Sabtu, 23 Jun 2018

Polis dah berjaya kesan lokasi Jamal?

Berani kerana benar, takut kerana salah. Tapi si Jamal ni mana kenal reti malu. Sama ada sasau atau mereng atau mungkin meroyan kerana BN dah tumbang.

"Don't worry, besok gua menang ketua Pemuda Umno Malaysia, lusa gua datang balai. No problem, gua tak cabut, gua tak lari. Gua steady punya kaki," katanya lagi.

Ketua Umno Sungai Besar yang sedang dikehendaki polis hari ini muncul dan menegaskan dia bukan seorang penakut.

Malah Datuk Seri Jamal Md Yunos membayangkan dia akan tampil dan menyerah diri kepada polis - dengan syarat dia dipilih menjadi ketua Pemuda Umno Malaysia.

Dalam kenyataan dikeluarkan melalui klip video ringkas hari ini, Jamal, 48, berkata dia berada dalam keadaan sihat dan tidak melarikan diri ke luar negara seperti didakwa sesetengah pihak.

"Gua masih lagi dalam keadaan sihat wal afiat, dan masih lagi berada di dalam nengara, sekitar dalam kawasan saja," katanya.

Tidak dapat dipastikan di mana rakaman video berkenaan dibuat, malah latar belakang Jamal bercakap itu juga diletakkan tabir berwarna biru.

Jamal yang terkenal dengan pelbagai aksi pegun - termasuk bertuala di depan bangunan pusat pentadbiran kerajaan Selangor di Shah Alam - dikehendaki polis kerana disiasat berhubung sembilan kes yang dikaitkan terhadapnya.

Dia melarikan diri semasa proses ikat jamin dijalankan di Hospital Ampang Puteri pada 25 Mei lalu.

Jamal didakwa bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan berkaitan kes gangguan awam selepas memimpin bantahan pada Oktober 2017 dengan memecahkan beberapa botol minuman keras di luar bangunan sekretariat kerajaan negeri Selangor.

Jamal juga disiasat bawah Seksyen 34 Akta Senjata 1960 kerana membawa senjata api semasa dalam keadaan mabuk atau tidak senonoh.

Mahkamah Majistret Shah Alam kemudian mengeluarkan waran tangkap ke atas Jamal pada 8 Jun. Polis percaya Jamal melarikan diri ke negara jiran menggunakan 'laluan tikus'.

Walaupun begitu Jamal menjadi salah seorang calon bagi merebut jawatan ketua Pemuda Umno yang ditinggalkan Khairy Jamaluddin. Calon lain yang bersaing ialah Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun dan bekas timbalan menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Kata Jamal dia akan hadir ke balai polis sehari selepas disahkan menjadi ketua Pemuda Umno.

"Don't worry, besok gua menang ketua Pemuda Umno Malaysia, lusa gua datang balai. No problem, gua tak cabut, gua tak lari. Gua steady punya kaki," katanya lagi.


Apakah Polis akan dapat jejak Jamal ni dalam masa terdekat? Apakah polis 'gagal' kesan Jamal? Aku harap Jamal ni cepat2 la dihumban dalam penjara. Bosan dah ...

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Adam berkata...

Soalannya, berapa lama dia boleh lari.

Tanpa Nama berkata...

Umno patut pilih jamal jd kp krn umno cuma layak dipimpin oleh org mcm jamal!

Tanpa Nama berkata...

Berapa lama polis baru dapat memberkas jamal

Tanpa Nama berkata...

Boleh jadi pelakon filem dengan watak crook, bapa ayam, gangster, komunis bintang tiga atau jepun. Salah dapat nasihat masuk politik. HAHAHA.