Jumaat, 26 Februari 2016

Rafizi ni memandai jer .. betul ke!!

Lembaga Tabung Haji berisiko mencatat kerugian sehingga RM1.4 bilion disebabkan pelaburan berterusan dalam syarikat kejuruteraan yang disifatkan bermasalah, dedah Ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, kerugian yang dialami melalui pelaburan di Tabung Haji Heavy Engineering (THHE) itu akan memberi kesan kepada jumlah dividen pendeposit dan keupayaan untuk memberi subsidi.

Rafizi berkata, Tabung Haji membuat pelaburan berisiko sebanyak RM1.4 bilion ke dalam firma minyak dan kejuruteraan gas itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Ramunia Holdings Berhad, antara 2008 dan 2015.

Sebahagian besar daripada RM1.4 bilion itu, berjumlah RM981 juta, adalah dalam bentuk jaminan korporat daripada Tabung Haji kepada THHE.

Bantuan kewangan ini diisytiharkan berisiko tinggi, termasuk oleh panel risiko pelaburan Tabung Haji, kata Rafizi.

Jaminan korporat RM981 juta itu diberikan walaupun ia melanggar Akta Tabung Haji 1995 yang menyatakan bantuan kewangan hanya boleh diberikan kepada anak syarikat tabung itu, kata Rafizi.

"Kontroversi terkini ialah, dokumen yang bocor daripada Tabung Haji pada Januari menunjukkan ia melanggar akta dan undang-undang penubuhannya, apabila memberikan jaminan korporat kepada THHE berjumlah RM981 juta sedangkan THHE bukanlah anak syarikat Tabung Haji," katanya.

Menurut dokumen yang dibocorkan kepada PKR, RM981 juta itu juga diluluskan Kementerian Kewangan, kata Rafizi.

Tabung Haji mempunyai 8.85 juta pendeposit aktif.

Daripada baki RM1.4 bilion kemungkinan kerugian itu, RM100 juta mungkin juga berpunca dari kejatuhan harga saham Ramunia Holdings Berhad, yang dibeli Tabung Haji pada 2008.

Ia juga termasuk RM275 juta “Islamic irredeemable cumulative preference shares” (ICPS) yang diterbitkan THHE dan dibeli Tabung Haji selepas ia tidak mendapat sambutan baik pelabur lain, kata Rafizi.

Tabung Haji juga membeli bon sukuk bernilai RM50 juta yang diterbitkan THHE pada 2010.

Ditambah kepada RM981 juta itu, kesemua pelaburan itu membawa kepada potensi kerugian berjumlah RM1.4 bilion, kata Rafizi.

Minat Tabung Haji dalam THHE bermula pada 2008 apabila ia masih Ramunia, sebuah firma kejuruteraan yang harga sahamnya meningkat berikutan khabar angin ia akan dibeli anak syarikat gergasi minyak negara, Petronas.

Bagaimanapun, pada 2009, Ramunia menghadapi masalah kewangan dan tidak mampu membayar kontraktornya, menyebabkan ia didakwa.

Pada 2010, harga sahamnya menjunam daripada paras tertinggi RM1.95 pada 2008 kepada 20.5 sen. Dagangan saham selanjutnya digantung daripada pasaran.

Namun, Tabung Haji terus melabur dalam Ramunia dan apabila syarikat itu dijenamakan semula menjadi THHE pada 2010, ia menjadi pemegang saham terbesarnya.

Tabung Haji kemudiannya membeli sehingga RM275 juta dalam ICPS dari THHE.

Pada hujung 2015, ia meluluskan RM981 juta dalam bentuk jaminan korporat walaupun prestasi THHE membimbangkan, kata Rafizi.

"Soalnya, sejauh mana TH akan menyuntik lebih banyak dana pendeposit di dalam THHE untuk bertahan dalam tempoh 5 hingga 8 tahun kejatuhan harga minyak mentah ini?

"Sedangkan ia gagal memulihkan THHE dalam tahun-tahun 2008 hingga 2014 pada ketika harga minyak mentah memuncak," katanya. – 25 Februari, 2016.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: