Rabu, 27 Jun 2018

Perincian harta rampasan di rumah Najib Razak mencecah RM1.1 billion

Satu Malaya malah satu dunia terkejut.

Dari mereka yang bekerja ke ladang sehinggalah yang berhawa dingin.

Jumlah setakat ini sudah mencecah RM1.1 billion! Bukan RM1,100 ... gaji rakyat yang teramat susah. Apakah Najib dan ROsmah anggap RM1.1 billion tu 'mainan' belaka?

Gila memang gila. Lebih gila lagi kalau dibiarkan Najib terus berkuasa. Gila lagi kalau UMNO Najib yang berkuasa dulu mendapat 'tongkat' dari satu parti suci.

Syukur kehadrat Allah kerana tidak membenarkan satu parti suci jadi 'king maker' dan terus membiarkan Najib berkuasa.

Sering dilontarkan, kami ada jawapan dihadapan Allah kerana mengundi parti yang mahukan kepada Islam.

Apa jawapan mereka kelak di hadapan Allah SWT kalau 'bersekongkol' dengan Najib?

Sekarang pemimpin parti suci diam seribu bahasa. "no komen" ... kenapa tak berteriak, inilah Islam?

Come on ... apakah pendedahan pihak polis semua bersifat politik? Bukti yang didedahkan tu bukan satu 'dosa besar' yang tak sepatutnya dilindungi?

Sudah .. sudahlah tu.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mendedahkan nilai sebenar keseluruhan rampasan itu dalam satu sidang media di Bukit Aman pagi Selasa.

"Jumlah keseluruhan mencecah RM900 juta hingga RM1.1 bilion... semua sekali dari enam lokasi penggeledahan. Ini termasuk wang tunai, barang kemas, jam tangan dan juga beg tangan," katanya.
Menurut beliau, daripada 72 beg yang dirampas, 25 daripadanya mengandungi kira-kira 12,000 barang kemas.

"Daripada 12,000 barang kemas itu, 1,400 adalah rantai, 2,200 cincin, 2,100 gelang, 2,800 subang, 1,600 kerongsang dan 14 tiara.

"Jumlah harga barang sahaja bernilai RM440 juta tidak termasuk kos tukang upah dan pembuatan barang tersebut.

"Pakar menyatakan bahawa harga pasaran adalah 50 hingga 100 peratus lebih dengan mengambil kira kos tukang dan juga reka bentuk.

"Maka dengan tambahan 50 hingga 100 peratus lebih, harga pasaran bagi barang kemas itu mencecah RM660 juta atau RM880 juta," katanya.

Bagi 567 beg tangan dari lebih 37 jenama yang dirampas, Amar Singh berkata keseluruhan barangan bernilai RM51.3 juta.

"Kami ambil masa lapan hari untuk mengira nilai beg tersebut. Beg tangan yang dirampas itu terdiri daripada Hermes, Prada, Channel dan pelbagai jenama lain.

"Ini termasuk beg jenama Bijan, beg mewah yang direka khas dengan ada yang berharga RM1.6 juta setiap satu," katanya.

Beliau berkata, sebanyak enam beg lagi mengandungi 423 utas jam tangan bernilai RM78 juta membabitkan lebih 100 jenama.

"Ada lebih 100 jenama... paling banyak Rolex dan Chopard. Kami ambil masa tiga hari untuk buat pengiraan nilai barangan ini," katanya.

Dalam pada itu, bagi barang rampasan dari tiga beg mengandungi sebanyak 234 cermin mata.

"Keseluruhan cermin mata itu bernilai sebanyak RM374,000 dari jenama Versace, Gucci, Dior dan Cartier," katanya.

Malah, beliau berkata Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor turut akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berkaitan rampasan tersebut.

"Mereka akan diambil keterangan dalam masa terdekat. Kami perlu sahkan siapa pemilik barang tersebut terlebih dahulu kerana saya percaya ada laporan polis dibuat mengenainya," kata Amar Singh.

Ditanya mengapa berlaku kelewatan dalam memanggil Najib dan Rosmah, beliau berkata mereka perlu memanggil individu yang menghadiahkan beg tangan tersebut terlebih dahulu.

"Kami perlu sahkan dengan mereka terlebih dahulu (individu lain) kerana ada tertera perkataan hadiah pada beg tangan itu. Kemudian baru kita akan panggil Najib dan Rosmah untuk pengesahan," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Amar Singh berkata lebih 30 keterangan sudah diambil berkaitan kes 1MDB.

"Kita ambil keterangan daripada lebih 30 individu setakat ini," katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

6 respon:

Tanpa Nama berkata...

Tunggu giliran Ana Tahu di London pulak

Tanpa Nama berkata...

I

Tanpa Nama berkata...

Biar rasuah dan merompak asal melayu islam? Bohong, tipu pun tak apa asal parti islam. Bohong sunat nik abduh, hadi dan lobai

Tanpa Nama berkata...

nape las si poles tu tak up kan jadi 1.2 TRILLION.. baru gemak..

Tanpa Nama berkata...

anjing kalu tengok tuan nyer tak lah pulak menyalak... kalu tengok musuh tuan nyer.. menyalak bagi kena sawan babi..

Tanpa Nama berkata...

dah termakan umpan bangkai...