Sabtu, 28 April 2018

Raja Bomoh 'ghaib' di Bagan Datuk

'Raja Bomoh' atau Ibrahim Mat Zin yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding kerusi Parlimen Bagan Datuk tidak hadir menyerahkan borang pencalonannya.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga penyandang kerusi Parlimen itu berkata bomoh kontroversi berkenaan tidak dapat meneruskan hasratnya selepas disahkan muflis.

"Kita tunggu juga, tapi akhirnya dia tak datang. Saya diberitahu bahawa dia telah muflis maka tak layak untuk bertanding," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon kawasan Parlimen Bagan Datuk di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh.

Pada 17 April lalu Ibrahim mengumumkan hasratnya bertanding di Parlimen Bagan Datuk.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: