"Kami syak perbuatan itu berunsur provokasi memandangkan ceramah diadakan berbentuk penjelasan tentang isu video seks yang hangat diperkatakan sekarang.
"Salinan VCD diletakkan pada kenderaan penyokong PR,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban, dekat sini, semalam.
Menurut Nazree, semua VCD mengandungi rakaman dengan durasi 1 minit 47 saat ditemui pada kenderaan yang diletakkan agak jauh dari lokasi ceramah diadakan.
Beliau berkata, terdapat kemungkinan rakaman yang dipercayai disalin daripada laman web YouTube itu diedarkan pihak-pihak yang tidak sehaluan dengan PR.
"Sehubungan itu, AMK negeri membuat laporan di Balai Polis Seremban hari ini (semalam) agar pihak berkuasa menyiasat pengedaran VCD terbabit.
"Satu salinan VCD turut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Kami menganggap perbuatan ini seperti satu serangan hendap terhadap PR,” katanya.
Sementara itu, Exco AMK, Ramlan Roes yang turut hadir membuat laporan berkata, pihak berkuasa diminta segera bertindak menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
"Kita tidak mahu budaya menjatuhkan lawan politik dengan tuduhan skandal seks yang belum terbukti kesahihannya berleluasa di negara ini,” katanya. - SH
0 respon:
Catat Ulasan