Ahad, 11 Disember 2011

ADUN terima ugutan bunuh

GEORGETOWN - Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima R.S.N. Rayer hari ini membuat laporan polis dengan mendakwa menerima ugutan bunuh menerusi beberapa panggilan telefon sejak semalam.

Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang itu berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini.








Bercakap kepada pemberita kemudian, Reyer mendakwa pemanggil mengaku penyokong Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy.

Pemanggil yang bercakap dalam bahasa Tamil memberi amaran kepada saya agar tidak membangkitkan sebarang isu mengenai Ramasamy pada Konvensyen DAP Pulau Pinang esok, jika saya sayangkan nyawa saya dan nyawa keluarga saya, katanya.

Bagaimanapun kata Rayer, beliau tidak gentar dan akan terus bercakap mengenai isu tersebut termasuk meminta Ramasamy memohon maaf berhubung kenyataannya mendakwa Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh sebagai 'godfather'.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi, mengesahkan polis menerima laporan tersebut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.- SH






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: