Rabu, 7 Disember 2011

Good bye Shahrizat ...

PUTRAJAYA, 6 Dis ― Timbalan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan sama ada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil wajar terus memegang jawatan politik atau memintanya berundur ekoran skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) kendalian anak-anak dan suaminya.

Ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Greater Kuala Lumpur/Klang Valley Tender Alert System (G-TAS) di sini, Ketua Umno Lembah Pantai ini berkata, walaupun banyak isu dibangkitkan pembangkang termasuk NFC, keputusan sama ada Shahrizat akan kekal sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga Ketua Wanita Umno seharusnya diputuskan di peringkat pusat.








Shahrizat tewas dalam mempertahankan kerusi Lembah Pantai tiga tahun lalu. Raja Nong Chik (gambar), Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, disebut-sebut akan bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai yang kini disandang oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

“Biarlah pucuk pimpinan yang menentukan kedudukan beliau,” kata beliau.

“Banyak isu yang dibangkitkan pembangkang kebelakangan ini, dan sekarang ini pun siasatan masih lagi sedang berjalan berhubung perkara itu. Jadi biarlah siasatan selesai dahulu,” katanya lagi.

Semalam, seorang lagi pemimpin Umno, kali ini dari bahagian Cheras yang terletak di Wilayah Persekutuan mendesak Shahrizat melepaskan jawatannya berhubung isu kontroversi NFC.

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata, Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak oleh Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian.

Ekoran daripada isu NFC yang dibangkitkan Pakatan Rakyat, Shahrizat menerima banyak desakan supaya melepaskan jawatan yang dipegangnya termasuk ahli parlimen Barisan Nasional sendiri.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno mendakwa isu NFC kini menjadi liabiliti kepada parti.

Kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional ini, meskipun Shahrizat telah menjelaskan ketika Perhimpunan Agung Umno lalu, tetapi apa yang lebih penting ialah persepsi publik.



sumber sini






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: