Ahad, 30 November 2014

Najib panggil blogger UMNO 'bangang'

PRESIDEN Umno, Mohd Najib Abdul Razak, semalam secara terbuka mendedahkan yang Umno mengupah blogger.

Inilah kali pertama seorang pemimpin atasan Umno dan kerajaan membuat pengakuan seperti itu.

Mohd Najib berkata, mereka ini makan gaji dengan Umno tetapi menyerang balik parti itu.

Kerana itu, beliau menyifatkan mereka sebagai bangang.

Merujuk kepada Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, Mohd Najib berkata: “Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly."

Tambah Mohd Najib lagi: “Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya dalam ucap penggulungan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

update more ..


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Sabtu, 29 November 2014

Najib sudah jadi munafik?

"Soal menyelamatkan Melayu ini soal penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, bukan soal undang-undang itu,” katanya pada Sinar Harian di lobi Parlimen, semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai mungkir janji apabila membuat keputusan untuk tidak memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, alasan digunakan Najib untuk mengekalkan akta itu juga tidak berasas.

“Dia kena jawab. Perdana Menteri buat janji dan dimungkiri. Apa faktor yang menyebabkan beliau batalkan jaminan itu? Sekarang (Najib) gunakan alasan untuk menyelamatkan Melayu.

"Soal menyelamatkan Melayu ini soal penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, bukan soal undang-undang itu,” katanya pada Sinar Harian di lobi Parlimen, semalam.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa, kegagalan Najib mengotakan janjinya amat dikesali dan Anwar turut mendakwa Najib tunduk pada tekanan golongan berhaluan kanan yang mahu akta itu digunakan bagi mengekang kebebasan dan menekan pembangkang serta pihak lain.

“Apa yang dicadangkan (Najib semalam) bukan sahaja (Akta Hasutan) tidak dimansuhkan, tetapi diperketatkan pula atas alasan menjamin keselamatan negara dan Melayu,” katanya.

Menurut Anwar, perpecahan yang berlaku hari ini bukannya soal tekanan daripada masyarakat bukan Melayu, tetapi berpunca daripada kelemahan sistem pentadbiran negara.

Mengenai tindakan Najib mengumumkan perkara itu di Perhimpunan Agung Umno, beliau berkata, perkara itu sudah menjadi kebiasaan kepimpinan Umno menggunakan platform itu untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan.


* takkan sampai munafik kot. Taklah .. Najib main-main je masa berjanji dulu hehehehe


more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Isteri tak tahan nafsu terlarang

Kuala Lumpur: Hobi gemar membeli dan menonton cakera padat digital (DVD) lucah menyebabkan seorang lelaki cuba meniru aksi terlampau ditonton dengan menjadikan isteri sebagai pemuas nafsu gila.

Lelaki berusia 30-an itu dilaporkan gemar meliwat isterinya sejak setahun lalu hingga menyebabkan wanita terbabit sering mengalami kesakitan dan terpaksa mendapatkan rawatan dari doktor.

Akibatnya mangsa yang menetap di Cheras di sini, mengambil keputusan meminta cerai daripada suaminya berikutan tidak tahan diseksa secara fizikal.

Sumber polis berkata, mangsa yang mempunyai dua anak itu mendakwa minat suaminya terhadap seks terlarang muncul selepas suaminya sering menonton video lucah.

“Dalam kejadian terbaru 20 November lalu, suspek mengajak mangsa mengadakan persetubuhan namun mangsa menjadi takut dan meminta suspek berhenti meliwatnya.

“Bagaimanapun, lelaki itu enggan melepaskan mangsa sebelum meliwat mangsa lagi tanpa kerelaannya,” katanya.

Menurutnya, mangsa tambah tertekan berikutan kerap mengalami kesakitan hingga terpaksa mendapatkan rawatan di klinik.

“Seringkali mangsa dimaki-hamun selain anak mereka menjadi mangsa kemarahan suspek sekiranya permintaan pelik itu tidak dipenuhi.

“Kelmarin, mangsa yang tidak mampu menahan kesakitan akibat perbuatan suaminya nekad lari dari rumah bersama dua anaknya,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu selain dalam proses menuntut cerai di pejabat agama.

Bung .. jangan berkokok dalam parlimen je .. kalau anak jantan ...

Sila cabar saya di luar Parlimen, demikian menurut Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Zaharuddin Muhammad berkenaan dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan Islamic State (IS).

Katanya, tuduhan tersebut didakwa dilakukan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin sewaktu dalam Dewan Rakyat kelmarin.

"Saya merujuk kepada tuduhan beliau yang menyebut saya menyokong IS. Perkara ini dimaklumkan rakan-rakan yang berada di persidangan Dewan Rakyat.

"Tuduhan ini juga telah dimuatkan dalam sebuah portal berita dan persepsi negatif sudah mula menular akibat tuduhan ini," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dengan kuasa yang ada pada Parlimen, pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa.

"Oleh itu, saya mencabar beliau menyebut semula tuduhan itu dengan jelas di luar Parlimen supaya saya boleh bertindak melalui saluran undang-undang terhadapnya.

"Saya telah menjawab di dalam lamaj Facebook milik saya pada 3 Julai 2014 mengenai beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab 'memotong tampal' atau ambik separuh buang separuh tulisan asal saya sehingga memperlihatkan seolah-olah saya menyokong IS," katanya.

Katanya, Bung Mokhtar perlu tampil jika merasakan kenyataannya benar.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Suami alim curang dengan wanita bertudung labuh

SEMUANYA sudah terbongkar. Apa yang disorokkan selama ini bukan lagi menjadi rahsia. Berita pahit untuk ditelan, namun Ana reda jika itu ketentuan-Nya. Untuk apa lagi bersuamikan seorang kaki penipu yang selama ini berlindung di sebalik nama agama.

Ana sama sekali tidak menyangka. Perwatakan alim suaminya yang berubah secara drastik, rupa-rupanya sekadar lakonan. Patutlah selama ini, ada sahaja alasannya bila ditanya kenapa dia pulang lewat ke rumah. Katanya ada perbincangan dengan kumpulan sekuliah.

Aiman, dahulu tidak begitu. Sekalipun tidak bekerja, namun Ana masih boleh menerima keadaan tersebut. Sudah ditakdirkan, Aiman terpaksa berhenti kerja gara-gara syarikatnya tidak mampu lagi meneruskan operasi. Setahun Aiman menganggur. Puas dia meminta kerja ke sana ke sini, namun hampa.

Ana lalu mencadangkan agar Aiman menyambung pengajiannya. Manalah tahu dengan sijil ijazah yang akan diperoleh itu ‘rezeki’nya lebih mudah. Aiman setuju. Segala kos perbelanjaan pengajiannya ditanggung Ana.

Sesi kuliah bermula, Aiman mula sibuk dengan tugasan-tugasan yang diberikan pensyarahnya. Justeru, tugas mengemas rumah dan menjaga anak diserahkan kembali kepada Ana.

Aiman pula sering memberi alasan dia sibuk dengan pengajiannya. Ana cuba memahaminya. Namun, Ana sedikit curiga kerana Aiman sering pulang lewat. Bila ditanya, Aiman mula baran.

Sejak itu perangai Aiman pelik. Dia suka menyendiri. Telefonnya pula sentiasa ada di tangan. Pernah sesekali Ana terdengar perbualan telefon Aiman. Suaranya cukup lembut dan banyak nasihat agama dituturkan.

Paling memeranjatkan Ana, Aiman sudah mula menggunakan kuasa ‘suaminya’ untuk mengugut Ana. Pantang silap sikit, Aiman mula mengancam Ana dengan talak.

Hakikatnya, bukan Ana tidak tahu perangai Aiman di belakangnya. Ana sendiri pernah terlihat Aiman bersama seorang wanita bertudung labuh, sedang makan berdua-duaan. Lagaknya macam sudah kenal lama. Mesranya, bukan main lagi. Bukan sekali, tapi adegan seumpama itu telah lebih dua tiga kali Ana nampak. Bila ditanya, Aiman menafikannya. Apabila dirisik-risik barulah Ana tahu, wanita itu adalah pelajar sekuliah Aiman.

Ana rasa dirinya ditipu hidup-hidup. Mungkin sudah tiba masanya untuk Ana memberanikan diri menerima ugutan talak daripada Aiman. Ana tidak mahu sepanjang hidupnya ditipu suami yang tidak tahu mengenang budi.

Tip kaunselor


ISU suami berselindung di sebalik perubahan tingkah laku zahirnya bukanlah satu cerita baharu. Sebagai isteri, berhati-hatilah dengan perubahan suami, khususnya apabila ia berlaku secara drastik, agar tidak menjadi mangsa penipuan. Tip kaunselor kali ini memandu pembaca untuk lebih berhati-hati dalam menghadapi situasi sama.


1 Sebagai suami isteri,sikap percaya dan jujur merupakan elemen penting untuk mengekalkan perhubungan perkahwinan kerana tanpa sikap ini rumah tangga akan sentiasa berada dalam keadaan tertekan dan boleh menimbulkan perselisihan yang berpanjangan dan membingungkan.

2 Apabila suami menunjukkan perubahan yang mengelirukan, seperti berubah tingkah laku, suka memberi alasan apabila diminta melakukan sesuatu atau mulai menyimpan barang-barang peribadi seperti telefon bimbit, beg duit, beg kerja dan sebagainya, ia adalah petanda sesuatu sedang berlaku di luar pengetahuan isteri.

3 Tidak dinafikan, bukanlah semua suami yang berubah seperti yang disebutkan mempunyai agenda peribadinya untuk menutup perbuatan penipuannya terhadap isteri. Tetapi ada juga yang berubah, kerana keinginannya secara ikhlas untuk berubah. Cuma yang membezakannya, apakah perubahan itu konsisten atau untuk tempoh tertentu. Dan isteri seharusnya bijak untuk menilai.

4 Sekiranya isteri dapat mencium penipuan suami, isteri perlulah berterus terang dengan suami dengan mendapatkan penjelasan daripadanya. Dan sekiranya ada bukti, itu lebih utama supaya suami tidak menuduh, isteri hanya memasang jerangkap samar.

5 Jika suami berdolak-dalih tentang perkara tersebut, mohon untuk berhadapan dengan individu atau pihak yang terlibat. Sekiranya suami bercakap benar, isteri perlu belajar menerimanya tanpa ada rasa syak. Ini kerana apabila perasaan dan fikiran tersebut tidak diselesaikan ia akan meninggalkan keraguan yang berpanjangan.

6 Sebaliknya jika pengakuan suami menepati apa yang disangka selama ini, isteri perlu bersedia untuk melakukan tindakan yang sewajarnya seperti melibatkan suami dalam perbincangan secara serius dengan pihak yang diberi autoriti, membantu pasangan yang buntu.

Pandangan Kaunselor

KEHIDUPAN di zaman serba canggih ini menagih pasangan suami isteri untuk bijak mengatur segala keperluan rumah tangga. Baik daripada segi masa, komunikasi dan kewangan, ia memerlukan pasangan untuk saling memahami antara satu sama lain. Tambahan pula apabila masing-masing bekerja.

Suami dan isteri perlu belajar menyesuaikan diri dengan gaya kehidupan berumah tangga. Sekali gus bersedia daripada segi mental dan fizikal. Ini kerana rumah tangga adalah ruang untuk memenuhi keperluan peribadi dan ahli keluarga yang menjadi tanggungjawab setiap pasangan.

Apatah lagi apabila dikurniakan anak-anak. Tanggungjawab itu akan menjadi lebih besar.
Apa pun, isu suami isteri bekerja atau salah seorang tidak bekerja perlu ditangani dengan baik kerana jika kedua-dua bekerja mereka perlu memahami kesibukan dan tumpuan kepada dua perkara yang utama iaitu kerjaya dan keluarga.

Begitu juga jika seorang sahaja bekerja. Jika suami sahaja bekerja dan kurang kemampuan untuk menanggung keluarga, isteri yang tidak bekerja perlu mencari peluang untuk menambah pendapatan keluarga. Namun jika suami berkemampuan, maka isteri boleh memberikan tumpuan kepada melayan keluarga dengan sebaiknya.

Berbeza jika suami tidak bekerja, pasti isteri akan menanggung segala keperluan hatta duit rokok dan kredit telefon suami. Inilah tekanan yang isteri terpaksa hadapi demi kelangsungan perkahwinan mereka.

Isu utama yang berlaku dalam keadaan seumpama ini bukanlah bekerja atau tidak, tetapi bagaimana pasangan menguruskan kehidupan keluarga dengan nilai-nilai yang positif. Sebagai contoh suami yang tidak bekerja, dia perlu melakukan tugasan rumah sebagaimana seperti isteri yang tidak bekerja. Sebenarnya inilah peranan suami sekalipun mereka bekerja. Namun hari ini, ia seolah-olah sudah menjadi peranan isteri secara mutlak.

Ada juga pasangan yang tidak bekerja tetapi mengambil kesempatan kepercayaan yang diberikan dan mengkhianatinya dengan pelbagai gejala, seperti hubungan terlarang dengan orang ketiga, menggunakan pasangan untuk membuat pinjaman peribadi bank dan pelbagai perlakuan yang akhirnya membawa masalah. Perkara ini terjadi apabila suami terlupa tentang tanggungjawab dan peranannya dalam rumah tangga.

Seorang isteri boleh menerima keadaan suami yang tidak bekerja dengan syarat suami tidak mengabaikan keluarga dan bijaksana menghargai isteri dengan menggunakan ruang masa untuk membantu mengurangkan beban isteri dan keluarga. Suami dan isteri yang baik sentiasa menggunakan kesempatan yang ada untuk saling memahami keperluan masing-masing. Begitu pun, fitrah kejadian makhluk di muka bumi ini, suami harus berusaha mencari nafkah untuk menanggung keluarga dan bukannya meletakkan tanggungjawab tersebut di bahu isteri. Hanya dalam keadaan tertentu, ada kala isteri terpaksa mengambil alih tanggungjawab tersebut tetapi hanya untuk sementara dan bukan selama-lamanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/apabila-kepercayaan-dikhianati-1.29862#sthash.SM8CCII6.dpuf

Jumaat, 28 November 2014

Anwar tawar RM100 juta

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau ditawarkan RM100 juta serta jawatan timbalan perdana menteri
oleh pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berpaling tadah.

Katanya, tawaran itu juga bagi membawa 10 MP Sabah menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 2008.

Beliau menjawab soalan yang diajukan paguamnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan menamakan individu tersebut sebagai Datuk Ishak Ismail, bekas pengerusi
KFC.

Katanya, Ishak membuat tawaran berkenaan semasa menteri berkenaan berada di Hotel Hilton di KL Sentral.

"Saya kecewa dengan tawaran tersebut dan berasa ia sangat murah kerana saya MP selama tiga penggal. Saya beritahu Ishak, 'jangan sekali-kali diulang kata-kata
itu'.

"Saya menyatakan dalam ucapan di parlimen pada Mei 2008 bahawa saya kecewa dengan kerajaan persekutuan (bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi) kerana tidak memberi
pengiktirafan kepada MP daripada Sabah dan Sarawak.

"Bagaimanapun, saya nyatakan di parlimen pada ketika itu bahawa, walau kecewa dengan kedudukan itu dan BN tewas lima negeri, saya tidak akan berpaling
tadah,” katanya.

Isteri upload gambar ghairah tersebar

Seorang penggna facebook dan juga seorang isteri telah upload Gambar menghairahkan dalam Facebook kemudian mengeluarkan status Malam Ni Sayang Nak Skill Macam Semalam Iyer Abang.Seperti biasa

setiap manusia pasti mempunyai akaun facebook daripada umur setahun jagung hinggalah ke peringkat dewasa

Namun amat sedih apabila facebook dijadikan tempat untuk memalukan diri sendiri dengan update status bodoh serta gambar yang menghairahkan.Persoalannya
mengapa boleh jadi sebodoh demikian? apabila gambar berahi tersebar mula mengamuk bagaikan dirasuk histeria namun persoalanya mengapa tidak berfikir sebelum
upload gambar tersebut?

Seperti yang anda lihat print sreen dibawah adakah patut gambar serta status tersebut dikeluarkan? Admin terpaksa kelabukan bahagian-bahagian tertentu
dalam gambar ini supaya anda beringat dan berhati-hati bayangkan jika gambar anda tersebar seluruh pelusuk dunia tanpa seurat benang dan tanpa ditutup
bahagian-bahagian tertentu bagaimana? tentulah malu bukan?

Jadi Kesimpulannya jangan jadi bodoh dan jangan keluarkan status dalam laman sosial jika rasa bosan post perkara-perkara yang berfaedah.

Siasat segera fitnah jahat Mashitah

DAP hari ini membuat laporan polis berhubung fitnah jahat bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim, kononnya
masyarakat Cina di Kedah membakar Al- Quran.

Laporan dibuat di balai polis Tun HS Lee, Jalan Stadium pagi tadi oleh Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Batu Kawan
Kasthuri Patto dan Setiausaha Politik Ketua Parlimen DAP Dyana Sofya.

Teo berkata, kenyataan Mashitah tersebut sangat tidak bertanggungjawab dan cuba menimbulkan permusuhan antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

“Mashitah sangat tidak bertanggungjawab untuk mengatakan seolah-olah orang bukan Islam, terutama masyarakat Cina di Kedah menghina Islam.

“Kita tidak boleh bertolak ansur dengan kenyataan seperti itu dan harap polis akan siasat dengan segera,” katanya dalam sidang media selepas membuat laporan.

Menurut laporan Malaysiakini semalam, Mashitah yang juga perwakilan Wanita Umno Kedah membuat fitnah itu ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno semalam.

Ketua bahagian Umno baling itu dilaporkan berkata itu berkata diberitahu bahawa terdapat dakwaan bukan Islam di sebuah negeri di utara membakar helaian
al-Quran pada waktu sembahyang.

“Rasa tercabar atau tidak? Rasa sensitif atau tak? Rasa sedih atau tak??” katanya seperti dipetik ketika berucap kepada para perwakilan ketika membahaskan
usul agama, pendidikan dan sosial sempena perhimpunan agung Wanita Umno di PWTC semalam.

Namun setakat ini, hanya satu insiden seumpama itu yang dilaporkan berlaku, iaitu pada 20 November lalu yang membabitkan seorang lelaki Melayu kurang siuman
yang mendapat rawatan di Wad Psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar.

“Malah jika benar ada orang Cina yang bakar Al-Quran, ia adalah tindakan peribadi dan bukan minoriti. Saya juga pasti semua orang bukan Islam turut mengecamnya,”
kata Ahli Parlimen Kulai itu lagi.

Dalam pada itu, Kasthuri menggesa Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak agar menambil tindakan, memandangkan ia dibuat ketika perhimpunan agung parti itu.

“Setiap kali PAUperhimpunan agung Umno, ia jadi medan menghemtam kaum lain. Sedangkan banyak isu nasional boleh dibincangkan seperti keganasan rumah tangga
dan pemerdagangan wanita.

“Najib perlu bertanggungjawab kerana ini berlaku di bawah pemerhatiannya. Berdiam diri bermaksud beliau menyokongnya,” katanya lagi.

Dyana Sofya yang trut hadir ke balai polis berkata tiada sebab untuk Mashitah cuba menggunakan fitnah itu untuk menimbulkan permusuhan.

Ini kerana Mashitah melakukan provokasi dengan bertanya sama ada perwakilan Umno ‘merasa tercabar’ dengan tindakan itu.

“Walhal Ketua Polis Kedah sendiri menggesa agar insiden bakar Quran (oleh lelaki kurang siuman itu) tidak dibesar-besarkan.sehingga timbul salah faham,”
katanya lagi. – Roketkini.com.

Khamis, 27 November 2014

Gara-gara 'nikmat' awang hitam ..

GEORGETOWN - Gara-gara terpedaya dengan kata manis dan janji lelaki warga asing, seorang suri rumah kerugian lebih RM1 juta selepas ditipu lelaki warga
Nigeria yang dikenali melalui laman Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, selepas berkenalan dan menjalinkan hubungan, mangsa
dijanjikan "hadiah berharga" namun menghadapi kesukaran untuk menghantarnya kerana ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Menurutnya, suspek kemudian meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank dengan alasan untuk membayar kepada kastam supaya barangan tersebut
dilepaskan.

"Apabila mangsa mula percaya, lelaki itu kemudian mengarahkannya memberi sejumlah wang melalui akaun bank bagi mengambil barang itu.

"Berdasarkan keterangan, wanita itu membuat tujuh transaksi atas penama berlainan namun tiada sebarang hadiah diterima. Malah kekasihnya juga gagal dihubungi,"
katanya pada sidang media di sini semalam.

Azmi berkata, menyedari diperdayakan lelaki itu, wanita yang berusia 30-an tampil membuat laporan polis kerana sudah memasukkan wang lebih RM1 juta sejak
setahun lalu.

Beliau berkata, polis menerima laporan dari seorang lagi wanita yang mendakwa menjadi mangsa sindiket sama apabila ditipu RM5,700.

"Siasatan polis mendapati modus operandi sindiket warga asing yang dikenali 'parcel scam' itu adalah berkenalan dengan mangsa dalam laman Facebook sebelum
menabur janji manis termasuk membelikan hadiah dari luar negara untuk mangsa.

"Setakat ini, kita menahan empat lelaki warga Nigeria dan masing-masing seorang wanita Indonesia dan wanita tempatan yang dipercayai terlibat pada 20 dan
21 November lalu," katanya.

Azmi berkata,dua suspek warga Nigeria ditahan di Kuala Lumpur pada 20 November lalu manakala dua yang lain bersama dua wanita itu ditahan di Relau di sini.

"Hasil siasatan mendapati kedua-dua wanita itu menjadi orang tengah dengan memperkenalkan mangsa kepada anggota sindiket dan pemegang akaun bank untuk
menerima wang daripada mangsa.

"Beberapa barangan seperti sebuah kereta, empat komputer riba dan lapan telefon bimbit turut dirampas," katanya.

Kesemua suspek kini direman sehingga 4 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman
penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan


update more ..


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Kau ludah muka sendiri ke wahai ADUN BN Selangor?

Hahahha ... ketika ADUN-ADUN BN menolak pemberian peruntukkan untuk setiap kawasan DUN yang dimenangi BN, rakyat sudah melihat.

Lihat sahaja bagaimana Kelantan dijadikan anak tiri. Tengok sahaja bagaimana kawasan DUN yang dimenangi PR di seluruh Malaysia berbanding DUN yang dimenangi BN. Lihat sahaja bagaimana pejuang melayu UMNO melayan melayu PR. hahhahaha

Kini Noh Omar kata pemberian satu penghinaan. Rasa sakit dalam hati. Hakikatnya memberi kepada ADUN BN dari pakatan rakyat lebih baik dari apa yang dilakukan oleh BN terhadap pakatan.

Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, jumlah yang ditawarkan menerusi Program Mesra Rakyat itu lebih kecil daripada yang diterima Adun
PR dan Penyelaras DUN.

"Kerajaan negeri lantik penyelaras DUN malah diberi peruntukan RM400,000 manakalan Adun PR dapat RM700,000. Ini bermakna tindakan menawarkan peruntukan
RM200,000 kepada Adun BN dilihat sebagai penghinaan," katanya di sini hari ini.

"Sebagai pengerusi BN Selangor, saya menyokong penuh tindakan 12 Adun BN menolak peruntukan yang ditawarkan itu kerana ia dilihat memandang rendah kepada
mereka," katanya.

Noh berkata dalam hal itu, kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dilihat 'berat-sebelah' kerana hanya menawarkan peruntukan dalam jumlah
kecil sedangkan wakil rakyat BN turut sama bekerja keras menjaga kesejahteraan masyarakat di Selangor.

Isnin lepas, Azmin ketika membentangkan peruntukan Bajet Negeri 2015, mengumumkan pemberian RM200,000 itu adalah pertama dalam sejarah kerajaan negeri
pemimpin PR sejak mentadbir kerajaan negeri pada 2008. - Bernama

Hmm .. ini kes iri hati ke apa ke?


update more ..


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Kalau Malaysia main bola itulah penyakitnya .. siapa tak marah?

Lawan Thailand malam ini buat ramai orang sakit jantung. Marah, kecewa dan huh ntah apa lagi yang nak dikata.

Selepas leading Thailand, Malaysia akhirnya kecundang dengan jaringan minit-minit terakhir pemain Thailand.

Ini bukan sekali dua, banyak kali. Kalau hero hindustan, kalah dulu menang kemudian, sebaliknya aksi Malaysia ... ? lu jawab la sendiri.

Sebagai peminat memang kita nak menang, yang lain kita tak mau hahahhaha.

Apapun Malaysia 2 Thailand 3. Apa nak dikata.




Rabu, 26 November 2014

Bendera UMNO lambang .. alamak segan nak cakap

Umum mengetahui, Perhimpunan Agung UMNO bermula pada 25 November 2014 (hari ini) dan tidak hairan kini kelihatan bendera UMNO menghiasi ruang setiap sudut
di Kuala Lumpur.

Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz mendakwa, Bendera UMNO kini menjadi lambang kepada gerombolan gila kuasa yang mahu menekan dan menindas rakyat yang tidak
bersetuju dengan dasar-dasarnya dan ia tidak lagi boleh dimegahkan seperti mana sebelum ini kerana katanya UMNO kini dilihat bukan parti yang mengundang
penghormatan.

Beliau turut mendakwa bahawa bendera UMNO kini kononnya sudah menjadi lambang pemerintahan kuku besi atau “reign of terror” bayangan kepada sebuah parti
di mana ahlinya ganas dan membuli rakyat dan bukan lagi lambang sesuatu yang dimuliakan serta dihormati rakyat.

Ariff Sabri yang juga Ahli Parlimen DAP- Raub itu dengan tegas berkata, bendera UMNO adalah bendera parti yang membiarkan kumpulan ala samseng membuat
laporan polis lengkap dengan uniform para militari; yang bercakap ajak berkelahi, merusuh dan membinasa orang lain.

"Anak muda Melayu pun meluat tengok telatah pimpinan UMNO yang dahulunya malas belajar semasa sekolah, sekarang jadi kontraktor klas F dan lain-lain nya
tapi oleh kerana jadi AJK UMNO bahagian atau ahli UMNO cekai sekali pun- berlagak macam dunia ini mereka yang punya," tambahnya melalui blognya Sakmongkol
AK47.

"Orang ramai akan kata- ini bendera parti kaki pukul, kaki ugut, kaki gunakan polis sebagai budak suruhan, kaki yang hantar budak upahan menendang pelajar,
menakutkan bangsa lain rakyat Malaysia.," tambah beliau lagi.

Melihat situasi seperti yang didakwa, Ariff Sabri menyeru ibu bapa untuk menjauhkan anak-anak mereka agar tidak melibatkan diri dengan UMNO.

"Parti ini sudah tidak dapat dibantu. Pemimpin asyik berpoya melayan para isteri bermewah mewahan. Harta benda rakyat habis disapu. Ia parti yang menuju
kepada penghujung hayat – pengikutnya naik sasau dan mudah meletup. Ia hanya boleh mempertahankan keberadaannya melalui ugutan, tangkapan, penggunaan undang-undang
zalim, dan teriakan mengkasari orang lain," sambungnya.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu, Ariff Sabri pernah mendakwa bahawa majoriti pengundi Melayu yang keluar mengundi menolak Barisan Nasional (BN)
- UMNO.

Selasa, 25 November 2014

Jawapan untuk melayu 'red indian' .. baru ada akai!

Ahli panel forum ajuran DAP malam tadi bersetuju bahawa hanya Umno dan golongan elit Melayu yang berisiko diancam dan bakal menjadi 'Red Indian' seperti
di Amerika Syarikat.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata kajian menunjukkan Melayu merasa terancam kerana kesan daripada perang psikologi.

Beliau mendakwa bahawa Umno telah memainkan perang psikologi itu sehingga bangsa Melayu benar-benar rasa terancam.

“Tetapi minda mereka (Melayu) telah menerima perang psikologi yang dibawa Umno sehingga mereka merasakan mereka sememangnya terancam,” katanya.

Katanya, ekoran perang psikologi itu wujud badan bukan kerajaan (NGO) pelampau yang menakut-nakutkan orang Melayu dan tentang kedudukan Islam di negara
ini.

Bercakap dalam forum bertajuk ‘Adakah Melayu dan Islam diancam’ malam tadi, Husam berkata keadaan itu akan berterusan selama Umno memerintah Malaysia.

Sebaliknya, tegas Husam, Melayu tidak terancam memandangkan kerusi Parlimen Melayu akan tetap kekal majoriti meskipun Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan.

“Sekarang dari 222 kerusi, majoriti 52 kerusi lebih adalah Melayu, kita tidak boleh tukar kerusi, tiada siapa yang ada kuasa tukar kerusi kecuali dengan
persempadanan pilihan raya.

"Apa yang PERKASA dan bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad paling gerun, bukan Melayu menjadi Red Indian, tetapi Umno yang menjadi Red Indian,”
kata Husam lagi.

Katanya, menurut kajian Merdeka Center, sebelum ini perasaan Melayu rasa terancam cuma 26 peratus pada 2008 dan meningkat kepada 55 peratus pada 2014.

Mengulas kenyataan Abdul Hamid supaya PAS bergabung dengan Umno bagi mengelakkan orang Melayu terpinggir seperti Red Indian, Husam membidas:

"Pada pendapat saya, lebih lama Umno memerintah Malaysia, lebih cepat Melayu akan jadi Red Indian."

Sementara itu, Sasterawan Negara, A Samad Said berkata fenomena Melayu dan Islam terancam datang secara “bermusim” iaitu ketika pilihan raya dan perhimpunan
agung Umno.

“Sebelum ini, ia sudah timbul. Mereka tanya saya, adakah Melayu terancam.

"Saya jawab sejak lima dekad yang lalu, semua menteri sebelum ini adalah orang Melayu, timbalan perdana menteri, kementerian dalam negeri, menteri besar
dan kebanyakan ahli parlimen adalah Melayu.

“Selain itu kita ada, Raja Melayu dan Tentera Melayu. Jadi dengan kekuatan yang kukuh, apakah alasan untuk menyatakan bahawa orang Melayu terancam?" soalnya.

Beliau yang mesra dipanggil Pak Samad berasa hairan kerana yang sepatutnya berasa diancam dan terancam adalah kaum bukan Melayu.

Beliau turut menjelaskan selama 57 tahun, negara ini hanya dipimpin golongan bangsawan kecuali Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari pula berkata kedudukan Melayu dan Islam kini lebih selamat berbanding sebelum ini.

Ini kerana, katanya, kebanyakan pindaan perlembagaan yang melindungi Bumiputera dan Islam memerlukan sokongan majoriti dua pertiga di Parlimen dan juga
memerlukan persetujuan daripada Majlis Raja-Raja.

“Jadi, kembali kepada soalan sama ada Melayu dan Islam terancam, saya fikir tidak. Cuma pemimpin yang memerintah selama ini gagal menjalankan tanggung
jawab mereka,” katanya.

Apabila Mahathir berbicara tentang perhimpunan UMNO .. lihatlah .. pedas beb hehehehe

1. Perutusan ini ditulis kerana saya tidak dapat hadir di Mesyuarat Agong Umno kerana berada di luar negara. Tetapi kerana saya kurang sihat untuk keluar
negara, saya mungkin hadir insya-ALLAH! Walaubagaimanapun saya ingin membuat kenyataan ini juga.

2. Sebagai orang tua dan orang tua Umno pula, izinkanlah saya memberi sedikit pandangan.

3. Semua tahu Umno sekarang tidak popular seperti Umno dahulu. Ada yang berkata Umno tidak lagi relevan.

4. Sedikit sebanyak pandangan ini berasas. Jika Umno dikalahkan dan hilang dari muka bumi, kepimpinan dan ahli Umno tidak boleh nafi sumbangan mereka kepada
kejatuhan parti yang begitu berjasa kepada Melayu dan negara Malaysia.

5. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh pemimpin dan ahli Umno?

6. Pada pandangan saya, yang pertama ialah kerana menganggap Umno sebagai batu loncatan untuk perkaya diri sendiri.

7. Umno hanya menerima ahli baru yang tidak mengancam kedudukan pemimpin yang sedia ada di semua peringkat.

8. Cawangan tidak terima sesiapa yang berkebolehan mencabar Ketua Cawangan. Ini adalah oleh kerana ada habuan bagi Ketua Cawangan.

9. Oleh itu yang dapat masuk Umno hanyalah orang Melayu yang kurang berbakat daripada Ketua Cawangan. Apabila Ketua Cawangan meninggal, penggantinya ialah
orang yang lebih lemah daripadanya.

10. Pengganti pun demikian. Hanya yang tidak punyai kebolehan yang lebih daripadanya sahaja yang diterima. Apabila dia kembali ke rahmatullah, yang mengganti
lebih lagi lemah.

11. Dan seterusnya. Kepimpinan di peringkat cawangan dan bahagian semakin lama semakin lemah dan tidak berupaya memimpin. Sebab itulah apabila ditanya
siapa yang akan jadi Menteri Besar Selangor jika Barisan Nasional menang, tidak ada jawapan.

Walhal Selangor penuh sesak dengan Melayu yang terpelajar, berbakat, sudah kaya dan tidak perlu memperalatkan Umno untuk perkaya diri sendiri. Mereka ini
tidak boleh masuk Umno. Yang sedikit yang dapat masuk akan disekat kenaikan sebagai pemimpin.

12. Budaya war lord (kepala perang) sudah meresap kedalam Umno. “Umno saya punya.” “Bahagian ini saya punya.”

13. Kerana kecewa ada yang berbakat dan berjiwa Umno menyertai parti lain. Maka akan merosotlah Umno dan akan hilanglah parti keramat ini.

14. Yang kedua ingin saya tekan akan pentingnya menegur pemimpin. Tunku, Tun Razak, Tun Hussein bukan sahaja ditegur bahkan dicabar. Saya diserang dan
hampir kalah dalam pertandingan.

15. Tanpa teguran pemimpin akan percaya segala yang dilakukan olehnya betul belaka. Tetapi sebenarnya ada yang dilakukan olehnya salah dan tidak baik.

16. Saya dinasihat supaya tidak membuat teguran terbuka. Sebenarnya sudah saya tegur secara tertutup berkali-kali, terutama berkenaan masalah Bumiputera
dan Umno. Tetapi tidak berkesan. Teguran secara terbuka terpaksalah dibuat.

17. Harapan orang Melayu ialah wakil-wakil ke Perhimpunan Umno akan buat teguran terhadap beberapa perkara yang hangat dibincang ramai sekarang.

18. Pemimpin pula perlu dengar teguran ini dan ambil berat pandangan wakil. Janganlah selalu mendengar orang tertentu yang dikeliling kita sahaja. Yang
mengeliling orang yang berkuasa tidak baik bagi mereka.

19. Orang Melayu mungkin tidak pandai seperti pakar-pakar rujuk, tetapi saya percaya orang Melayu tidak bodoh. Mereka yang membangunkan negara dari sebuah
negara miskin kepada negara yang memberi banyak nikmat kepada semua.

20. Selamat Bersidang Umno. Mudah-mudahan diberi petunjuk oleh ALLAH SWT.

Tun Dr Mahathir Mohamad

Berita mengemparkan mengenai anak Ridhuan Tee Abdullah

Anak penceramah kontroversi Dr Ridhuan Tee Abdullah antara yang terbabit dalam kes pemalsuan salinan slip peperiksaan SPM selepas mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas individu yang memalsukan keputusan tersebut.‎

Tertuduh Mohd Firdaous Shariful Azman, 36, dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan memalsukan slip SPM tiga individu termasuk anak Ridhuan Tee, Mohd Syafi dan dua individu lain, Puteri Sabrina Shazlin Roslan dan Dhuratul Ain Radzali.

Bagaimanapun, Mohd Firdaous tidak mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Zuraini Abdul Razak.

Memetik laporan Bernama, Mohd Firdaous didakwa melakukan kesalahan bagi ketiga-tiga individu tersebut dengan niat supaya rekod itu dipercayai dibuat, ditandatangani dan disempurnakan dengan kuasa seseorang bagi memperdaya Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat ITBM, Seksyen 10, Wangsa Maju di Kuala Lumpur antara 10.34 pagi 4 Jun dan 3.21 petang 13 Jun lepas.

Mohd Firdaous didakwa mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam menawarkan jaminan RM15,000 bagi semua pertuduhan. Peguam Adenan Ismail memohon supaya jaminan terhadap anak guamnya dikurangkan atas alasan tertuduh perlu menguruskan syarikatnya dan perlu menanggung anak yang masih kecil.

Zuraini membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Disember untuk sebutan kes.

Najib bagi 'istana' kepada Anwar sebagai penghargaan menjadi ketua pembangkang

Beliau turut mendapat RM1,367 untuk bayaran gaji pemandu, RM2,001 kepada bayaran gaji setiausaha kerja dan pembiayaan bahan api dan tol.

Ketua Pembangkang DUN Selangor Datuk Shamsudin Lias hari ini menerima sebuah kereta rasmi daripada kerajaan negeri sebagai insentif menjalankan tugas sebagai ketua pembangkang.

Pemberian kereta jenis Toyota Camry itu disampaikan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali di depan bangunan DUN.

Turut serta pada majlis penyampaian tersebut ialah Speaker Dewan Hannah Yeoh.

Selain itu, Shamsuddin yang juga ADUN Sungai Burong turut mendapat wang elaun sebanyak RM3,000 sebulan.

Beliau turut mendapat RM1,367 untuk bayaran gaji pemandu, RM2,001 kepada bayaran gaji setiausaha kerja dan pembiayaan bahan api dan tol.

Dalam sidang media kemudiannya, Shamsudin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan menghargai pengiktirafan yang diberikan.

Di samping itu, beliau juga akan memberi kerjasama dan menegur kerajaan negeri untuk memberi kesimbangan kepada pemerintahan negeri.

“Saya sebagai ketua pembangkang di Selangor amat menghargai di atas pengiktirafan kerajaan Selangor terhadap peranan pembangkang, dan ini diterjemahkan melalui kemudahan-kemudahan dan sokongan serta kenderaan.

“Saya berjanji akan memainkan peranan sebagai pemantau. Insya-Allah kita akan berikan kerjasama dengan baik. Kalau ada teguran, kita akan berikan teguran secara konstruktif,” katanya.

Sementara itu, Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Dewan bersetuju supaya memberikan keistimewaan dan kemudahan kepada Shamsudin.

Katanya, keistimewaan itu adalah sebahagian Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri Saraan 1980 dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor ke-13.

“Ketua Pembangkang dalam Dewan Negeri Selangor merupakan komponen kerajaan yang memainkan peranan sebagai ‘check and balance’ kepada kerajaan sedia ada walaupun tidak dinyatakan secara jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

“Keistimewaan dan kemudahan ini diberikan supaya beliau boleh menjalankan tugas-tugas beliau dengan lebih efektif,” katanya.

* Kalau UMNO pasti akan sumbat pembangkang dalam penjara. Itu penghargaan kepada pembangkang. Istana penjara. hahahahaha

Penjelasan Pemilik Restoran Ali Maju Berkenaan Isu Lap Meja Guna Mop Lantai

Penjelasan Pemilik Restoran Ali Maju Berkenaan Isu Lap Meja Guna Mop Lantai

Lap Meja Guna Mop

Baru-baru ini, satu video yang memaparkan seorang pekerja dari restoran Ali Maju di Setiawangsa membersihkan meja menggunakan mop lantai telah tersebar dan menimbulkan pelbagai reaksi negatif terhadap restoran tersebut.

Melalui kapsyen yang dikemukakan bersama video itu, pekerja tersebut didakwa menggunakan mop lantai bagi membersihkan meja yang digunakan untuk menebar roti canai.

Dato Ali,pemilik kepada restoran berkenaan telah mengesahkan kejadian tersebut sememangnya terjadi namun, meja yang dimop itu bukanlah meja untuk menebar roti canai tetapi meja yang digunakan untuk membungkus Tom Yam yang telah siap. Dato Ali memberitahu perkara demikian ketika dihubungi melalui Whatsapp.

ali maju
Selain itu, Dato Ali juga memberitahu dia sudah mengenakan tindakan ke atas pekerja yang membuat perbuatan tersebut. ~ Kita Bantai Dot Info

Bukti bergambar 'orang besar' dalam meneroka secara haram tanah Cameron Highland?

"Mereka selalu mengadu kepada saya bahawa bukit dirosakkan. Ada 'sesuatu di sebalik sesuatu'. Saya tidak boleh dedahkan terlalu banyak.

"Saya ada beberapa gambar, tetapi saya tidak boleh cakap banyak mengenainya. Mereka lakukan kerja haram. Ini berlaku 10...5 tahun lepas," katanya.


CAMERON HIGHLANDS - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel mengakui kewujudan dan mengenali dalang yang terlibat dalam penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands tetapi tidak boleh 'bercakap banyak'.

Aktiviti haram itu terdedah luas baru-baru ini bila berlaku bencana banjir kilat berlumpur dan tanah runtuh di kawasan tanah tinggi itu.

Palanivel, anggota Parlimen Cameron Highlands, berkata walaupun mempunyai bukti bergambar beliau tidak boleh 'bercakap banyak' atau mendedahkan lebih banyak mengenai perkara itu.

"Dulu, kira-kira 20 tahun lalu, Cameron Highlands kawasan terpelihara. Tidak ada penerokaan tanah haram. Pertanian cukup baik. Petani mengusahakan pertanian menguntungkan. Mereka eksport hasil ke Singapura dan negara-negara lain pada nilai hingga RM2 bilion.

"Tetapi sekarang sesuatu berlaku. Saya masih tidak dapat mengawalnya," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menghadiri Mesyuarat Khas Bencana Banjir Kilat dan Tanah Runtuh Cameron Highlands yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.

Palanivel berkata Persatuan Pekebun Sayur dari masyarakat Cina di sini juga membuat aduan kepadanya mengenai ada pihak tertentu yang bertindak menarah bukit.

"Mereka selalu mengadu kepada saya bahawa bukit dirosakkan. Ada 'sesuatu di sebalik sesuatu'. Saya tidak boleh dedahkan terlalu banyak.

"Saya ada beberapa gambar, tetapi saya tidak boleh cakap banyak mengenainya. Mereka lakukan kerja haram. Ini berlaku 10...5 tahun lepas," katanya.

Palanivel berkata beliau akan mengutus surat kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah untuk mengadap memberi penjelasan berhubung situasi di Cameron Highlands.

"Baginda tidak marahkan saya. Saya berada di sini Selasa lepas...," katanya.

Pada 20 November, Sultan Ahmad Shah bertitah baginda akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan tentang bantuan kerajaan persekutan kepada kerajaan negeri dalam membanteras masalah pendatang tanpa izin di Cameron Highlands.

Baginda turut menzahirkan rasa dukacita terhadap laporan akhbar kononnya Cameron Highlands ditawan 30,000 pendatang tanpa izin warga Bangladesh.

Menurut baginda hal itu tidak benar sama sekali. Kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands pada 5 November lepas, mengakibatkan lima kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan. - Bernama


Hahahhaha kah kah kah ..

1. tv dan media arus perdana beriya-iya sembang punca Tanah runtuh akibat pendatang tanpa izin. Najib dah arah polis dan ATM untuk gempur keh keh keh ...

2. Polis dan SPRM harus turun segera siasat Menteri. Dia dah tahu dan wajib dedahkan kepada umum. Rakyat berhak tahu.


more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Isnin, 24 November 2014

UMNO-BN nak buat macam ni ..? Mampuih tak berani!

"Kalau tak nak, saya nak tarik balik," kata Azmin berseloroh.

Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi memberi peruntukan sebanyak RM200,000 setahun kepada setiap 12 orang wakil rakyat BN mulai tahun depan.

Semasa membentangkan belanjawan 2015 hari ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, peruntukan itu diberi bagi tujuan Program Mesra Rakyat serta meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi.

Selain wakil rakyat BN, ADUN Pakatan turut mendapat peruntukkan yang ditambah iaitu sebanyak RM700,000 setahun.

"Saya mencadangkan peruntukan ahli dewan negeri kerajaan ditingkatkan sebanyak RM100,000 menjadi RM700,000 setahun.

"Mulai 2015, peruntukkan ADUN akan turut dipanjangkan kepada ADUN Pembangkang dengan peruntukkan sejumlah RM200,000 setahun.

"Kerajaan negeri juga mencadangkan sejumlah RM100,000 setahun diperuntukkan kepada penyelaras parlimen yang dilantik oleh kerajaan negeri," kata Azmin.

Sebelum mengumumkan peruntukan kepada wakil rakyat BN, Azmin sempat berseloroh untuk menarik balik peruntukan itu ketika ADUN-ADUN Pembangkang mula mengetuk meja dan ketawa.

"Kalau tak nak, saya nak tarik balik," kata Azmin berseloroh.

Sementara itu, pada sidang medianya, Azmin berkata, peruntukan kerajaan negeri kepada wakil rakyat BN itu pertama kali dilaksanakan di Selangor.

Bagaimanapun, katanya ia bukan pertama kali dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat memandangkan peruntukan itu telah dilakukan di Pulau Pinang.

"Setiap ADUN BN akan dapat RM200,000 setahun iaitu bersamaan RM2.4 juta untuk BN," kata Azmin

Ketika ditanya adakah peruntukan itu turut diberi kepada ADUN Pelabuhan Klang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (atas), Azmin hanya menjawab:

"Dia penyelaras DUN. Kita bagi. Sekarang kita pun ada penyelaras parlimen, kita juga bagi," katanya lagi.

Kah3 Mustapa Mohamed ni meroyan rupanya

Kegagalan kerajaan Kelantan untuk menguruskan kewangan bukan sesuatu yang baharu tetapi ia berlaku sejak sekian lama.

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kelemahan dalam urus tadbir dan pengurusan kewangan selain kekurangan sumber kewangan merupakan masalah yang dihadapi oleh kerajaan Kelantan sehingga menyebabkan berlaku defisit hampir setiap tahun.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai Laporan Audit Negara baru-baru ini berkaitan kedudukan dan prestasi kewangan kerajaan negeri Kelantan pada akhir tahun lepas yang secara keseluruhannya kurang memuaskan berbanding tahun 2012.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerah sumbangan sebanyak RM1.2 juta kepada masyarakat Siam di Wat Prachumthat Canaran, di sini, hari ini.

Sumbangan itu adalah antara janji BN pada PRK Dun Pengkalan Kubor pada 25 September lepas.

* janji tu datang dari duit poket rakyat keseluruhan, bukan duit poket UMNO. baghal nak mampus.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3, prestasi kewangan kerajaan negeri bagi 2013 mencatat defisit RM77.78 juta berbanding defisit RM69.69 juta pada tahun sebelumnya.

Menyentuh mengenai janji-janji kerajaan BN pada PRK Pengkalan Kubor, Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kerajaan pusat telah membelanjakan kira-kira RM2 juta untuk membaik pulih surau dan masjid.

Selain itu, beberapa permohonan tambahan umpamanya industri kecil dan sederhana, pembaikan jalan raya, dan masalah banjir yang berlaku dua kali setahun di kawasan itu, masih dalam proses untuk dilunaskan selewatnya pertengahan tahun depan, katanya. - Bernama

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Bersekududukan dengan bekas isteri

JITRA: Seorang lelaki dipercayai gila talak apabila didapati bersekedudukan dengan bekas isterinya yang juga isteri orang, malah kerap mengunjungi rumah jandanya di Tunjang, dekat sini, sebelum mereka dicekup kerana disyaki berkhalwat, malam kelmarin.

Lelaki berusia 46 tahun itu dikatakan sudah lama berpisah dengan bekas isterinya berusia 45 tahun dan mempunyai tiga anak yang masih kecil, tetapi dikesan menjalinkan hubungan sulit ketika suami wanita terbabit tiada di rumah.

Bagaimanapun, kegiatan mereka akhirnya dapat dihidu sebelum dicekup kira-kira jam 11 malam oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PAKDP) selepas menerima maklumat.

Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya menerima maklumat awam berhubung kegiatan maksiat membabitkan pasangan itu lalu membuat pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata, sebaik anggota penguat kuasa tiba, mereka mendapati keadaan luar rumah itu gelap dan berkunci dari dalam sehingga menimbulkan syak.

“Sejurus mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali, ia dibuka seorang wanita yang berpakaian lengkap dan terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa PADKP.

--Harian Metro

Kah kah kah .. MB Pahang saman Utusan - Awangt Selamat RM15 juta

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bertindak menghantar surat tuntutan guaman kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, susulan artikel yang mengkritiknya dalam sebuah artikel bertajuk "Hebat Sangatkah Adnan?" dalam akhbar tersebut.

Tuntutan bertarikh 18 November 2014 tersebut dihantar menerusi syarikat guaman Manjeet Singh Dhillon dengan nilai tuntutan saman RM15 juta. Perkara itu didedahkan dalam ruangan kolum Awang Selamat edisi Mingguan Malaysia hari ini.

"Sekadar makluman, tidak molek komen lebih kerana bakal jadi kes mahkamah," kata Awang Selamat yang dipetik dalam artikel pendek itu. Pada 9 November lalu, Utusan Malaysia membidas Adnan apabila menghina akhbar itu kerana berang dengan laporan mengenai kebanjiran 30,000 warga asing, terutama warga Bangladesh di Cameron Highland.

Awang mempersoalkan kehebatan menteri besar tersebut dengan berkata Adnan sudah terlalu selesa berada di kedudukannya hingga tidak dapat menerima kritikan. "Awang seperti tidak percaya ada pemimpin bertaraf menteri besar yang berfikir seperti itu. Inilah masalahnya kalau sudah lama sangat sandang jawatan dan terleka dalam zon selesa sehingga takut dengan bayang-bayang sendiri. "Ulat pun disangka ular.

Beliau sepatutnya belajar dengan menteri besar lain yang mengambil positif dan menjadikan laporan media sebagai peluang menangani sesuatu isu dengan lebih berkesan. "Ada laporan lebih panas melibatkan negeri lain tetapi menteri besarnya tidak melatah," kata Awang Selamat mengkritik Adnan. Awang dalam tulisannya turut memberi amaran sudah tiba masanya Adnan yang menjadi menteri besar sejak 1999 itu berundur dari jawatannya.

"Walaupun Adnan berjasa kepada negeri itu, tetapi ramai merasakan Pahang tidaklah sehebat mana di bawah pentadbirannya sejak 1999. Tiada faktor 'wow' yang boleh menjadi kebanggaan negeri. "Isu kelemahan dan kepincangan tertentu di bawah pentadbiran beliau juga jadi bahan bualan. Ingatlah kebanyakan kita ada pekung. Mengata orang tetapi gagal cermin prestasi sendiri," katanya.

Cerita inspektor polis berzina ..

Rasanya gambar perihal laporan polis bermacam-macam versi di laman sosial sememangnya amat popular hingga sering kali menjadi modal orang ramai untuk terkekeh-kekeh ketawa membaca laporan yang adakala mempunyai unsur-unsur humor.

Hari ini heboh tersebar pula laman-laman sosial berkenaan sebuah laporan polis yang diadukan oleh seorang Inspektor polis sendiri kerana duit miliknya telah dicuri.

Bagaimanapun, ramai yang tidak sangka inspektor tersebut dengan berani membuat laporan dan mengaku yang kejadian itu terjadi selepas dia bersetubuh dengan seorang pelacur di sebuah kedai spa berdekatan Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Menurut inspektor ini, wangnya berjumlah RM1550 telah dicuri oleh pelacur yang dilanggan ketika dia keluar untuk membasuh kemaluannya di bilik air.

Alamak, kita yang membacanya pun terus rasa malu dan geli!

Ramai juga pengguna laman sosial, Facebook meluahkan rasa terperanjat membaca laporan polis ini kerana masing-masing tidak menyangka inspektor tersebut berani mengaku keaiban diri sendiri.

Lebih parah dan sedih, apabila mengetahui inspektor tersebut adalah orang melayu dan Islam sendiri.

Apa lagi, beribu-ribu kutukan pengguna sosial mempersoalkan ‘kebodohan’ lelaki tersebut. Tidak kurang juga yang marah apabila melihat larangan agama Islam ini seolah-olah diperkotak-katikkan.

Jika benar perkara ini berlaku, moga inspektor ini dapat segera bertaubat dan mengambil insiden ini sebagai pengajaran. – MYNEWSHUB.CC

* boleh jadi dua situasi.

1. mungkin cerita ini benar, dan pengakuan zina secara terang-terang petanda khiamat hampir tiba

2. mungkin boleh jadi rekaan pencipta cerita. Dan fitnah juga bermaharajalela. Awas!

Ahad, 23 November 2014

Pemandu teksi terlampau ..

Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian akan keluar dari teksi dan meninggalkan beg tangan mereka di dalam kenderaan itu membeli kad tambah nilai.

Kuala Lumpur: Seorang pemandu teksi bijak menggunakan keramahannya berkomunikasi untuk memperdayakan 21 penumpang wanita sebelum melarikan barang berharga milik mangsa.

Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun itu akan mengambil mangsa sebelum meminta penumpangnya itu menolong membeli kad tambah nilai telefon bimbit di kedai serbaneka.

Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian akan keluar dari teksi dan meninggalkan beg tangan mereka di dalam kenderaan itu membeli kad tambah nilai.

Kesempatan itu diambil suspek untuk melarikan diri bersama beg tangan mangsa berisi wang tunai, telefon bimbit dan barang kemas.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, kegiatan suspek bagaimanapun ditumpaskan selepas pasukan khas polis menyerbu kediaman suspek di sebuah flat di Jalan Kuchai Lama, di sini, jam 6.15 petang Isnin lalu.

Menurutnya, polis sebelum itu mengekori teksi dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan sehingga ke kawasan flat berkenaan.

Orang melayu bakal jadi 'red indian'

Orang Melayu berisiko menjadi "Red Indian" di tanah air mereka sendiri jika PAS dan Umno tidak bekerjasama mempertahankan kerajaan daripada DAP dan PKR, bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad memberi amaran hari ini.

Beliau berkata, jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya, PKR dan PAS tidak akan dapat "mengawal" DAP seperti cara Umno "mengawal cita-cita MCA dan Gerakan". "Orang Melayu akan menjadi Red Indian di tanah mereka sendiri. Percayalah, ancaman terhadap orang Melayu tidak pernah seserius ini sepanjang sejarah kaum ini.

"Sekarang kita berpecah dan digunakan. PAS dan Umno mesti berfikir untuk berkolaborasi, bersatu atau bekerjasama sekurang-kurangnya di peringkat persekutuan demi mempertahankan kerajaan daripada jatuh kepada DAP dan PKR," kata Hamid dalam ucapannya pada Konvensyen Perpaduan Negara di Pusat Islam, Kuala Lumpur hari ini .

Konvensyen itu dianjurkan gabungan 58 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang bersedia membahaskan satu draf Memorandum Perpaduan Negara.

Hamid berkata, PAS perlu kenang semula perjuangan asalnya, iaitu bagi melindungi orang Melayu dan Islam, sambil berkata, bekerjasama dengan DAP dan PKR hanya menafikan tujuan asal penubuhannya.

"DAP tak boleh diharap... mereka lebih chauvinistik daripada MCA dan Gerakan. PAS dan PKR tak boleh kawal cita-cita DAP seperti mana Umno mengawal cita-cita MCA dan Gerakan. Jadi, PAS mesti bekerja dengan Umno,” katanya. Katanya, PKR juga tidak boleh diharap memperjuangkan kepentingan orang Melayu, kerana ia memperjuangkan nasib "hanya seorang Melayu," jelas merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hamid berkata sekiranya PAS dan Bumiputera Sabah dan Sarawak menyertai Barisan Nasional (BN), kerajaan pusat boleh diselamatkan walaupun terdapat sokongan kuat komuniti Cina terhadap DAP. Bagaimanapun, katanya, penyokong DAP daripada kalangan kaum Cina mungkin juga menukar fikiran mereka setelah mengambil kira untung ruginya sekiranya mereka terlibat dengan BN.

"Orang Cina beroperasi berdasarkan untung rugi. Itu saja yang mereka fikirkan. Bagi mereka, 'maaruf' (kebaikan) itu untung, 'mungkar' (kejahatan) itu rugi. Dan kita tidak mahu menyingkirkan orang Cina," kata Hamid.

Beliau juga menggesa kaum India di Malaysia bertanya diri mereka sendiri sama ada mereka percaya PR boleh berkhidmat lebih baik untuk mereka dibandingkan dengan BN.

"Umno berada di landasan yang betul. Umno patut terus menjadi parti dominan orang Melayu dan Islam.

"Tetapi, masalahnya terletak pada pemimpinnya. Faktor nombor satu membuatkan orang benci Umno ialah persepsi yang mereka korup,” katanya.

Beliau berkata, Umno mesti memperbetulkan persepsi ini dan menyediakan peluang bagi lebih ramai golongan profesional memegang jawatan parti, sambil membangkitkan kemungkinan ramai yang menyokong PAS kerana sebab ini.

"Kalau ini berterusan, Umno akan kehabisan pemimpin," katanya memberi amaran.

Harga minyak: KJ jawab pakar ekonomi mi segera

Lantaran kemunculan ramai pakar ekonomi mi segera yang tidak memahami cara mengira harga petrol, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini melalui laman Facebooknya menjelaskan perkara itu.

Khairy berkata, ramai pengguna laman Facebook yang hanya tahu berkongsi sesuatu perkara terutamanya mengenai teori kenaikan harga minyak ini tanpa mengambil kira fakta dan kesahihan maklumat tersebut.

“Contoh pakar mi segera seperti gambar di bawah. Dengan penuh keyakinan beliau kata "ini fakta..." Saya juga yakin ramai yang membaca post tersebut dan terus share secara membuta tuli tanpa sebarang usul periksa. "Mesti mamat ni betul." "Logik juga dia tulis."

“Apa yang beliau tulis itu salah sebab harga minyak dunia itu yang diambil sebagai contoh adalah harga minyak mentah. Untuk pengetahuan semua, petrol yang kita guna untuk kenderaan kita bukan minyak mentah. Itu minyak yang sudah diproses, ditapis, diangkut, diedar, diniaga dan lain-lain.,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, fakta yang dibawa oleh ‘pakar ekonomi’ itu adalah tidak betul.

“Kalau beliau konfiden dengan 'fakta' beliau, saya sarankan beliau mengisi kenderaannya dengan minyak mentah. Tengok jauh mana boleh jalan.

"Mungkin di sini ada yang nak tulis, "OK lah KJ. Jangan sembang je bro. Tunjuk lah cara nak kira petrol ni." katanya lagi .

Untuk itu Khairy berkata, harga petrol di Malaysia dikira mengikut formula yang dikenali sebagai Automatic Pricing Mechanism atau APM dan beliau menunjukkan cara pengiraannya.

Untuk menguatkan lagi hujahnya Khairy berkata ‘pakar ekonomi’ atau mana-mana pihak boleh merujuk penjelasan yang sama dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Kita guna formula di atas, purata harga MOPS untuk RON95 dari 1 hingga 19 November adalah 195.15 sen. Campur dengan kos lain diatas = 226.88 sen atau kurang lebih RM2.27. Maksudnya, bila kita apungkan harga petrol pada 1 Disember dan tren penurunan harga pasaran minyak berterusan, ada kemungkinan besar harga petrol RON95 turun. Subsidi dijimat, harga pun boleh turun.

“Kesimpulannya, semak semua 'fakta' dulu. Jangan cepat share. Think first,” tulisnya.


* habis tu Negara yang harga minyaknya kurang dari RM2 tu macam mana kira ye?


more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Piala AFF Suzuki: Harimau Malaya gagal mengaum!

Harimau Malaya sekadar memperoleh satu mata pada aksi pertama kumpulan B, Piala AFF Suzuki selepas terikat 0-0 dengan Myanmar, sebentar tadi.

Beraksi dengan 10 pemain selepas Gary Steven Robbat dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke-33, Skuad kendalian Dollah Salleh itu terpaksa bertungkus lumus mengekang asakan bertubi Myanmar.

Amri Yahyah membuka peluang pertama buat negara untuk mencipta jaringan pada minit ke-41 menerusi sepakan percuma, namun berjaya dipatahkan penjaga gol Myanmar, Thu.

PEMAIN Malaysia, Gary Steven Robert dilayangkan kad merah oleh pengadil selepas menjatuhkan pemain Myanmar pada perlawanan di Stadium Jalan Besar, Singapura hari ini.

Thu sekali lagi beraksi cemerlang pada minit akhir perlawanan separuh masa pertama selepas berjaya menepis keluar bola hasil sepakan percuma oleh Mahali Jasuli.

Minit ke-66, penjaga gol negara, Khairul Fahmi pula berjaya menepis kemas bola hasil rembatan jarak dekat penyerang lawan sekali gus menyelamatkan gawang gol negara daripada dibolosi.

Malaysia akan meneruskan aksi peringkat kumpulan B, selepas ini bertemu Thailand, pada Rabu serta Singapura, Sabtu ini.

Sabtu, 22 November 2014

Kekasih tengok jer makwe dia kena rogol beramai-ramai

Bengang ditumbuk sehingga hidung berdarah, seorang lelaki bersama empat lagi rakannya bertindak merogol seorang gadis berusia 16 tahun secara bergilir-gilir dalam kejadian 12 November lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, gadis terbabit dirogol bergilir-gilir selepas menumbuk muka seorang lelaki yang juga kenalan kepada teman lelakinya selepas lelaki itu meraba badannya.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa dikatakan mengikuti teman lelakinya seorang warga Myanmar yang dikenali sebagai Mohd Hisham keluar makan di Kampung Sri Aman.

“Ketika dalam perjalanan pulang mereka pulang ke rumah, mereka diekori oleh lima suspek menaiki tiga motosikal sebelum terserempak dengan kereta peronda polis yang cuba menahan mereka.

“Ketika cuba ditahan, mereka berjaya meloloskan diri daripada ditahan kereta peronda polis dan sampai ke lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Yahaya berkata, ketika di tempat kejadian, mangsa diraba menyebabkan mangsa berang dan bertindak menumbuk muka sehingga hidung suspek berdarah.

“Akibatnya, hidung suspek berdarah dan marah lalu merogol mangsa secara bergilir-gilir.

“Teman lelaki mangsa tidak berani untuk membantu disebabkan takut kerana suspek ramai,” katanya.

Sehari selepas kejadian itu, remaja berkenaan memaklumkan kejadian tersebut kepada ibunya, dan bertindak membuat laporan polis.

* yang gatal keluar malam .. mak bapak pi mana?

update more ..


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Mana satu korang nak?

Mana satu yang kau orang nak?

subsidi minyak atau harga ikut pasaran?

Bila kerajaan tarik subsidi, harga ikut pasaran.

Bila harga bersubsidi, harga murah pun tetap sama.

Mana satu kalian nak?

Kerajaan kata harga minyak ikut pasaran mulai 1 Disember. Kalau harga naik, apa cerita? Jaminan?

Aku nak ;

harga minyak ikut harga pasaran dan juga susidi minyak.


update more ..


# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Polis, tentera gempur Cameron Highlands

SERDANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menggerakkan anggota ke Cameron Highlands untuk menggempur kegiatan pembukaan
tanah secara haram di situ pada waktu malam, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, langkah itu diambil susulan perbincangannya dengan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, berdasarkan laporan bahawa kegiatan itu sering
dilakukan oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) pada waktu malam.

"Saya sudah mengarahkan Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) dan Panglima Angkatan Tentera (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain) untuk menghantar
anggota masing-masing supaya pada waktu malam kita akan membuat rondaan yang lebih menyeluruh dan kalau ada kegiatan yang menyalahi undang-undang kita
akan ambil tindakan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2014, di Taman Ekspo Pertanian
Malaysia Serdang (Maeps), di sini hari ini.

Berhubung kebanjiran PATI di kawasan tanah tinggi itu, beliau berkata, penguatkuasaan lebih tegas dan berkesan akan dijalankan melalui kerjasama antara
kerajaan negeri Pahang dan Kerajaan Pusat.

Najib berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Banjir Kilat di Cameron Highlands akan
melawat kawasan tanah tinggi itu Isnin ini bersama-sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

"Saya berharap hasil lawatan dan perbincangan bersama itu, kita akan membuat tindakan yang lebih berkesan dan kelemahan-kelemahan dari segi penguatkuasaan
selama ini akan berubah kepada satu bentuk penguatkuasaan lebih serius dan berkesan lagi," katanya.

Kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands pada 5 November lepas, mengakibatkan lima
kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet.

- BERNAMA


update more ..


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Jumaat, 21 November 2014

Hakim syarie yang kantoi kahlwat dulu kini dibebaskan dari tuduhan

"Pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti atau dokumen bertulis berhubung fakta berlakunya pemalsuan tarikh pernikahan oleh kedua-dua tertuduh.

GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, di sini, membebaskan seorang hakim syarie di negeri ini dan pasangannya daripada tuduhan ditangkap khalwat,
empat tahun lalu.

Hakim Syarie, Zaim Mat Yudin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes berkenaan.

"Pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti atau dokumen bertulis berhubung fakta berlakunya pemalsuan tarikh pernikahan oleh kedua-dua tertuduh.

"Berdasarkan alasan penghakiman yang dinyatakan, keraguan berjaya ditimbulkan oleh pihak pembelaan. Justeru, mahkamah membebaskan kedua-dua tertuduh dan
wang jaminan akan dikembalikan," katanya.

Adam Tumiran, 47, dan Nurul Izani Md Isa, 37, didakwa berkhalwat di sebuah kuarters kerajaan negeri di Jalan Masjid Negeri, di sini, kira-kira jam 2 pagi
pada 5 Disember 2010.

Pasangan itu berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Peguam Syarie, Ahmad Munawir Abdul Aziz, Rosdee Razak dan Wan Faridulhadi Md Yusof mewakili pasangan berkenaan, manakala pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa
Raya Syarie, Mohd Najmuddin Mustafa dan Mohd Fahmi Mohd Idris.

Bersetubuh dengan dua isteri serentak

Soalan;

Apakah hukum seseorang suami apabila dia bersama dengan kedua isterinya dalam satu masa. Adakah isteri-isterinya juga menanggung dosa sekiranya berdosa. Adakah isteri-isterinya berhak untuk menolok ajakkan suaminya itu.

Demangz :Tapi istri kan harus taat pd suami….disini yg salah bagi saya ialah perkara tersebut terkeluar dijadikan bahan bahas…..perkara ini adalah rahsia suami istri….

Jawapan :

HARAM

Assalammualaikum,

tapi saudara harus memikirkan soal ini begini,hukum Allah dan hukum suami mana yang lebih benar? siapa yang lebih berhak ditaati Allah atau suami? sesungguhnya tiada taat yang membuta tuli dalam Islam,taat dalam Islam itu tidak akan menganiayai mana mana pihak dan taat dalam Islam pasti menuntut ketaatan yang mutlak kepada Allah kerana Allah pembela sekelian makhluk dan Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.Suami dalam menuntut ketaatan isterinya perlu memenuhi ketaatannya kepada Allah.Allah menuntut ketaatan kedua dua pihak dalam segala hal lalu memberikan keadilan dan manfaat kepada keduanya,sesungguhnya Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana.Lihatlah Al-Quran dan Hadis berbicara menuntut keadilan dari segala hal,menjadi undang-undang dan pelindung kepada mereka mereka yang taat kepada Allah. :

“Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, maka
datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah kabar gembira orang-orang yang beriman.” (Al-Baqarah: 223)

tujuan bersutubuh dalam Islam bukan hanya semata mata memuaskan nafsu syahwat,tujuan utama adalah untuk mengembangkan Ummat Nabi Muhammad S.A.W, melahirkan anak,bersetubuh bagi yang telah berakad nikah dalam Islam adalah satu ibadah,Jadi ibadah itu tidak akan sia siakan mana mana pihak,jelas ayat ini menuntut para suami menyetubuhi isterinya dengan mendatangkan manfaat iaitu keturunan dan ayat ini menjelaskan lagi bahawa hanya rahim yang boleh memberi manfaat ini.walaupun ayat ini mengatakan bagaimana saja kamu kehendaki,Allah juga menuntut amal yang baik dan takwa.

Ini dikuatkan lagi dengan hadis ini selepas turun ayat Al-Baqarah: 223 di atas,

Nabi Muhammad S.A.W berkata kepada Umar : boleh kamu bersetubuh dari depan dan boleh juga dari belakang, tetapi hindari di waktu haidh dan dubur.; (Riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Sallam bersabda (yang artinya):

“Allah tidak memandang seseorang laki-laki yang melakukan anal seks baik dengan laki-laki atau pun perempuan.” (HR. at-Tirmidzi, an-Nasa’i, Ibnu Hibban; dikatakan oleh at-Tirmidzi: “Hasan gharib”, dishahihkan oleh Ibnu Hazm)





saudara Demangz yang memberi pendapat sebenarnya telah menjawab soalan saudara sendiri,sudah tentu akan menjadi perbualan dan bahan bahas diantara kedua mereka,kerana fitrah wanita nafsunya tinggi,cemburu dan malu,apabila 3 orang ia tidak menjadi rahsia dan hubungan privasi yang suci untuk dua individu,ini kerana masing masing telah mendedahkan aurat sesama mereka,sesama wanita juga mempunyai aurat dan batas batas pergaulan dalam Islam,aurat isteri hanya untuk suami,bukan untuk isteri-isterinya.maka dari segi aurat saja ia sudah bercanggah dengan hukum Islam,Islam itu agama yang beretika dalam segala hal,agama yang menghapuskan kebatilan dan memberi manfaat dari segala segi,Islam memberikan penyelesaian kepada semua permasalahan insan,lihatlah islam berbicara dari sudut psychology dan kesihatan apabila melarang dan membenarkan sesuatu perkara,banyak kajian yang telah membuktikan jika islam mengharamkan sesuatu perkara pasti kerana perkara itu memudaratkan insan,contohnya seperti AIDS,penyakit kelamin,penderaan seksual dan sebagainya. Islam membuktikan keadilanNya dengan memberikan hak kepada suami untuk berpoligami dalam masa yang sama memberikan hak kepada isteri dengan menuntut keadilan dan kemampuan suami.Agama Allah ini amat mementingkan kebersihan juga sangat tinggi adabnya bagi memelihara akhlak setiap insan oleh itu Islam menjadi agama yang sempurna kepada insan.

pendapat dan hujah saya berdasarkan hadis ini :

Rasulullah SAW bersabda:
عنِ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
((لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ، وَلَا الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ، وَلَا يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ، وَلَا تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ)) [صحيح مسلم]

Maksudnya: “Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian.” [HR Muslim].



Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat”. (HR Al-Bazar dan At-Tirmizi).

Wallahua’alam..



Slave Of Allah,

Mohd Fhazal Aznan



*Betulkan kalau saya silap ya,sertakan dengan hadis-hadis yang sahih bagi menguatkan hujah dan mejadi manfaat bersama,keluasan fiqh,pendapat mazhab dialu-alukan sertakan rujukan kitab dan para Imam yang memberikan hujah berdasarkan sunnah dan hadis Nabi Muhammad S.A.W.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Khamis, 20 November 2014

Tak boleh saman Najib, Rosmah

Balu kepada mendiang P Balasubramaniam tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor tanpa surat pendadbiran, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu.

“Harus ada pemeteraian arahan daripada mahkamah sebelum beliau memfailkan prosiding undang-undang,” kata peguam Hafarizam Harun, yang mewakili Najib dan Rosmah.

Tiada surat pentadbiran daripada plaintif pertama AS Selvi, yang memfailkan saman RM1.9 juta atas kapasiti peribadi dan balu yang sah kepada Balasubramaniam, katanya.

Hafarizam berkata, timbul keraguan sama ada Selvi boleh bertindak bagi pihak Bala, atau sama ada beliau boleh bertindak sendiri atas kapasiti peribadi.

Plaintif mendakwa terdapat konspirasi yang memaksa suami dan keluarganya membuang diri di luar negara, tetapi, jika ia benar-benar wujud, ia hanya melibatkan Bala dan bukan Selvi.

“Jika terdapat persetujuan untuk konspirasi... ia tidak dirancang untuk plaintif, dan memberikan kesan buruk kepada dia (Selvi),” katanya semasa penghujahan untuk mengetepikan perbicaraan itu.

Mahkamah menetapkan 11 Disember untuk menyampaikan keputusan.

Najib jangan terkejut kalau ada rakyat yang pergi kerja pakai seluar dalam berlubang

pen buruk online ™ menconteng ...

ahaha ... sekarang kerajaan sahaja yang menafikan harga barangan di pasaran akan naik. Kalau naik pun kata UMNO, naik sikit sahaja.

Tak kisahlah naik banyak ke naik sikit ke, yang betulnya tetap naik.

Bila naik kuasa membeli pun kurang, gaji tahap tu jugak, kalau naik gaji tahunan pun berapa sen sangat. Maka cananglah seluruh pelusuk bumi Malaysia, BR1M .. BR1M ... kerajaan prihatin, kerajaan utamakan rakyat.

Eh terkenang pula slogan yang semakin dilupakan ..

'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'

Sekarang berbunyi saban hari, 'amaran' dari pembekal dan pengilang bahawa mereka kata arga barang akan naik. Cuma belum ada kenyataan rasmi dari pembekal dan pengilang seluar dalam.

Tapi logiknya, kalau dah semua material naik, harga seluar dalam pun naik. Najib jangan terkejut kalau ada yang pergi kerja pakai seluar dalam lama yang berlubang ...

hmm, berita sisipan yang ada kena mengena dengan tajuk ..


PELAKSANAAN cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April tahun depan akan memberi kesan kepada kenaikan harga telefon pintar.

Ketua Komputer Riba Mudah Alih dan Pengendalian Pintar, Acer Sales and Services Sdn Bhd, Johnson Seet berkata, bagi peringkat awal pelaksanaan GST akan dapat dilihat kenaikan harga peranti mudah alih sebanyak enam peratus.

"Bagaimanapun, kenaikan itu bergantung kepada harga pesaing peranti dan telefon mudah alih dalam pasaran.

"Setakat ini, kami masih menawarkan harga telefon pintar yang berpatutan dengan pengenalan tiga lagi model baharu hari ini (semalam)," katanya selepas pelancaran tiga model telefon pintar Acer di Kuala Lumpur, semalam.

Acer Malaysia memperkenalkan Acer Liquid X1, Liquid Jade dan Liquid Z500 yang disasarkan kepada golongan pelajar, warga asing dan generasi muda.

Menurutnya, ketiga-tiga model itu didatangkan dengan penambahbaikan terkini dan menggunakan pemprosesan Android KitKat 4.4.

Katanya, ketiga-tiga model itu telah diperkenalkan di Taiwan pada awal tahun ini dan menerima maklum balas yang positif berhubung ciri-ciri baharu dan reka bentuk yang menarik.

Menerusi pengenalan tiga model baharu itu, Acer Malaysia turut menyasarkan peningkatan 10 peratus jualan daripada penguasaan pasaran Acer menjelang 2015.

Acer Liquid X1, Liquid Jade dan Liquid Z500 boleh didapati di semua pengedar sah Acer di seluruh negara pada harga RM999,799 dan RM499.

DAP boleh keluar PR

"Saya tidak faham mengapa masih ada kenyataan buruk mengenai Pas selepas selesai kemelut Menteri Besar Selangor.

SHAH ALAM - Mana-mana parti dalam PR boleh mengundur diri jika tidak boleh menerima kelebihan dan kekurangan parti lain, kata Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata demikian apabila DAP masih tidak henti-henti mengeluarkan kenyataan mengenai Pas walaupun merasakan segala kemelut dalam PR sudah berakhir.

"Saya tidak faham mengapa masih ada kenyataan buruk mengenai Pas selepas selesai kemelut Menteri Besar Selangor.

"Jika DAP rasa tidak boleh sejalan lagi dengan kami, mereka boleh ambil langkah undur diri. Ini kerana dalam PR hanya ada borang masuk, tiada borang keluar. Jadi jika DAP rasa ada yang tidak kena pada Pas, mereka undurlah diri dan biarkan Pas bersama PKR meneruskan perjuangan politik kami," katanya, semalam.

Beliau berkata, apabila ada kenyataan yang dibuat, seolah-olah tuduhan atau berprasangka buruk, sudah tentu ia menjadi tanda tanya mengenai perkara yang dibangkitkan.

"Kalau ada rasa tidak puas hati, seharusnya perlu menggunakan saluran yang betul. Saya salah seorang ahli jawatankuasa pimpinan tertinggi parti. Jadi, kalau ada yang tidak puas hati, boleh bawa dalam mesyuarat atau panggil sahaja untuk bincang dari hati ke hati.

"Bercerita kepada umum bukan cara terbaik, malah boleh menimbulkan lebih banyak konflik. Seperti saya katakan, jika ada yang rasa tidak boleh duduk dalam PR, mereka boleh tarik diri. Dalam PR tiada tiket keluar, ada tiket masuk sahaja. Jadi kenalah undur diri," katanya.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




NGO 'haram' Sarawak mahu saman Zahid

Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA) yang diharamkan kerajaan bercadang menyaman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi kerana membatalkan pendaftaran pertubuhannya.

NGO berusia setahun itu memberitahu hasrat itu Malaysiakini semalam selepas menerima arahan pembatalan pendaftaran daripada Pendaftar Pertubuhan Sarawak.

Presiden SAPA Lina Soo (kiri), yang dipanggil pendaftar untuk mengambil salinan pewartawaan itu, berkata mereka sedang berunding dengan peguam untuk menyaman menteri kerana menandatangani arahan pembatalan pendaftarannya bawah Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966.

“Tiada sebab diberikan. Tiada surat tunjuk sebab diberikan kepada kami. Kami sungguh terkejut dengan tindakan menteri itu,” katanya.

Lina mendakwa Zahid bertindak sewenang-wenangnya dan tidak demokratik melalui tandatangan untuk pembatalan SAPA, yang diwartakan pada 14 November.

Didaftarkan pada November tahun lalu, SAPA hanya mempunyai 11 anggota yang kebanyakannya pesara kerajaan.

“Bagaimana 11 orang kami boleh ancam keselamatan? Kamu buat lawak ke?” kata Soo.

SAPA pernah menganjurkan forum dan program berkaitan isu-isu keadilan, kesetaraan dan kehidupan lebih baik di Sarawak.

Difahamkan bahawa pembatalan pendaftaran SAPA mempunyai kaitan dengan usahanya menganjurkan kutipan tandatangan 'petisyen rakyat' untuk dihantar kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Petisyen itu menggesa diadakan penilaian semula kedudukan Sarawak dalam Malaysia dan menegaskan hak rakyat untuk menentukan kehidupan mereka sendiri, seperti termaktub dalam Piagam PBB.

Bekerjasama dengan NGO Sabah, United Borneo Front (UBF), inisiatif itu bertujuan mengutip 300,000 tandatangan untuk petisyen itu dalam tempoh enam bulan akan datang.

Kempen yang bermula pada Ogos lalu itu menarik sokongan sejumlah parti dan ahli politik, terutamanya daripada Sabah.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 15 November mengisytiharkan SAPA sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang kerana menjalankan kegiatan memudaratkan kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam.

Berikutan pengisytiharan itu, semua pihak dilarang menggunakan semula nama, lambang atau logo SAPA sebagai pertubuhan dan segala akaun, aset dan harta SAPA diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Gila! ujian lulus selaput dara baru boleh jadi polis wanita!!

Macam–macam yer ragam zaman maju ini.. Nak masuk unit beruniform pun kena buat perbagai jenis ujian.. Di Indonesia, sesiapa yang ingin menyertai pasukan keselamatan diwajibkan melakukan ujian dara.. Nasib baik bukan di Malaysia kan.. Pelik sungguh syarat yang diberikan kerajaan itu..

Namun begitu, aktivis Pertubuhan Human Rights Watch (HRW) semalam mendesak pihak polis Indonesia menamatkan amalan buruk dan gaya ‘diskriminasi’ itu. Sebelum ini, dikatakan hanya wanita berdara sahaja dibenarkan menganggotai pasukan keselamatan.

Ujian pengesanan dara dilakukan dengan memasukkan dua jari .Ujian itu dilaksanakan oleh doktor yang dipertanggungjawabkan. . Bagaimanapun ia dianggap kuno dan tidak masuk akal. Disamping itu, rata-rata kaum wanita di Indonesia mengatakan ia seolah-olah menjatuhkan maruah mereka.

“Sangat menyakitkan.. Sememang nya kami mempunyai dara, tetapi apabila mereka masukkan jari mereka, pastinya akan sakit,” ujar salah seorang wanita kepada media.

Pelik kan ujian macam ni.. Pertama kali dengar juga…Harap-harap permohonan hapuskan ujian ini bakal diluluskan… Kasihan pada wanita-wanita yang masih suci lagi kan… Apa la nak jadi pada masa sekarang… -MiraAzhar/Utaranews.com



more updates ...

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




POCONG TUNJUK RUPA DAN MENGGANAS DI TELUK INTAN

Penduduk Kampung Tersusun Balun Bidai di Teluk Intan, Perak tidak berani lagi untuk keluar rumah pada waktu malam selepas beberapa penduduk kampung mendakwa telah terserempak dengan pocong yang melompat-lompat atau bergolek pada larut malam.

Seorang penduduk berumur 22 tahun memberitahu kepada media, dia terserempak dengan pocong ketika mahu ke tandas di belakang kedai pada pukul 2.30 pagi pada suatu hari.

“Pocong itu turut mengeluarkan kepala dan matanya yang kemerahan, ia memang menakutkan.

Pada masa itu terdapat beberapa pelanggan dalam kedai, saya segera menutup kedai dan meninggalkan kedai bersama dengan mereka,” katanya.

Seorang lagi penduduk berumur 25 tahun memberitahu bahawa dirinya terserempak dengan pocong ketika menunggang motosikal secara berseorangan pada kira-kira pukul 9 malam.

“Pocong tersebut melompat ke arah saya dan saya pula memecut meninggalkan tempat itu,” katanya.

Namun, ketua kampung enggan mengesahkan mengenai kejadian pocong bergolek yang menjadi perbualan hangat penduduk kampung tetapi satu pasukan rondaan telah ditubuhkan bagi menenteramkan penduduk kampung.

hmm .. macam - macam



more updates ...

# sila like "kami undi pakatan rakyat"






more updates ...

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




MP BN dedah astro menipu

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen BN-Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mendakwa saluran televisyen berbayar, Astro telah menipu kerajaan dan rakyat dengan menyiarkan iklan.

Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap stesen televisyen berbayar itu.

“Berdasarkan perjanjian, Astro tidak boleh menyiarkan iklan sebab ianya TV berbayar. (Ini) kalah TV3 (banyak iklan), kita tak nampak mereka dibawa ke mahkamah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat.

Memetik laporan BNBBC, Bung berkata, Astro mengutip iklan berbillion ringgit tetapi rakyat dan kerajaan ditipu dan menggesa, “Tutup sahaja Astro ini sebab tidak menguntungkan (rakyat dan kerajaan).”

Terdahulu, beliau mengecam tindakan syarikat tersebut menaikkan bayaran RM5 baru-baru ini namun mutu perkhidmatan masih tidak baik selain mengulang siar program sama dan lama.

Kecaman Bung Moktar terhadap Astro turut mengundang usikan daripada Timbalan Speaker Ismail Mohamad Said yang mengusik: “Kinabatangan (Bung Moktar) tak bimbang kalau ada pelakon yang tak dibenarkan masuk Astro.”

Usikan itu merujuk kepada isteri Bung Moktar, Zizie Ezette merupakan pelakon dan terdapat dramanya turut disiarkan di stesyen tersebut.

Usikan Ismail itu menyebabkan ahli-ahli parlimen turut gelak tetapi turut dijawab sambil gelak oleh Bung Moktar, katanya “rezeki ada di mana-mana”

Sementara itu, ketika menjawab persoalan berkaitan Astro, Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, iklan yang disiarkan hanya 10 minit untuk setiap sejam dan iklan merupakan satu yang universal bagi stesyen televisyen berbayar.

* hebat sungguh astro ni, pak Menteri bermatian-matian membela. ada apa astro dengan UMNO?