Selasa, 17 Julai 2018

Isu sebenar perlantikan speaker dewan rakyat terbongkar!

Kecoh hari ni apabila pembangkang yang terdiri daripada BN dan PAS bertindak keluar dewan kerana membantah perlantikan speaker Dewan Rakyat kerana dakwa mereka tidak mengikut prosuder dan melanggar peraturan mesyuarat. Peraturan yang dimaksudkan adalah peraturan 4(1).

Persoalannya apakah benar Pakatan Harapan telah melanggar peraturan mesyuarat? Sebelum itu, isu ini mula ditimbulkan oleh PAS. Hahahahaha ....

PAS berpandangan pemilihan Yang di-Pertua Dewan Rakyat (YDP) Datuk Mohamad Ariff Yusof pagi ini tidak memenuhi Peraturan Mesyuarat 4(1) yang mensyaratkan pemberitahuan kepada Setiausaha Dewan Rakyat "dengan bersurat sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum hari mesyuarat".

Hal ini kerana kenyataan media oleh beberapa pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) termasuk Menteri-menteri menunjukkan pada 2 Julai iaitu 14 hari sebelum sidang hari ini tiada keputusan lagi di pihak kerajaan PH untuk menamakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Pada 6 Julai 2018, Tan Sri Rais Yatim menyatakan kesediaan untuk menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menconteng Untuk Perubahan™
Kemudian pada 8 Julai, Malaysiakini melaporkan bahawa Datuk Saifuddin Abdullah selaku Setiausaha Sekretariat HARAPAN menyatakan cadangan YDP baru sahaja disenarai pendek dan setiap parti komponen HARAPAN telah mencadangkan calon masing-masing.

'Keabsahan sidang dewan'

Pada 10 Julai pula Wan Azizah dalam (laporan) Malaysiakini menyatakan bahawa semalam pemimpin HARAPAN telah memuktamadkan satu nama bagi jawatan tersebut.

Pada 11 Julai pula NSTP melaporkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, menolak tawaran jawatan speaker Dewan Rakyat dan turut memaklumkan perkara itu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ia menunjukkan bahawa cadangan Yang di-Pertua Dewan Rakyat belum dimuktamadkan oleh Pakatan Harapan pada 11 Julai.

Walaupun Setiausaha Dewan Rakyat ketika berucap menyebut bahawa cadangan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah dihantar secara bertulis pada 2 Julai 2018, namun ia tidak disokong oleh fakta-fakta kenyataan menteri-menteri dalam isu terbabit.

PAS menegaskan bahawa peraturan mesyuarat Dewan Rakyat perlu dipatuhi apatah lagi melibatkan pemilihan YDP kerana ia melibatkan keabsahan sidang Dewan Rakyat untuk seterusnya.

Pakatan Harapan perlu menonjolkan contoh permulaan yang baik di awal sidang Dewan Rakyat sebagai memenuhi tuntutan mereka selama menjadi pembangkang sebelum ini agar kerajaan mengikut segala peraturan mesyuarat.

Berdasarkan asas ini para anggota Parlimen PAS mengambil tindakan keluar dari Dewan Rakyat pada awal sesi pemilihan YDP sebagai tanda protes dan seterusnya mengadakan sidang media menjelaskan sikap PAS dalam isu tersebut.
https://m.malaysiakini.com/news/434393


Kah kah kah ... ini dia politik matang dan sejahtera. Tak pandai membaca strategi lawan.

Benar atau tidak PH melanggar peraturan mesyuarat?~Menconteng Untuk Perubahan™

Situasi :
1. Pembangkang kata PH langgar peraturan mesyuarat 4(1). Antara lain nama kena bagitahu pada setiausaha dewan sebelum 14 hari dewan bersidang. Setiausaha dewan dah jawab yang dia terima surat pemberitahuan pada 2 Julai 2018. Tak kan PAS dan UMNO nak kata setiausaha dewan tipu pulak. kekekekekeke.

Katanya, surat mencalonkan namanya diserahkan pada 2 Julai lalu, iaitu 14 hari sebelum persidangan Parlimen, seperti yang disahkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/449807/pelantikan-sah-mengikut-peraturan-mesyuarat#cxrecs_s


Key point kat sini kena bagitau setiausaha dewan rakyat dalam tempoh 14 hari.bukan setiausaha Agung PAS kekekeke. Agaknya pembangkang lupa atau bangang tak faham isu.

2. Pembangkang kata PH letak banyak nama dan nama-nama tu berubah -rubah seperti penjelasan PAS kat atas. Itu kira 'fatwa' dan nas la yang dikeluarkan. Tak patuh kira tak walaq. Itu la sebab semua hali pembangkang PAS keluar dewan. Begitu juga dengan 'rakan mesra' mereka sekarang .. UMNO!

Biarlah 1000 nama sekalipun, biarlah tiap-tiap hari nama berubah sekalipun, yang kecoh itu media dan pembangkang yang nak main isu perkauman. Lim Kit Siang la, Rais Yatim la, bla bla bla. Tanya Malaysia Kini kenapa mereka juara sangat dengan isu perkauman sekarang. Memang betul seolah - olah ada perbezaan pendapat antara pemimpin Pakatan Harapan. Tapi benda ni mudah je nak jawab.

Jawab dia macam ni, sebenarnya pembangkang sedang kena main dengan Mahathir dan Pakatan Harapan. Nak tengok sejauh mana 'cerdik' pembangkang baru sekarang.

Nama tu dah ada .. telah diserah pada 2 Julai 2018. Pakatan Harapan 'sandiwara' seolah tak ada nama lagi. Media pun sibuk buat andaian itu ini. Pemimpin PH pun mula cakap nama itu dan ini. Peraturan mesyurat kata kena bagi dalam emppoh 14 hari. Jadi nama-nama yang disebut dalam media tu tak langgar apa-apa pun. Cuma pembangkang je melolong ... memalukan.

Buktinya, setiausaha dewan pun dah umum terima surat 2 Julai 2018. Full stop! Pergilah cabar kat mahkamah seperti kata Lokman Hakim penjilat nombor satu sekarang!

Tak sangka PAS dan UMNO terperangkap dengan permainan Mahathir dan PH. kah kah kah ....

Hari pertama, pembangkang PAS dan UMNO diuji dan mereka telah 'gagal' menjadi pembangkang yang berwibawa. Jadi badut.

Errr ... nak tanya, mana mereka pergi masa keluar dewan..? Melantak ..? Hahahhaha... cari kat google gambar mereka keluar dewan dan apa mereka buat lepas keluar dewan ..


Simple macam tu je kena main dengan pakatan. bye. ~Menconteng Untuk Perubahan™

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

15 respon:

Tanpa Nama berkata...

terbaik bro. patut ler Tun M senyum simpul je bila pembangkang keluar dewan. game mcm tu je .. kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Sebenar PASU2 nak rasa macamana ghairahnya dapat keluar dewan dan lepas tu masuk balik..hahaha

Tanpa Nama berkata...

Bukti umno dan pas memang sepakat tapi pecaturan tak menjadi kedua2 meroyanlah. Maka nampaklah badut2 ni buat lawak antarabangda. Esok2 ada yang tak hadir beri alasan tak setuju dengan speaker. Jangan lupa ari jumat sepakat pakai baju melayu warna pink tanda solidariti sehati sejiwa
.

Tanpa Nama berkata...

kesihan tenguk TAKI,tunjuk buku kecik dia tentang point of order!last-last point reference dia 'malaysiakini' &'akbhar metro'...KANTOI!

Masa najib jadi pm dulu tak nampak pula dia bersungguh -sungguh camni!.

Unknown berkata...

Hahaha...lom matang lagi

PokAmid berkata...

Makin terserlah la yg lebai-lebai ni jenis bodoh dan bangang!!!
Hari tu sebelum pilihanraya kena main kat Umno, pi support umno konon parti cap keris akan menang.
Jauh sebelum dari itu, kena main kat Najib dlm isu Ruu355.
Memang dan confirmed, bodoh dan bangang punya!!!

Tanpa Nama berkata...

walaupun aku bukan pemuja TUN,Pada aku tun memang GENIUS!

Hasil dari kajian aku! tun adalah 'workholic' sesaorang yg buat homework di dalam apa2 tindakkan.
pengelaman mengetuai bn dulu banyak mengajar dia!
apa2 keputusan dibuat dulu cukup senang,chair bn meeting, belom habis pm cakap,mca/gerakkan...ok boss! mic/ppp....wokay boss,sabah/serawak..boleh saja boss!
TETAPI ingat bila tun nak lead ph,apa dia buat,dia buat homework,pada dap,amanah,pkr,study weaknest dan kekuatan pemimpin mereka...dlm ph sesuatu keputusan dibuat melalui majlis presidin masing2,setelah keputusan dibuat diforwardkan pada ketua..(prepogative) untuk decide!

kekuatan pemimpin2 ph...rasuah free,dekat dgn rakyat.
kelemahan pemimpin2 ph,pantang jumpa microphone semuanya nak bercakap!

hasil kerja2 homework tun,maka speaker selamat angkat sumpah.

kronology lantikan speaker...sebulan sebelom 2july..
tun adakan meeting dgn ketua2 parti Ph,criteria calon pilihan..seminggu lepastu ketua2 parti2 ph discuss dgn parti masing2...dan forward pada tun...
ppbm---rais yatim
dap---lim kit siang
pkr-johari abdul
amanah- bekas hakim
2 minggu sebelum 2july nama2 bocor,mcm rais yatim lim siang,johari abd

disinilah bijaknya tun,mendapat reaksi umum,beliau dpt pilihan terbaiiik,saorng bekas hakim...

bodohnya takiyuddin refer malaysiakini pada lepas 2july tanya wan azizah dan rais yatim,tentu mereka jawab mereka tak terima surat perlantikan,sedangkan surat perlantikkan satu nama sudah dihantar bertarikh 2july sebelom itu pada S/U PARLIMEN!

Tanpa Nama berkata...

Pemerintah boleh berkata apa yang ia kehendak..walaupun ianya fakta bermain di alam maya..kalau dah 11 hb Johari Abdul menolak..bermakna lantikan itu dibuat atas plan A B dan C..Sebab itu pembangkang memprotes..Apa salahnya kalau pihak pemerintah memaklumkan lebih awal pada semua pihak..tidak menjadi masalah kepada semua ..jika benar dan telus pemerintahan PH..Admin sepatutnya buka minda yang baik..Jika jawatan Speaker pun jadi masalah..apatah lagi cara pemerintahan..

Tanpa Nama berkata...

maka boleh bayangkanlah macamana gaya otak mereka tadbir Negara
main ikut rasa je le sblm ni...

Tanpa Nama berkata...

Mmg pun nampak mcm tu.. Ph saja nak main kan pembangkang nk tgk cerdik ke tk... rupa2nya baru letak umpan sikit terus berebut2 pas dan umno sambar..

dNAN SAhARA berkata...

...bangkang, jgn tak bangkang. Nanti orang kata pasu bunga pulak. Apa nak buat, dah tersurat, reda saja lah.......

Tanpa Nama berkata...

Dlm isu2 kritikal melibatkan survival negara pra pru 14, pas tak pernah berminat nak protes di dewan rakyat, apatah lg walkout! Tiba2 hari pertama sidang dibawah kerajaan ph, pas walkout! Masih rindu najib tu..... ada apa2 ke

mahligaiseni berkata...

Gelagat Takiyuddin nampak lebih UMNO daripada ahli parlimen UMNO. Wahai ahli PAS, lihatlah perangai wakil rakyat yang anda pilih itu dan buatlah penilaian dengan baik. Kita memerlukan ahli parlimen yang rasional, bukannya yang mudah dijerut tali emosi. Ingatlah bahawa Malaysia perlu pantas bergerak kerana kita sudah ketinggalan angkara kedangkalan kerajaan zaman Najib. Tak usahlah kita terus bercakaran dalam isu semacam ini. Negara lain gelak tengok perangai semacam itu. MALU KITA WEHHHH...

Tanpa Nama berkata...

Blog pan rupanya . Mana demokrasi. Tak berani siar.

Tanpa Nama berkata...

Jahanam PH