Jumaat, 31 Julai 2015

Wahai guru, korang tak gembira ke dengan pengumuman Menteri Pendidikan baru ni ..? Hehehehe

Bebanan kerja yang ditanggung lebih 500,000 guru di seluruh negara akan dikaji semula bagi memastikan ia tidak menjejaskan tugasan hakiki
mereka sebagai pendidik.

Perkara itu dinyatakan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada sidang media selepas menghadiri majlis meraikan beliau sebagai Menteri Pendidikan
yang baharu berkuat kuasa Selasa lalu.

Beliau berkata, perkara yang akan dikaji hanya membabitkan kerja-kerja di luar tugasan hakiki seorang guru yang sebelum ini banyak menimbulkan rungutan.

"Ada rakan-rakan saya dalam kalangan guru bercakap mengenai perkara ini, jadi saya rasa perkara ini perlu dikaji supaya kita lebih jelas permasalahan sebenar
yang dihadapi mereka dalam isu ini.

"Kita akan cuba semak apakah bebanan yang dimaksudkan dan peratusannya...kajian ini tidak membabitkan tugasan hakiki guru, cuma kerja-kerja lain di luar
tugas hakiki mereka," katanya di sini, hari ini.

Mahdzir selain itu mengesahkan tidak ada sebarang perubahan dari segi dasar pendidikan akan dilakukan pada masa ini kerana dasar sedia ada masih relevan
mengikut keadaan semasa.

"Selama ini dasar pendidikan tetap sama sejak tahun 60-an, 70-an dan hingga sekarang, cuma yang berlaku adalah penambahbaikan terhadap dasar itu mengikut
kesesuaian zaman," katanya.

Pemimpin Pemuda Umno tuduh Najib khianat



Tanda menunjukkan Umno bergolak ekoran pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin mula terlihat lebih jelas apabila dua pemimpin pemuda di Johor meletak jawatan
mereka hari ini.

Malah salah seorang daripada mereka mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai "pengkhianat".

Pemimpin pemuda peringkat bahagian itu - Asrul Esreen Mohd Salleh dan Saiful Zakry Ripin - adalah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tenggara.

Menurut Asrul Esreen, peletakan jawatan ini disebabkan perjuangan kepimpinan tertinggi sudah terpesong jauh dari perjuangan asal pemimpin terdahulu.

"Kebanyakan keputusan diambil tidak memihak kepada rakyat. Mana slogan Rakyat Didahulukan?" katanya hari ini.

Menurut Asrul Esreen kes pemecatan Muhyiddin daripada jawatan timbalan perdana menteri juga menunjukkan seseorang yang bercakap benar akan dicantas, manakala
"pembela rakyat" akan dipecat.

Dia turut mengecam tindakan Najib melantik anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadi menteri dan timbalan menteri.

Pelantikan itu dibuat ketika PAC sedang giat menjalankan siasatan terhadap agensi 1MDB.

"Perkara yang berlaku ini sangat ketara untuk rakyat seperti saya yang merasakan ini satu pengkhianatan kepada bangsa, agama saya dan parti saya.

"Perkara ini tidak sehaluan dengan perjuangan saya dan pemimpin terdahulu," katanya.

Sementara itu Saiful Zakry berkata dia "malu" dengan tindakan segelintir pemimpin Umno yang bermuka-muka.

"Saya juga berasa malu apabila hendak menjawab soalan-soalan daripada akar umbi tentang tindakan tersebut.

"Dan dikalangan rakan-rakan pembangkang pula, (mereka) memulangkan paku buah keras kepada kami ahli Umno," katanya.

Perkembangan itu bukanlah yang pertama sejak Najib menyingkirkan Muhyiddin.

Semalam Pemuda Umno Labis mengeluarkan kenyataan menuntut
Najib mengambil cuti
sehingga siasatan berhubung skandal 1MDB diselesaikan.

Ketuanya, Mohd Shahir Huddin Ali berkata tindakan itu dirasakan perlu kerana ia dapat melicinkan proses siasatan yang sedang dijalankan pihak berkenaan.

Mahkamah benar kes ADUN Lenggeng ditangguh lagi untuk kali kedua

Seremban: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menangguhkan lagi kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail untuk mengetepikan pengisytiharan
muflis terhadapnya.

Peguam Ishak, CS Murtti berkata, keputusan penangguhan itu dibuat Hakim Datuk Wira Kamaludin Md Saiddi dalam kamarnya.

Katanya, mahkamah menetapkan 11 dan 25 Ogos depan untuk pendengaran semula kes bagi memberi peluang kepada kedua-dua pihak menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Menurutnya, sebelum ini, mahkamah sama membenarkan penggantungan perintah muflis terhadap Ishak yang dibuat Penolong Kanan Pendaftar mahkamah itu pada
18 Mac lalu selepas Ishak gagal membayar pinjaman ahli perniagaan, Datuk Misran Sukadi, berjumlah RM2 juta.

Terdahulu, pada 23 Julai lalu, mahkamah sama menetapkan hari ini untuk penangguhan kes dan membenarkan Ishak meneruskan perbincangan dengan pemiutang kehakiman
untuk menyelesaikan perintah muflis. HM

Betul ke Haji Hadi arah jangan sokong undi tidak percaya Najib di parlimen?

PAS hari ini menafikan tajuk berita dalam akhbar Berita Harian (BH) bertajuk "Hadi beri amaran jangan sokong undi tidak percaya".

Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata laporan yang disiarkan pada hari ini adalah salah dan mengelirukan.

"Presiden PAS menyebut undi tidak percaya di Parlimen salah satu proses demokrasi. PAS akan menelitinya.

Samsuri berkata, akhbar itu berniat jahat dan mempunyai agenda pecah perintah.

Sehubungan itu, katanya, PAS mendesak BH membuat permohonan maaf dan membetulkan laporannya.

"Kami mendesak pihak BH meminta maaf dan membuat pembetulan dalam masa 24 jam," katanya.

Dalam kenyataan itu, PAS berkata tindakan selanjutnya akan diambil jika BH enggan berbuat demikian.

Hadi sebelum ini ditanya mengenai pandangannya mengenai undi tidak percaya kepada kepimpinan perdana menteri, pada satu sidang media yang dirakamkan dalam
video berdurasi 1minit 34 saat bertajuk "Undi tidak percaya adalah proses demokrasi".




Dalam jawapannya, Hadi berkata ia merupakan salah satu proses demokrasi biasa dan negara yang mengamalkan demokrasi boleh membuat undi kepercayaan di Parlimen
melalui dewan negeri.

"Itu salah satu proses demokrasi biasa dalam negara. Negara yang mengamalkan demokrasi boleh membuat undi kepercayaan oleh Parlimen melalui dewan negeri,
ia boleh dibuat dan melalui pilihan raya (pun) boleh dibuat. Itu proses demokrasi,” katanya.

Ketika ditanya sama ada PAS merancang membuat undi tidak percaya, Hadi berkata, pihaknya masih mengkaji keperluan undi tidak percaya tersebut.

"Itu kita lihat dulu. Kita melihat kewajaran ataupun tidak, kita akan kaji. Kita lihat keperluannya sekarang ini dilanda masalah negara.

"Kita lihat Kabinet yang baharu ini dia nak selesai bagaimana masalah negara ini. Kita lihat dulu," katanya. – 31 Julai, 2015.


Ulasan aku ...

* tak sabar tunggu sidang parlimen akan datang dan dan nak tengok usul tidak percaya.

Nak tengok juga ahli parlimen PAS

Nak tengok juga Haji Hadi hadir ke tidak ..?

Ahli Parlimen Umno gesa Najib jelas status siasatan 1MDB

Persepsi rakyat kini cenderung bahawa Najib telah menyekat golongan mereka yang cuba mendedahkan perkara sebenar mengenai 1MDB. Perangai buruk yang sangat memalukan ...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa segera menjelaskan mengenai situasi siasatan 1 Malaysia Development (1MDB) oleh pasukan khas
memandangkan pertukaran jawatan peguam negara iaitu kepada Tan Sri Mohamed Apandi Ali, kata Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Ahli Parlimen Umno itu antara tetamu yang kelihatan berada di rumah bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, gesaan tersebut dinyatakan
kerana tidak mahu situasi di mana peguam negara digugurkan pada saat akhir penyiasatan syarikat bermasalah akan memberi gambaran negatif kepada kerajaan.

"Yang kita bimbang dari segi institusi apabila peguam negara digugurkan pada saat-saat akhir kerana kita tahu ada siasatan dan ia kini di peringkat akhir.
Ini memberi gambaran negatif kepada kerajaan.

"Saya harap perdana menteri dapat jelaskan status siasatan pasukan khas mengenai 1MDB ini," katanya ketika ditemui di hadapan rumah bekas timbalan perdana
menteri di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) turut mengulas mengenai situasi berlaku terhadap badan tersebut apabila tiga daripada
anggota dan termasuk pengerusi dilantik menjadi timbalan menteri dalam rombakan Kabinet.

Katanya, buat masa kini, segala pelantikan ahli PAC baharu akan diputuskan oleh speaker dalam sesi Parlimen akan datang iaitu pada Oktober ini. – 30 Julai,
2015.

Petanda Mukhriz akan digulingkan sudah ada?

Menteri Besar
Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata beliau tidak rasa terancam selepas video kontroversi dirinya bersama bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin tersebar. 

Video berkenaan memaparkan Muhyiddin mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui wang berjumlah US$700 juta (RM2.6 bilion) dipindahkan ke
akaun peribadi miliknya. 

Dalam video itu, Muhyiddin kelihatan memaklumkan perkara itu kepada tetamu di kediamannya pada Selasa malam, yang beliau menemui Najib berhubung laporan
akhbar The Wall Street Jounal yang mendakwa wang tersebut adalah daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Mukhriz berkata beliau tidak boleh menghalang Muhyiddin daripada membincangkan perkara itu di dalam kediamannya sendiri, dan menambah, beliau tidak mencampuri
perbualan Muhyiddin dengan tetamu yang lain.

Laporan Kwong Wah Yit Poh bagaimanapun menyebut Mukhriz mengetahui individu yang merakamkan video berkenaan. 

Ketika ditanya sama ada kedudukannya sebagai menteri besar akan terancam, Mukhriz berkata, beliau tidak terancam kerana kedudukan itu adalah terletak pada
kuasa tuhan. 

Difahamkan 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah menemui Najib baru-baru ini untuk memaklumkan rungutan berhubung corak pentadbiran Mukhriz. 

Sumber berkata kepada The Malaysian Insider berkata, mereka ialah Adun Kuah Nor Saidi Nayan, Adun Jeneri Mahadzir Abdul Hamid, Adun Bukit Lada Datuk Ahmad
Lebai Sudin, Adun Kupang Harun Abdul Aziz dan Adun Pantai Mereka Ali Yahya.

Beberapa keping gambar pertemuan Najib dengan dengan 5 Adun Kedah yang tidak sehaluan dengan Mukhriz sudah tersebar dalam kumpulan-kumpulan WhatsApp.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, Najib mengadakan pertemuan dengan 5 Adun tersebut beberapa hari sebelum pengumuman rombakan Kabinet baharu ini.

"Biar gambar berbicara," kata seorang pemimpin akar umbi Umno Kedah kepada The Malaysian Insider.

Daripada 5 Adun tersebut, Ahmad sebelum ini antara yang lantang mengkritik Mukhriz dan menggesa supaya anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu menyatakan
sokongan kepada Najib atau letak jawatan sebagai menteri besar Kedah.

Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider mengakui ada mengadakan pertemuan dengan Najib  sebelum rombakan Kabinet baharu ini, bagaimanapun enggan mendedahkan
sebarang maklumat mengenai pertemuan tersebut.

"Ya, kami ada jumpa Najib baru ini. Tapi saya tidak ingat bila," kata Ahmad Lebai yang enggan menerangkan lebih lanjut mengenai pertemuan tersebut.

Sumber memberitahu, Adun yang berjumpa dengan Najib membuat luahan hati mereka dan menyatakan ketakpuashatian mereka terhadap cara pentadbiran Mukhriz.

"Mereka mengadu banyak perkara tentang Mukhriz, mengadu domba pun ada juga," kata sumber itu.

The Malaysian Insider cuba mendapatkan komen daripada Mukhriz mengenai perkembangan baharu ini, bagaimanapun setakat artikel ini ditulis masih belum menerima
maklum balas. – 30 Julai, 2015.

Najib .. apa beza antara Altantuya dengan RM2.6 billion ..? Tak berani ..?

Isu wang RM2.6 bilion yang didakwa masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak kembali hangat memanaskan atmosfera politik negara berikutan bocornya video rakaman Muhyiddin Yassin memperkatakan mengenainya sejak semalam.

Dalam video perbualan yang antaranya dihadiri oleh Mukhriz Mahathir dan Abdul Kadir Sheikh Fadzir itu, Muhyiddin yang baru dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri mengatakan Najib mengakui tentang kemasukan wang itu ke dalam akaun peribadinya ketika beliau bersemuka dengannya.

Dengan ini, walaupun sudah ditubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasatnya, orang ramai akan kembali bercakap, mengeluarkan hujah dan mencipta pelbagai teori mengenainya selagi tiada penafian yang betul-betul kukuh dan mantap daripada Najib sendiri.

Di kepala orang ramai ketika ini, mereka percaya wang itu betul-betul wujud dan sekaligus menjadikan kepercayaan rakyat semakin menipis serta menjauh daripada Najib. Tambahan lagi sehingga ini, beliau hanya mengatakan tidak pernah menggunakan wang 1MDB unfuk kegunaan peribadi saja.

Dengan terbocornya video yang mengatakan Muhyiddin sudah bersemuka dan Najib sendiri mengaku mengenai wang itu, ia tambah mengukuhkan lagi keyakinan ramai mengenainya.

Meskipun dipecat dan kehilangan jawatannya, berbanding Najib, Muhyiddin nampaknya lebih memenangi perang persepsi dan kepercayaan rakyat berkaitan isu wang RM2.6 bilion ini.

Mengukuhkan lagi ialah Najib tetap membisu meskipun setelah video perbualan Muhyiddin itu tersebar luas. Jabatan Perdana Menteri juga kelu lidah dibuatnya. Hanya Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan yang tampil menyebut bahawa dakwaan Muhyiddin itu tidak betul kerana katanya, Najib tidak pernah menggunakan wang 1MDB serta tiada sebarang kemasukan wang ke dalam akaun peribadinya.

Tetapi yang lebih kelakar ialah bila ada pula mengatakan urusan wang itu merupakan hal peribadi Najib dan tidak ada sesiapa, termasuk Muhyiddin, berhak mengetahui atau mencampurinya.

Dalam cubaan mengampu dan membodek yang kononnya bertahap pemikir itu, ia dalam waktu yang sama seolah-olah mengesahkan wang RM2.6 bilion itu benar-benar mengalir masuk ke dalam akaun bank Perdana Menteri.

Memang akaun bank adalah hak peribadi seseorang, tetapi oleh kerana Najib merupakan Perdana Menteri, beliau tidak berhak menyembunyikan daripada sumber mana wang itu diperolehi dan apa tujuan dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Ini menjadikan selagi Najib sendiri tidak berterus-terang mengenai wang tersebut, bahananya akan terus berlarutan dan membadai, bukan saja keyakinan rakyat terhadap dirinya, malah kepada UMNO dan BN sehinggalah tarikh pilihanraya umum akan datang.

Pilihan terbaik bagi Najib ketika ini adalah dengan pergi ke mana-mana masjid, junjung Al Quran dan berumpahlah dengan nama Allah bahawa wang RM2.6 bilion itu tidak pernah masuk ke dalam akaun peribadinya dan dakwaan terhadapnya itu fitnah serta dusta semata-mata.

Jika dalam kes Altantuya yang dikaitkan dengannya, beliau dengan berani bersumpah tidak mengenali wanita Mongolia itu, Najib juga sewajibnya berani berbuat demikian sekali lagi untuk membersihkan namanya serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan kerajaan yang dipimpinnya.

Walaupun perbuatan bersumpah ini masih banyak dipertikaikan dari segi wajar atau tidaknya dari sudut agama, ia sekurang-kurangnya menunjukkan Najib berani berdiri atas panji-panji kebenaran dan dalam masa yang sama memudahkan jentera propaganda dan tentera siber UMNO memperjelaskan isu tersebut kepada rakyat jelata.

Sumpah Najib itu setidak-tidak boleh diviralkan di alam maya dan media sosial untuk membuktikan dirinya benar-benar bersih daripada dakwaan tersebut.

Isu wang berbilion ini sebenarnya bukan saja harus ditangani dari aspek undang-undang, tetapi perlu juga diredakan dari sudut persepsi dan keyakinan rakyat, sekurang-kurangnya sehingga pasukan petugas khas melakukan siasatan dan mengumpul bukti-buktinya.

Seperti dalam kes Altantuya, Najib bersumpah dulu pun ketika perbicaraan kes itu sedang berjalan di mahkamah dan ia dilakukan semata-mata untuk menepis persepsi umum yang tidak habis-habis mengaitkannya dengan wanita tersebut.

Jika dulu boleh bersumpah, kenapa tidak sekarang ini?

Lagi pun, dengan bersumpah itu tidaklah nanti ia menjadikan penjelasan banyak pihak dalam UMNO jadi berbeza-beza dan pakai logik akal masing-masing saja. Sumpah itu saja sudah memadai sebagai hujah paling kukuh untuk mempertahan dan menafikan sebarang kaitan Najib dengannya.

Apa lagi Najib....tunjukkanlah keberanian sekali lagi!! (SH 31/07/2015)


Shahbudin Husin

Berita terkini MH370 | kemaskini 31 Julai 2015 | Serpihan sayap



  • perkembangan terkini pencarian pesawat MH370 | info terkini pesawat MH370
    | Kemaskini: 31 Julai 2015

  • BERITA TERKINI MH370 | MH370 dalam kenangan | ulang tahun kehilangan MH370
Promosi terhad pengiklanan: PROMOSI SEHINGGA 15 Ogos 2015: RM30 untuk pakej 5 bulan, (PERCUMA 2 BULAN) Langgan segera! Maklumat lanjut: rujuk sini

Serpihan pesawat hampir pasti MH370, lapor media

Serpihan pesawat yang ditemui di Pulau La Reunion, hampir pasti milik pesawat Malaysia Airlines MH370, lapor The Telegraph. Akhbar berkenaan melaporkan, ombak Lautan Hindi yang bergerak dalam kitaran pusingan melawan arah jam berkemungkinan membawa bangkai serpihan pesawat itu ke pantai barat Australia, dan selatan Indonesia, yang memungkinkan serpihan pesawat itu milik MH370. Laporan media itu turut mengatakan, serpihan pesawat yang ditemui itu berkemungkinan besar milik Boeing 777 apabila "serpihan" yang ditemui itu diperbuat daripada komposit, dan hanya Boeing menggunakan bahan berkenaan dalam pesawat mereka. {baca lagi klik butang papar ... }
Selain itu, serpihan ditemui akan mempunyai nombor siri yang akan menentukan sama ada serpihan itu benar-benar milik pesawat MH370. Agensi berita Bernama melaporkan, 4 pakar daripada Jabatan Penerbangan Awam, Malaysia Airlines dan Kementerian Pengangkutan akan bertolak ke Perancis malam ini bagi membuat pengesahan sama ada serpihan pesawat yang ditemui di Pulau La Reunion di Lautan Hindi milik Malaysia Airlines Penerbangan MH370. Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi menyatakan pasukan itu akan terus ke Paris, dan tidak akan pergi ke pulau berkenaan, yang terletak di bawah pentadbiran Perancis, berhampiran Madagascar. "Kita dah berhubung dengan Biro Siasatan dan Analisis (BEA) iaitu agensi penyiasat kemalangan pesawat udara Perancis mengenai penemuan ini. "Kami mencapai persetujuan mereka akan membawa serpihan sayap itu ke Paris, jadi pasukan kami akan bekerja bersama-sama dengan mereka untuk melakukan penetusahan di Paris," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur, hari ini. Dilaporkan serpihan daripada sayap pesawat itu dihanyutkan ke pulau tersebut awal pagi ini, berkemungkinan milik MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal pada awal Mac tahun lepas. – 30 Julai, 2015. more updates ...

Pencarian MH370 menjumpai bangkai kapal tidak direkodkan

SYDNEY: Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 mendedahkan menjumpai sebuah bangkai kapal karam yang tiada dalam rekod sebelum ini. Pasukan SAR yang diketuai oleh Australia itu menyatakan, bangkai kapal berkenaan tidak pernah direkodkan dalam senarai kapal karam dan penemuan itu diharap dapat memberikan harapan kepada kehilangan pesawat MH370. Sementara itu, satu laporan daripada Australian Transport Safety Bureau berjaya mengesan pantulan kecil di dasar laut sebelum menjalankan penyiasatan penuh dan mendalam. Data dari sonar pengimbas tinggi yang digunakan pasukan itu mendedahkan barangan itu yang sebesar bola kriket berada di kedalaman kira-kira 3,900 meter bawah air manakala keadaan sekeliling tidak menunjukkan bentuk dasar laut. Lantaran, mereka menghantar turun kamera sebelum menemui bangkai kapal. Pengarah Operasi SAR MH370, Peter Foley, berkata ia satu penemuan yang menakjubkan bagi pasukannya. "Namun ia bukanlah satu penemuan yang diharapkan. Ia bukan bangkai pesawat MH370. Nyata kami kecewa ia bukan pesawat yang dicari, tetapi kami sentiasa realistik mengenai segala kemungkinan,," katanya. Imej dari kamera menunjukkan dengan jelas sebuah sauh, bersama dengan objek lain. Foley berkata, penemuan itu menunjukkan sistem, peralatan dan pasukan yang terbabit dalam pencarian MH370 menjalankan tugas dengan baik. "Ia membuktikan jika terdapat satu bangkai kapal di kawasan pencarian, kami dapat mengesannya," katanya. Pencarian pesawat MH370 adalah satu pencarian yang kompleks dan pasukan SAR kini menumpukan pencarian di sebuah kawasan terpencil selatan Lautan Hindi merentangi 60,000 kilometer persegi. - AFP

Tun Mahathir tidak boleh terima laporan interim MH370, anggap pelik

kemaskini : 9 Mac 2015 PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh menerima laporan interim mengenai kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan khuatir terdapat 'permainan teknologi' berhubung kehilangan pesawat tersebut. Beliau berpendapat adalah sesuatu yang amat pelik pada zaman ini apabila sebuah pesawat yang beratnya 230 tan boleh hilang sehingga tidak boleh dijumpai. {baca lagi klik butang papar ... }
"Saya masih tidak boleh terima segala laporan ini. Dalam zaman komunikasi yang begitu baik, kita tidak tahu apa jadi. Sedangkan kita boleh tengok rupa bentuk kawan kita yang duduk 12,000 batu dari sini. "Tapi pesawat ini misteri, hilang semua. Tidak pernah jadi dalam sejarah dunia. Saya khuatir ada permainan teknologi," katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan interim Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai pesawat MH370 yang dikeluarkan, semalam. Dr Mahathir ditemui selepas berakhir 'International Conference On The New World Order: A Recipe For War or Peace' (Persidangan Antarabangsa Mengenai Orde Baharu Dunia: Resipi untuk Peperangan atau Keamanan) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. Beliau turut menyifatkan dakwaan bahawa juruterbang menenggelamkan pesawat berkenaan di Lautan Hindi sebagai tidak logik. "Saya ingat ini agak pelik. Kalau dia nak bunuh diri, dia bunuh diri tempat dia mulalah (terbang). Apa hendak bawa kapal terbang empat lima jam cari tempat paling dalam (di Lautan Hindi)," jelas Dr Mahathir. Semalam, laporan interim yang disediakan Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai MH370, diumumkan. Laporan itu, antara lain menyatakan pasukan berkenaan telah menemubual lebih 120 orang dan mengunjungi pelbagai badan berkaitan. Antara yang ditemu bual ialah petugas DCA, MAS, waris anak kapal, pengisi minyak pesawat, penyaji makanan untuk penerbangan, pencuci pesawat, pengendali dan operator kargo, penghantar barangan, pembekal dan penerima konsain. Penerbangan MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang, hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac tahun lepas. more updates ...

MH370: 40 peratus kawasan carian sudah diliputi

| 26 Feb 2015 Usaha mencari dan mendapatkan semula (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di kawasan terpencil di Lautan Hindi telah meliputi lebih 24,000 kilometer persegi dasar laut, iaitu kira-kira 40 peratus daripada kawasan carian keutamaan. Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) berkata, pencarian di bawah permukaan air sekarang mungkin sebahagian besarnya selesai sekitar Mei jika diandaikan tiada kelewatan dan masalah dengan kapal dan peralatan yang digunakan atau faktor cuaca. "Dua kapal sedang menjalankan operasi SAR di bawah permukaan air dan dua lagi kapal dalam perjalanan untuk membantu operasi itu," menurut JACC dalam kenyataan hari ini. Menurut JACC, kapal disewa oleh Malaysia, 'Go Pheonix' dan kapal disewa oleh Malaysia-Australia, 'Fugro Discovery' kini berada di kawasan carian kerana menjalankan operasi pencarian. Fugro Equator meninggalkan Fremantle menuju ke kawasan pencarian pada 20 Februari dan dijangka tiba di kawasan pencarian esok, manakala Fugro Supporter berlepas Sabtu lalu dan dijangka tiba di kawasan pencarian pada Ahad. "Selain mengesan pesawat, pencarian di bawah permukaan air bertujuan untuk memetakan kawasan yang serpihan MH370 bertaburan untuk mengenal pasti dan memberi keutamaan kepada usaha mendapatkan semula komponen khusus pesawat termasuk perakam penerbangan, yang akan membantu siasatan oleh Malaysia," menurutnya. {baca lagi klik butang papar ... }
Menurut JACC, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) telah menggunakan data daripada kerja kajian bathymetric untuk menyediakan pelan awal untuk pencarian di bawah air, untuk diikuti dan dirujuk oleh semua pihak yang terbabit. "Pelan itu termasuk pencarian, kaedah, prosedur, langkah berjaga-jaga keselamatan dan kawasan-kawasan carian awal bagi pelbagai kapal yang menyertai operasi pencarian," menurut kenyataan itu. Keadaan cuaca di kawasan pencarian dijangka menggalakkan minggu ini. "Keadaan tropika yang rendah pada masa ini di sekitar Kepulauan Cocos (Keeling) diramalkan bergerak jauh ke dalam menuju ke selatan atau Barat Laut dalam minggu akan datang. Sistem tekanan rendah berpotensi menjadi siklon tropika dan mungkin membawa angin kencang dan laut bergelora ke kawasan carian seawal hujung minggu depan," menurutnya. Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pencarian akan diteruskan dan data yang dibekalkan oleh Inmarsat dan Pusat Kawalan Trafik Udara menunjukkan bahawa MH370 menuju ke arah selatan Lautan Hindi. Pesawat Boeing 777 penerbangan MH370 bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira satu jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kira-kira 12.41 tengah malam pada 8 Mac tahun lepas. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pada 24 Mac tahun lepas bahawa penerbangan MH370 telah berakhir di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi. Pada 29 Januari tahun ini, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengumumkan bahawa kehilangan pesawat MH370 sebagai satu kemalangan dan semua penumpang dan anak kapal dianggap terkorban. - BERNAMA more updates ...

MH370 dalam kenangan

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, hari ini secara rasmi diisytiharkan sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa, dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap telah terkorban. Ketika membuat pengumuman itu, kerajaan Malaysia menegaskan bahawa misi mencari pesawat Boeing 777 itu tetap menjadi keutamaan. Kerajaan komited meneruskan usaha untuk merungkai tragedi malang itu dengan kerjasama dan bantuan berterusan daripada kerajaan China dan Australia, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman. Ketika membuat pengumuman itu menerusi televisyen yang disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1 RTM, beliau berkata: "Dengan hati yang amat berat dan kesedihan yang mendalam, bagi pihak Kerajaan Malaysia, kami secara rasmi mengisytiharkan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines sebagai satu kemalangan dan bahawa semua 239 penumpang dan anak kapal dalam pesawat MH370 dianggap telah terkorban." "Kami telah berusaha dan menjalankan pencarian daripada setiap sudut dan meneliti semua data yang sedia ada. Walaupun semua usaha ini dijalankan sejak 327 hari lepas (sehingga semalam), namun usaha pencarian itu malangnya masih belum  menemukan lokasi pesawat yang hilang itu," katanya. Azharuddin berkata kerajaan Malaysia mengakui bahawa pengisytiharan mengenai kemalangan MH370 itu amatlah sukar bagi keluarga dan orang tersayang 227 penumpang dan 12 anak kapal untuk pertimbangan, apatah lagi menerimanya. Beliau berkata 13 negara, juga kehilangan warganya terdiri daripada lelaki dan perempuan dalam tragedi ini tetapi bagaimanapun adalah penting bagi anggota keluarga cuba untuk meneruskan kehidupan biasa, atau kehidupan seperti biasa sebaik mungkin selepas kehilangan mengejut ini. "Tanpa niat langsung untuk meredakan perasaan anggota keluarga, adalah diharapkan bahawa pengisytiharan ini membolehkan keluarga mendapatkan bantuan yang diperlukan, terutama menerusi proses pampasan," kata Azharuddin. Pesawat Malaysia Airlines itu hilang pada 8 Mac, 2014, ketika dalam penerbangan ke Beijing setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang. Azharuddin memberitahu negara dan penonton antarabangsa bahawa pengisytiharan MH370 adalah satu kemalangan dibuat mengikut Piawaian Lampiran 12 dan 13 Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (biasanya dikenali sebagai Konvensyen Chicago). Azharuddin berkata Bab 1 Lampiran 13 konvensyen menyatakan bahawa definisi "kemalangan" termasuk "pesawat hilang". Ia juga menyatakan bahawa "pesawat dianggap hilang apabila pencarian secara rasmi telah dihentikan dan bangkai pesawat tidak ditemukan". Lampiran 12 konvensyen seterusnya menyatakan bahawa istilah "mencari" merujuk kepada operasi untuk mencari orang yang berada dalam kesukaran. Azharuddin berkata fasa mencari dan menyelamat dijalankan pada hari pesawat hilang sehingga 28 April 2014 dengan kawasan pencarian meliputi Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Andaman dan selatan Lautan Hindi. Beliau menegaskan bahawa operasi pencarian di bawah permukaan air masih berterusan pada masa ini dan operasi itu dijalankan oleh empat buah kapal iaitu Go Phoenix, Fugro Discovery, Fugro Equator dan Fugro Supporter. Pencarian telah meliputi kawasan seluas lebih 18,600 kilometer persegi sehingga semalam. Azharuddin berkata berdasarkan analisis semua bukti yang ada dan maklumat fakta yang menyokongnya, data ini menyokong kesimpulan bahawa Penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi. Berdasarkan data yang sama, katanya, pihak berkenaan membuat kesimpulan bahawa pesawat telah kehabisan bahan api di kawasan tertentu di selatan Lautan Hindi, dan bahawa pesawat kini bersemadi di dasar laut berhampiran kawasan yang ditakrifkan. "Ini adalah kawasan terpencil, jauh dari mana-mana tempat pendaratan yang mungkin. Ia juga kawasan dengan keadaan laut bergelora dengan kedalaman yang diketahui melebihi 6,000 meter. "Selepas 327 hari (sehingga 28 Jan 2015) dan berdasarkan semua data yang ada dan berdasarkan keadaan yang dinyatakan sebelum ini, peluang untuk hidup di kawasan itu adalah sangat tidak mungkin," katanya sebelum mengisytiharkan bahawa Penerbangan MH370 adalah satu kemalangan. Beliau merakamkan perasaan simpati yang mendalam kepada semua mereka yang terlibat dalam apa yang disifatkannya sebagai kemalangan dahsyat sambil berkata ia merupakan saat yang mengecewakan bagi semua mereka yang berusaha dalam misi mencari MH370. "Kami tidak pernah goyah dalam komitmen kami untuk meneruskan usaha mencari pesawat MH370 dan mengakhiri episod sedih ini bagi semua, terutama bagi keluarga penumpang dan anak kapal MH370," kata ketua pengarah DCA itu. Sambil menekankan bahawa pengisytiharan itu tidak bermakna ia sudah berakhir, Azharuddin berkata: "Kami akan meneruskan dengan kerjasama dan bantuan daripada kerajaan China dan Australia. "MH370, penumpang dan anak kapalnya senantiasa akan diingati dan diberi penghormatan." Azharuddin berkata kerajaan Malaysia memberi jaminan bahawa Malaysia Airlines akan melaksanakan tanggungjawabnya berhubung dengan hak yang sah mengikut undang-undang dan kepentingan waris keluarga sebagaimana termaktub di bawah instrumen antarabangsa yang berkaitan dan undang-undang yang relevan, dengan pertimbangan sewajarnya kepada amalan antarabangsa. "Ini termasuk memenuhi proses pampasan sama ada ia dilaksanakan melalui perbincangan atau melalui litigasi. - Bernama

MH370: 58 objek keras dikesan di Lautan Hindi

MH370: Pakar Australia kesan bunyi hentaman "sesuatu" dengan permukaan laut

{baca lagi klik butang papar ... } papar

MH370: Aset lebih canggih untuk pencarian fasa baharu - Hishammuddin

|18 Mei 2014 Sonar imbasan sisi adalah sistem sonar digunakan untuk mencipta imej kawasan dasar laut yang jauh lebih luas. Ia mampu memberi pemahaman tentang perbezaan antara bahan dasar laut dengan jenis teksturnya. {baca lagi klik butang papar ... }
KUALA LUMPUR 17 Mei - Ketika operasi mencari bagi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac memasuki fasa baru, aset lebih canggih dan berteknologi tinggi diperlukan untuk pencarian di laut dalam. Menyatakan demikian, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Chuck Hagel di Singapura dalam dua minggu ini untuk memohon penggunaan aset berkenaan. Hishammuddin berkata, badan komersil yang telah dihubungi untuk operasi mencari di laut dalam ialah syarikat-syarikat minyak dan gas iaitu Petronas, Sapura Kencana, Boustead Holdings Berhad dan DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (DEFTECH) dan aset kini amat terhad. ``Adalah mustahak bila saya menemui Setiausaha Hagel...saya mohon untuk aset lain yang telah dikenalpasti, yang Tentera Laut AS boleh bantu membekalkannya. ``Aset itu ialah sonar imbasan sisi (side-scan sonars),'' kata beliau semasa sesi eksklusif bersama media tempatan, di sini hari ini. Sonar imbasan sisi adalah sistem sonar digunakan untuk mencipta imej kawasan dasar laut yang jauh lebih luas. Ia mampu memberi pemahaman tentang perbezaan antara bahan dasar laut dengan jenis teksturnya. Hishammuddin berkata oleh kerana fasa baru membabitkan pencarian laut dalam, beberapa institut penyelidikan akan turut terlibat. ``Institut penyelidikan dari China, Jerman dan Jepun, ada terlibat dan kami mendapat maklum balas,'' kata beliau. Sementara itu, Hishammuddin menyatakan beliau akan mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri pertahanan Asean semasa Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Asean (ADMM) di Myanmar pada Isnin. ``Singapura dan Indonesia telah bersetuju untuk menjadi anggota bertauliah panel bebas. Jadi sekarang saya cuba dapatkan negara-negara lain dalam Asean yang boleh membantu kita. ``Jika kita tempatkan Kemboja, Laos dan Myanmar dalam sebuah kapal, sama ada kapal Malaysia atau China, kerjasama sebegitu lebih baik daripada bertelagah mengenai kewujudan `batu' di tengah-tengah Laut China Selatan,'' kata beliau. - BERNAMA

MH370: pakar temui rakaman audio telah disunting

{baca lagi klik butang papar ... } |kemaskini 6 Mei 2014 “Pada minit ke-1:14, rakaman tersebut menunjukkan seperti seseorang sedang memegang perakam suara digital dan mula merekod, kemudian pihak tersebut memindahkan mikrofon perakam suara tersebut ke pembesar suara yang terhasil dari kotak maklumat asal. papar

Perbualan Komunikasi 01:38AM - 06:14AM MH370 Didedahkan. Persoalan Yang Perlu Dijawap Oleh Pihak Berkaitan

kemaskini: 5 Mei 2014 {baca lagi klik butang papar ... } papar

Fakta yang perlu anda ketahui mengenai laporan awal MH370

|kemaskini 1 Mei 2014 {baca lagi klik butang papar ... } papar

MH370: Pakar penerbangan dedah sesuatu yang tidak kena pada fakta dihantar Malaysia?

|kemaskini 30 April 2014 Lima hari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan kepada CNN bahawa laporan awal mengenai kehilangan MH370 dihantar kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), pakar penerbangan mempersoalkan mengapa laporan itu tidak diberikan kepada pihak awam. Ketika dunia terus menunggu sebarang bukti tentang pesawat Malaysia yang hilang itu, Malaysian mengambil pendekatan yang mengejutkan, iaitu menyerahkan laporan kepada agensi di bawah PBB itu, kata Clive Irving semalam dalam The Daily Beast. papar

Gambar ini membuktikan MH370 telah dijumpai tetapi bukan di Lautan Hindi

| kemaskini 30 April 2014 PAPAR

(GAMBAR) TERKINI SYARIKAT EKSPLORASI DAKWA TEMUI BANGKAI PESAWAT MH370

| kemaskini 29 April 2014 Ahli-ahli sains kami menumpukan usaha mereka di utara lokasi terakhir penerbangan yang diketahui , dengan menggunakan lebih 20 teknologi untuk menganalisis data yang termasuk reaktor nuklear. Mereka seakan tidak percaya apa yang mereka telah temui di Teluk Bengal. {baca lagi klik butang papar ... } papar

Apa akan berlaku jika MH370 tidak ditemui?

~ kemaskini 25 April 2014 {baca lagi klik butang papar ... } papar

MH370: Pendedahan berani dan mengejutkan waris MH370

| kemaskini 24.4.2014 {baca lagi klik butang papar ... } papar

Amerika Tembak Jatuh MH370, Dakwa Penulis Kanada

| kemaskini 23 April 2014 {baca lagi klik butang papar ... } papar

MH370: Malaysia - Australia tandatangani perjanjian bahagi tugas

| kemaskini : 19 April 2014 *ini perjanjiahn untuk apa, kenapa dan kenapa perlu diselindung? Walaubagaimanapun, kata Azharuddin butiran mengenai perjanjian tersebut tidak boleh didedahkan. {baca lagi klik butang papar ... }
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dan Australia akan menandatangani satu perjanjian dalam menentukan tugas mengendalikan apa-apa penemuan yang berkaitan dengan pesawat MH370 termasuk kotak hitam. Dalam satu laporan oleh New Straits Times (NST), Malaysia sedang menggubal perjanjian berkenaan demi melindungi keselamatan kedua-dua negara dari kesulitan undang-undang yang mungkin timbul semasa fasa pemulihan. Kerajaan Malaysia berharap perjanjian tersebut dapat dimuktamadkan tidak lama lagi dan diluluskan pada mesyuarat Kabinet minggu hadapan. Pihak Canberra sedang mengkaji memorandum persefaham tersebut, kata laporan itu. “ MOU tersebut akan menyatakan tugas dan tanggunggjawab masin-masing dengan terperinci” kata Ketua Penerbangan Awam, Azharuddin Abdul Rahman. Azharuddin berkata lagi kepada NST , Malaysia akan mengetuai dalam kebanyakan penyiasatan yang dijalankan bersama bantuan oleh kerajaan Australia dan negara-negara lain. Walaubagaimanapun, kata Azharuddin butiran mengenai perjanjian tersebut tidak boleh didedahkan. Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, bermula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi. Selepas analisis dibuat terhadap data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Video Eksklusif Cabaran Pencarian Laut Dalam

|kemaskini: 19 April 2014

KLIK SINI UNTUK LAPORAN PENUH SETIAP HARI BERITA TERKINI MH370

# sila like "kami undi pakatan rakyat"

Artikel Berkaitan

Panas .. dakwaan serius tentang Najib dan pemecatan AG

Ghani Patail dipecat dari jawatan Peguam Negara

Peguam Negara (AG) yang baru dilantik Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak tahu menahu mengenai satu draf yang dikatakan berupa satu kertas pertuduhan yang didakwa disediakan oleh AG sebelum ini terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai laporan itu, jadi saya tidak boleh komen, okay?" katanya kepada Malaysiakini.

Ditanya sama ada beliau menganggap ini satu perkara yang serius, beliau menjawab: "Saya tidak tahu, bukan untuk saya komen."

Menjawab satu lagi soalan sama ada beliau akan meneliti perkara itu, Apandi, yang memegang jawatan peguam negara sejak hari Isnin, berkata: "Saya penat sangat. Jadi boleh saya berehat? Terima kasih."

Beberapa orang, seperti ketua biro undang-undang PKR Latheefa Koya dan peguam Lawyers for Liberty, Michelle Yesudas, telah tweet dokumen yang muncul di Sarawak Report.

Selain Najib, kertas tuduhan itu menamakan seorang bekas pengarah urusan yang ditahan oleh pasukan petugas khas 1MDB dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan, dan Nik Faisal Ariff Nik Othman Kamil.

Pasukan petugas itu masih dalam proses mengesan Nik Faisal yang juga pengarah urusan bekas anak syarikat 1MDB - SRC International.

Berikutan penamatan secara tiba-tiba perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara, wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, yang rapat dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah bertanya di blognya sama ada ini kerana beliau (Gani) di ambang mendakwa individu tertentu.

Apabila berita tersebar bahawa perkhidmatan Abdul Gani telah ditamatkan kerana masalah kesihatan, bekas AG itu sendiri nampaknya tidak tahu menahu mengenainya.

Bagaimanapun, Abdul Gani enggan mengulas sama ada ianya ada kaitan dengan siasatan pasukan petugas khas.

Walaupun membuat beberapa percubaan, Malaysiakini tidak dapat menghubungi Abdul Gani untuk mendapatkan komen beliau mengenai dakwaan berhubung draf kertas pertuduhan itu.

Mengulas mengenai perkara itu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, yang telah melihat draf kertas pertuduhan itu, berkata ia mengandungi tuduhan yang paling serius terhadap perdana menteri.

Manakala pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang juga menggesa kerajaan untuk menjelaskan isu kertas pertuduhan itu.

"Hakikatnya adalah khabar angin telah tersebar sejak beberapa hari bahawa tindakan akan diambil terhadap pihak berkuasa paling tinggi yang terlibat dalam siasatan 1MDB itu.

"Dengan apa yang dipanggil sebagai eksklusif dari Sarawak Report ini, AG (baru) dan PM mesti tampil menjawabnya," katanya kepada Malaysiakini.

Perdana menteri telah menafikan menggunakan dana awam untuk tujuan peribadi.

Khamis, 30 Julai 2015

Berita buruk buat PAS

Ketua Pemuda PAS Lembah Pantai Mohd Hafiz Habil bersama pimpinan tertinggi Pemuda kawasan itu hari ini mengumumkan melepaskan jawatan susulan krisis dalaman yang melanda parti Islam itu.

Katanya, buat masa kini, beliau tidak melihat ada usaha damai dalam parti justeru mereka mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.

“(Keputusan itu) berasas tindakan kami yang hilang kepercayaan. Dan tindakan untuk menyertai Gerakan Harapan Baru, saya tidak tolak (ia) sebagai satu kemungkinan.

Selain Mohd Hafiz, Naib Ketua Pemuda Muhamad Fadzil Ahamad, Ketua Penerangan Pemuda Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan, dan anggota jawatankuas pusat (AJK) Pemuda Mohd Zulfadhli Zulkifli serta Mohd Zulnazmi Zulkifli turut melepaskan jawatan.

Penjilat nombor satu


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan menolak dakwaan video yang dirakamkan di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin
yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui wang sebanyak RM2.6 bilion telah dipindahkan ke akaun peribadinya.

"Itu tidak betul.. tidak ada pengaliran wang dan sebagainya. Sebenarnya presiden (Najib) telah memberi taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi (UMNO)
tentang perkara yang berkaitan.

"Beliau tidak pernah menggunakan 1MDB dan masuk ke dalam akaun dia," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis makan malam bersama Persatuan Pengilang
dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM), pada Rabu.

Jelas beliau, perkara itu sudah pun diperjelaskan Perdana Menteri dan beliau menafikan telah menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terbaru, video pendek berdurasi 57 saat yang dimuat naik Malaysiakinimenunjukkan, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sedang berbual dengan beberapa tetamu
termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir di kediamannya Selasa lalu.

Dalam perbualan mereka itu, Muhyiddin menyebut Najib pernah mengakui kepadanya bahawa terdapat sejumlah besar wang dipindahkan ke akaun peribadinya.

- astroawani

MB Negeri Sembilan kantoi?

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan suara rakaman audio yang tersebar luas di laman media sosial mengkritik
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah miliknya kerana terdapat kesilapan fakta dalam rakaman audio itu membabitkan dirinya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Moahamad berkata individu dalam rakaman audio itu mengakui dirinya merupakan anak kepada seorang guru, sedangkan bapanya
bukan seorang guru.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas dan tohmahan oleh pihak tertentu kononnya rakaman audio mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak yang memuatkan kenyataan oleh seorang individu yang sedang viral di media sosial sekarang adalah dari suara saya.

"Saya ingin menegaskan, saya tidak ada kena mengena langsung dengan rakaman audio itu, apatah lagi dengan pengakuan individu itu," kata Mohamad, dalam
kenyataannya.

Beliau berkata, penyebaran rakaman audio yang cuba mengaitkan dirinya itu adalah satu fitnah berniat jahat dan cuba melaga-lagakan kepimpinan Umno.

"Buktinya kerana ada penipuan fakta dimuatkan dalam rakaman berkenaan, terutama latar belakang  bapa kepada individu terbabit ialah seorang guru, sedangkan
Allahyarham ayahanda saya bukan seorang guru.

"Pihak yang membuat dakwaan ini sememangnya berniat jahat terhadap saya, cuba mengelirukan rakyat dan mahu melaga-lagakan saya dengan pemimpin-pemimpin
lain, baik di dalam parti Umno mahupun dalam kerajaan," kata Mohamad.

"Saya menggesa semua pihak supaya tidak mudah percaya dengan pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap saya."

Rakaman audio berdurasi 1.54 minit itu mengandungi suara seorang individu yang mempersoalkan tindakan Najib berhubung isu siasatan skandal syarikat 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).

Antara inti pati rakaman audio itu adalah individu berkenaan mempersoalkan tindakan siasatan yang dikenakan terhadap beberapa individu, termasuk bekas
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya bukan nak menyebelahi Muhyiddin, mana-mana pihak, tapi dia cakap tu pun ada fakta, betul, dia kata kesilapan dilakukan, 'just apologise', kita akan
bersama dia bukan kita minta dia berhenti, letak jawatan.

"Betulkan balik, jom sama-sama 'repair'. Macam (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) tanya, 'simple', dia tak tanya apa, duit tu pegi mana, itu sahaja, apa yang
Najib susah sangat, duit ini aku dah terpakai, salah 'manage', dah tersilap habis cerita. Mahathir nak tanya itu je.

"Yang ditangkapnya 'office boy', 'despatch', 1MDB. Ya Allah.

"Muhyiddin kata tu betul, kenapa tak tangkap orang yang disyaki, yang ditangkapnya tak bersalah, yang buat onar orang kata Najib, tangkaplah Najib, siasatlah
Najib. Ini yang dituduh tak ditangkap, yang disyaki disiasat.

"Apa 'standard office boy' nak buat kerja RM42 bilion ini...macam tak logik. Ini mendatangkan kemarahan rakyat. Rakyat zaman ni tak bodoh. Zaman mak bapak
kita bodohlah. Zaman itu tiada komputer," kata suara rakaman audio itu. – 30 Julai, 2015.

Terkini: Aziz Bari sertai DAP

Pakar undang-undang Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari menyertai DAP hari ini, menjadikan beliau tokoh Melayu terkini menyertai parti itu, selepas Sasterawan Negara A. Samad Said.

Beliau bertanding kerusi Parlimen Sabak Bernam di bawah PKR dalam pilihan raya umum ke-13 dan kalah.

Aziz berkata, beliau bersyukur kerana diberi peluang menyertai DAP dan tidak berharap sebarang jawatan, tetapi mahu berkhidmat dan menyumbang kepada negara.

Beliau berkata, memandangkan penglibatan dengan Institut Pulau Pinang sebagai felo, beliau menyedari DAP sangat efisien, parti berprinsipkan meritokrasi.
"Dalam pakatan pembangkang, DAP mempunyai paling banyak kerusi Parlimen dan negeri dan ini memberikan saya keyakinan mereka mempunyai kekuatan serta keyakinan untuk maju.

"Saya berharap penglibatan saya dalam parti boleh membantu mempercepatkan pembangkang ke Putrajaya," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga berkata, adalah penting bagi masa depan negara mempunyai dua sistem parti, sambil menambah ia satu-satunya cara untuk membawa kemakmuran dan kemajuan untuk rakyat.

Apabila ditanya sama ada beliau dimaklumkan tentang rancangan PKR menyertai DAP, Aziz berkata beliau bercakap dengan setiausaha agung parti itu Rafizi Ramli mengenainya.

"Saya cari ruang yang lebih besar, satu kumpulan yang akan memberikan saya lebih kebebasan dan tempat di mana bakat serta kepakaran saya akan digunakan sepenuhnya, tetapi saya masih sebahagian daripada gabungan itu yang mahu memberikan pilihan kepada pengundi," katanya. – 30 Julai, 2015.

Pecat Muhyiddin: TMJ perli siapa ni ..? Hehehe

Makin panas dan panas . Selepas apa yang berlaku pastinya pelbagai pihak memberikan reaksi samadapositif mahupun negatif . Tapi kebanyakkannya lebih cenderung
kepada negatif .

Terkini , TMJ juga seakan memerli apa yang Najib Razak telah lakukan terhadap kabinetnya .

‘Kalau Dah Nak Lemas, Najis Pun Capai’

Demikianlah kata-kata yang dinyatakan oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada petang tadi yang menimbul persoalan netizen apakah
kata-kata itu berkaitan dengan rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Difahamkan, kenyataan itu dikeluarkan ketika beliau bersoal jawab dengan wartawan yang bertanyakan pandangannya mengenai FAM atau bola sepak.

Wartawan : Tunku, ada sebarang komen berkenaan bolasepak atau FAM?

TMJ : Kalau orang dah nak lemas, najis pun dia sanggup capai.

Wartawan: Apa maksud Tunku?

TMJ : Fikir-fikirkanlah sendiri.

Wartawan: Adakah ini berkenaan bola sepak ataupun berkenaan isu-isu yang lain?

TMJ : (senyum)… Terima kasih.

Sebelum ini, TMJ pernah mempertikaikan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir ke forum Nothing ToHide di PWTC dengan alasan telah dinasihatkan
oleh Ketua Polis Negara. -azyumiko

* ulasan aku ..

sama ada secara kebetulan atau tidak, siapa yang makan cili, dia akan terasa pedasnya ..

Lepas ni kita nak tengok Jemaah Kabinet kaki bodek nak bersuara macam mana ..

Ataupun kita nak tengok parti hijau nak membela ikut kitab mana...

Gempar: Sayap MH370 ditemui di Pulau Reunion?

Sebahagian sayap pesawat berkemungkinan jenis Boeing 737 seperti jenis yang digunakan penerbangan MH370 di temui di Pulau Reunion, yang terletak di Laut
Hindi - Foto twitter Aviation Safety Network

PULAU REUNION, 30 Julai:

Seorang pakar penerbangan percaya beliau menemui bangkai pesawat MAS, penerbangan MH370, yang hilang pada Mac, tahun lalu.

Bekas juruterbang tentera Xavier Tytelman, yang kini pakar dalam keselamatan penerbangan, dihubungi pagi Rabu oleh seorang penduduk di Pulau Reunion di
Laut Hindi.

Penduduk berkenaan menghantar beberapa foto bangkai kapal terbang, di mana dipercayai milik pesawat yang hilang.

“Saya telah meneliti beratus-ratus foto dan berbincang dengan rakan sekerja,” kata Xavier kepada The Telegraph.

“Kami bersetuju ia mungkin sayap Boeing 777 – jenis pesawat yang sama yang digunakan untuk penerbangan MH370.

“Polis di Reunion sedang meneliti bangkai itu dan berkata ia kelihatan telah berada di dalam air kira-kira setahun lamanya, tempoh yang sama sejak kehilangan
MH370.

“Kami tidak dapat memastikannya tetapi berkemungkinan inilah pesawat yang dicari,” katanya.

Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, Mac tahun lalu.

Xavier berkata mereka tidak tahu berapa lama dapat memastikan perkara itu tetapi ia satu perkembangan yang menarik.

Katanya lagi terdapat banyak perbincangan mengenai kod yang ditemui di bangkai berkenaan iaitu BB670.

“Ia bukan nombor plat sebuah pesawat ataupun nombor siri di enjin,” tulisnya.

“Tetapi sekiranya sayap berkenaan milik MH370, ia akan dapat dikenalpasti melalui nombor berkenaan. Mungkin dalam masa beberapa hari saja kita akan mendapat
jawapan sebenar.”

Rabu, 29 Julai 2015

Belum masa sertai Mahathir jawab Muhyiddin

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, buat masa ini beliau tidak merancang untuk "menyertai" Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, beliau masih lagi memegang jawatan timbalan presiden Umno dan timbalan pengerusi BN dan memerlukan masa bagi menilai semula kedudukannya.

Ini bukti pemecatan Peguam Negara tidak sah! Najib sila jawab!!

1. Hari ini Malaysia digemparkan dengan rombakan kabinet yang menyaksikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin dan beberapa orang lagi Menteri digugurkan. Selain itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga telah ditamatkan perkhidmatannya pada hari ini atas alasan kesihatan. Saya akan mengulas berkaitan rombakan kabinet ini pada kesempatan yang lain.

 Sebagaimana yang kita maklum, pengguguran atau pelantikan mana-mana Menteri adalah bidang kuasa prerogatif seorang Perdana Menteri sebagaimana yang digariskan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Bagi saya, peristiwa pemecatan Gani Patail sebagai Peguam Negara adalah lebih serius dan memerlukan perhatian daripada seluruh rakyat Malaysia memandangkan ianya dibuat secara tergesa-gesa dan terbukti melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, jawatan Peguam Negara adalah setaraf kedudukannya dengan Hakim Mahkamah Persekutuan. Seorang Peguam Negara, walaupun memegang jawatan atas perkenan Yang Dipertuan Agong, hanya boleh diberhentikan dengan menggunakan cara yang sama untuk menamatkan perkhidmatan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan. Hal ini jelas dinyatakan di dalam Perkara 145(6) Perlembagaan Persekutuan.

3. Seorang Hakim Mahkamah Persekutuan hanya boleh diberhentikan atas alasan-alasan yang dinyatakan di dalam Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan iaitu atas sebab salah laku, hilang upaya melakukan tugas sama ada atas sebab kelemahan tubuh badan atau akal fikiran atau atas apa-apa sebab lain yang menyebabkan dia gagal menjalankan tugasnya.

Namun dalam keadaan wujudnya alasan-alasan untuk memecat seorang Hakim Mahkamah Persekutuan atau Peguam Negara, Perdana Menteri atau Yang Dipertuan Agong tidak boleh membuat pemecatan begitu sahaja. Tetapi hendaklah ditubuhkan suatu tribunal dan hanya atas saranan dari tribunal tersebut barulah Yang Dipertuan Agong boleh memecat Hakim Mahkamah Persekutuan atau Peguam Negara.

4. Malangnya di dalam kes Gani Patail ini, tiada sebarang tribunal ditubuhkan bagi memberi rekomendasi kepada Yang Dipertuan Agong sebelum Gani Patail ditamatkan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara. Dalam keadaan berlaku perlanggaran Perlembagaan secara terang-terangan ini yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia, ianya seolah-olah bakal mengheret negara ini ke dalam suatu Krisis Perlembagaan sekali lagi mengulangi peristiwa pemecatan secara tidak sah yang dilakukan oleh Kerajaan ke atas bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada tahun 1988.

Saya juga melihat penamatan jawatan Gani Patail dengan hanya melalui kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara tanpa sebarang makluman rasmi kepada beliau bukan sahaja melanggar Perlembagaan dan undang-undang bahkan ianya kelihatan sangat biadap dan tidak menghormati institusi Peguam Negara itusendiri.

5. Timbul persoalan sekarang, kenapakah Peguam Negara ditamatkan perkhidmatan secara tiba-tiba atas nasihat Perdana Menteri di dalam keadaan Perdana Menteri sedang disiasat atas kes 1MDB dan penyaluran wang berjumlah RM2.67 bilion ke dalam akaun peribadi yang dikatakan milik Perdana Menteri?

Alasan faktor kesihatan langsung tidak masuk akal kerana Tan Sri Ghani terus kekal sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga tempoh bersara wajib beliau pada 6 Oktober 2015. Apakah kerana penyiasatan yang dijalankan terarah kepada bukti-bukti yang akan memalitkan diri Perdana Menteri dan mendedahkan Perdana Menteri kepada suatu pendakwaan jenayah? Apakah penamatan Gani Patail adalah suatu "pre-emptive strike" untuk menghalang pendakwaan dijalankan ke atas orang-orang tertentu memandangkan hanya Peguam Negara sahaja yang berkuasa untuk menjalankan pendakwaan jenayah di Mahkamah? Saya menuntut agar Perdana Menteri segera menjawab persoalan ini.

6. Dalam suasana ketidaktentuan ekonomi dan politik yang berlaku dalam negara ini yang borpotensi untuk menjerumuskan Malaysia ke dalam jurang yang sangat merbahaya, saya juga menyeru supaya Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia segera bertindak mengumpulkan kesemua Ahli-ahli Parlimen yang progresif dan bersatu hati di dalam menghentikan kebobrokan yang dilakukan oleh Kerajaan UMNO/Barisan Nasional bagi menggerakkan suatu inisiatif untuk menyelamatkan Malaysia.

"Selamatkan Rakyat Dan Negara Yang Kita Cintai!"

Oleh DATO’ MAHFUZ OMAR

Muhyiddin memang cari nahas - Nazri Aziz

Penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jemaah menteri tidak mengejutkan kerana beliau memang terang-terangan melanggar keputusan Kabinet berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, ucapan Muhyiddin pada mesyuarat Umno bahagian Cheras Ahad lalu keterlaluan hingga tidak dapat dibendung lagi mengakibatkan tindakan tersebut diambil.

"Dalam Kabinet, kita sudah bersetuju, hanya Husni boleh cakap mengenai 1MDB sehinggalah pasukan petugas khas selesai menjalankan tugasnya," katanya merujuk kepada Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

"Tetapi beliau (Muhyiddin) tidak patuh kepada keputusan Kabinet dan terus melancarkan serangan Ahad lepas ketika mesyuarat Umno Cheras itu,” katanya.

Bercakap kepada The Malaysian Insider dari Milan, Italy, Nazri berkata pelantikan menteri Kabinet merupakan prerogatif perdana menteri dan Datuk Seri Najib Razak hanya melantik mereka yang setia kepadanya.

“Pertamanya, Kabinet memang prerogatif perdana menteri, dan sudah tentu beliau perlu melantik mereka yang setia kepadanya dan mereka yang beliau selesa dengannya.

"Masa-masa begini kita tidak boleh ada Kabinet yang berpecah. Perdana menteri lakukan tindakan yang betul dengan melantik Zahid sebagai timbalan perdana menteri,” katanya merujuk kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Jelas sekali, beberapa orang menteri yang digugurkan itu, terutamanya daripada Umno, tidak mematuhi arahan dalam kes 1MDB, atau memang masa mereka sudah tiba," katanya.

Najib juga menggugurkan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek.

Shafie sebelum ini turut dilihat kritikal mengenai cara Najib menangani 1MDB dan secara terbuka mengkritik perdana menteri manakala Hassan secara amnya dilihat tidak berkesan dalam mengendalikan kementeriannya.

"Secara peribadi, saya rasa tidak selesa apabila timbalan menyerang perdana menteri dan tidak menunjukkan sokongan. Itu tidak betul,” kata Nazri.

Mengenai dakwaan Najib memusnahkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan melemahkan penyiasatan atas 1MDB dengan menaikkan pangkat 4 ahlinya - Datuk Nur Jazlan Mohamed, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Wilfred Madius Tangau - menjadi timbalan menteri, Nazri berkata, rakyat tidak perlu terlalu cuba mentafsirkan maksud sesuatu yang tersirat.

“Saya rasa kita tidak perlu terlalu cuba membaca apa yang tersirat di sebaliknya. Mereka ini memang sewajarnya menerima kenaikan pangkat. Nur Jazlan sudah lama layak. Beliau diletakkan di Kementerian Dalam Negeri, kementerian yang berkuasa dan penting. Reezal memang mahir dalam hal ehwal antarabangsa,” katanya.

Ahad lepas, pada mesyuarat Umno bahagian Cheras, Muhyiddin mempersoalkan skandal sekitar hutang RM42 bilion 1MDB, dan pendedahan The Wall Street Journal mengenai wang daripada dana pelaburan negara yang didakwa disalurkan ke dalam akaun perdana menteri.

Pejabat Perdana Menteri semalam menjawab, meminta semua orang bersabar dan menunggu keputusan akhir siasatan. – 28 Julai, 2015.


* KAU buatlah apa saja, nak jilat ke, nak ampu ke, nak kipas ke, nak harta ke .. majoriti orang berkeyakinan, rombakan tersebut ada kaitan dengan 1MDB. Nak sorok skandal 1MDB. Maka jahanamlah UMNO tidak lama lagi ...

Ini rupanya yang berlaku semasa pertemuan empat mata Muhyiddin - Najib


"Kemudian saya tanya, adakah 'you' nak cakap apa-apa dengan saya, dia rasa susah nak cakap. Adakah bermakna nama saya tidak tersenarai? Apabila dia mengangguk,
saya kata terima kasih," katanya pada sidang media di kediamannya, di sini hari ini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan telah mengetahui pengguguran jawatannya sebelum pengumuman
dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Menurutnya, ketika diminta kepastian tentang penggugurannya, Najib hanya mengangguk.

"Beliau (Najib) beritahu (pengguguran Muhyiddin) selepas perbincangan dan berikan pandangan serta pendapat beliau dan saya juga jelaskan apa-apa yang patut
saya jelaskan.

"Kemudian saya tanya, apa tujuan saya dijemput, adakah ada kaitan dengan rombakan jemaah menteri? Beliau mengangguk.

"Kemudian saya tanya, adakah 'you' nak cakap apa-apa dengan saya, dia rasa susah nak cakap. Adakah bermakna nama saya tidak tersenarai? Apabila dia mengangguk,
saya kata terima kasih," katanya pada sidang media di kediamannya, di sini hari ini.

Panas .. Ummi Hafilda telanjangkan Najib

Saksi kes liwat pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Umi Hafilda Ali mengumumkan keluar Umno kerana tidak puas hati dengan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.

Beliau malah mengumumkan perkara itu kepada media di rumah Muhyiddin di Bukit Damansara hari ini, yang menyaksikan penyokongnya mula berkumpul.

"Atas apa yang berlaku terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, saya Umi Hafilda Ali yang pernah menjadi saksi pertama kepada kerajaan dalam kes Anwar Ibrahim mengisytiharkan saya keluar dari Umno.

"Saya keluar dari Umno hari ini. Saya malu, saya malu menjadi ahli Umno,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan kediaman Muhyiddin.

Sebaliknya Umi berkata beliau bangga menjadi rakyat yang berani menegakkan kebenaran dan meminta rakyat Malaysia lain turut bangun.

"Saya malu mengaku saya ahli Umno kerana apabila kebenaran itu ditentang dengan cara yang kotor sebegini. Saya malu menjadi ahli Umno," katanya.

Tanda kejatuhan

Mengulas apakah Muhyiddin juga akan bertindak keluar Umno, Umi berkata beliau tidak berhak untuk bercakap bagi pihak beliau.

"Itu hak dia (keluar parti), saya tak boleh bercakap bagi pihak dia (Muhyiddin).

"Jiwa dia masih dengan Umno, dia masih timbalan presiden Umno dan kalau orang jemput dia masih akan hadir," ujarnya.

Dalam pada itu Umi yang juga adik kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menegaskan bahawa Umno akan berkubur dengan pemecatan Muhyiddin hari ini.

"Bagi saya pemecatan Muhyiddin hari ini adalah tanda-tanda akan jatuhnya kepimpinan yang ada hari ini.

"Pemecatan Muhyiddin hari ini menunjukkan... maaf cakap, ini apa yang saya rasakan akan berkuburnya Umno selepas 16 tahun.

"Kalau kamu sebagai pemimpin tidak sensitif dengan apa yang berlaku dan tidak mendengar suara rakyat kamu akan hancur," tegasnya.

Luahan isu hati

Ujar Umi, jika suara orang nombor dua negara pun tidak didengar bagaimana pula dengan keluhan rakyat hari ini.

"Kalau orang nombor dua bercakap pun tidak diterima apatah lagi rakyat," katanya.

Ditanya bagaimana keadaan ahli Parlimen Pagoh itu, Umi berkata beliau begitu tenang dan reda dengan apa yang berlaku.

"Dalam mesyuarat tadi beliau kelihatan tenang dan beliau cakap dia dah buat yang terbaik, Muhyiddin juga sudah berjumpa dengan Najib dan meluahkan segala rasa hatinya," tambahnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari semalam mengumumkan pemecatan Muhyiddin sebagai timbalannya, yang dispekulasi susulan berbeza pendirian berhubung kontroversi 1MDB.


* ulasan aku ..

Hairan jugak .. kalau dalam UMNO sendiri dok hentam Najib dengan asalah 1MDB dan pemecatan Muhyiddin. Ada pemimpin dari parti hijau sedang 'menyokong' Najib.

Hai hai hai .. sokong punya sokong jawatan TPM melepas deh ... Tapi mungkin lepas PRU 14 siapa tau .. topeng mereka akan terlucut ..

Haji Hadi ulas pemecatan Muhyiddin .. baik punya ..hahahhaha!!

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berharap barisan Kabinet baharu dapat terus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan telus.

Beliau berkata, adalah terlalu awal bagi PAS untuk menyatakan pendapat berhubung barisan Kabinet itu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan Kabinet baharu)... kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat harian Jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat PAS di sini.

Najib hari ini mengumumkan Kabinet baharunya dengan melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan. ~BH

* ulasan aku ...

Tuang Presiden tak seirama dengan kenyataan PKR, DAP dan GHB. Harapan Baru jelas mengutuk dan mengusul undi tidak percaya pada Najib dalam sesi parlimen. Ia jelas ada kaitan dengan 1MDB.

Bukti dah banyak, Ghani Patail dan pegawai penyiasat yang dipecat yang ada kaitan dengan 1MDB. Muhyiddin sendiri ada bagi hint mengenai pemcatannya dengan 1MDB. Tuang Presiden masih mau sokong Si Najib ..

Patutnya jawatan TPM tu bagi kat Haji Hadi... baru okey ...


Misteri pecaat Ghani Patail sebagai Peguam Negara terburai ..?

"Saya tak mahu kata apa-apa," kata Tan Sri Abdul Gani Patail ketika ditanya mengenai penamatan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara hari ini.

Dihubungi Malaysiakini, Abdul Gani yang berkhidmat sebagai Peguam Negara sejak 11 tahun lalu - sehingga diberhentikan hari ini - dilaporkan tidak tahu
menahu mengenai keputusan kerajaan.

Beliau bagaimanapun enggan membuat sebarang spekulasi mengenai penamatan perkhidmatan itu.

Ditanya sama ada ia ada kena mengena dengan siasatan isu 1MDB, Abdul Gani juga enggan mengulas.

“Never mind. I don’ t want to say a word (Tak apa. Saya tak mahu cakap apa-apa). Nanti saya cakap ni banyaklah,” katanya.

Pagi tadi Bernama melaporkan kerajaan menamatkan perkhidmatan Abdul Gani dan diganti dengan Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang pernah bertugas sebagai hakim
Mahkamah Persekutuan.

Pengumuman itu dibuat Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

"Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat perdana menteri, meluluskan pelantikan Mohamed Apandi sebagai Peguam Negara berkuatkuasa 27 Julai.

"Abdul Gani akan terus berkhidmat kepada negara sebagai pegawai perkhidmatan perundangan dan undang-undang sehingga bersara wajib pada 9 Oktober 2015,"
katanya.


* ulasan aku ...

Ghani Patail masih ada khidmat sehingga bulan 10. Jarang sekali orang turun pangkat kalau tak ada buat masalah dengan boss. Boss sini yang sedang kontroversi dengan 1MDB. so misteri tu memang terungkap sendirinya ..

Selasa, 28 Julai 2015

Ahli PAC dilantik ke Kabinet, siasatan 1MDB kini meragukan -

Timbul persoalan hari ini apabila anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) diangkat ke dalam Kabinet ketika siasatan masih berlangsung berhubung
skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed, bersama Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, dan Datuk Mas Ermieyati Samsul dilantik menjadi timbalan menteri.

Nur Jazlan kini memegang jawatan timbalan menteri dalam negeri, manakala Reezal Merican dilantik sebagai timbalan menteri luar dan Mas Ermieyati dilantik
menjadi timbalan menteri pelancongan dan kebudayaan.

Seorang lagi anggota PAC, Datuk Wilfred Madius Tangau kini merupakan menteri sains, teknologi, dan inovasi.

Sebelum ini, jawatankuasa bipartisan itu dianggotai 13 ahli, merangkumi 8 daripada Barisan Nasional dan 5 daripada pembangkang.

Dengan rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, terdapat keperluan menggantikan 4 anggota PAC itu untuk meneruskan
inkuiri terhadap 1MDB minggu hadapan.

Bekas dan eksekutif 1MDB dijangka hadir ke inkuiri PAC bermula 4 Ogos hadapan. – 28 Julai, 2015.

Selepas Anwar, kini Muhyiddin pula jadi mangsa

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilucutkan jawatannya kini menyertai Datuk Seri Anwar Ibrahim, satu-satunya timbalan perdana menteri yang pernah dipecat
dalam sejarah politik Malaysia.

Jawatan itu bagaimanapun, sering diselubungi kontroversi, di mana dahulu Tun Musa Hitam yang memegang jawatan itu dari 1981 hingga 1986, meletakkan jawatan
kerana perbezaan pendapat dengan perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, serta Tun Ghafar Baba, yang mengambil alih jawatan pada 1986 tetapi
dikalahkan Anwar pada 1993.

Anwar dipecat pada 2 September, 1998 atas dakwaan rasuah dan liwat.

Muhyiddin, 68, mula menceburi politik apabila bertanding sebagai calon dan memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada 1978, yang dipegangnya selama dua penggal
hingga 1986.

Beliau kemudian bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang yang juga dimenanginya, membuka jalan baginya untuk menjadi menteri
besar Johor pada 1986.

Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai timbalan menteri dalam dua kementerian.

Selepas khidmatnya sebagai menteri besar Johor tamat, Muhyiddin memegang beberapa portfolio berbeza sebelum dilantik sebagai timbalan perdana menteri kepada
Datuk Seri Najib Razak pada April 2009.

Beliau memegang portfolio sebagai menteri pendidikan pada April 2009 dan dua bulan kemudian mengumumkan yang kerajaan akan memansuhkan pembelajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), yang diperkenalkan Dr Mahathir pada 2003.

Muhyiddin juga mengundang kontroversi pada Mac 2010 apabila mengisytiharkan yang beliau seorang Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian, apabila bercakap
berkaitan dengan slogan 1Malaysia Najib.

Terkini, Muhyiddin semakin lantang, walaupun tidak begitu konsisten dalam kelantangannya, tentang skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pada Ahad, Muhyiddin mengkritik 1MDB di mesyuarat tahunan Umno bahagian Cheras di mana beliau mempersoalkan skandal menyelubungi hutang RM42 bilion syarrikat
itu serta laporan The Wall Street Journal tentang wang yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib, tetapi disuruh Pejabat Perdana Menteri semalam untuk
bersabar menunggu keputusan siasatan.

Najib menubuhkan 1MDB apabila mula berkuasa selepas mengambil alih daripada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau belum lagi merombak atau menukar Kabinet sejak 2009 dan selepas Pilihan Raya Umum ke-13, di mana beliau menambah senarai menteri kepada 35. – 28
Julai, 2015.

Ulasan pertama Muhyiddin selepas ditendang Najib

Selepas digugurkan sebagai timbalan perdana menteri beberapa jam lalu, Tan Sri Muhyddin Yassin petang ini akhirnya membuka mulut.

Dalam kenyataannya, beliau menegaskan mempunyai pendirian sendiri dalam isu 1MDB untuk mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara.

“Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya reda,” katanya.

Ulasan aku ..

sekarang nampak terjadi penentangan isu 1MDB. Kabinet yang Najib lantik semuanya jenis penjilat dan ampu. Habislah Malaysia lepas ni ...