Isnin, 29 Februari 2016

Adakah Azalina ni nak selamatkan atau diam -diam nak jatuhkan Najib?

Pendedahan Datuk Seri Azalina Othman mengenai “kertas pendakwaan” yang dikatakan dirangka Mei tahun lepas ialah kali pertama maklumat itu didedahkan kepada umum, kata DAP hari ini.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang juga mempersoalkan sekiranya menteri itu diberikan keizinan mendedahkan maklumat mengenai kertas pendakwaan itu yang dianggap mempunyai kaitan dengan skandal RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

“Adakah Azalina menerima keizinan rasmi yang diperlukan untuk mendedahkan maklumat itu, atau beliau bersalah kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana mendedahkan perkara ini kepada pengetahuan umum mengenai kewujudan 'kertas pendakwaan' yang dikatakan dirangka pada Mei 2015?

“Membaca kenyataan Azalina, saya tertanya-tanya sekiranya beliau sebenarnya sedang mempertahankan Najib atau dalam diam membantu menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri.

“Dengan 'kawan' sebegitu, Najib mungkin tidak perlukan 'musuh',” katanya merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Semalam, Azalina berkata dakwaan bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menunjukkan "bukti” merupakan pengakuan wujudnya konspirasi peringkat tinggi untuk menjatuhkan perdana menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu kemudiannya menambah perkara itu merupakan cubaan rampasan kuasa daripada proses demokratik dan keputusan rakyat memberikan kuasa kepada kerajaan pemerintah sewaktu pilihan raya umum lalu.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu sebagai maklum balas kepada dakwaan Muhyiddin yang Gani pernah memberikan taklimat ringkas tentang dakwaan wujudnya “bukti jenayah” terhadap Najib.

Azalina berkata, fakta Gani berkongsi maklumat rahsia dengan Muhyiddin secara rahsia, seorang ahli Kabinet dan Umno yang mempunyai kepentingan peribadi bukan saja tidak beretika tetapi juga melanggar OSA.

Hari ini Lim mempersoalkan sama ada Azalina sebenarnya mencadangkan Muhyiddin membuat laporan polis mengenai maklumat yang diperolehinya daripada Gani mengenai Najib.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, persoalan seterusnya yang memerlukan jawapan ialah apakah jaminan sekiranya laporan polis dibuat, pihak Jabatan Peguam Negara dan agensi penyiasat lain boleh mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia laporan itu akan disiasat tanpa dipengaruhi atau menjaga kepentingan pihak tertentu.

“Atau adakah Pendakwaraya Khas yang bebas serta berwibawa akan dilantik, bersama-sama dengan pasukan penyiasat bebas yang ditubuhkan untuk membantu Pendakwaraya Khas, bagi menjalankan siasatan ke atas laporan Muhyiddin,” soalnya. – 28 Februari, 2016.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: