhan alternatif menipu Kabinet dengan mempercayai bahawa pembelian-pada RM25 psf dan 7.5 peratus kadar faedah sudah diketahui dan dipersetujui JPPH walaupun tidak ada sebarang persetujuan.

Beliau bakal menghadapi penjara sehingga tujuh tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali dibawah seksyen 418 Kanun Keseksaan.

Dakwaan alternatif dikenakan penjara lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.


sumber sini



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: