Isnin, 30 Jun 2014

Isteri curang mengaku status janda ketika dicekup khalwat

ALOR GAJAH - Seorang wanita sanggup mengaku janda dan tunangan kepada lelaki yang dicekup bersamanya ketika Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) membuat serbuan di sebuah hotel bajet, di Rembia di sini, kelmarin.

Ketua Penguatkuasanya, Rahimin Bani berkata, wanita berusia 33 tahun dan pasangan mudanya berusia 26 tahun itu ditahan ketika serbuan kira-kira jam 11 pagi.

“Wanita itu ditemui berdua-duaan di dalam salah satu bilik di hotel berkenaan selepas pintu dibuka lelaki kira-kira 20 minit diarahkan berbuat demikian.

“Mereka yang berpakaian lengkap mengaku sudab bertunang ketika disoal mengenai status dan hubungan antara mereka," katanya di sini, semalam.

Rahimin berkata, rahsia wanita tersebut isteri orang hanya terbongkar apabila suaminya sendiri datang ke pejabat penguatkuasa Jaim di Bukit Palah, malam kelmarin.

“Suaminya seorang tentera dan mereka yang mempunyai dua anak kini menetap di negeri ini datang ke pejabat kira-kira jam 11 malam.

“Maklumat lelaki berkenaan diambil bagi membantu siasatan terhadap isterinya yang ditangkap berkhalwat dengan pasangan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991,” katanya.

Seramai tiga pegawai dan dua anggota polis terlibat dalam pemeriksaan terhadap wanita yang berasal daripada Negeri Sembilan dan pasangannya yang berniaga sendiri, berasal dari Kelantan.

sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Ahad, 29 Jun 2014

Piala Dunia 2014: (Video) Brazil nyaris tersingkir sebelum nasib menyebelahi melalui penentuan penalti

BRAZIL 1
(David Luiz, m-18)

CHILE 1(Alexis Sanchez, m-32)



(Brazil layak sepakan penalti 3-2 selepas masa tambahan)

BELO HORIZONTE: Brazil menewaskan Chile 3-2 menerusi sepakan penalti untuk layak ke suku akhir Piala Dunia dalam satu perlawanan penuh dramatik di Stadium Mineirao, di sini, sebentar tadi.

Pemain Chile, Gonzalo Jara terlepas sepakan penting selepas Neymar menyempurnakan untuk Brazil.
Brazil mendahului pada minit ke-18 selepas Thiago Silva menanduk bola Neymar hasil sepakan sudut sebelum disudahkan baik oleh David Luiz walau pun ulang tayang menunjukkan pemain pertahanan Chile, Jara membuat sentuhan terakhir.

Chile kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-32 menerusi Alexis Sanchez yang menewaskan penjaga gol Brazil, Julio Cesar dari jarak dekat.

Brazil turut kecewa selepas gol Hulk dibatalkan selepas didakwa dia mengawal bola dengan lengan.

Tuan tumah mendominasi babak kedua dan masa tambahan namun Chile nyaris tampil menjaringkan gol kemenangan apabila rembatan padu Mauricio Pinilla terkena palang pada minit-minit terakhir permainan.

Brazil yang menewaskan Chile 3-0 pada peringkat sama Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan akan berdepan Colombia atau Uruguay dalam suku akhir. - Reuters

sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Sabtu, 28 Jun 2014

Penggunaan elektrik paling tinggi dalam sejarah pada 28 Mei lalu - TNB

KUALA LUMPUR: Penggunaan tenaga elektrik paling tinggi dalam sejarah negara dicatat pada 28 Mei lepas berikutan cuaca panas dan kering, demikian menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pengurus Besar (Komunikasi Korporat) TNB Omar Sidek berkata Malaysia merekodkan penggunaan elektrik sebanyak 16,583 MW pada tarikh berkenaan.

Penggunaan tenaga elektrik kini berada pada tahap puncak antara pukul 2 hingga 5 petang setiap hari, menurutnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

"Bahang El Nino telah pun dirasai dengan cuaca panas melampau dan kurangnya taburan hujan pada masa ini, dan sudah pasti ia akan menyebabkan penggunaan elektrik yang lebih," katanya.

Beliau berkata untuk itu, orang ramai perlu mengamalkan langkah kecekapan tenaga yang dapat mengurangkan beban elektrik.

"Berdasarkan pengalaman El Nino pada tahun 2009, beban elektrik meningkat dua peratus daripada ramalan. Oleh itu, El Nino dijangka meningkatkan penggunaan elektrik pada bulan-bulan yang akan datang," kata Omar.

Malah fenomena El Nino pada masa itu menyebabkan penurunan tahap air serta menyekat kuasa hidro daripada digunakan secara sepenuhnya berbanding janakuasa gas dan arang batu, katanya.

Beliau menjangkakan penggunaan elektrik terus meningkat semasa El Nino berikutan cuaca panas terik menyebabkan penggunaan pendingin hawa dan kipas secara ekstrem di kilang-kilang, premis perniagaan, pejabat dan kawasan kediaman.

Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk melaraskan suhu sustem pendingin hawa di antara 23 ke 25 darjah Celsius, menggosok pakaian pada waktu malam, memasak air atau menggunakan mesin basuh di luar waktu puncak, katanya.

Beliau juga berkata industri yang menggunakan elektrik secara besar-besaran, seperti kilang keluli dan simen, dinasihatkan supaya beroperasi di waktu malam.

Omar juga menasihatkan pengguna pendingin hawa supaya sentiasa menukar serta membersihkan penapisnya dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit berkenaan kerana penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapannya.

Alat itu perlu diselenggara secara kerap kerana ia boleh membantu pendingin hawa beroperasi secara optimum dan menggunakan kipas selepas suhu bilik mencecah tahap selesa, katanya.

Beliau berkata orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut berhubung cara-cara menjimatkan pengunaan tenaga elektrik di www.tnb.com.my.


p/s:

Omar dan TNB lupa satu perkara yakni bagaimana nak bantu rakyat dalam krisis begini dengan mengurangkan harga dan beban pengguna. Dah la untung banyak, terus menerus nak naik harga elektrik.

Anggota RELA didakwa rogol anak sendiri

KOTA BHARU 26 Jun - Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang memiliki sembilan anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol anaknya yang berusia 16 tahun, bulan lalu.

Tertuduh berumur 44 tahun itu didakwa memperkosa mangsa di sebuah rumah di Kampung Cina, di sini pada pukul 4 pagi sekitar Mei lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan di hadapan Hakim Mohd. Yusoff Yunus mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan tidak kurang daripada 10 kali.

Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Azhari yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh.

Lelaki itu yang tidak diwakili peguam bela pula memohon diberikan jaminan dengan alasan dia merupakan penanggung tunggal dalam keluarga.

"Saya meminta jaminan memandangkan isteri saya tidak bekerja, anak sembilan orang dan semua masih bersekolah. Saya menanggung nafkah mereka semua," katanya.


sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Kes culik dan ambil organ dalam kanak-kanak berlaku di Mentakab?

TEMERLOH - Polis menafikan berlaku kejadian culik didalangi kumpulan penculik yang mengambil organ dalaman kanak-kanak di sebuah pasar raya di Mentakab seperti yang tersebar dalam WhatsApp sejak dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, orang ramai dinasihati tidak mudah percaya dengan laporan terbabit dan ditegah menyebarkan maklumat palsu tersebut.

Menurutnya, sehingga semalam polis tidak menerima sebarang laporan tersebut seperti yang didakwa berlaku di Mentakab.

“Setakat ini memang tidak ada laporan kejadian ini walau bagaimanapun kita nasihatkan orang ramai khususnya ibu bapa supaya sentiasa berhati-hati dan mengawal pergerakan anak mereka,” katanya.

Anuar berkata, orang ramai juga dinasihati tidak mudah percaya dengan maklumat dari media sosial selagi ia belum disahkan polis.

Sejak dua hari lalu, tersebar teks melalui WhatsApp yang meminta orang ramai berjaga-jaga apabila berlaku kejadian cubaan culik seorang kanak-kanak di sebuah pasar raya di Mentakab.

Teks tersebut menyatakan berlaku kejadian culik ketika sebuah keluarga kehilangan anak semasa sibuk memilih bawang.

Seorang lelaki India menolak keluar troli yang dinaiki anak pelanggan terbabit tetapi saya empat disedari ibu bapanya yang bertindak pantas menyelamatkan anak mereka.

sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"











Tarif Elektrik Naik Bermula Bulan Depan - Julai 2014

Agensi tenaga elektrik, MyPower Corp Bhd menjangka kenaikan tarif elektrik bermula bulan depan, enam bulan selepas Putrajaya mengumumkan tarif elektrik baru Januari lalu.

MyPower berkata, kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan memandangkan peningkatan harga gas antarabangsa.

"MyPower menyatakan mereka mencadangkan Kabinet kekal dengan mekanisma Pelaksanaan Pelepasan Kos Bahan Api (FCPT), di mana tarif akan diselarikan berdasarkan harga gas antarabangsa setiap enam bulan.

"Penyelarian pertama dijangka bulan depan yang akan menyebabkan tarif elektrik naik kerana harga domestik gas rendah daripada antarabangsa," kata MyPower yang dipetik daripada The Star hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (EC) dan juga penasihat MyPower, Datuk Abdul Razak Abdul Majid bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah kenaikan yang bakal diumumkan kerajaan.

"Apa yang boleh saya beritahu ialah harga cecair gas asli (LNG) naik. Terdapat kuantum yang naik dan turun," katanya.

Sementara itu, Pegawai Kanan MyPower Azimah Abdul Aziz berkata antara Januari hingga Jun, harga LNG naik kepada 10%-25% tetapi harga batu arang turun 10%-15% antara tempoh tersebut.

Bagaimanapun, Azimah berkata kenaikan tarif perlu dijalankan untuk merapatkan jurang antara kos sebenar janakuasa tenaga dengan tarif yang disubsidikan ketika ini.

"Kos sebenar kuasa tanpa subsidi sekitar 42 sen per kWh seperti dicadangkan ke atas tarif semasa 38.53 sen per kWh.

"Memandangkan kos minyak dijangka naik, jurang antara kos sebenar dan tarif semasa dijangka akan melebar," kata Azimah.

Azimah berkata, sekiranya tarif semasa dikekalkan, jumlah subsidi yang perlu ditanggung kerajaan akan mencapai antara RM12 bilion hingga RM14 bilion bagi tahun ini saja.

Semakan terakhir tarif elektrik dijalankan pada Januari lalu yang menyaksikan peningkatan 15% kepada 38.53 sen per kilowatt-jam (kWh). – TMI -
Malas aku nak cakap.

Penat. Aku dah boring asyik ulang2 taip benda yang sama. Perkara yang sama. Bercakap hal yang sama. Bukannya puak2 UMNO tue nak faham. Nak cuba untuk faham pun dorang takan buat. Dok puja sangat setiap tindakan2 kerajaan mesti betul.

Nah. Amek la kenaikan ini. Mampos la kita semua bersama2.

sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Ancaman keselamatan jenis apa kalau perjanjian UITM - kroni UMNO didedahkan kepada umum?

KUALA LUMPUR 27 JUN: Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli menggesa supaya perjanjian konsesi Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang melibatkan berbilion ringgit didedahkan kepada umum.

Ia katanya, ekoran kenyataan Timbalan Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau tidak memahami konsep penswastaan atau ‘Private Finance Initiatives (PFI)’ yang didakwa memberi kebaikan kepada universiti itu.

Rafizi (2)Menafikan beliau menentang kaedah PFI, Rafizi berkata beliau mempertikaikan beberapa perkara dalam pemberian konsesi berkenaan seperti pemberian tender runding terus yang dilihat hanya menguntungkan syarikat konsesi.

“Kenapa penswastaan ini dibuat tanpa tender terbuka dan secara rundingan terus sehingga kesemua keenam-enam kampus UiTM diswastakan kepada syarikat milik pimpinan Umno dan kemudian melantik subkontraktor untuk mengendalikan projek?

“Kenapa sewa dan bayaran tahunan yang ditanggung UiTM ini sehingga lima kali ganda lebih mahal daripada kos membina sendiri UiTM ini? Berapa margin keuntungan diberikan kepada syarikat pemegang konsesi?” soalnya.

Menurutnya, jika perjanjian itu didedahkan, rakyat boleh memastikan tiada unsur keuntungan berlipat kali ganda diberi kepada pemegang konsesi sepertimana penswastaan air dan lebuh raya.

“Oleh itu saya menyeru supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan perjanjian konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM ini kepada umum.

“Jika Muhyiddin tidak bersedia mendedahkan perjanjian konsesi itu, sampai bila-bila saya dan rakyat tidak akan faham kenapa kerajaan mengikat perjanjian yang kosnya nanti akan membebankan UiTM, sedangkan ia lebih murah untuk membina sendiri kampus-kampus itu,” ujarnya.

sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Jumaat, 27 Jun 2014

Ustaz ni bersetubuh dengan tiga isterinya serentak .. kononnya sunnah Nabi

KUALA LUMPUR : Dia amat dihormati sebagai guru agama, penceramah bebas dan pemilik pusat tahfiz, namun di sebalik semua itu dia menjadi igauan ngeri buat tiga isterinya berikutan kerakusan amalan seksnya yang melampau iaitu melakukannya serentak dengan ketiga-tiga isteri.

Lebih mengaibkan, guru tahfiz berusia lewat 50-an terbabit tergamak mengeluarkan dakyah palsu kononnya amalan itu sunnah nabi dan mendakwa kononnya Rasulullah turut melakukan perkara sama dalam berpoligami. Perlakuan aib dan menjijikkan guru tahfiz itu didedahkan dua bekas isterinya selepas kedua-duanya sebelum ini minta diceraikan selepas tidak sanggup diperlakukan demikian, selain tidak mahu terus menerus melakukan dosa.

Seorang daripada wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Suzila, 37, berkata amalan luar biasa bekas suaminya itu bukan saja menyebabkan dia sangat malu terhadap diri dan Tuhan, malah kepada pelajar tahfiz kendalian suaminya. Suzila, seorang ustazah dan bekas isteri kedua lelaki itu berkata, tempoh perkahwinannya tiga tahun episod hitam dalam hidupnya yang dijanji akan diajar pengetahuan agama lebih mendalam oleh bekas suaminya.

“Selepas berkahwin saya dibawa ke Mesir untuk menjaga pusat tahfiz milik suami. Rupa-rupanya di sana dia mempunyai isteri lain. Saya terpaksa melayan kehendak suami dan merelakan diri diperlaku tidak ubah seperti aksi filem lucah.

“Tidak tahan menanggung derita mental dan fizikal, saya nekad lari membawa tiga anak dengan bekas suami pertama kembali ke tanah air tahun lalu,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Menurutnya, tindakan itu juga diambil selepas beberapa pelajar tahfiz di sana menasihatkannya supaya pulang ke tanah air kerana perbuatan keji itu menjadi buah mulut di kalangan mereka.

Suzila berkata, selepas kembali ke Malaysia, dia dimaklumkan beberapa pusat tahfiz milik bekas suaminya di negara ini ditutup apabila dikesan melakukan penipuan, manakala pusat di Mesir pula beroperasi secara haram kerana tidak berdaftar.

Katanya, satu lagi salah laku bekas suaminya ialah mengarahkan semua isteri barunya selain isteri pertama mengambil suntikan pencegah kehamilan kerana dia tidak mahukan anak. Bekas isteri ketiga ustaz terlampau yang hanya mahu dikenali sebagai Ariana pula berkata, dia mengahwini bekas suaminya itu dengan niat mendapat bimbingan agama dan menjadikan lima anaknya dengan suami pertama seorang tahfiz.

“Saya tidak mengenalinya, tapi apabila dipinang isteri pertamanya dan dimaklumkan latar belakang suami yang mempunyai ilmu agama tinggi, saya sanggup jadi isteri ketiga demi menjamin masa depan lima anak saya,” katanya.

Ariana berkata, dia sanggup meninggalkan perniagaannya demi mengikut guru tahfiz itu ke utara tanah air dan menjaga pusat tahfiz di sana.Bagaimanapun, katanya, pada malam pertama perkahwinan dia terkejut apabila isteri pertama berada dalam bilik tidur sebelum mereka bersama-sama melayan suami.

Lebih menghairankan dia mendakwa madunya itu turut seronok dan begitu ghairah melakukannya. “Saya hairan dan jijik dengan sikap mereka berdua, tapi apabila saya mempersoalkannya, bekas suami memberitahu ‘nabi pun lakukan perkara sama’. Saya mengatakan tidak pernah dengar atau terbaca dalil mengenai perkara itu.“Namun, bekas suami mengatakan hanya orang terpilih seperti dirinya mendapat dalil itu dan saya jahil sebab itu tidak pernah mengetahui dalil itu.

Saya terpaksa merelakan diri diperlakukan seperti itu. Bila menentang, saya dituduh tidak taatkan suami,” katanya. Selain itu, Ariana mendakwa sepanjang berkahwin lebih setahun, bekas suaminya itu hanya memberi wang nafkah RM200 sebulan menyebabkan dia bersama anak ada kalanya terpaksa menahan lapar.

Berikutan sudah tidak sanggup bersubahat dengan perbuatan suaminya yang dianggap menghina Rasulullah, Ariana menuntut cerai pada bulan lalu.“Namun, sebelum bercerai saya terpaksa mencari seorang lagi wanita untuk dijadikan isterinya dan kini saya tidak mengetahui berapa ramai isterinya,” katanya.

sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Khamis, 26 Jun 2014

Isu pancung: Ruslan Kassim dah kecut teloq

Dikritik kerana mengeluarkan ugutan untuk 'pancung' kepala pihak yang mempersenda Islam dan Sultan Selangor, Ketua Penerangan PERKASA Datuk Ruslan Kassim kini mendakwa bahawa kenyataan itu hanya satu bentuk ucapan.

Sebaliknya katanya, apa yang dimaksudkan adalah untuk "memancung masa depan politik" empat ahli parlimen PAS - Khalid Samad (Shah Alam), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Hanipa Maidin (Sepang) dan Che Rosli Che Mat (Hulu Langat).

Mereka menggesa kerajaan negeri Selangor untuk meminda undang-undang dan menghadkan kuasa Selangor Majlis Agama Islam Selangor.

"Tak (pancung). Sebenarnya saya ketika berucap ... semangat orang tu ... Saya kata sebenarnya dalam hati, saya bukan nak pancung kepala, pancung dari segi politik, sebab yang terlibat keempat-empat, orang politik.

"Jadi kita pancung masa depan politik dia, tapi tak terkeluar masa depan politik tu, terkeluar pancung leher.

"Tak ada lah kita nak mengasah parang. Tak ada. Kita cintakan keamanan dan kedamaian," katanya Ruslan berseloroh kepadaMalaysiakini yang menyiarkan ucapannya

JDT juarai Liga Super, Johor umum cuti

JOHOR BAHRU 25 Jun - Kerajaan negeri mengumumkan esok adalah cuti umum ekoran kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Liga Super selepas penantian selama 24 tahun.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim di Dataran Bandaraya di sini malam ini selepas menonton perlawanan antara JDT dan Sarawak yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak, Kuching.

Pada perlawanan terakhir Liga Super malam ini, JDT membenam Sarawak dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-65.

“Pengumuman cuti itu adalah tanda penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat Johor selepas kita tidak memenangi sebarang piala sejak 24 tahun lalu," katanya.

Beliau berkata, pengumuman itu juga sudah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Rabu, 25 Jun 2014

MyWatch dakwa ada bukti skandal seks polis

NGO pemantau jenayah MyWatch mendakwa menerima satu set gambar dan dokumen berhubung skandal seks melibatkan seorang pegawai polis kanan.

Pengerusi NGO tersebut R Sriv Sanjeevan yang enggan menamakan pegawai tersebut bekata, MyWatch sedia mendedahkan gambar dan dokumen tersebut kepada umum.

Bagaimanapun, beliau meminta jaminan daripada perdana menteri dan menteri dalam negeri agar tidak mengambil tindakan ke atasnya.

"MyWatch mahu mendapat jaminan dari Menteri Dalam Negeri Datuk Seri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa mereka terus menggantung tugas pegawai tersebut, tanpa mengira pengkat dan gelarannya, dan mengarahkan siasatan menyeluruh dalam perkara ini

"MyWatch sudah membuat pelbagai pendedahakn sebelum ini dan menggesa siasatan penuh dijalankan. Namun, sedihnya, semua pendedahan ini disorokkan," kata Sanjeevan dalam satu kenyataan.

Katanya, MyWatch sedia mendedahkan bahan tersebut sekiranya diberi jaminan, seperti diminta.

“Ini adalah satu lagi peluang bagi perdana menteri dan menteri dalam negeri untuk menunjukkan bahawa mereka tidak berkompromi dengan salah laku atau salah guna kuasa melibatkan pegawai tinggi polis, dan bersedia bertindak atas maklumat," katanya.

Beliau yang pernah mengalami kecederaan parah akibat ditembak beberapa kali sebelum ini, turut menyatakan bahawa langkah terbaru ini mungkin mendedahkan beliau kepada risiko sekali lagi.


sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Ini Bukti Wardina Tak Kutuk Kerajaan Isu Remaja OKU - Pengossip2 Semalaysia Kantoi Malu!

Wardina kutuk kerajaan?

Wardina salahkan kerajaan?

Wardina keyboard warrior? Wardina pelacur internet?

Wardina attention seeker? Wardina jahat nak mampos? Tak reti bersyukur? Suka cara pasal? Perempuan paling jahat di dunia?

Eh.. sambung la kutuk lagi. Macam good2 aje korang kutuk Wardina.

HAHAHAHAHA..

Baik.

Kita terus kepada sesi pengenalan.

Part 1.

Penulisan Wardina ;


This happens partly because parents of OKU children are not given assistance. Blablablanla... i am comparing how we a muslim society ... blablanla.. with a so called kafir country. Anak2 istimewa dan OKU kita pula? Kita prlu tanya soalan ini. Di mana nilai kita?

Ini ada ayat2 yang sebut kerajaan salah ke?
BN salah?
UMNO salah?
Najib salah?
Rosmah salah sebab tak pandai berenang?
Kucing jiran ko bersalah sebab tak pandai jaga OKU?
Anjing depan rumah ko bersalah sebab tak bagi makan OKU?

Dia sebut sapa bersalah tue?

Part 2.

Baca balik penulisan Wardina. Kali neh full version.

Dia tak cakap sapa2 pun bersalah. Sebalik kita semua perlu buka minda. Mencari alternatif terbaik untuk ubah cara kita uruskan perkara (berkaitan OKU) tersebut. Dalam erti kata lain, kita perlu mengupgradekan cara kita mengagihkan bantuan untuk golongan OKU la.

Kita tak boleh gunapakai sistem lama lagi. Kita kena maju ke hadapan. Tiru pendekatan yang baik dari negara luar. Adaptasikan di negara kita. Sesuaikan dengan nilai2 dan budaya negara kita. Kita kena sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Sebab itu kita kena belajar sedar diri. Mula2 analisis kekurangan dan kemudian cari jalan nak atasi.

Bukannya pergi maki hamun si Wardina yang suruh kita reformat semula cara kita melayan golongan2 OKU di negara ini.

Nursing home untuk anak2 istimewa ada tak? Aku tatau. Kalau private nurse untuk jaga OKU aku tahu. Itu golongan kaya2 aje la yang boleh upah. Nursing home kalau yuran percuma bagus juga. Nursing home untuk golongan OKU sementara ibu bapa pergi kerja. Kalau dibiarkan di rumah bimbang takde orang yang jaga.

Itu point Wardina.

Bukan dia p bekap ibu Lola. Hey.. tak berhenti lagi ka p maki ibu Lola tue? Sudah2 la tue.

Part 3.

Itula korang.

Wardina tak sebut kerajaan. Wardina sebut muslim society. Takde satu perkataan yang menunjukkan Wardina sedang tujukan statement tersebut kepada kerajaan, UMNO, BN ataupun mana2 pemimpin di negara ini.

Yang golongan UMNO dan pro kerajaan sentap sangat apehal?
Korang terasa ek yang korang memang haprak selama ini?

MUAHAHAHA..

Yang sebetulnya.

Wardina tujukan pada diri dia dan kita semua. Itu sebab perkataan KITA digunapakai. Wardina tujukan persoalan tersebut untuk kita semua muhasabah diri dan cari solusi. Tapi malangnya. Lain yang dia sebut lain yang dia kena. Tak pasal2 kena maki dan kutuk berjemaah di internet hanya sebab nak mengajak kita perbaiki diri.

Hapa pun tak boleh.

HAHAHAHAHAHA..

panas ...

# sila like "kami undi pakatan rakyat"






Piala Dunia 2014: FIFA mungkin gantung Suarez gara-gara gigit Chiellini

Luis Suarez menukar saat ceria kemenangan 1-0 Uruguay ke atas Itali, awal pagi tadi kepada saat muram buat rakan dan pasukan selepas mencipta satu lagi ‘drama menggigit’ yang kini tampak seperti sudah sebati dengan dirinya.

Gol tunggal kapten pasukan, Diego Godin hasil tandukan pada lewat babak permainan Kumpulan D memacu pasukan Amerika Latin itu mara ke pusingan kedua sementara Itali pula tersingkir dengan jurulatih mereka, Cesare Prandelli membuat pengumuman meletakkan jawatan serta merta.

Namun, Suarez jelas mencuri tumpuan apabila pemain bek tengah Itali, Giorgio Chiellini mendakwa pemain lawan itu menggigit bahunya dan harus dilayangkan kad merah.

Dalam perkembangan terbaru, penyerang Liverpool itu difahamkan sudah hampir pasti akan digantung daripada aksi Piala Dunia buat kali kedua-dua berturut-turut.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sedang menyiasat insiden berkenaan yang kini menjadi bahan perbualan global dan Suarez yang sebelum ini dihukum dua kali - kerana menggigit - tampak mungkin dikenakan denda lebih besar walaupun terlepas hukuman ketika perlawanan itu.

“Kami masih menunggu laporan pegawai perlawanan. Kami akan mengumpul segala elemen yang ada kaitan untuk menyiasat perkara ini,” kata seorang jurucakap FIFA, sebentar tadi.

Suarez yang ditemubual wartawan dari negaranya berkata insiden itu sebahagian daripada adat permainan bola sepak dan tidak harus dihebohkan.
“Ini adalah situasi yang berlaku atas padang. Kami berdua berada dalam kawasan berkenaan. Dia menolak saya dengan bahunya dan saya juga bertindak balas,” katanya sebagai merujuk kepada kata-kata Chiellini.

Rakaman ulang tayang di televisyen menunjukkan Suarez tampak menerpa dari belakang sebelum menggigit bahu Chiellini tanpa bola dalam permainan.

Jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez pula tidak mahu memperbesarkan insiden itu dan bertambah marah dengan media apabila dia terus ditekan mengenai isu terbaru itu.

“Saya mahu melihat rakaman dulu sebelum membuat apa-apa komen. Jika ia berlaku mungkin pengadil tidak melihatnya,” kata Tabarez.

Dia menambah: “Suarez adalah sasaran beberapa media, beberapa akhbar. Saya lihat ada sesuatu yang wujud antara mereka dan dia.”

INFO: Kontroversi membabitkan Luis Suarez

* Julai 2010
Menahan bola menggunakan tangan pada minit terakhir masa tambahan perlawanan suku akhir Piala Dunia menentang Ghana. Asamoah Gyan gagal menyempurnakan penalti dan Uruguay menang untuk layak ke peringkat separuh akhir.

* November 2010
Digantung tujuh perlawanan selepas menggigit pemain PSV Eindhoven, Otman Bakkal ketika bermain untuk Ajax.

* Disember 2011
Dikenakan penggantungan lapan perlawanan serta didenda £40,000 pound (kira-kiraRM218,331) kerana melakukan tindakan perkauman ke atas pemain Manchester United, Patrice Evra.

* Februari 2012
Enggan berjabat tangan dengan Evra di Old Trafford dan ia dilihat sebagai satu ‘penghinaan’ oleh Sir Alex Ferguson.

* April 2013
Suarez meminta maaf atas tindakan menggigit pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic dan digantung 10 perlawanan.


sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Selasa, 24 Jun 2014

Piala Dunia 2014: Brazil layak ke peringkat 16 kalah mati setelah berpesta gol

Demam piala dunia semakin panas. Brazil telah menepati ramalan aku akan layak ke peringkat seterusnya setelah menewaskan Cameroon 4 - 1 pagi tadi.

Brazil akan bertemu Chile dalam perlawanan kalah mati. Sebelum itu Chile tewas di tangan Belanda 0 - 2.

Keputusan penuh perlawanan pagi tadi 24.06.2014 waktu Malaysia

Belanda (2) Chile (0)
Sepanyol (3) Australia (0)

Brazil (4) Cameroon (1)
Mexico (3) Crotia (1)

Peringkat 16 kalah mati

Belanda lwn Mexico
Brazil lwn Chile


sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Isnin, 23 Jun 2014

Tiga lagi skandal pemimpin UMNO akan terlondeh

TANJONG TOKONG:Selepas isu pemberian konsesi Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada kroni Umno didedahkan, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) akan mendedahkan tiga lagi skandal membabitkan pemimpin parti itu.

“Selepas mendapat bukti dan isyarat, saya akan dedahkan tiga lagi skandal melibatkan korupsi pimpinan mereka dalam masa terdekat,” ujarnya pada majlis makan malam PKR di Straits Quay Convention Centre di sini, 21 Jun lalu.

Menurutnya, pendedahan mengenai projek penswastaan kampus UiTM adalah bukti ketara bagaimana pemimpin Umno mengkhianati orang Melayu dengan memberikan projek tersebut kepada suku sakat dan kroni mereka.

“Jika kerajaan tidak ditukar dalam pilihan raya yang akan datang, banyak lagi pengagihan kekayaan negara secara tidak telus akan dibolot oleh kroni-kroni mereka secara melampau,” ujarnya.

“Umno seolah-olah mempertahankan bangsa Melayu, sebaliknya Umnolah yang memperbodohkan orang Melayu di kampung dan pedalaman,” katanya.

Justeru Rafizi berkata, PKR akan mengatur program turun padang ke seluruh negara bagi mendedahkan pembohongan Umno, terutama kepada penduduk luar bandar berkaitan isu berkenaan.

Rafizi sebelum ini mendedahkan kerajaan memberikan konsesi selama 23 tahun kepada syarikat kroni untuk membina enam kampus cawangan UiTM seluruh negara.
Bagaimanapun, UiTM perlu membayar semula sewa kepada syarikat berkenaan antara RM56 juta sehingga RM69 juta setahun.

Jumlah keseluruhan bayaran tersebut adalah sebanyak RM8.6 bilion iaitu lima kali lebih tinggi berbanding kos membina sendiri kampus-kampus ini iaitu RM1.8 bilion.

Antara individu yang mendapat konsesi berkenaan ialah adik kepada bekas Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi pembinaan kampus UiTM cawangan Seremban III dan Ketua pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Rozali Ismail yang diberi konsesi UiTM Puncak Alam.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden, Azmin Ali, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon, Speaker Dun Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman, barisan exco kerajaan negeri serta pimpinan PAS dan DAP Pulau Pinang. - KeadilanDaily

sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Atuk dan nenek ni nak mengaji ke nak bersetubuh?

Jitra: Seorang lelaki warga tua yang hanya dibaluti selimut dari paras pinggang ke bawah tanpa berbaju, manakala pasangannya hanya berkemban, ditahan berkhalwat di rumah wanita itu di Tunjang di sini, semalam.

Lelaki berusia 61 tahun dan pasangannya yang berumur 63 tahun ditahan oleh sepasukan penguat kuasa Pejabat Agama Kubang Pasu (PADKP), kira-kira jam 1.40 pagi. Difahamkan, lelaki itu singgah di rumah wanita berkenaan sebaik selesai belajar agama di sebuah pondok berdekatan. Jurucakap PADKP berkata, ketika tiba di rumah itu selepas menerima aduan awam, mereka mendapati rumah itu dalam keadaan gelap dan pintu bertutup rapat.

Tutup badan dengan selimut

Selepas pintu diketuk beberapa kali, seorang lelaki warga tua yang hanya menutup badan menggunakan selimut dari paras pinggang ke bawah tanpa baju, membuka pintu. Setelah melakukan pemeriksaan, pasukan itu menemui seorang wanita duduk di atas katil dalam sebuah bilik dengan hanya berkemban.

“Ketika disoal siasat, pasangan itu yang segan silu akhirnya mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri sehingga menimbulkan syak melakukan maksiat.

“Lelaki itu memberi alasan dia dalam proses perceraian dengan isterinya, manakala wanita itu pula mengakui kematian suami setahun lalu. Kita percaya alasan itu hanya untuk mengelak ditahan,” katanya.

Sudah lama jalin hubungan

Jurucakap itu berkata, berdasarkan maklumat penduduk setempat, pasangan terbabit sudah lama menjalinkan hubungan dan anggota keluarganya sendiri sudah berkali-kali menasihati tetapi tidak diendahkan. “Sepatutnya mereka menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada anak dan cucu tetapi sebaliknya pula yang berlaku,” katanya.

Pasangan itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Jitra untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan. Mereka disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan

sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Wakil rakyat kena tumbuk di Bahau

BAHAU - Ahli Parlimen Rasah, Teoh Kok Seong sedang bersarapan di sebuah kedai makan dekat Taman Satelite, dekat sini, apabila diserang seorang lelaki, semalam.

Kok Seong duduk bersama Adun Bahau, Chew Seh Yong apabila seorang lelaki berusia sekitar 50-an menghampirinya kira-kira jam 10 pagi.

"Lelaki itu tiba-tiba menumbuk dada kiri saya dua kali. Dia kemudian cuba baling kerusi ke arah saya, tapi sempat dihalang," katanya.

Menurutnya, keadaan itu mengejutkan pelanggan-pelanggan.

"Bagaimanapun, semuanya terkawal selepas anggota polis tiba kurang 10 minit (selepas kejadian) dan menahan lelaki itu," katanya.

Kok Leong membuat laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol dan dibawa ke Hospital Jempol untuk pemeriksaan.

Pemimpin DAP itu berkata, dia, tidak akan mengambil tindakan terhadap lelaki tersebut kerana menyifatkan ia sebagai cabaran yang harus dihadapi selaku wakil rakyat.

Menurutnya, beliau mengenali lelaki itu sejak tiga tahun lalu semasa menjadi Adun Bahau.

"Dia pernah datang ke Pejabat Pusat khidmat Dun Bahau semasa itu. Saya tak pasti lelaki itu ada masalah kesihatan atau tidak, tapi dia pernah minta saya buatkan kain rentang kerana dia rasa tidak puas hati terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak).

"Saya tolak permintaannya kerana ia tak masuk akal. Sejak itu, dia akan menyerang saya setiap kali berjumpa, tidak kira di mana pun,” katanya.

Lelaki yang tumbuk Kok Seong dibawa ke balai polis, semalam.

sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




AJK Pas Pusat meninggal dunia akibat kemalangan

AJK Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jam 3.16 pagi tadi.

Insiden berlaku di KM 390 laluan Bukit Besi-Ajil.

Pembantu Allahyarham, Hasmizi Hasan bagaimanapun hanya mengalami kecederaan.

Abu Bakar meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu.

Kereta yang dinaiki Allahyarham dilaporkan melanggar sebuah van Vannete yang dinaiki enam penumpang.

Jenazah akan dibawa balik dari Hospital Hulu Terengganu ke MTT Tok Jiring untuk disolat dan dikebumikan.

Al-Fatihah.


sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Ahad, 22 Jun 2014

Lepas khalwat, Azilah didakwa tumbuk anggota polis pula

Bekas komando polis yang didakwa membunuh Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006 lalu kini berhadapan dengan masalah sekali lagi apabila ditangkap khalwat dengan wanita yang sudah berkahwin dan kini didakwa menumbuk seorang anggota polis pula.

Kejadian berlaku di Balai Polis Sepang malam Khamis lepas selepas beliau ditahan kerana berkhalwat dan dibawa ke balai polis itu.

Ia berlaku dalam keadaan tangannya bergari ketika rakan kepada suami wanita itu datang mahu membantu tangkapan tersebut.

Bekas komando itu menumbuk muka anggota polis itu sehingga berdarah hidungnya dan cedera ringan pada bibirnya.

Ketua polis Sepang, Superintendent Mohd Yusoff Awang berkata kertas siasatan dibuka terhadap suspek di bawah Seksyen 323 Kod Penal kerana menyebabkan cedera tanpa senjata selepas laporan oleh polis yang menjadi mangsanya.

Ketika menjelaskan perkara itu, Mohd Yusof berkata, berlaku kekecohan selepas bekas komando itu ditangkap kerana khalwat.

"Polis yang cedera itu adalah jiran wanita itu. Dia datang untuk membantu. Berlaku salah faham dan berakhir dengan kecederaan," kata Mohd Yusoff.

Difahamkan satu kenyataan direkodkan daripada pengadu tentang apa yang berlaku semasa insiden tersebut, namun tiada kenyataan direkod daripada bekas komando itu.

"Kami akan panggil dia untuk membuat kenyataan tidak lama lagi," kata Mohd Yusoff.

Bekas komando itu yang sebelum ini bersama Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman, ditangkap khalwat bersama wanita sudah berkahwin di dalam unit apartmennya di Ibu Pejabat Polis Sepang oleh suaminya pada 1.20am.

Suami wanita tersebut, seorang anggota polis bersama unit peronda, pergi ke unit mereka untuk memeriksa keadaan isterinya dan syak sesuatu tidak kena apabila mendapati pintu terkunci.

Selepas memeriksa lagi, dia menjumpai bekas komando itu bersembunyi di sebelah katil.

Kes ini dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan seterusnya.

Satu fail disiplin juga dibuka terhadap wanita tersebut, yang juga polis, sementara bekas komando tersebut disiasat di bawah kesalahan menumbuk polis.
Dia juga bakal disiasat oleh Jais untuk dakwaan khalwat.

Mohd Yusoff enggan mengesahkan jika lelaki yang ditangkap tersebut adalah lelaki yang sama disabitkan untuk kes pembunuhan Altantuya dan dibebaskan atas rayuan.

"Saya belum jumpanya. Saya tidak tahu bagaimana rupanya jadi saya tidak boleh beritahu," katanya.

Bagaimanapun, laporan polis yang dibuat tertulis namanya sebagai Azilah Hadri, nama yang sama seperti Ketua Inspektor Azilah Hadri yang merupakan salah satu daripada dua komando yang dibebaskan pada Ogos tahun lepas selepas sabit kesalahan mereka bagi pembunuhan Altantuya dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan.
Seorang lagi komando tersebut adalah Korporal Sirul Azhar Umar.

Kebetulannya, lelaki yang ditahan tersebut juda merupakan seorang bekas polis bersama Skuad Tindakan Khas Bukit Aman, unit yang sama di mana Azilah bertugas sebelum penahannya pada 2006.

Azilah dan Sirul didakwa dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada 2009 untuk pembunuhan Altantuya, 28, di sebuah hutan simpan di Shah Alam pada Oktober 2006.

Kedua-duanya bersama Skuad Tindakan Khas Bukit Aman dan di bawah pasukan sekuriti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Pada masa itu, Najib merupakan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Pertahanan.

Pada Isnin, Mahkamah Persekutuan akan menjalankan prosiding dua kes berprofil tinggi, dan salah satu daripadanya adalah rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan dua anggota polis skuad tindakan khas, Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar atas dakwaan membunuh warganegara Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Mahkamah Rayuan pada Ogos lepas membebaskan Azilah dan Sirul Azhar atas dakwaan bunuh tersebut selepas sebulat suara meluluskan rayuan mereka, dan membatalkan sabit kesalahan serta hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 yang mendapati mereka bersalah kerana membunuh Altantuya.

Mahkamah Rayuan, dalam penjelasan penghakiman 47 mukasurat itu menegaskan bukti keterangan mengikut keadaan dikemukakan oleh pihak pendakwa tidak mencukupi untuk mensabitkan mereka bersalah.

Pihak pendakwa memfailkan rayuan mereka pada 3 Januari tahun ini, dengan 6 sebab mengapa Mahkamah Rayuan berpanel 3 hakim itu adalah salah di sisi undang berserta bukti untuk menghalang dua polis tersebut mengelak hukuman mati.

Pendengaran kes tersebut akan berlangsung esok.
-TMI


sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Jumaat, 20 Jun 2014

Azilah Kes Altantuya Dicekup Bersekedudukan Dengan Isteri Orang

Pasti para pembaca masih ingat dengan Cif Inspektor Azilah Hadri merupakan salah seorang daripada individu yang didakwa terlibat dengan kes pembunuhan
berprofil tinggi model kelahiran Mongolia iaitu Altantuya Sharibuu beberapa tahun yang lepas.

Azilah telah ditangkap khalwat sekali lagi selepas disyaki bersekedudukan dengan isteri orang di sebuah kuarters polis di Sepang, Selangor awal pagi tadi.

Azilah yang masih berstatus bujang ditangkap berdua-duaan dengan Musliha Makrani yang juga seorang anggota polis oleh suami Musliha sendiri.

Ketika ditangkap, Azilah ditemui sedang menyembuyikan diri dalam sebuah bilik di sebalik timbunan pakaian di tepi katil manakala ketiga-tiga anak Musliha
sedang tidur.



Kemaskini dari Bernama

KUALA LUMPUR: Seorang daripada tertuduh dalam kes pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, Cif Inspektor Azilah Hadri, hari ini
ditangkap khalwat bersama seorang anggota polis wanita.

Mereka dikatakan ditangkap oleh suami wanita terbabit yang juga seorang anggota polis pada kira-kira pukul 2 pagi di perumahan polis Ibu Pejabat Polis
Daerah Sepang.

Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Mohd Yusoff Awang ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan khalwat itu.

Katanya, Azilah, anggota Unit Tindakan Khas dan wanita tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor atas pertuduhan khalwat dan polis juga
telah membuka kertas siasatan untuk tindakan tatatertib terhadap mereka.

"Perkara ini masih dalam siasatan pihak polis," katanya.

Isnin ini, Azilah sepatutnya hadir ke Mahkamah Persekutuan bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan dan pelepasannya bersama seorang
lagi tertuduh dalam kes itu, Koperal Sirul Azhar Umar, 43.

Kedua-dua mereka didakwa membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam, antara 10 malam, 19 Okt dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.

sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Khamis, 19 Jun 2014

BBC kantoikan Anwar?

ANWAR Ibrahim sangat sinonim dengan media barat. Hubungan beliau dengan mereka ibarat aur dengan tebing, mula terjalin sejak beliau dipenjara pada akhir 1990an.

Anwar dan beritanya dalam media barat sebelum dipecat dari Kabinet pada 2 September 1998 tidak signifikan. Maknanya kalau adapun lebih bersifat berita hasil daripada kenyataan atau portfolio yang dipegang. Malah ketika itu jika analisis kandungan dibuat, dari segi populariti Dr Mahathir Mohamed jauh mengatasinya.

Ketika itu media barat melihat Dr Mahathir sebagai musuh bersama yang harus dimusnahkan kerana salah satunya ialah kritikannya terhadap dasar Israel dan Zionis Yahudi serta sikapnya terhadap dasar-dasar barat.

Media alternatif seperti sekarang tidak wujud untuk menyaingi laporan media barat. Mereka berjaya mempengaruhi minda pelajar untuk bersikap anti kerajaan dan pada masa sama pro-Anwar. Puncanya tentulah kandungan berita yang disiar dalam akhbar-akhbar ini.

Hari ini walaupun pelajar kita masih ramai yang cenderung menyokong pembangkang, namun hakikatnya maklumat mengenai negara kita dan dasar-dasar kerajaan dari sumber sahih semudah memetik jari.

Maklumat berada di hujung jari bagi mereka yang mencari kebenaran.

Media barat pula yang dilihat seperti hilang kawalan dan masih agresif tidak habis-habis dengan laporan negatif mengenai kita. Dalam kes kehilangan MH370, imej Malaysia terus diconteng.

Mereka mendakwa kerajaan kita menyembunyikan maklumat. Bahkan kita dituduh mempunyai maklumat mengenai kedudukan MH370. Anwar sendiri menganggap episod kehilangan pesawat ini sebagai satu cover-up.

Pada sekitar tahun 1990an dan 2000, BBC News dan beberapa media barat yang berpengkalan di United Kingdom atau AS banyak melapor mengenai perbicaraan Anwar dalam kes liwat.

Maka tidaklah memeranjatkan minggu lalu BBC News sekali lagi menghidangkan isu sama untuk tontonan dunia dengan mengadakan temu bual membabitkan Anwar. Wartawan yang mengendalikan temu bual itu ialah Stephen Sacku.

Mesej yang dihasilkan dari interviu itu agak jauh daripada jangkaan. Sepatutnya pada akhir wawancara Anwar seperti biasa muncul wira tapi dalam konteks kali ini hal itu tidak berlaku. Anwar gagal menepis soalan serta jawapannya pula mengundang sindiran daripada Stephen.

Anwar mendakwa dia terpaksa berjuang menentang kerajaan 'autoritarian' berhubung isu liwat namun hal ini disangkal Stephen dengan berkata “tidak, anda berdepan dengan perjuangan di mahkamah.”

Maksudnya ini bukan urusan kerajaan tetapi merupakan hal ehwal membabitkan Anwar dan mahkamah.

Ketika wawancara itu, Anwar berusaha mengalih subjek tetapi ditegur Stephen berulang kali. Malah wartawan itu mempertikai jawapan yang diberi. Stephen enggan diheret dalam isu kehilangan pesawat MH370 kerana soalannya mengenai isu politik belum habis dijawab.

Anwar juga gagal meyakinkan Stephen bahawa mahkamah dan media di negara ini tidak bebas. Kata Stephen: “Anda telah menyampaikan mesej itu kepada rakyat Malaysia sejak bertahun-tahun lalu tetapi nampaknya mereka tidak menerimanya. Maksud saya, pihak pembangkang telah melakukan segala-galanya dalam PRU13 namun anda masih tidak boleh menang.”

Anwar yang cuba meyakinkan Stephen bahawa pembangkang di Malaysia menang kerana menang undi popular tapi berlaku sebaliknya. Dengan nada skeptis Stephen bertanya bukankah BN menang lebih banyak kerusi Parlimen dalam PRU13 yang lalu.

Wartawan itu juga tidak setuju dakwaan Anwar tentang isu kehilangan MH370 yang didakwa tokoh reformasi itu ada cover up. Kata Stephen lagi: “Kerajaan Malaysia mendakwa anda mempolitikkan isu tersebut yang secara jelas mengecewakan keluarga para penumpang dan anak kapal yang masih hilang."

Banyak yang hendak diulas mengenai wawancara BBC News tempoh hari, namun hakikatnya zaman Anwar memperoleh kelebihan di barat melalui layanan istimewa dari media asing merupakan sebuah sejarah lapuk.

Sementara Najib berusaha membawa Malaysia memasuki era baharu serta pada masa sama mengadunkan dasar politiknya yang dilihat pro rakyat dengan keadaan semasa, suasana diakar umbi mulai melalui saat-saat perubahan memihak BN.

BBC News bukanlah yang pertama dalam hal ini, malah keputusan PRK Teluk Intan yang memihak calon BN adalah satu testimoni bahawa bintang Anwar sudah tidak sama macam dulu-dulu.

Soalnya siapakah selepas Anwar?. Jika benar dia sudah hilang umphhnya maka tidak syak lagi kita akan lihat kemunculan ikon baharu bagi menggantikan ikon lama agar agenda media barat di negara ini, seperti selalu, dapat diteruskan.

sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Anak ugut bunuh gara-gara ibu tunai solat dan mengaji alquran

Seorang penganggur tergamak mengugut mahu membunuh ibunya hanya kerana bengang dengan wanita itu menunaikan solat dan mengaji al-Quran setelah mendakwa dirinya telah mengamalkan serta bertukar agama kepada Kristian.

Ismail Mansor, 34, dari Kampung Sungai Ikan, Tepoh, di sini, mengaku salah melakukan ugutan jenayah iaitu mengancam hendak mendatangkan cedera kepada ibunya, Mek Azizah Yusof, 55, dengan niat menyebabkan mangsa merasa cemas di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu dilakukan di kediaman mereka di Kampung Sungai Ikan, Tepoh, di sini, pada 13 Jun lalu, kira-kira jam 9 malam.

Susulan pengakuan bersalah itu, anak kedua daripada tiga beradik itu berdepan hukuman penjara selama boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun, Majistret Nurunaim Abdullah menetapkan 1 Julai depan sebagai tarikh jatuh hukum dan membenarkan Ismail diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, semasa ibu malang itu berada di rumah menonton televisyen, secara tiba-tiba datang Ismail yang hendak menghentak kepalanya dengan lesung batu sambil berkata 'aku hendak bunuh mu' beberapa kali.

Terkejut melihat keadaan anaknya yang seperti dirasuk, suri rumah terbabit terus melarikan diri masuk ke dalam bilik tidurnya sebelum mengambil keputusan melarikan diri ke rumah jiran bagi mendapatkan bantuan.

Difahamkan, Ismail bertindak sedemikian kerana marah dan melarang mangsa solat serta mengaji kerana mendakwa telah mengamalkan dan bertukar agama kepada Kristian.

Bimbang keselamatan diri dan ahli keluarga pada masa akan datang, mangsa membuat laporan polis dan susulan itu pada 15 Jun lalu, kira-kira jam 2.15 pagi, Ismail ditangkap di rumahnya.

sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Nabila Huda nak tukar agama?

BAPA merupakan ketua dan pemimpin yang berdepan dengan tanggungjawab berat dalam memastikan kesejahteraan keluarga.

Namun, apabila setiap kali nasihatnya itu dipandang sepi, sudah pasti ia memberi kesan buat dirinya sendiri.

Begitulah situasi yang dialami oleh legenda rock terkenal, Amy Search, dalam menggalas tugasnya sebagai bapa.

Sebelum ini, dia pernah menasihati dan menegur anak perempuannya yang juga pelakon, Nabila Huda, namun kali ini dia enggan.

Walaupun ramai mula berbicara mengenai anaknya itu, namun Amy mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang komen dan nasihat lagi.

Menurut Amy, berita mengenai anaknya yang diajak pengikut laman sosial, Instagram, untuk menukar agama itu hanya diketahui pada hari ini (semalam).

"Sebenarnya, saya baru tahu perkara ini. Saya dah malas! Saya tidak mahu komen apa-apa. Saya hanya akan berkongsi perasaan bersama isteri saya sahaja. Saya tidak akan bercerita kepada media.

"Dengan siapa dia bersama, di mana dia berada, saya tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Biarlah dia,' kata Amy lagi.

Mendengar butir bicara Amy, jelas menunjukkan penyanyi ini begitu kecewa dengan kelakuan Nabila yang merangkul gelaran, Selebriti Wanita Paling Seksi, di majlis Anugerah Stail Eh! 2014, baru baru ini.

Ini bukanlah kali pertama Nabila dilanda kontroversi malah, kebanyakan daripada pengikut laman sosial pelakon ini sentiasa meninggalkan pesanan dan komen yang kurang enak di setiap foto yang dimuat naik.

Terbaru, melihat kepada kehidupan peribadi Abil yang gemar bersosial dan bercuti bersama kekasih, seorang pengikut laman Instagramnya, bernama, Darian Christ telah meninggalkan komen berbaur sinis kepada pelakon drama, Masih Ada Cinta, ini.

Antaranya, pengikut itu mengajak Abil untuk menukar agama kerana Islam dilihat sudah tidak relevan dengan kehidupannya.

Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada Abil tidak berhasil apabila pelakon ini kini sedang bercuti di Barcelona.


Simpati dengan Wings

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai lagu-lagu baharu kumpulan, Wings, yang menjadi mangsa cetak rompak, Amy berkata ia gejala yang perlu diberi perhatian.

Menurut Amy, walaupun gejala ini sudah berleluasa sejak zaman kegemilangan mereka lagi, namun ia satu perkara merunsingkan.

"Kalau dulu, jarang sangat kita dengar lagu dicetak rompak sebelum album dikeluarkan. Kalau ada pun, hanyalah membabitkan kumpulan indie sahaja.

"Sekarang, ianya terjadi sebelum ianya dilancarkan. Saya sendiri bingung memikirkan perkara ini. Bagaimana ia boleh terjadi dan siapa yang perlu bertanggungjawab?

"Pada saya, siapa yang diberi kuasa memegang karya itu, dialah yang perlu bertanggungjawab," katanya lagi.

Jelas Amy, dia bersimpati dengan nasib rakan seangkatannya, Wings, yang terpaksa berdepan dengan masalah sebegini.

"Saya bakal muncul dengan album solo tidak lama lagi setelah 13 tahun tidak menghasilkan sebarang album buat peminat.

"Namun, perkara ini tidak menghantui saya, saya tidak akan membiarkan lagu baharu saya dipromosikan secara keseluruhan di Youtube.

"Cukuplah separuh sahaja, tanpa lagu penuh dan saya akan menggunakan platform secara fizikal sebagai promosi," katanya.

sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Piala Dunia 2014: Spain bungkus lagi ..

Sepanyol menjadi penyandang juara pertama kalah dalam kedua-dua perlawanan pertama Piala Dunia, sekali gus tersingkir daripada kejohanan selepas tunduk 0-2 kepada Chile dalam aksi kedua Kumpulan B, sebentar tadi.

Chile, yang meledak gol kemenangan menerusi Eduardo Vargas dan Charles Arranguiz kini mengesahkan tempat ke pusingan kedua bersama Belanda.

Iker Casillas memohon maaf kepada seluruh rakyat Sepanyol ekoran penyingkiran pasukan itu pada Piala Dunia selepas kalah
0-2 kepada Chile, sebentar tadi.

"Sukar untuk dijelaskan.

"Kami memohon kemaafan daripada semua orang. Kami bertanggungjawab, tetapi kami juga adalah orang pertama yang merasai kesakitan ini," ujar kapten dan
penjaga gol skuad La Roja itu sejurus tamat perlawanan.

Sepanyol menjadi penyandang juara pertama gagal memenangi kedua-dua perlawanan pertama peringkat kumpulan, sekali gus ditunjukkan jalan keluar lebih awal.

Kekalahan itu juga bermakna, berakhir sudah legasi hebat La Roja yang mendominasi pentas bola sepak dunia bermula dengan menjuarai Kejohanan Eropah 2008,
Piala Dunia 2010, sebelum mempertahankan gelaran Eropah pada 2012

Rabu, 18 Jun 2014

10 Fakta Menarik Piala Dunia 2014

BEBERAPA perkara yang menarik berkenaan dengan Piala Dunia 2014 yang kini sedang berlangsung di Brazil.

1. Pertama kali perlawanan menggunakan teknologi garisan gol sekaligus menutup kelemahan kontroversi gol yang berlaku pada edisi Piala Dunia sebelum ini.

Pengadil kini mempunyai 14 kamera dan komputer utama membantu pengadil membuat keputusan tepat.Jika keputusan gol, jam tangan khas yang dipakai pengadil akan memaparkan 'gol'.



2. Edisi 2014 ini juga menyaksikan satu-satunya pasukan baharu yang pertama kali layak ke final Piala Dunia, Bosnia-Herzegovina.



3.Aksi Piala Dunia melibatkan 12 buah bandaraya berbeza, melebihi rekod yang kejohanan sebelum ini. Lokasi perlawanan di Manaus, Fortaleza,Natal,Recife,Salvador,Cuiaba, Brasilia,Belo Horizonte, Rio de Janeiro, Sao Paolo dan Porto Alegre.


The Christ the Redeemer statue, located on the top of Corcovado Mountain and the Sugar Loaf Mountain, are seen from the Parque Nacional da Tijuca in Rio de Janeiro.

4.Kapasiti stadium paling kecil ialah Stadium Arena de Baixada yang hanya menempatkan 38,000 penonton, manakala Maracana mampu memuatkan 75,000 penonton.








5.FIFA mengumumkan jumlah kapasiti keseluruhan pada Piala Dunia 2014 dijangka 3,720,225 peminat.




6.Brazil menggondol trofi Piala Dunia sebanyak lima kali, kali terakhir 2002. Manakala lapan pasukan yang pernah bergelar juara mengambil bahagian pada tahun ini - Itali, Uruguay, Argentina, England, Perancis dan Sepanyol.







7.Tahun ini maskot FIFA Piala Dunia dinamakan Fuleco The Armadillo yang diundi oleh orang awam di Brazil.



8.'Caxirola' menjadi peralatan bunyi rasmi digunakan di Brazil. Bagaimanapun pegawai persekutuan menggantung peralatan ini bagi tujuan keselamatan. Pun begitu ia tidak menghalang bunyi peralatan ini di luar stadium (sebutan ka-shee-role-ah).



9. Brazil menjadi tuan rumah Piala Dunia buat kali kedua. Kali pertama pada tahun 1950, namun tewas kepada Uruguay pada aksi akhir. Sejak itu, Brazil tidak pernah menang trofi Piala Dunia di laman sendiri.




10. Slogan rasmi Piala Dunia 2014 ialah 'Juntos num so rirmo", atau "Satu Irama".


sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Zon larangan merokok akan diwarta di semua R&R

Kementerian Kesihatan akan mewartakan zon larangan merokok terhadap kawasan tertutup di semua kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya seluruh negara selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, larangan membabitkan kawasan makan dan tandas serta pejalan kaki berbumbung.

Perbincangan dan persetujuan dengan pihak konsesi lebuh raya menurutnya telah pun diperoleh.

“Semua R&R di dalam negara kita akan bebas daripada merokok. Ia kerana di situ tempat mereka makan, dan jika mereka merokok di situ, risiko bukan sahaja kepada mereka tetapi kepada semua orang yang berada di sekitarnya,” ujar Subramaniam.

Tambahnya, kementerian juga akan berbincang dengan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melaksanakan bandar bebas asap rokok.

Katanya Pantai Batu Buruk di Terengganu, Gua Mulu di Sarawak dan Kelantan kini berada dalam perancangan untuk diwartakan sebagai bandar bebas asap rokok.

Selain itu, laluan pejalan kaki berbumbung Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejauh 23 kilometer turut akan diwartakan sebagai zon larangan merokok.

Subramaniam terdahulu merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia peringkat kebangsaan 2014 di sini.

Hari Tanpa Tembakau Sedunia yang bertemakan "Jimat wang! Berhenti merokok! Selamatkan nyawa!" itu dilihat mampu mengajak masyarakat khususnya perokok untuk berhenti merokok sekaligus mengamalkan gaya hidup sihat dan menjimatkan wang.

sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Guru ini nyaris diperkosa

MIRI - Seorang guru wanita yang disamun di rumahnya, menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol penyamun itu, dengan menjerit meminta tolong jirannya.

Guru berusia 23 tahun itu telah dipaksa lelaki berkenaan dengan menggunakanparang, tetapi wanita itu bertindak menjerit sekuat hati menyebabkan penyamun itu lari, tetapi sempat membawa bersama barang-barang yang disamunnya.

Ketua Polis Miri Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata kejadian berlaku pada jam 4 petang semalam, ketika guru itu berada di rumah bersama ibunya di Permyjaya, apabila seorang lelaki bersenjatakan parang menceroboh masuk.

Lelaki itu mengarahkan dua beranak itu menyerahkan wang, barang kemas dan telefon bimbit dalam anggaran RM5,500, katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Miri hari ini.

Gan berkata polis percaya lelaki yang sama sebelum itu cuba merogol seorang pelajar perempuan tingkatan dua pada sebelah paginya, tetapi gagal.

Pelajar berkenaan juga tinggal di kawasan Permyjaya dan suspek menggunakan parang untuk mengancam mangsa, bertindak agresif dengan menumbuk, menampar dan mencederakan pelajar itu, kata Gan.

Pelajar itu kini menerima rawatan lanjut di hospital dan doktor mengesahkan dia tidak dirogol.

Berikutan dua kejadian itu, polis memburu seorang lelaki Iban berusia dalam lingkungan 20-an dan alamat terakhirnya juga di Permyajaya. - Bernama

sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Kassim Ahmad buat hal lagi

Malaysia seolah-olah berada di “ambang anarki”, kata sarjana kontroversi Kassim Ahmad, merujuk kepada tindakan oleh pihak berkuasa Islam baru-baru ini. Menjelaskan mengapa beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meminta campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes yang didakwa terhadapnya oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), beliau berkata beliau bimbang Islam diaibkan.

Surat peguamnya, dihantar pada Jumaat lepas, juga ditujukan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan de facto Menteri Hal Ehwal Agama, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom. Dalam mesej kepada FMT, Kassim Ahmad, juga dikenali sebagai Pak Kassim, menulis:

“Terdapat banyak perkara yang tidak betul yang dilakukan oleh JAWI kepada saya. Mereka datang dalam 13 kereta dan menyerbu serta menggeledah rumah saya, menyita barang-barang peribadi saya, mengheret dan mencampakkan saya ke dalam sebuah van dan saya telah dibawa dari Kedah ke Pulau Pinang dan diterbangkan keluar dari negeri Kedah ke Kuala Lumpur tanpa kerelaan saya.

“Kemudian JAWI membuat saya berjaga sepanjang malam dengan sesi soal siasat dan hari berikutnya, dakwaan dikenakan ke atas saya di Mahkamah Putrajaya.

“Adakah semua itu perlu? Saya seorang lelaki berusia 80 tahun dan tidak berbahaya. Tuduhan terhadap saya adalah berkenaan dengan saya memberikan pendapat yang berbeza daripada pendapat arus perdana. Adakah perbezaan pendapat satu jenayah? Itulah sebabnya saya meminta Brig Jen. Dato Seri Jamil Khir Baharom, menteri yang bertanggungjawab mengawasi JAWI, untuk menangani dan membetulkan kesalahan ini.

“Saya panjangkan surat saya kepada Perdana Menteri kerana akhir-akhir ini Malaysia seolah-olah berada di ambang anarki. Perdana Menteri telah bersumpah untuk menegakkan Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, Perdana Menteri mesti menjelaskan isu ini supaya JAWI dan mereka yang sepertinya tidak bertindak dengan cara yang boleh menjatuhkan maruah Islam sebagai agama yang hebat, dan yang lebih penting lagi, supaya JAWI, yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, tidak melanggar kebebasan hak asasi seperti yang dijamin oleh Perlembagaan.

“Adalah menjadi kewajipan Perdana Menteri untuk memastikan bahawa setiap agensi bertindak dalam batas undang-undang. Mereka tidak boleh melaksanakan undang-undang mereka sendiri.

“Saya juga memanjangkan surat tersebut kepada Menteri Besar Kedah kerana saya seorang warga negeri Kedah. Menteri Besar mempunyai tugas untuk melindungi saya di bawah konsep federalisme supaya agensi-agensi dari negeri-negeri lain seperti JAWI tidak boleh berbuat sesuka hati di negeri Kedah. Kedah mempunyai undang-undang dan fatwa sendiri.

“JAWI telah mendakwa saya dengan kesalahan yang tidak mempunyai persamaan dalam Enakmen Syariah Kedah. Namun, JAWI mengheret saya dari Kedah dan memaksa saya untuk berada di bawah bidang kuasa JAWI. Itu tidak menghormati konsep persekutuan dan melanggar hak-hak asasi saya.

“Menteri Besar Kedah mesti menjawab kepada rayuan saya untuk perlindungan, terutamanya kerana DYMM Sultan Kedah kini Yang di Pertuan Agong.

“Saya harap para menteri ini akan melaksanakan tugas perlembagaan mereka dan mempunyai keberanian moral dan politik untuk meletakkan perkara pada yang betul.”

sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Harga barang, inflasi meningkat selepas GST - Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan

Harga barangan secara umumnya akan meningkat selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April tahun depan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah.

"Secara keseluruhannya akan ada sedikit peningkatan harga sekiranya kita lihat dari segi purata," katanya.

Beliau menambah inflasi juga dijangka akan naik di negara ini sama seperti pengalaman negara-negara lain seperti Singapura dan Australia.

"Akan ada peningkatan sedikit (tetapi) ia akan reda dalam masa lebih kurang setahun," katanya kepada wartawan selepas majlis dialog media bersama pegawai kanan kerajaan berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013, Selasa.

Menurut Mohd. Irwan, kenaikan harga yang dijangka berlaku itu boleh ditangani dengan penguatkuasaan yang tegas.

"Inilah yang kita bimbang. Kita tidak mahu spekulator, peruncit ambil kesempatan dan mengenakan GST atas barangan tertentu yang tidak sepatutnya. Kita akan dakwa mereka di mahkamah," katanya.

Mengenai cadangan mengecualikan petrol daripada dikenakan GST, Mohd. Irwan berkata kerajaan masih menimbangkan perkara itu.

"Kita masih mengkaji. Kita akan keluarkan senarai barangan yang diberi pengecualian dan kita akan buat keputusan mengenai minyak. Kita akan selaraskan subsidi dan kita akan lihat kesannya. Kita masih ada sehingga 1 April tahun depan untuk buat keputusan. Kita masih ada masa," katanya.

Mohd. Irwan mengulangi bahawa GST adalah satu sistem percukaian yang baik untuk negara biarpun ada pihak yang mengkritiknya, yang beliau sifatkan terpengaruh dengan dakyah.

"Seluruh dunia kata bagus. Sektor swasta, perakaunan dan cukai (kata baik). Agensi penarafan seperti Futch malah kata sekiranya kita laksanakan GST ada kemungkinan ia akan naikkan taraf kita," ujarnya.

GST yang diketengahkan sejak 2005 mencetuskan kontroversi sejak awal. Kerajaan dan pakar ekonomi berkata cukai konsumsi yang luas itu berkesan dan satu mekanisme penting untuk membantu memulihkan ekonomi negara.

Pembangkang bagaimanapun menunggang kebimbangan umum terhadap cukai baru itu dengan menggelarkannya sebagai "regresif" dan beban kepada golongan miskin. Kerajaan sebaliknya menegaskan cukai itu bersifat progresif.

Pada 1 Mei lepas, tunjuk perasaan anti GST yang diadakan di Kuala Lumpur disertai oleh ribuan rakyat.

Kerajaan telah menggerakkan kempen agresif untuk memberi penerangan kepada rakyat mengenai cukai baru itu yang sehingga ini diakui oleh ramai pakar sebagai masih belum difahami.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan memberitahu Parlimen baru-baru ini bahawa GST akan dikenakan ke atas 689 barangan -- dengan 73 daripadanya akan mengalami kenaikan harga, manakala harga bagi 287 barangan akan turun dan 329 barangan lagi tidak berubah harga.

Senarai yang lebih lengkap dijangka akan dikeluarkan pada Januari depan sebagai panduan kepada pengguna untuk membuat anggaran perubahan harga selepas pelaksanaan GST.

Malaysia adalah antara tiga negara terakhir di rantau ASEAN yang belum melaksanakan sistem percukaian GST selain Myanmar dan Brunei.

Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berulang kali menegaskan bahawa sistem cukai itu penting untuk mengurangkan defisit negara.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Selasa, 17 Jun 2014

Piala Dunia 2014: Jerman belasah Portugal 4 - 0

SALVADOR: Thomas Mueller menganggap jaringan hatrik olehnya ketika membantu Jerman menewaskan Portugal 4-0, awal pagi sebagai satu saat indah dalam kerjaya bola sepaknya.

“Ia sesuatu yang amat menakjubkan untuk menjaringkan tiga gol dalam perlawanan seperti ini. Dengan bekalan selesa jaringan seperti ini anda harus anggap anda sudah layak memenangi perlawanan ini,” katanya.

Dia juga tidak banyak membicarakan gelagat pemain pertahanan, Pepe yang dilayangkan kad merah pada minit ke-37 sebaliknya berkata: Saya terasa seperti tumbukan ke muka saya dan apa berlaku selepas itu tiada kaitan dengan saya.”

Mueller mencipta hatrik pada minit ke-12, 45 dan 78 manakala satu lagi gol sumbangan Mats Hummels (minit ke-32).

Pemain terbaik dunia, Ronaldo bermain pada aksi 90 minit permainan selepas menanggung kecederaan baru-baru ini tetapi kapten Portugal itu tidak mampu mengelak pasukannya diaibkan lawan.

“Kami kalah perlawanan ini pada babak pertama,” kata jurulatih Portugal, Paulo Bento. Dia kemudian menambah: “Saya berasa adalah lebih baik saya tidak memberi apa-apa komen mengenai pengadil (Milorad Mazic).”

Portugal menanggung derita sama di Arena Fonte Nova seperti pasukan tetangga mereka, Sepanyol yang dibelasah Belanda 5-1, Jumaat lalu. - AFP
INFO: Fakta menarik Thomas Mueller
1 Muncul penjaring terbanyak Piala Dunia 2010 dengan lima gol
2 Sudah menjaringkan 20 gol daripada 50 kemunculan untuk Jerman
3 Sudah tanda tangani kontrak untuk kekal bersama Bayern Munich sehingga 2019
4 Ayahnya, Gerhard tidak ada kaitan dengan legenda Jerman, Gerd Mueller yang dikenali ‘Der Bomber’ pada era 70-an

Isnin, 16 Jun 2014

Foto ‘Panas’ Nora Danish


“Mereka tahu atau tidak ada ‘push-up’ bra?” sindir aktres jelita, Nora Danish selepas fotonya berbaju-T ketat yang dimuat naik ke laman Instagramnya mendapat perhatian ramai.

Pada komen mengenai foto itu, blog hiburan dan peminat membuat spekulasi Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Haniff, 32, melakukan suntingan semula untuk membuatkan payudaranya tampak lebih besar.

Foto itu kemudian menjadi ‘viral’ dan disebarkan secara meluas di beberapa laman sosial, sepanjang minggu ini.

“Hanya kerana baju ketat yang saya pakai, ada saja spekulasi timbul. Saya jarang pakai baju ketat dan sekali-sekali ada juga foto yang terlepas pandang.

“Foto itu sudahpun saya keluarkan daripada Instagram sebab kasihankan anak saudara saya yang masih bersekolah. Dia turut terkena tempias,” kata Nora ketika dihubungi Metro Ahad.


Macam aku tulis dulu .. buat para artis yang jadi ikon maksiat dan dosa .. buat apa tayang sikit-sikit.
telanjang lagi bagus ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Ahad, 15 Jun 2014

Syed Mokhtar Untung RM2 Bilion Kerana bijaknya UMNO

PKR hari ini mendakwa usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary bakal mengaut keuntungan sehingga RM2.25 bilion daripada pengecualian duti import ke atas import beras oleh Bernas.

Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung dalam satu kenyataan berkata, melalui peningkatan tahunan dijangka untuk import beras, Syed Mokhtar yang menguasai Bernas akan terus mengaut keuntungan besar memandangkan syarikat itu monopoli pasaran beras negara.


"Saya terkejut dengan pendedahan menteri pertanian di Parlimen, dalam lima tahun sahaja kerajaan mengecualikan kutipan bernilai RM2.25 bilion (atau purata RM450 juta setahun) atas duti import bagi beras yang diimport oleh Bernas dari 2008 sehingga 2013.

"Statistik Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menganggarkan import beras Malaysia pada 2014 akan meningkat sebanyak 24% berbanding tahun 2013, daripada 890,000 tan beras kepada 1.1 juta tan beras pada tahun 2014," katanya dalam kenyataan itu.

Gooi berkata, Bernas mempunyai monopoli ke atas import beras dan dikecualikan daripada membayar duti import ke atas beras.

"Kerajaan melalui perjanjian konsesi yang ditandatangani dengan Bernas melanjutkan status pengimport nasional tunggalnya untuk beras daripada tahun 2011 sehingga 2021," katanya.

Katanya Bernas juga menghasilkan beras Super Tempatan 15% (ST 15%) untuk golongan berpendapatan rendah dan isi rumah miskin dan mendapat sejumlah besar subsidi kerajaan, sebanyak RM800 setiap tan beras.

"Adalah satu kemungkiran besar kerajaan terhadap kepentingan awam untuk membenarkan Syed Mokthar untuk menyahsenaraikan keluar Bernas berdasarkan surat peribadi yang ditulis oleh Syed Mokhtar kepada menteri pertanian sendiri yang tidak mempunyai nilai langsung dalam undang-undang, seperti yang dinyatakan oleh menteri dalam Parlimen," katanya.



Beliau berkata, jawapan yang diterimanya di Parlimen oleh menteri mendedahkan Syed Mokhtar memberikan akujanji peribadi, yang antaranya termasuk menjamin kepentingan padi dan beras negara.

Dalam proses penyenaraian semula Bernas, 10% saham dalam IPO Bernas akan diperuntukkan kepada kerajaan untuk Persatuan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat).

Selain itu, Gooi berkata, surat peribadi itu juga mendedahkan Syed Mokhtar akan menyumbang setiap tahun kepada program kebajikan Nafas dan Nekmat selama lima tahun atau sehingga proses penyenaraian semula di Bernas selesai.

"Saya mengatakan surat peribadi swasta Syed Mokhtar kepada menteri, di sebalik kekayaan peribadinya dan pengaruhnya, adalah sekeping kertas tidak bernilai," katanya.

Surat itu katanya tidak terikat dari aspek perundangan dan tidak boleh dikuatkuasakan terhadap Bernas kerana Syed Mokhtar bukanlah satu pihak kepada perjanjian konsesi yang ditandatangani antara Bernas dan kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab sosialnya yang dikenakan oleh kerajaan sehingga 2021.

Beliau berkata, surat itu tidak mengenakan sebarang tarikh akhir atau tempoh masa untuk penyenaraian semula Bernas.
"Bilakah ia akan disenaraikan semula, dalam lima atau 10 tahun?" soalnya.

"Dengan tiada tarikh yang pasti untuk penyenaraian semula, Bernas tidak akan tertakluk kepada penelitian awam atau penyeliaan Bursa Malaysia melalui peraturan-peraturan dan prosedur-prosedurnya yang ketat dan tegas mengenai laporan yang wajib diberikan tentang operasi syarikat – dan ini amat memudaratkan kepentingan negara kita," katanya.

Beliau menambah, tindakan kerajaan dalam cara mereka mengendalikan dan membenarkan Bernas dinyahsenaraikan sehingga menjadi sebuah syarikat milik penuh persendirian dan dimiliki oleh seorang individu, adalah kronisme yang paling teruk sekali.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"