Bekas pemain pertahanan Selangor yang pernah berganding bersama arwah Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun dan R. Arumugam pada era 70 dan 80an itu juga menegaskan, kejayaan sesebuah pasukan bukanlah diukur dengan kehadiran pemain import.
"Kalau tanya pendapat saya, mereka tidak perlu beraksi di sini. Kita sudah lihat peningkatan pemain muda tempatan seperti Skuad Harimau Muda."
"Semasa zaman kami dulu (Selangor), kami tidak pernah menggunakan khidmat pemain import tetapi kami tetap menjadi sebuah pasukan yang digeruni dan dikenali di rantau Asia," kata anak kelahiran Setapak berusia 59 tahun ini apabila ditemubual Sinar Harian di Stadium Kompleks PKNS Kelana Jaya, semalam.
Namun bekas kapten Selangor itu berkata, jika pemain import yang beraksi di Malaysia itu adalah dari negara jiran (Asia Tenggara), itu tidak mengapa.
"Kalau mahu import pemain dari negara jiran seperti Fandi Ahmad (legenda Singapura dan bekas penyerang Kuala Lumpur), itu tiada masalah kerana kita di kawasan yang sama."
"Tapi kalau mahu pemain dari negara lain contohnya Brazil, mereka yang datang kebanyakannya sudah tua dan hanya mahu cari makan," katanya.
Sebelum ini, Santokh terkenal kerana pernah mewakili Malaysia di acara bola sepak Sukan Olimpik di Munich tahun 1972 dan Sukan Olimpik di Moscow tahun 1980.
0 respon:
Catat Ulasan