Jumaat, 2 Mei 2014

Fakta yang perlu anda ketahui mengenai laporan awal MH370 yang dikeluarkan kerajaan

Laporan awal MH370, yang turut mengandungi rakaman audio perbualan antara kokpit dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur serta senarai kargo, dikeluarkan hari ini oleh Kementerian Pengangkutan.

Laporan itu turut memuatkan peta laluan penerbangan, pelan tempat duduk penumpang selain dokumen tambahan yang memberi maklumat lanjut berkaitan tindakan yang diambil antara 1.38 pagi dan 6.14 pagi pada 8 Mac, hari MH370 dilaporkan hilang.

Dalam satu kenyataan, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata laporan awal itu dikeluarkan berdasarkan kepada panduan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak -- bahawa selagi maklumat tertentu yang dikeluarkan itu tidak menghalang penyiasatan atau operasi pencarian -- atas nama keterbukaan dan ketelusan, maklumat itu seharusnya diumumkan.

Minggu lepas Najib melantik sepasukan pakar dalaman untuk menyemak semula semua maklumat yang dimiliki kerajaan Malaysia berkaitan MH370, dengan matlamat untuk mengeluarkan seberapa banyak maklumat yang boleh kepada umum, katanya.


Najib, ketika diwawancara oleh pakar penerbangan stesen penyiaran CNN, Richard Quest minggu lepas, berkata Malaysia bersedia mengeluarkan laporan awal MH370 minggu ini.

Kerajaan Australia dan Kerajaan China juga telah melantik Wakil Bertauliah selaras dengan Lampiran 13 ICAO, Perenggan 5.23.

Malaysian Airlines (MAS), selaku operator, memberikan kerjasama dalam penyiasatan, dan menyediakan kepakaran seperti diperlukan dan DCA Malaysia sentiasa dimaklumkan perkembangannya.

Sejarah penerbangan


Pada MYT 00:41:43 8 Mac 2014 (Sabtu), MH370 berlepas dari Landasan 32R di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam jadual penerbangan ke Beijing, China.

Pada MYT 00:42:07, MH370 diberi kebenaran untuk naik ke Paras Penerbangan (FL) 180* dan diberi kebenaran meneruskan penerbangan oleh LUMPUR APPROACH di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) ke waypoint IGARI. MH 370 dipindahkan kepada LUMPUR RADAR di KLATCC pada MYT 00:42:52.

Penerbangan itu kemudian diberikan kebenaran untuk naik ke paras FL 250 pada MYT 00:46:51 MYT dan kemudiannya ke paras FL 350 pada MYT 00:50:06. MH370 dilaporkan kekal pada paras FL 350 pada MYT 01:01:16 MYT dan sekali lagi dilaporkan kekal pada paras FL 350 pada MYT 01:07:55.

* Pada ketinggian di atas 11,000 kaki di Malaysia, paras ketinggian pesawat di atas paras laut dirujuk sebagai Paras Penerbangan(FL). 180 FL bersamaan dengan 18,000 kaki.

Pada MYT 01:19:24, LUMPUR RADAR di KLATCC mengarahkan MH370 supaya menghubungi Pusat Kawalan Trafik Udara HO CHI MINH (HCMATCC) pada frekuensi radio 120.9 MHz. MH370 memaklumkan dengan "selamat malam Malaysia Tiga Tujuh Kosong".

Pada MYT 01:21:04, MH370 dikesan pada skrin radar di KLATCC semasa ia melalui waypoint IGARI. Pada MYT 01:21:13, label radar bagi MH370 hilang daripada skrin radar di LUMPUR RADAR KLATCC.

Pada MYT 01:38, HCMATCC bertanya kepada KLATCC mengenai kedudukan MH370. Selepas itu KLATCC memulakan usaha dengan melibatkan Pusat OPS MAS, ACC Singapura, ACC Hong Kong dan ACC Phnom Penh untuk menentukan lokasi MH370. Tiada perhubungan dibuat dengan mana-mana unit ATC dan dengan itu Pusat Penyelarasan Menyelamat (RCC) diaktifkan pada MYT 05:30.

Kemudiannya disahkan bahawa transmisi daripada Sistem Komunikasi dan Pelaporan Pesawat (ACARS) menerusi sistem komunikasi satelite telah berlaku mengikut selang waktu secara konsisten sebelum MH370 berlepas dari Kuala Lumpur, Malaysia pada MYT 12:56:08 dan komunikasi terakhir direkodkan pada MYT 01:07:49.

Pada 24 Mac 2014, analisis selanjutnya terhadap data satelit Inmarsat, menggunakan perubahan dalam isyarat frekuensi komunikasi satelit (isyarat menggunakan Doppler Effect), menunjukkan bahawa MH370 telah terbang di Koridor Selatan dan penerbangannya berakhir di kawasan selatan Lautan Hindi.

Penyiasatan diteruskan dengan menganalisis data satelit dan prestasi pesawat untuk memperhalusi dan mengenal pasti kawasan tempat pesawat itu berakhir.

Sehingga kini, sebanyak 26 negara turut serta dalam usaha mencari MH370 membabitkan 82 pesawat dan 84 kapal.

Operasi SAR masih diteruskan.


Cadangan keselamatan

Walaupun pesawat dilengkapi peralatan komunikasi yang perlu untuk memberikan maklumat tentang lokasinya, mesej terakhir ACARS direkodkan pada MYT 1:07:29 MYT, pengesanan terakhir radar sekunder pada MYT 1:21:13 dan komunikasi satelit terakhir pada MYT 08:19 pada 8 Mac. Setelah lebih sebulan selepas pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, lokasinya masih tidak diketahui. - Bernama

sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Artikel Berkaitan


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: