Khamis, 5 Julai 2018

Respon awal PAS mengenai kes perbicaraan Najib Razak

Proses keadilan perbicaraan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak perlu melibatkan semua institusi dan entiti perundangan, khususnya pihak mahkamah, masyarakat awam serta media, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

"PAS berpegang kepada prinsip “amar makruf nahi mungkar” dalam semua aspek kehidupan sama ada atas kapasiti individu, kumpulan, masyarakat dan juga sebuah kerajaan.

"PAS amat percaya usaha di atas hanya boleh dijayakan dengan berpandukan kepada proses keadilan yang dilaksanakan berteraskan kepada kedaulatan undang-undang (rule of law) serta ketinggian sistem nilai.

"Proses keadilan ini seharusnya melibatkan semua institusi serta entiti perundangan khasusnya pihak Mahkamah, Pendakwaan, Pembelaan serta institusi masyarakat awam termasuk media," katanya dalam suatu kenyataan.

'Tidak boleh dikompromi'

PAS menegaskan pendakwaan terhadap Najib perlu dibuat berasaskan prinsip seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

"Dalam konteks pendakwaan terhadap mantan perdana menteri, YB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, PAS juga berharap proses undang-undang ini akan hanya bertujuan untuk mencapai matlamat tadi (amar makruf, nahi munkar) yang dan tidak boleh dikompromi oleh tujuan atau kepentingan lain.

"PAS berharap proses keadilan terhadap mantan perdana menteri ini akan berjalan mengikut lunas undang-undang serta dihormati, dipatuhi dan dipertahankan oleh semua pihak dan golongan bagi memastikan ia memberi keadilan kepada semua, terutama pihak yang dituduh, pihak yang berkepentingan langsung dan masyarakat serta negara amnya," kata kenyataan itu lagi.


Sebenarnya aku tak berapa faham, apa sebenarnyanya dia nak cakap?

Dia nak cakap yang PH buat semua ni kerana dendam?

Sindir, perli, berkias ke apa?

Atau aku memang tak faham langsung ..?


Tolong mai habaq sat apa dia nak cakap ..?

Yang stahu aku, kalau nak harapkan PAS .... tentang isu 1MDB ni .. payah la nak cakap ..

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

10 respon:

Tanpa Nama berkata...

Mantik. ..��....
Bukan marah ... Nasihat...
Jarang tengok cermin. ..
Camtulah agaknya. ..

Tanpa Nama berkata...

apa yg takiyudin cakap. berbelit2

Tanpa Nama berkata...

hahahhahhaha sedih giler.......
baik diam je dari komen kot

Tanpa Nama berkata...


Bila PAS cakap selalu nya untuk menegur. Tapi kali ini tidak.

Tapi kali ini kenyataan PAS sekadar ingin memberitahu rakyat yang PAS mengikuti kes Najib. Jangan ingat PAS buat tak tahu.

Atau kenyataan PAS adalah bertujuan untuk mempamerkan yang parti PAS baik kerana dalam hal undang-undang PAS tidak boleh berkompromi.

PAS mesti timbul ...

Asrul Sani berkata...

Sebenarnya dia cakap...."nak cakap tak kena, tak cakap pulak, rasa salah". Semuanya serba salah. Nak cakap lebih-lebih kang Najib pulak yang cakap..." kau ni Din tak pandai mengenang budi ke ....dah berguni-guni engkau makan...." Tapi kalau buat bodo tak komen pulak kang dilihat rakyat sebagai tidak prihatin, tak ambil berat terhadap penyelewengan dan salah laku regim dahulu....adeehhh

Tanpa Nama berkata...

Statement yg simple dlm bahasa malaysia takkan tak faham.. ish..ish..ishh

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin Pas mesti sahkan akaun masing-masing tidak dibekukan. Baik pemegang amanah akaun parti atau akaun peribadi. Barulah pemimpin Pas boleh beri komen tentang 1MDB.

Kalau tak buat malu muka sahaja jika nak mencampuri urusan 1MDB atau kes Najib. Bukankah dahulu Tuan Ibrahim sudah berpuas hati dengan penjelasan 2 jam oleh Arul Kanda? Kluk klek flip flop tidaklah termasuk ajaran Islam.

Tanpa Nama berkata...

Bila tun kena issue forex & dsai kena sodomi#2....kat mana mamat ni?

takutka issue 200juta kat ustazpas & issue 90juta ,nik abduh terburai!

terpaksa bagi pre-empty statement?bagi persepsi perjalanan mahkamah lintang-pukang...

masa kini kesemua pimpinan pas terlibat MENIKUS!minta nyawa.

Tanpa Nama berkata...

takiyudin kamu pergi istihar harta.

Tanpa Nama berkata...


sebenarnya lobai seberang takir ni nak bagitau bahawa PH patut lepas najib ,hanya mereka saja perlu diberi kerajaan utk selesai kes 1MDB,najib curi berbillon tak pa balik faedah utk rakyat juga,hanya curi 2.6 billon 40 billon lagi buat kerja lain pas pun boleh kongsi juga kesenangan dengan duit rompak tu.najib baik hati bagi iklan angkat ruu tree pai -pai diparlimen oleh khalifah najib.