Rabu, 23 September 2020

Rahsia Anwar rakus dan gila kuasa!!

Begitulah tajuk yang dipaparkan di Harian Metro Online bertarikh 23 September 2020. Rakus, gila kuasa manakala di dada akhbar lain pula banyak komen antaranya tidak mementingkan kesusahan rakyat dikala Covid-19, syok sendiri, khayalan dan entah apa lagi perkataan yang dilabel oleh gerombolan tebuk atap. Ketika rakyat sudah memilih PH sebagai kerajaan, gerombolan tebuk atap telah berkhianat dan membentuk kerajaan pintu belakang. Tidak pula dikatakan rakus dan gila kuasa. Demi kuasa dan pangkat, mereka menghalalkan apa saja yang keluar dari mulut puaka mereka. Kononnya demi rakyat dan menyelematkan negara. Sekarang Anwar sudah umum cukup majoriti untuk mengambil KEMBALI hak rakyat. Bukan pintu belakang seperti gerombolan tebuk atap. Kenapa cepat melatah mengatakan rakus dan gila kuasa. Apakah sebenarnya gerombolan tebuk atap TAKUT kehilangan kuasa yang tak sampai 7 bulan? Ya. itulah hakikatnya. Sebenarnya yang rakus dan gila kuasa adalah gerombolan tebuk atap. bukan PH yang kuasanya dicuri oleh gerombolan ini.
Kuala Lumpur: Semua gabungan parti yang bekerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyangkal dakwaan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan. Malah, enam gabungan parti itu juga menyatakan pendirian untuk berdiri teguh menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sokongan itu dinyatakan melalui satu kenyataan bersama oleh enam Setiausaha Agung daripada Barisan Nasional diwakili Tan Sri Annuar Musa, Bersatu (Datuk Seri Hamzah Zainuddin), PAS (Datuk Takiyuddin Hassan), GPS (Datuk Alexander Nanta Linggi), PBS (Datuk Jahid Jahim) dan STAR (Guan Dee Kohoi). Dalam kenyataan itu, mereka mendakwa kenyataan Anwar itu tidak lebih sebagai ulangan hanya untuk meraih publisiti murahan seperti yang pernah berkali-kali dilakukan sebelum ini. "Tindakan terbaru beliau (Anwar) ini juga menyerlahkan sikap rakus dan gila kuasa yang ternyata sama sekali tidak mempedulikan soal kestabilan politik dan ekonomi negara serta nasib rakyat yang terjejas teruk akibat Covid-19. "Kita yakin rakyat akan bangkit menolak politik sebegini malah akan bersama-sama menyokong kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin yang sentiasa prihatin akan kebajikan rakyat," kata mereka. https://www.hmetro.com.my/utama/2020/09/623598/anwar-rakus-gila-kuasa
Rakyat sendiri akan menghukum gerombolan tebuk atap dan PENGKHIANAT rakyat!

Isnin, 2 Mac 2020

Insan malang bergelar Anwar Ibrahim

DS Anwar Ibrahim.

Sejak 1998, anda adalah insan malang.

Merengkok dalam penjara sebanyak 2 kali. Tapi masih ada manusia yang simpati, mempertahankan DS.

Kemudian setelah sekian kali dibebaskan. DS diberi pengampunan. Diberi harapan untuk menggapai awan.

Malang.

Sungguh malang nasibmu.

Tatkala usia semakin merangkak senja. DS ditipu dan dikhianati.

Ditipu dan dikhianati kawan dan lawan.

Sudah suratan. Anda bukan PM ke 8. Mahupun ke 9 pun belum pasti.

Yang berjanji pun tidak seikhlas hati untuk menyerahkan jawatannya pada DS. Kalau ikhlas hati sudah tentu tuan jadi PM ke 8.

Tuan ditipu atau dikhianati. Tapi berserahlah jiwa dan raga pada Yang Esa. Mohon ampun dan kasih sayang dariNya.

Istirehatlah ..

Banyak hikmah diatasnya.

Berehatlah, undur bukan bererti kalah.

Serahkanlah pada anak muda.

Undurlah dalam keadaan bermaruah. Kami lebih mengenali tuan dari mereka.

Bukan MENANG sia-sia. tanpa jiwa yang bermaruah.

Asalnya tidak suka pintu belakang.

Tapi bila kuasa sudah dalam gengaman.

BULAN jatuh ke riba.

Pintu belakang jadi pilihan.

Maruah diletak tepi.

Jawatan Menteri menanti.

Slogan politik matang hanya sandiwara.

Maka berteriaklah riang para sang pendusta.

Aku bukan pengkhianat

Ya. aku bukan pengkhianat.
Aku ingin menyelamatkan negara.
Aku ingin menjadi wira melayu.
Aku mengambil kesempatan di atas kesempitan yang ada.
Aku adalah wira.
Wira penyelamat bangsa.
Dulu
Dulu aku wira rakyat.
Aku pembela rakyat tertindas.
Aku perjuang setelah aku ditolak.
Rakyat bersama aku.
Tapi sebenarnya.
Aku menipu.
Aku hanya berpura-pura.
Meminjam bahu kalian untuk aku naik ke atas.
Sekarang aku sudah naik.
Naik setinggi langit.
Kalian yang tertipu.
Tertipu tanpa kesudahan.

Sabtu, 16 Februari 2019

Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...

Ramai bertanya kepada saya, latar belakang audio YB Nik Mohamad Abduh (UNA) menerima duit UMNO. Tentu sahaja orang yang hadir sahaja yang tahu latar belakangnya dan tujuan pertemuan tersebut.

Banyak dakwaan songsang berkenaan audio tersebut. Ada yang mengaitkan dengan kes Sarawak Report. Padahal kes Sarawak Report hanya masuk mahkamah pada 21 April 2017.

Ada pula dakwaan mengatakan tujuan pertemuan itu adalah untuk menjatuhkan UNA. Ini pun tak betul kerana tujuan pertemuan kami ialah majlis perpisahan untuk bersemuka dengan pemimpin tertinggi PAS Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi (Tantawi) dan YB Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri (Takiri).

Lebih jauh tersasar ada yang kata, ini mesyuarat sulit UNA dan Ustaz Zaharudin Muhammad (UZM) sehingga semua yakin dan menuduh UZM yang rakam dan sebar. Justeru, hanya mereka berdua sahaja dalam pertemuan itu.

Yang sebenarnya, pertemuan malam itu adalah majlis perpisahan team "Lawan Jebon" daripada seluruh Malaysia. Pertemuan malam tu ada 2 dua grup. Satu grup di bawah pengaruh Takiri, dan satu grup lagi di bawah pengaruh UZM.

Waktu itu kami tak tahu, antara sebab team lawan Jebon dibubarkan adalah kerana pendedahan UZM berkenaan beberapa individu yang terlibat mengambil duit UMNO. Hanya malam itu, baru kami tahu sebab pembubaran.

Apa yang kami tahu sebelum itu, team ini dibubarkan dengan tuduhan kami adalah “jemaah dalam jemaah”. Malam itu baru kami tahu isu sebenar, dan barulah kami faham, kami dibubarkan sebab team uzm telah mendedahkan perbuatan 2-3 individu ini berkaitan dengan dedak.

Kami tidak dimaklumkan kedatangan UNA kerana beliau tiada kaitan dengan kami tetapi kebetulan Takiri dan Tantawi datang daripada Parlimen, jadi UNA join sekali. Walaupun beliau tidak diundang, tetapi pengakuan dan emosinya pada malam itu (sebagaimana yang terdapat dalam audio tersebut) sangat mengejutkan kami dan di luar pengetahuan kami.

Kandungan ucapan UNA bukan sesuatu yang kami harapkan kerana perjumpaan tersebut merupakan Majlis Perpisahan dan Pembubaran Team Lawan Jebon.

Biarlah orang nak kata apa tetapi kedatangannya sebenarnya tidak dialu-alukan. Saya bertanya kepada UNA, “Dari mana ni?”. Dia bagi jawapan bahawa dia dari parlimen dan tumpang kereta Takiri untuk datang ke sini.

Kedatangan UNA, tiada apa-apa manfaat untuk kami kerana soalan-soalan yang kami ingin tujukan hanya kepada Tantawi dan Takiri. Bahkan kedatangan UNA merosakkan majlis perpisahan kami apabila UNA melenting dengan memperakui menerima duit UMNO. Apabila UZM membacakan dalil, UNA melenting lagi dan meminta berhenti. UNA turut menyebut kepada UZM, "kalau anta (UZM) tak setuju terima duit UMNO, teruskan. Ana (UNA) dengan pendirian setuju terima duit UMNO". Kemudian, UNA angkat punggung dan keluar dengan amukan. Majlis berakhir dengan kebingungan.

Sekalipun UNA datang tanpa diundang, tetapi kenyataannya itu jelas menunjukkan Tantawi dan Takiri menipu kami bahawa konon-kononnya mereka mempertahankan team ini, tetapi akhirnya UNA sendiri mendedahkan mereka berdua ini termasuk dalang pembubaran. Malah, tujuan kami bertanyakan kepimpinan tertinggi mengenai sebab kami dibubarkan juga tidak kesampaian.

Kesimpulan majlis perpisahan pada malam itu, 3 individu ini suka berbohong dan mereka ambil duit UMNO atas nama parti tetapi tanpa pengetahuan Parti. Disebabkan keborosan mereka mendedak, Sarawak Report terus mendapat nafas menangguhkan dengan bukti bukti perbuatan mereka termasuk audio tersebut. Kesannya ahli terpaksa tampung kos dan akhirnya selesai luar mahkamah akibat tidak mampu menanggung kos untuk jangka panjang.

Dr. Muhammad Atiullah Othman

Sabtu, 2 Februari 2019

Mari, mari pakat derma, kami yakin menang Kah kah kah!

Hari ni ada satu drama.

Drama tu cerita RM90 juta.

Bila keluaq cerita kata itu fintah ...

Lepas fitnah jerit sana sini kami yakin menang ..

Sekarang ...

Selesai luaq mahkamah ...

Lepaih ni mesti keluaq bahasa bunga-bunga untuk halalkan cara ..

Pengikut PASti percaya punya ...

Tak apa .. derma .. apa ada hal ...

Tunggu pula giliran tok ketua kena dakwa ... SPRM dok intai buku lima-lima ..

Baru ada akai ....