Isnin, 2 Mac 2020

Insan malang bergelar Anwar Ibrahim

DS Anwar Ibrahim.

Sejak 1998, anda adalah insan malang.

Merengkok dalam penjara sebanyak 2 kali. Tapi masih ada manusia yang simpati, mempertahankan DS.

Kemudian setelah sekian kali dibebaskan. DS diberi pengampunan. Diberi harapan untuk menggapai awan.

Malang.

Sungguh malang nasibmu.

Tatkala usia semakin merangkak senja. DS ditipu dan dikhianati.

Ditipu dan dikhianati kawan dan lawan.

Sudah suratan. Anda bukan PM ke 8. Mahupun ke 9 pun belum pasti.

Yang berjanji pun tidak seikhlas hati untuk menyerahkan jawatannya pada DS. Kalau ikhlas hati sudah tentu tuan jadi PM ke 8.

Tuan ditipu atau dikhianati. Tapi berserahlah jiwa dan raga pada Yang Esa. Mohon ampun dan kasih sayang dariNya.

Istirehatlah ..

Banyak hikmah diatasnya.

Berehatlah, undur bukan bererti kalah.

Serahkanlah pada anak muda.

Undurlah dalam keadaan bermaruah. Kami lebih mengenali tuan dari mereka.

Bukan MENANG sia-sia. tanpa jiwa yang bermaruah.

Asalnya tidak suka pintu belakang.

Tapi bila kuasa sudah dalam gengaman.

BULAN jatuh ke riba.

Pintu belakang jadi pilihan.

Maruah diletak tepi.

Jawatan Menteri menanti.

Slogan politik matang hanya sandiwara.

Maka berteriaklah riang para sang pendusta.

Aku bukan pengkhianat

Ya. aku bukan pengkhianat.
Aku ingin menyelamatkan negara.
Aku ingin menjadi wira melayu.
Aku mengambil kesempatan di atas kesempitan yang ada.
Aku adalah wira.
Wira penyelamat bangsa.
Dulu
Dulu aku wira rakyat.
Aku pembela rakyat tertindas.
Aku perjuang setelah aku ditolak.
Rakyat bersama aku.
Tapi sebenarnya.
Aku menipu.
Aku hanya berpura-pura.
Meminjam bahu kalian untuk aku naik ke atas.
Sekarang aku sudah naik.
Naik setinggi langit.
Kalian yang tertipu.
Tertipu tanpa kesudahan.