Isnin, 1 Ogos 2011

Anwar fail notis usul kedua, untuk temu bual bekas amah

Anwar Ibrahim hari ini memfailkan notis usul kedua dalam seminggu di Mahkamah Tinggi di sini dan kali ini beliau memohon mahkamah mengeluarkan perintah untuk pihaknya menemu bual 10 saksi termasuk dua pembantu rumah warga Indonesia, yang nama mereka disenaraikannya dalam notis saksi beliau.



Dalam permohonan yang difailkan pagi ini melalui Tetuan Karpal Singh & Co, Anwar menamakan dua bekas pembantu rumah kepada Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.

Seorang daripada pembantu rumah itu dikenal pasti sebagai Suliati, manakala seorang lagi Fitria Dipan.

Lapan lain yang dinamakan ialah Abdullah Sani Said (bekas pemandu Anwar), Mokhtar Mustafa, Nik Mahmood Nik Hassan, Noor Sham Abdul Hamid, Prof Dr Mohamad Ariff Abdul Karem (bekas pengarah eksekutif MIER), Mohd Khoharullah Abdul Majid, Raymond Yeoh Cheng Seong (pegawai bank) dan bekas ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia, Omar Malek Ali Merican.

Pada 26 Julai lepas, Anwar memfailkan permohonan serupa untuk menemu bual lima saksi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. – Bernama


sumber klik sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: